Murtad
Dari segi bahasa adalah menolak, berpaling atatu mengembalikan.Misalnya murtad dalam erti menolak dan ditolak, terdapat dalam surah Yusuf ayat 110:
110. (orang-orang Yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh Yang lanjut sebelum ditimpakan Dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya Yang ingkar dan menyangka Bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang Yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa Yang Kami kehendaki. dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum Yang berdosa.
Erti murtad yang membawa maksud dikembali-kembalikan juga terdapat dalam surah
al-An’am ayat 28รถ
28. (Mereka mengatakan Yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa Yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa Yang mereka dilarang dari melakukannya; dan Sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.
Dari segi istilah adalah masuknya seorang muslim ke agama kafir. Apabila seorang muslim meninggalkan agama Islam dan memasuki agama kafir dia akan disebut murtad iaitu keluar dari yang benar kepada yang batil Abdullah Ahmad Qadiri 1992: 18)
Kamus al-Munid dan al-Marbawi mentafsirkan murtad atau Riddah ialah berundur, berpatah balik, kembali ke jalan asal, atau keluar dari Agama Islam. Istilah murtad membawa maksud keluar daripada Islam (kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa kepada kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa paksaan) melalui salah satu daripada tiga unsur iaitu niat, perkataan dan perbuatan.
PERBEZAAN ANTARA KAFIR DAN KUFUR
Pengertian Kufur dan Kafir dapat ditinjau dari segi bahasa mahupun istilah
Definisi Kufir
Kafir dalam bahasa Arab ertinya adalah tersembunyi atatu tertutup
Dari segi istilah pula adalah menutup-nutupi kebenaran dengan kebatilan dan menghalang orang daripada membuat kebaikan. Selain itu ia juga bermaksud tidak percaya kepada sifat wahdaniyyah Allah S.W.T dan kerasulan nabi Muhammad
Tempoh untuk bertaubat
i) Imam Syafie mempunyai dua pendapat iaitu
a) orang yang telah thabit kesalahan murtad diberi tempoh dan peluang untuk bertaubat selama tiga hari
b) orang-orang yang telah thabit kesalahan murtad tetapi enggan bertaubat boleh dibunuh pada masa itu juga ( Said haji Ibrahim 1998: 15).
ii) Imam Malik berpendapat
Tempoh masa seseorang yang murtad itu wajib ditaubatkan iailah selama tiga hari tiga malam. Tempoh ini adalah dikira daripada masa seseorang tadi dithabitkan kesalahan murtadnya dan bukannya dikira masa seseorang itu menjadi murtad ( Said haji Ibrahim 1998: 15).
iii) Imam hanafi berpendapat
Tempoh masa sesorang yang murtad itu ditaubatkan adalah tertakluk kepada budibicara kerajaan atau wakilnya, iaitu hakim.
Hukum murtad dan kedudukannya.
Murtad atau riddah adalah merupakan dosa besar yang dapat menghapuskan amal-amal soleh sebelumnya. Maka ia tidak mempunyai apa-apa hak terhadap kaum muslimin dan haram untuknya nikmat di akhirat bahkan mereka kekal dalam neraka di akhirat nanti. Hal ini dijelaskan oleh allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah 2:217
Barang sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Jenayah murtad juga termasuk dibawah jenayah Syar’iyah yang wajib dikenakan hukuman Hudud, iaitu dibunuh jika mereka enggan bertaubat setelah diberi tempoh selama tiga hari. Penjenayah-penjenayah murtad yang enggan bertaubat selepas diberi tempoh selama tiga hari untuk bertaubat wajib dibunuh. Maka haram ditukarkan hukuman allah kepada bentuk yang lain seperti denda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia.
Seseorang Islam yang melakukan kesalahan murtad wajib dikenakan tiga jenis hukuman antaranya:
(1) hukuman asal, iaitu dibunuh, samaada lelaki atau perempuan, tua atau muda.
(2) Hukuman ganti, iaitu dipenjarakan jika hukuman asal itu tidak boleh dijalankan dengan sebab-sebab tertentu.
(3) Hukuman sampingan, iaitu hartanya hendaklah dirampas dan diserahkan kepada baitulmal untuk keperluan orang-orang Islam.
Hukuman tambahan terhadap orang yang murtad
Seseorang suami atau isteri yang telah keluar dari agama Islam dengan sendirinya ikatan perkahwinan diantara suami isteri itu terputus, kerana dengan murtad salah seorang dari suami isteri tadi diwajibkan di antara suami isteri itu bercerai.

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA MURTAD
Seseorang Islam yang mukallaf boleh menjadi murtad disebabkan i’tikad, atau disebabkan perbuatan atau disebabkan perkataan
Antara perkara yang boleh membawa murtad disebabkan i’tikad iaitu kepercayaan yang bercanggah dengan akidah Islam antaranya adalah
a) tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan yang berhak disembah
b) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w.
c) Tidak mengakui bahawa al-Quran diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.
d) Tidak mempercayai atau meragui tentang hukum Allah yang disebutkan didalam al-Quran mahupun Hadith Rasulullah s.a.w.
e) Tidak mengakui adanya Malaikat-Malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada mereka.
f) Tidak mengakui atau ragu-ragu tentang kedatangan Hari Kiamat dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat seperti Syurga, Neraka dan lain-lain.
g) Tidak mempercayai Qada’ dan Qadar.
h) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijmak sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam perkara-perkara agama.
i) Menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak dan sebagainya.
j) Membenci atau tidak menyukai ajaran-ajaran tauhid atau hukum-hukum syarak yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T.
k) Berazam hendak kufur pada masa akan datang
l) Mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti jual-beli, berkahwin dan sebagainya.
m) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau rakaatnya.
n) Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan seperti sembahuang lima waktu sehari semalam, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
I’tikad yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad secara ijmal adalah tertakluk kepada empat perkara iaitu
a) Mengingkari Rububiyyah ( Pentadbiran Allah)
b) Mengingkari nama-nama Allah dan sifatnya.
c) Mengingkari Uluhiyyah ( Ketuhanan)
d) Mengingkari risalah rasul atau mencerca nabi Muhammad dan sahabat-sahabat.
Antara perkara yang boleh membawa murtad disebabkan perbuatan dalam melakukan perkara yang diharamkan Allah dan Rasulnya antaranya adalah
a) sujud menyembah berhala
b) Menyembah matahari dan bulan
c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain seperti sujud pada manusia atau haiwan.
d) Membuangkan al-Quran atau hadith Nabi s.a.w. ke tempat najis atau memijak-mijaknya.
Manakala antara perkara yang boleh membawa murtad yang disebabkan perkataan adalah
a) Menyatakan bahawa Allah itu bersekutu dan berbilang-bilang atau menyatakan bahawa Allah itu tidak berkuasa terhadap alam ini.
b) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak sesuai dan tidak wajib dilakukan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat sekarang
c) Mengatakan bahawa sebahagian hukum-hukum Islam dan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh ulama-ulama Islam tidak sesuai lagi untuk diguna-pakai pada hari ini.
d) Menyatakan bahawa undang-undang manusia adalah lebih baik daripada undang-undang Allah.
e) Menyatakan bahawa qada dan qadar bukan datang daripada Allah, malah menyatakan bahawa ia datang daripada makhluk itu sendiri atau dari kekuatan alam .
f) Menyatakan bahawa Allah Ta’ala adalah salah satu daripada tiga tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruh Al-Qudus ( Haji Said Haji Ibrahim 1998: 19).
Orang yang melakukan kesalahan Murtad
Orang yang sah menjadi seorang murtad adalah tertakluk dibawah tiga syarat iaitu
1) Baligh- tidak sah murtad bagi kanak-kanak yang mumaiyiz
2) Berakal- tidak sah murtad orang yang gila
3) Kemahuan sendiri- tidak sah murtad orang yang dipaksa.
Seseorang islam boleh dihukumkan murtad dan didakwa dibawah kesalahan murtad ialah dengan sebab dua perkara:
a) Keluar dari agama Islam kerana tidak lagi mempercayai kebenaran agama Islam, samaada dengan i’tikad, perbuatan atau perkataan.
b) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan, atau perkataan yang menunjukkan kepada kekufuran, dan mereka tahu perbuatan yang dilakukannya atau perkataan yang dikeluarkannya membawa kekufuran dan murtad ( haji Said haji Ibrahim 1998: 124).
Hukum Murtad bagi kanak-kanak
Seorang kanak-kanak yang tidak lagi mampu membezakan antara baik dan buruk maka kanak-kanak itu bebas daripada hukuman murtad walaupun tingkah laku dan ucapannya menunjukkan yang dia adalah murtad. Sebahagian ulama ada berpendapat bahawa sekiranya kanak-kanak tersebut sudah dapat membezakan perkara yang baik atau buruk maka ia akan mendapat hukuman sebagai orang yang murtad bila suatu masa ia memaki hamun tentang Islam atau mencemarkan Islam. Ketetapan ini tidak mempertimbangkan umur, ini kerana menurut sebahagian ulama seorang kanak-kanak yang berumur lima tahun adakalanya lebih cerdik dari seorang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun.
1) Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa kanak-kanak yang berada dalam usia tamyiz iaitu tujuh tahun, apabila melakukan tindakan murtad maka ia sudah dikenakan hukum murtad. Namun demikian hukum mati adalah belum dibenarkan. Ini kerana hukuman itu berlaku sekiranya kanak-kanak itu mencapai usia dewasa atau baligh (Abdullah Ahmad Qadiri1992: 124).
2) Pendapat Imam Syafi,i
Imam Syafi’i berpendapat bahawa murtadnya kanak-kanak belum dapat dikenakan hukum murtad terhadap mereka. Pendapat ini dipersetujui oleh Imam Ahmad.
Hukum Murtad Bagi Orang Yang Mabuk
Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa seseorang yang mabuk kemudian melakukan perbuatan yang menjurus kepada kekufuran, maka jatuhlah hukum murtad terhadap dirinya. Pendapat ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa akal orang yang mabuk tidak seluruhnya hilang, fikirannya tidak terlepas keseluruhannya dari dirinya. Dalam keadaan mabuk sekalipun sekiranya dia melepaskan talak maka talaknya diterima.
Manakala pendapat Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa orang yang sedang mabuk tidak dikenakan hukum murtad. Ini kerana perasaan malu itu hilang dari seseorang apabila seseorang itu berada dalam keadaan mabuk ( Abdullah Ahmad Qadiri1992: 128).
0 comments:
Post a Comment