Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, January 31, 2013

Antara Guru dan Ibu Bapa

Assalamualaikum...

Sengaja luangkan sedikit masa untuk update blog ni..lama terbiar..^^.. kali ni blog diupdate dengan tajuk antara guru dan ibu bapa..Sekadar nak meluahkan tanggungjawab seorang guru dan tanggungjawab ibu bapa..

Ada yang tak kene ke??
Hmm sebenarnya jd guru ni seronok. Lagi-lagi mengajar sekolah rendah..Kita akan lihat banyak kerenah pelajar..Sebenarnya pelajar adalah klien bagi seorang guru. So guru kene buat yang terbaik untuk pelajar-pelajar dia. Tapi apa yang nak dilihat disini adalah tentang ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab guru semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka. Bagi kelas pertama ibu bapa mereka amat ambil berat akan anak-anak mereka. Segala keperluan dan kehendak akan dipenuhi. Mereka juga akan melihat segala tanggungjawab sebagai seorang murid juga dapat dilaksanakan oleh anak mereka dengan baik..Tetapi sebaliknya di kelas hujung. Mereka seolah-olah terbiar. Ibu bapa seolah-olah tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka sehinggakan kerja rumah mereka pun terabai. 

Cuba kaitkan dengan diri aku sebagai guru?

Sebenarnya aku mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk tahun 1. Biasanya huruf hijaiyyah tunggal adalah topik utama untuk diajar. Aku telah buat sedikit perbandingan dan aku dapati kelas hujung ni sukar menguasai huruf hijaiyyah tunggal. Mereka juga tidak dapat membuat perbandingan dengan baik. Aku rasa agak kecewa. Adakah pendidikan agama terutama iqra' tidak penting di dunia akhir zaman. Untuk tahun satu mereka seharusnya dapat menguasai huruf hijaiyyah tunggal. paling tidak pun mampu menyebut dengan baik. Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak-anak mereka yang ketinggalan dalam jawi atau Iqra'

Lain ada ke..??

kat sini ingin sangat aku luahkan kepada ibu bapa yang berada diluar sana tolonglah jangan bezakan pelajaran teras dan elektif. Aku tau mereka nak anak-anak mereka berjaya jadi seorang doktor, engineer, peguam dan apa sahaja dalam bidang kerjaya tapi mereka kene ingat semua ni kene diseimbangkan dengan ilmu akhirat. Aku bukan meluahkan kerana aku dah bosan bekerja sebagai guru.. Aku suka dengan kerjaya guru walaupun guru bukan cita-cita sebenar aku. Tapi aku nak luahkan tolonglah hantar anak-anak ni ke kelas mengaji. Ibu bapa mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang mengenakan cas yang tinggi. Tetapi kenapa kelas mengaji yang aku rasa lebih rendah harganya atau percuma tidak digunapakai oleh ibu bapa. Kalau rasa tak mampu juga, anda sebagai ibu bapa perlu luangkan masa mengajar anak-anak mengaji di rumah. 15 minit sehari pun sudah mencukup.

Selain dari itu juga kebanyakan kelas hujung tidak mampu membaca dengan baik. Walaupun aku masih bujang tapi sekiranya aku berada di tempat ibu bapa aku akan letakkan agama di tahap pertama. Aku nak anak-anak aku menguasai agama kerana aku nak mereka berjaya dunia dan akhirat. Atleast bila aku tiada di muka bumi ni ada insan yang dapat bekalkan al-fatihah dan yassin serta amal jariahnya untuk aku diakhirat (hahaha klau dah kahwin la)

Nasihat pada ibu bapa?

Just nak nasihat.. kalau kita meneruskan sikap mengganggap subjek Pendidikan Islam tidak penting atau hanya mengganggap ia subjek tepian maka kita kene ingat bila ibu bapa meninggal dunia doa anak yang soleh sahaja yang akan dibawa ke akhirat.. Bayangkanlah kalau anak-anak tak tau nak bace yasiin untuk anda semua.Dunia hanya pinjaman dan akhirat kekal abadi..

Kesimpulan..

Pleasee hantar laa anak-anak mengaji sebab nak ajar diorang kat kelas tak cukup masa. Kami guru-guru hanya dibekalkan 6 sahaja masa bersamaan 3 jam dalam seminggu. 1 jam hanya untuk jawi. Kami nak yang terbaik untuk anak murid kami. Dan kami perlukan kerjasama ibu bapa untuk bersama-sama memberikan yang terbaik untuk pelajar.

Hahaha terluah pun akhirnya...(ayat dah tunggang langgang..sori)

5 comments:

mcf said...

Sokong2.. Mmg tunggag langag pn tp stil de pngisian.. Hehe.. Berusaha!

MUZAMMIL ARIF KAMARUDDIN said...

apa kata kita wajibkan cikgu2 bujang ajar kelas ujung dalam kelas tambahan(luar waktu sekolah...)

MUZAMMIL ARIF KAMARUDDIN said...

Harapkan KPM wajibkan kesemua cikgu-cikgu JQAF mengajar kelas tambahan (luar waktu sekolah) bg memperkasakan pelajar2...

Noor Hafizah said...

uhuhu..nsb bek awk fhm ayt tunggng langgng ni..kalo x sia2 je taip..hahaha

Noor Hafizah said...

huhuhu kelas tambahan dah ada dh tapi kebanyakan subjek hanya subjek yg teras.. subjek yg len semua pandang remeh..bukan apa..kita kecian tgk bdak..budak lain tau nak sebut tetiba dia je yg tak boleh sebut..mesti dia malu..hmm mak ayah pun sama kat umah tu ajar laa ckit takkan 24 keje..luangkan masa utk ajar anak2..even ckit pun lama2 jd bukit..tak pun hantar sekolah agama..gerenti pandai

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates