Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, February 25, 2010

Rekabentuk Berarahan


Teknologi semakin penting dalam kehidupan harian kita. Di alam pekerjaan juga tidak terlepas dengan keperluan pemahaman tentang teknologi. Apa kata pada hari ini kita mengenali dunia teknologi iaitu rekabentuk berarahan.

Rekabentuk berarahan adalah sebuah courseware yang banyak digunakan dalam sistem pendidikan terutamanya. Spesifik courseware yang ingin dibincangkan secara teori adalah courseware tayammum.



Pernyataan masalah


'Terdapat beberapa masalah yang terdapat dalam pembelajaran bertayammum berbanding dengan penggunaan kursus interaktif pembelajaran tayammum. Kebanyakan pendekatan pembelajaran bertayammum melalui buku teks iaitu ia lebih berbentuk teori. Manakala pembelajaran dalam bentuk web, blog dan sebagainya tidak sepenuhnya dapat melatih pelajar dengan cepat dan berkesan. Melalui buku teks pula pelajar mudah bosan kerana pelajar tidak dapat berinteraksi dengan buku teks.



Manakala pembelajaran melalui internet samaada melalui video seperti you tube, tutorial dalam web secara percuma dan sebagainya. Pelajar boleh belajar secara terus menerus menerusi talian. Tetapi kelemahan yang ada di sini tidak semua pengguna komputer atau pelajar mempunyai talian internet di rumah bahkan pembelajaran tayammum melalui online ini terlalu bergantung pada talian internet.


Tenaga pengajar yang mengajar tayammum disekolah mengikut silibus pembelajaran mempunyai masa yang terhad untuk mengajar. Ini menyebabkan pelajar susah untuk mengikuti praktikal yang diajar oleh tenaga pengajar dan menjadikan pelajar mudah lupa kerana pembelajaran secara praktikal bukan dilakukan secara berterusan.



TAKSIRAN KEPERLUAN

Taksiran keperluan sangat penting jika kita ingin memperbaiki program yang sedia ada atau ingin membuat program baru. Maka, tafsiran keperluan pengajaran cara bertayamum amat perlu dilakukan, agar pelajar dapat mengaplikasikan cara ini dalam kehidupan mereka pada situasi tertentu.

Langkah pertama kepada reka bentuk kurikulum ialah dengan melaksanakan tafsiran keperluan. Tyler (1949) percaya keperluan ialah perbezaan antara pengetahuan masa kini atau kemahiran individu dan norma yang telah dikenalpasti. Kaufman (1994, 1995) mendefinisikan taksiran keperluan sebagai proses mengenal pasti keperluan dan meletakkan keperluan dalam susunan keutamaan. Melalui taksiran keperluan penguasaan bertayamum, para guru dapat mengenal pasti jurang (jurang antara keadaan sekarang dan keadaan yang diperlukan) di dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cara bertayamum yang betul.

Taksiran keperluan ini bertujuan untuk mengetahui masalah pengajaran dan pembelajaran tayamum kepada muris-murid sekolah di Malaysia. Aspek-aspek utama yang ditumpukan dalam kajian ini ialah cara-cara bertayamum yang sukar diajarkan, pengetahuan pelajar tentang bertayamum, masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat, masalah pengajaran dan pembelajaran tentang tayamum, dan masalah pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek yang terangkum dalam hal yang berkaitan dengan tayamum seperti cara bertayamum, alat-alat bertayamun dan sebagainya. Selain itu, pemilihan media yang sesuai juga diambilkira untuk memudahkan pelajar-pelajar mempelajari seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini melibatkan satu sampel populasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Kajian ini dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu pelajar tidak dapat mengaplikasikan dengan baik cara bertayamum, guru hanya memberikan teori semata-mata kepada pelajar dan pelajar tidak didedahkan dengan situasi yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan agar guru dapat mengatur strategi pengajaran supaya pelajar mendapat pengetahuan yang mendalam, penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat penting agar pelajar tidak terdedah kepada buku teks semata-mata. Penggunaa teknologi dalam pembelajaran akan meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Hal ini kerana penggunaan teknologi dalam pembelajaran bukan sahaja terdedah kepada teks tulisan tetapi mengandungi animasi dan gambar-gambar yang dapat memberi ingatan jangka panjang kepada pelajar.


MEREKABENTUK PROJEK


Dalam membangunkan sesuatu perisian kursus ataupun pakej pembelajaran, reka bentuk sesebuah pakej pembelajaran tersebut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pakej yang hendak dibangunkan. Oleh itu, reka bentuk yang dihasilkan hendaklah berkonsep mesra pengguna, tidak terlalu kompleks, mudah di gunakan dan tidak menimbulkan kebosanan pengguna semasa menggunakannya.

Reka bentuk Antara muka



Antara muka merupakan paparan utama yang dilihat dan digunakan oleh pengguna. Dalam pembangunan sesebuah kursus, langkah pembangunan antar muka adalah sangat penting kerana konsep perisian kursus yang disampaikan mestilah menarik supaya pengguna berminat untuk meneruskan penggunaan pakej perisian kursus ini di samping meningkatkan pemahaman pengguna mengenai maklumat yang hendak disampaikan.
Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan antara muka adalah penggunaan warna latarbelakang dan teks serta susun atur grafik dan teks yang sesuai supaya tidak terlalau kompleks, penggunaan yang mesra pengguna serta masa capaian maklumat interaktif pengguna dan pakej perisian kursus pantas.


REKA BENTUK MULTIMEDIA YANG DIGUNAKAN


Dalam sesebuah perisian kursus multimedia, penggabungan dalam mengintegrasikan elemen yang digunakan perlu direkabentuk dengan teliti. Hal ini bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik, kreatif, dan juga keberkesanan kepada pengguna.


1) Reka bentuk Teks dan Fon


Penggunaan teks dan font adalah elemen grafik yang terpenting untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan lebih berkesan. Perisian kursus pembelajaran ini menggunakan Bahasa Melayu.
Dari segi reka bentuk fizikal teks iaitu pemilihan saiz, gaya, tulisan dan padanan warna yang tepat dapat menarik perhatian pengguna dan memudahkan pengguna apakah maklumat yang disampaikan. Dalam projek ini, pembangun telah memilih jenis tulisan Calibri bagi maklumat teks. Tulisan ini berbentuk ringkas dan mudah dibaca untuk pengguna dari pelbagai peringkat umur terutamanya golongan remaja.


2) Reka bentuk Warna


Selain daripada penggunaan teks yang sesuai, warna juga memainkan peranan yang penting bagi sesuatu antaramuka. Penggunaan warna yang sesuai amat mempengaruhi perasaan seseorang pengguna apabila pengguna melihat sesuatu pakej perisian kursus. Penggunaan warna yang terlalu kompleks mengelirukan pengguna manakala penggunaan warna yang kurang menyebabkan pengguna berasa bosan dalam pembelajaran.


3) Reka Bentuk Audio



Sesuatu pakej pembelajaran yang akan disampaikan kepada pengguna lebih berkesan sekiranya ada penggunaan elemen audio. Peggunaan audio bukan sahaja dapat menyampaikan sesuatu maklumat tetapi ia dapat menarik minat pengguna mendengar iaitu salah satu penyampaian maklumat. Pembangun menggunakan perisian sound forge untuk mengedit audio. Dalam projek ini, audio digunakan untuk muzik latar belakang dan juga semasa menyampaikan sesuatu maklumat semasa dalam modul pembelajaran, soalan dan aktiviti.
Reka bentuk Animasi Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.


4) Reka bentuk Animasi


Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.

Metodologi Pembanguan


Metodologi pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian

Fasa Analisis
Peringkat analisis, beberapa keperluan perlu dikenalpasti seperti menilai sasaran pengguna, permasalahan dan kebaikan kepada pengguna, analisi teknologi dan sebagainya.

Fasa Rekabentuk
Dalam reka bentuk perisian, papan cerita perlu dilengkapkan dengan jelas. Antaramuka yang direka adalah sesuai dengan peringkat umur sasaran. Selain itu memasukkan grafik, animasi, audio, dan video yang sesuai

Fasa Pembangunan
Semua elemen multimedia digabungkan menjadi perisian interaktif


Fasa Implementasi
Fasa ini pula melaksanakan perisian yang telah dibangunkan


Fasa Pengujian
Fasa ini menjalankan pengujian keatas perisian dengan menggunakan responden daripada 50 pelajar sekolah menengah bestari yang mempunyai pelbagai peringkat umur dan jantina.

Inilah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama pembaca blog...Selamat menyambut maulidur Rasul

Sunday, February 21, 2010

Zina dan hasilnya (Subhanallah)

Apakah dosa anak ini.......



Seorang bayi yang dibakar





Kebanyakan wanita mudah sekali menyerahkan maruah diri kepada lelaki sebagai bukti cinta dan taat pada jejaka tersebut. Adakah patut saya gunakan perkataan "sesetengah" atau "kebanyakan". Tetapi dunia moden tanpa sempadan menyebabkan saya menggunakan perkataan kebanyakan dan bukti adalah berdasarkan kenyataan dibawah. Hanya dengan nafsu kita hilang iman dan pegangan agama. Kesan daripada perbuatan ini langsung ditolak tepi atau lebih baik dibuang sahaja ke dalam "tong sampah" kerana nafsu seringkali menang dalam menguasai perkara-perkara negatif. Terus kita lupa bahawa maruah diri itu bukan sekadar memelihara diri tetapi ibu dan bapa serta agama. Kerana cinta "ku sanggup korbankan apa sahaja". Ayat yang biasa digunakan oleh pasangan tetapi bila dah terlanjur hilang entah kemana. Maka berlakulah pembuangan bayi dan sebagainya. Kita sebagai wanita melayu yang beragama Islam bercintalah mengikut kehendak Islam bukan bercinta menurut nafsu.


Hari kekasih atau hari v-days adalah satu hari yang dilihat sebagai tempoh "tempoh mengawan" muda mdi kita zaman sekarang

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Sumber Berita harian




Lawak sabun Marzuki

Just klik gambar lawak kartun tu untuk baca dengan jelas

Lawak brand Marzuki..

Sama-sama kita berhibur sementara.

Tuesday, February 9, 2010

Drama Nur Kasih sebagai Unsur Pendidikan



Drama Nur Kasih sebagai Unsur Pendidikan

Drama TV telah memainkan peranannya dengan lebih berkesan kerana ia dipersembahkan kepada penonton melalui media yang sangat luas sebarannya dan berpengaruh. Televisyen juga memainkan peranan sebagai egen perubahan sosial. Bahan yang disiarkan kepada penonton mampu memnggerakkan penonton ke arah perubahan sosial. Drama Tv juga adalah salah satu senjata psikologi dengan memberi gambaran-gambaran tertentu melalui pengolahan ceritanya. Dengan demikian ternyata sekali bahawa drama tv telah dijadikan alat untuk mendidik secara halus untuk penonton. Beberapa siri drama import yang disukai ramai seringkali membawa jalan cerita yang menarik dan amat meyakinkan terutama cerita-cerita dari negara seberang seperti Indonesia yang banyak memaparkan kisah yang mengandungi unsur seperti ilmu hitam, sihir, hasad dengki, dan sosial yang keterlaluan. Permasalahan yang ditimbulkan kadangkala melebihi permasalahan drama tempatan. Dan gambaran yang dibawa pula kebanyakan tidak sesuai dan malah boleh membawa pengaruh negatif terhadap masyarakat tempatan terutama gambaran kekecewaan yang melulu seolah-olah tiada sandaran lagi kepada tuhan. Oleh yang demikian siri-siri drama yang diimport dapatlah dikatakan sebagai berperanan khususnya untuk hiburan semata-mata. Peranan mendidik bagi masyarakat tempatan hanya dapat disalurkan melalui drama yang berlatarkan masyarakatnya sendiri.

Jadi di sinilah kelebihan yang dimainkan pengarah terkenal kabir Bhatia dalam meletakkan peranan watak supaya menjadi panduan kepada penonton. Antaranya kostum bertudung watak utama iaitu Nur Amina yang sentiasa memakai tudung dan menutup aurat. Watak Nur Amina ini mampu dijadikan role model kepada penonton terutama remaja supaya berpakaian menutup aurat. Walaupun pada zahirnya diluar produksi kebanyakan pelakon tidak menggambarkan watak yang dibawa dan sedikit sebanyak menjejaskan reputasi drama Islam tetapi nilai yang terkandung kebanyakan mampu mempengaruhi penonton.

Selain itu juga pengajaran dan kesan akibat perbuatan negatif juga sesuai untuk dijadikan nilai dan pengajaran pada kehidupan masyarakat. Inilah pendidikan yang baik yang boleh diterapkan kepada penonton. Antara babak yang memainkan kesan akibat perbuatan negatif adalah watak antagonis Siti Sarah yang seringkali mengata dan menokok tambah sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan perpecahan dalam rumahtangga Aidil dan renggangnya hubungan antara Alia dan Nur Amina. Kesan seperti ini menjadikan masyarakat menjauhi pebuatan seperti ini demi menjaga kebajikan dalam rumah tangga mahupun keluarga.

Berbeza dengan drama-drama yang diimport seringkali memaparkan kisah seorang wanita yang kononnya tabah menghadapi dugaan contohnya seperti drama bawang putih bawang merah, solehah dan beberapa buah drama terbitan dari Indonesia. Tidak dinafikan penerapan nilai yang sangat baik tetapi kadang kala ia tidak dapat diterima akal.

Komen Kurang Ajar Facebook



Sebenarnya komen-komen sebegini telah lama 'dilancarkan' oleh manusia yang tidak tahu menghormati agama orang lain. Keadaan ini berlaku apabila komen yang ditaip dilakukan ketika melepaskan perasaan geram atau ketidakpuasan hati. Tapi walaubagaimanapun penapisan haruslah dijaga bagi menghormati perasaan orang lain. Lagipun kita sedia maklum benda-benda sebegini adalah perkara sensitiviti.

Mungkin sukar untuk pihak atasan mengambil tindakan kerana pada pandangan penulis pihak atasan akan ambil tindakan kalau ia melibatkan perpecahan negara..hmmm nampaknya agama sekali lagi diketepikan. Kita berharap agar orang yang memberikan komen sebegini sedar tentang apa yang di komennya..

Wallah ua'lam

Monday, February 1, 2010

Cicak oh cicak

Gambar diambil dengan jarak jauh.

Gambar ini diambil ketika dua ekor cicak ini sibuk melakukan hubungan seks sehingga flash kamera tidak menghalang mereka untuk berhenti melakukan hubungan yang tidak tahu samaada sah atau sebaliknya :)

Kelakar juga bila melihat gelagat cicak ni yang sama dengan manusia. Ingin memastikan keturunannya tidak pupus dimuka bumi. Walaupun kita sebagai
manusia tahu bahawa cicak merupakan binatang yang menghianati nabi ketika mana nabi bersembunyi di sebuah gua kerana diburu oleh orang mushyrikin Mekah. Bila diimbas kembali mulalah hati ini ingin membunuh dua ekor cicak ini tapi perasaan simpati itu lebih tinggi dari perasaan benci. Terus ku tertawa sambil melihat dan terus melihat...

Cinta antara dua darjat...






My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates