Followers

Pages

Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Saturday, March 7, 2009

Bersama mengenali Masyarakat Orang Asli Kuala Koyan, Pahang

Khidmat masyarakat sosial Latihan Amali Dakwah


Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam telah menjalankan sebuah Latihan Amali Dakwah (LAD) di Kampung Kuala Koyan, Pahang selama seminggu iaitu dari 14. Mac 2009 hingga 20 Mac 200.


Ini antara peserta LAD yang excited nak menjadi sebahagian daripada masyarakat Orang Asli Kuala Koyan,..





Banyak aktiviti yang paling menarik..tetapi bukan tujuan kami disini untuk bersuka ria tetapi menjalankan aktiviti dakwah di kalangan orang Asli..tapi bak kata pepatah sambil menyelam minum air..



Ini antara peserta bola jaring UKM yang berentap dalam pertandingan bola jaring bersama masyarakat orang asli..


Inilah antara peserta orang Asli yang berjaya mengalahkan kami...jangan pandang rendah..coz mereka ni pernah mewakili masyarakat orang asli untuk pertandingan bola jaring

Ini antara yang kami belajar di kampung Kuala Koyan, iaitu menganyam daun kelapa..dan ini antara anyaman yang telah siap..antaranya mahkota idaman...dan skirt mini daun kelapa..hehehe Pengalaman yang paling menarik yang tak dapat aku lupakan adalah perayaan sewang masyarakat Orang Asli...disini aku sertai dalam tarian sewang...yang bestnya alatan muzik utama yang digunakan adalah buluh...apa yang menarik perayaan pada hari pertama lampu tidak boleh dipasang...so maknanya kami pergi masa hari ke enam yang merupakan hari terakhir perayaan bersewang...jadi bermakna kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan..menurut abang angkat aku sendiri...kanak-kanak yang telah meninggal dunia akan dikebumikan di bawah rumah..ermm ke dibelakang rumah..tapi yang konform di perkarangan rumah.... Kepada sesiapa yang tak pernah tengok tongkat Ali..haaa...inilah tongkat ali...biasa mesti minum air nescafe tongkat ali...sebenarnya minuman itu dah terlalu banyak bahan pewarna, perisa dan sebagainya...tapi kalau sesiapa yang minum air yang semulajadi..guarantee korang akan tobat...huhuhu..sebab aku pernah rasa..katanya nak bagi kekuatan sebelum pertandingan bola jaring pada sebelah petang...kelat sesangat...


Masyarakat Orang Asli turut percaya tentang kononnya perut busung sekiranya ada orang membuat perkara tidak baik terhadap kita...begitu juga orang asli tidak membenarkan adik beradik kahwin sesama adik beradik atau saudara terdekat..semua ini sama dengan masyarakat melayu Islam..haram...



Ini kawan aku yang paling cool..hehehe menurut orang Asli dialah yang paling hensom dikalangan peserta lelaki LAD. Walaupun dah kahwin tetapi perangainya still maintain..aku dan cicax panggil Min min..sebab dia suka wonderpat..huhuhu..ada tiga panggilan nama samaran untuk dia.. Ranto, Adam, Min min.




Inilah cicax..yang sentiasa hepy sokmo..



Aktiviti lain yanag kami jalankan adalah menanam bunga disepanjang jalan..so yang sedang berdiri tu adalah sebahagian masyarakat orang Asli yang rajin membantu kami....



Dari kiri...hashimi...min min dan aku...


Ini hari terakhir yang sempat aku ambil...tiada apa yang mampu aku bagi untuk dijadikan sebahagian daripada kenangan bersama mereka..so patung spongebob yang aku sayang akan menemani mereka...patung tu hadiah kawan lelaki aku semasa kami menyertai pesta konvo...sekarang ni kawan lelaki aku dah jadi President PMUKM...semoga patung aku selamat bersama mereka...huhuh


Ini laa hari terakhir yang mana sempat aku bergambar bersama keseluruhan ahli keluarga angkat aku...so sweet kenangan ni..







Dan yang last sekali..ini adalah peserta LAD yang amat ku sayangi.....










a

Thursday, February 12, 2009

Lawatan ke Karangkraf





Semasa hari selasa 10 Feb.2009.. Kami ada lawatan ke Karangkraf. Ini antara jabatan kami dari modul komunikasi tahun dua..Pengajian dakwah dan kepimpinan




Ini senior photograp.. nama dia Abd Malik Abdullah..masa sesi penerangan dia ni dah macam pensyarah lak..hehehe nasib baik ada tempoh masa kalo tak tertidur kot..huuhuhu



Ini antara lukisan ghayor..Nasib baik dia sporting..kalo tak mesti dia fikir menciplak plak..hehehhe kat sini ada padi gak..tapi padi pendiam..




Kat karangkraf kami berjumpa dengan Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.. Panjangnya nama dia.. Semua orang mesti kenal dia..dia ni laa yang wanita asia dan Islam yang pertama yang melakar nama dengan merentasi benua Artik dan Antartika..Muka dia putih sesangat..kami bernasib baik sbb sempat bergambar.. datin juga buat promotion tentang M.E.P.S Concept. huh tabik betul aku dengan beliau..

Dia ni merupakan pengasas kepada Karangkraf..Karangkraf yang diasaskan sekarang mempunyai tenaga kerja hampir seribu tiga ratus. Majalah yang dibawah karangkraf mempunyai 29 majalah termasuk majalah yang bakal dipromosi pada 20. Feb ini. Apa yang best tentang Dato ni dia merupakan anak kelahiran kelantan yang dahulu hidupnya miskin. Bapanya seorang peniaga kedai buku dan beliau dilahirkan dengan minat suka membaca sebab bagi beliau membaca itu dapat mengubah hidup dirinya.. Dia juga merupakan pelajar lepasan graduan UKM..so kesimpulannya bukanlah kemiskinan itu menghalang kejayaan..

Inilah antara sedikit sebanyak tentang lawatan yang di buat...cukup memberikan input yang mendalam tentang media cetak..

Sunday, February 1, 2009

Hari terakhir di Kelantan




Awal pagi kami dah keluar g rumah Dalila sebab mak dia jemput.. Kat rumah dia aku "dideskriminasikan"..aku jadi tak aktif sebab malu...hahaha nak tahu sebab apa? Gara2 adik dalila yang sama umur ngan aku so depa kenakan aku ngan beliau hahaha..muka masa tu merah n biru huh mesti hodoh... tapi kami cukup puas bergambar kat sana..owh yerr nama adik Dalila Ding...naperr tak ding dong...kui3. Pastu kami dihidangkan dengan nasi lemak n bubur asyura...sedap sampai menjilat ibu jari kaki hahaha..banyak gilerr dagingnya..balik tu kami berjalan g pasar Siti Khadijah beli tudung n baju.. pastu kami g Pasaraya Pantai timur. Kat situ aku timbang berat badan aku...hadoii terkejut beruk naik 700 gram..ni mesti gara2 nasi kerabu yang aku melantak malam semalamnya...nak wat camnerr sedpa punya pasal aku melantak...kui3 kalo tak bila lagi nak rase nasi kerabu asli buatan kelantan...tapi apa yang menyedihkan aku..sepanjang aku kat Kelantan aku tak dapat belajar makan budu..hadoiii tak tertelan tekak nie,,
Kami rase bahagia kat sini. Masa 20.1.2009..aku dan cax nak wat suprise kat ayah akma..kami ingat nak beli kek secara rahsia. Rupanya tak menjadi sebab kami tak tau mana kedai kek...hahaha so kami suh laa akma belikan...mase tu boley plak akma bgtau kat ayah dia beli kek kat Kubu Bharu.. kalau tak silap KB Mall. kelakar laa plak bocor rahsia kami. So kami sambut dengan sederhana..tapi meriah.. sayang sangat kami sambut masa maghrib. so tak sempat nak makan lama2 coz bas cak untuk balik ker Johor 8.30 dan bas aku 9.00

Keluarga dia hantar kami ker perhentian KB Mall. Kami sempat bergambar. 8.40 cax bertolak. pukul 9.30 aku plak..mngkin sebab bas aku bas tambahan. Apa yang sedih aku naik bas diorang ramai2 babai kat aku...Masa tu keluar air mata aku.. Mngkin sebab aku tak punya keluarga yang macam tue. Tapi aku bersyukur sebab aku masih punya keluarga. Aku tak boleh tahan air mata aku...sampailah abg kat belakang tempat duduk aku kata "dik janganlah nangis abg rase macam nak nangis jerr" huh mase tu memang malu laaa.. habis dah nak nangis nak wat camnerr...rupanya abg kat belakang tu owang kelantan budak UIA amin kos QE. Apa ntah tak pasti lak..

Sampai Putra area kui 5.30 mmng aku tak tahu pun jalan putra2 ni lagi2 KL. Yang aku tahu KL SEntral. Nasib baik abg yang kat belakang tu tolong aku. Siap dia kata "ingat nak tinggalkan jerr adik kat situ tapi tak sampai hati lak".. Huh sabor jerr apa yang lg memalukan dia owang kelantan tapi dah tau selok belok sini. Aku owang selangor masih terkapai2 mencari jalan yang sebenar. So dengan bangganya aku pun ikut jerr dia dari belakang... Daripada aku sesat tak tentu pasal...hahaha...tetiba masa tu dia berubah jadi macam polis...huh takut gak mase tue..nak tahu nama laa No tel laa, tinggal mana laaa...hahaha..aku bg tau nama aku n aku tinggal kat mana...tapi no tel aku tak bagi...nak wat camner taulaa kan...aku jenis takut ngan lelaki..Dia belikan aku tiket dari PUTRA ke UKM RM 3.80 aku nak bayar kat dia dia kata takper tapi nak No tel...tu aku tak dapat bg. Aku pulangkan duit dia tapi dia tak nak..ramai gak yang pandang kami masa tu gara-igara aku nak pulangkan duit kat dia. so nak kontrol malu aku cakap terima kasih laa yer ada rezeki jumpa lagi..Rase serba salah plak aku ngan budak lelaki tu..tapi aku harap satu hari nanti aku akan jumpa ngan dia balik..

Ituah serba sedikit kisah terakhir aku di Kelantan...hahaha agak kelakar pulak
Posted by Picasa

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates