Followers

Pages

Showing posts with label Aku gembira. Show all posts
Showing posts with label Aku gembira. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Jangan bersangka buruk

Hari ini antara percaya dan tidak..aku rasa aku dah sedar yang aku terlalu bersangka buruk dengan orang yang baik sangat kat aku..

Jadi aku buat keputusan untuk turunkan ego aku dengan menghubungi dia..aku rsa dah malas nak bermonolog dalam hati tentang diri dia..akhirnya aku dapat jawapan yang aku tak pernah sangka selama ni...

" Awak saya tak nak hubungi awak sebab saya rasa ada kemaksiatan yang akan timbul. Melalui suara. Saya tengok awak yang banyak bawa saya jalan kemaksiatan jadi saya kene cegah.. lagipun awak belum sah jadi isteri saya" dengar je ayat aku bawak kemaksiatan pada dia aku dah mula rasa lain..yer laa aku cuma nak dia ambik berat kat aku..

"Lagipun saya bz. awak kene memahami keadaan saya. kalo saya tak kerja saya nak dapat duit kat mana.lagi satu sy memang mendiamkan diri.. sebab saya nak awak pk apa kesalahan awak." dia teruskan perbualan dan bla..bla..blaa...

Tapi yang paling menguja aku bila dia kata dia tak nak terus berhubung sebab akan timbulkan maksiat...mak aiii adakah aku orang bertuah tu...awkk saya minta maaf sebab terlalu bersangka buruk pada awak masa saya post kat blog yang lepas..arghhh jahatnya..adakah aku layak dapat dia ni..

Hurmm kene istikharah...(^_^)

Yahhh lagi satu aku rasa dah mula nak terima dia seadanya..dan aku kene berubah..almaklum aku anak kedua..kalo baca horoskop pun memang kene ngan batang hidung aku..anak kedua adalah degil, tukar keputusan last minutes, banyak lagi laa..

Hurmm tapi adakah dia akan terima aku yang degil ni. kene rujuk kat Allah ni..

Ya Allah aku percaya pada jodohMu. Sesungguhnya Kau maha Mengetahui tentang baik dan buruk ttng yang ada pada diri hambaMu.. Ya Allah aku sentiasa mohon pada Mu agar kau kurniakan jodoh yang terbaik didunia dan akhirat..aminn

Tuesday, January 19, 2010

Kenangan bersama dalam sesi intervw


Dari kiri sahabatku Abul, Amir, En Khabir Bahtia (Pengarah Nur Kasih), Fza, dan Faizal Ishak (penolong pengarah Nur Kasih

Ini lah antara pengalaman terbaik dalam menginterview. Kita mempelajari sesuatu yang baru yang mana ia sukar diperolehi.

Friday, May 1, 2009

Aku ada instinct...Macam tak percaya hahaha

Hari ini Jumaat 1 Mei 2009..aku baru sedar aku macam ada instinct..peristiwa ini terjadi semasa aku hendak pergi ke Kuala Lumpur bersama Akma dan Jamilah Husin.. kami dari jabatan yang sama. Tujuan nak pergi Kl atau Jelatik khususnya adalah untuk mencari rumah sewa.. pagi itu aku bersiap dengan lemah semangat..aku tak tahu kenapa hari itu aku rasa malas sangat nak pergi.. Dalam hati ingin sahaja aku menelifon mereka untuk menyatakan bahawa aku cancel untuk pergi ke KL. Tapi ku tabahkan hati menuju ke destinasi yang telah dipersetujui pada semalamnya.

Sampai ke KTM UKM aku dan Jamilah pergi ke kafe yang berhampiran KTM untuk sarapan pagi. Aku rasa tak gembira pada hari tersebut. Seakan sesuatu peristiwa bakal terjadi. Al-maklum sebelah malamnya aku telah bermimpi aneh tentang "shuffle". Di dalam mimpi tersebut kawan ku pesan supaya belajar shuffle dalam taekwando.. Sesudah habis sarapan dijamah aku bersama dua orang sahabat ku lagi terus menuju stesen KTM dan membeli tiket untuk terus ke KL Sentral. Sedang kami duduk2 menunggu ketibaan keretapi aku cuba luahkan perasaan tidak senang hati ku pada Akma sahabatku. Kerana instinct sebegini pernah terjadi sebelum peristiwa ragut terjadi. Aku takut sekiranya sejarah berulang lagi..
Disini laa klimaks cerita aku sedar yang aku ada instinct. Mana tidaknya Akma memandang ke bawah lalu menegur aku "Fizah selipar kau ni memang fesyen ker". Jamilah turut memandang ke arah kedua belah kaki aku.. tersenyum dan hampir tergelak besar melihat kedua belah kaki ku...Tiba-tiba aku terjerit "Arghhhhh..Ya Allah Jam, Akma patutlaa aku berat hati nak pergi rupanya kedua belah selipar yang aku pakai adalah berlainan bentuk. Camner nak buat." Aku cadangkan untuk membatalkan perjalanan ini. Tapi tidak diterima. Aku terpaksa meneruskan perjalanan aku..Di sepanjang perjalanan aku diapit oleh sahabatku untuk mengelakkan daripada kaki ku dilihat oleh penumpang KTM yang lain. Didalam KTM kami sambung dengan gelak kami seakan tidak percaya peristiwa pahit ini boleh terjadi..
Tiba di KL Sentral aku terus membeli selipar baru. Akma hanya memujuk dan menyedapkan hati aku. Menurutnya fesyen sebegini dan banyak di pasaran. Orang tidak akan perasan dan tidak akan gelak sekiranya kita memakai selipar yang berlainan bentuk..
Itulah peristiwa aku menyedari aku mempunyai instinct.. Nasihat ku kepada pembaca blog hati-hati semasa menyarung selipar terutama wanita2...hehehe

Saturday, February 21, 2009

Program fasilitator Jati Diri SMK Engku Husain, Semenyih

Ini cerita serba sedikit tentang pengalaman aku menjadi fasilitator di Sekolah Engku Husain pada hari Sabtu (21.2.09)..Apa yang seronoknya diorang nie sentiasa bersaing dengan lelaki dan perempuan nak tunjuk terer saperr yang paling aktif..semua cool..kira2 130 lebih pelajar yang kami barisan fasilitator kena conduct..Banyak slot yang terpaksa dipendekkan dan dibuang sebab mengejar masa yang sangat cepat meninggalkan kami....

Ini semasa slot menyanyi lagu senyum...masing-masing tunjuk suara merdu..huhuhu


Kumpulan 8 kumpulan saya..


Kami ada trademark..nak tahu???

Wonderpet..wonderpet kami datang..
Apa yang penting kerjasama...
Chaiyok..chaiyok..
Allah Akhbar..


Dari kiri Afiq Ikmal, Naqiuddin (Ketua Aspura), Arif, Syafiq..

hehehe...comei tak diorang nie..tapi aku tabik dengan ketua aspura dia nie sebenarnya nak tema Jihad tapi aku yang tak tau nak wat trademark jihad..so aku guna wonderpet..Nak jadi citerr ada plak kumpulan lain yang guna tema yang sama...Yang lain semua malu...mungkin aku takder adik beradik lelaki so aku rasa sayang plak dengan diorang nie...
kalau yang nie susah nak kenalkan..ramai sangat...hehehe..kalau boleh ingat..Dari kanan. Asma, Azlina, Ayu, Erin, dan Aliya...

Diorang ni lagi pemalu yang paling kanan tu ada asma..nama pun Asma..paling comel dialahh..kecik jer budaknya..tapi ingatan dia kuat..tu masa kene ingat lirik lagu..erin tu plak peramah..naik segan plak..well apa-apa pun diorang the best for me..


Ini antara program yang dijalankan iaitu Muhasabah Diri..Ini antara ragam pelajar perempuan bila tiba slot sebegini..masing-masing kesedihan dan menangis bila mengingatkan mereka tentang ibu bapa mereka.. Tapi ada seorang pelajar perempuan yang betul2 baik..dia jujur menyatakan pada ibunya "Ibu terima kasih lahirkan saya" lelaki semua ego kecuali seorang pelajar lelaki yang mana dia telah merasai erti sebuah kehilangan. Dia dah kematian bapa mungkin itu buat emosi sedih dia bertambah bila diingatkan tentang ibu dan bapa dia. Ada juga pelajar yang merundum sedih akibat putus cinta..huh tu yang tak ley terima tue..hehehe


Ini antara barisan Fasilitator perempuan...kalau yang nie memang tak ley nak perkenalkan..ramai sangat..tapi tu semua senyum kambing...hahaha

Ini pulak Mail yang syok sendiri dengan celotehnya...tapi Mail pandai ambik hati pelajar..celoteh dia memang best..
Tu jerr sedikit sebanyak tentang program fasilitator..





En

Friday, January 30, 2009

Hari pertama di Kelantan 25.01.2009

Hari ini hari Ahad. Tepat pukul 5.30 kami tiba di Pasir Pekan..sangat seronok apabila kami tiba di Kelantan dengan selamat tanpa sebarang ujian dari Allah...Cuma kami keletihan sedikit..kami sambung tidur sedikit kerana keletihan di sepanjang perjalanan.. Nisak dan akma juga kak Na lena dibuai mimpi... Tapi aku hanya dibuai khayalan indah tentang perjalanan yang bakal kami jalani disana selama tiga hari dua malam.. petang itu kami hanya berjalan-jalan di tepi sungai yang mana sungai itu punca pasir pekan banjir teruk...amat indah bila kami duduk bersama di tepi sungai..melihat keindahan sungai yang mengalir...Indahnya ciptaan Allah...Amiin...Ayat berbunga...huhuhu

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates