Followers

Pages

Showing posts with label Kisah kucingku. Show all posts
Showing posts with label Kisah kucingku. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Virus Sporo atau Sporotrichosis

Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.


Gambar dari internet

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.

Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.

Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.

Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.


Tanda-tanda Sporo pada kucing:


Gambar dari internet


- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.

- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.

- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti

- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.

Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.


Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :

- melihat sampel kudis di bawah microskop

- ujian darah menyeluruh di makmal


Rawatan Sporo :

- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia

- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu

- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole

- pengambilan anti-fungal yang lain

- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut

- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.

- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.


Cara menghalang jangkitan Sporo :

- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar

- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran

*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.

Copy dari

http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/

Sumber :

- http://en.wikipedia.org/wiki/Sporotrichosis

- http://www.petmd.com/cat/conditions/skin/c_ct_fungal_disease_skin

- http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358

- http://honeypetshop.blogspot.com/2010/09/luka-kucing-lambat-baik-deadly-fungus.html


kucing aku mati kerana Sporor :(


Terlalu banyak cabaran untuk akhir tahun 2011…pada awal bulan 10 seekor kucing aku mati mengejut..badan penuh luka..hampir seluruh badan mempunyai tompokan darah merah yang tidak dapat ditutupi dengan bulu-bulunya..ku sangka kerana bergaduh. Tidak sempat untuk dibawa ke klinik kucing dan akhirnya dia mati diruang tamu…kepulangan ku dari KL menjadikan tanda tanya untuk diri aku..kenapa semakin banyak kucing yang terkena tompokan merah yang kelihatan seperti digaru oleh kucingku sendiri sehingga berdarah…tidak mampu menahan sebak aku mengambil keputusan menghantar kucing2 ku yang terkena jangkitan ini ke hospital haiwan di Jenjarom..balik sahaja dari Bukit Jalil aku bersama kawan ke hospital tersebut dan Vet menyatakan kemungkinan dia menghidapi SPORO..aku tak tau apa itu Sporor …Cuma aku diberitahu agar mengurung kucing2ku yang terkena jangkitan dalam sangkar…aku tak mampu nak buat…tak sampai hati melihat mereka mengiow minta dibebaskan..masa di Bukit Jalil seminggu sekali aku menerima panggilan kucingku seeokor demi seekor mati kerana virus tu…aku tak tau apa itu sporor kerana Vet memberikan iodin..tak banyak maklumat sporor diinternet yang boleh ku capai..

Cuti sekolah bermula aku masuk ke Maktab untuk memulakan sesi pengajian interaksi ketiga di Maktab Perguruan Islam Selangor..seminggu sekali aku pulang untuk melihat keadaan kucing aku…setiap hari itulah aku manangis bila melihat kucing2 aku yang sakit memandang sayu kearah aku seolah minta dibantu..aku sememangnya tidak mempunyai wang untuk merawat kucing ku di Hospital Swasta..aku seorang pelajar..yang mempunyai banyak tanggungan hutang..akhirnya dengan berbekalkan RM 40 aku cuba membawa 3 ekor kucing ku yang semakin parah ke Hospital Haiwan di Klang,. Mudah je Vet melihat kucing2 ku dan memberitahu bawa ke klinik private untuk dimatikan..air mata aku berjujuran…aduss sedihnya..mana mungkin aku nak matikan kucing2 aku…aku terus merujuk ke hospital UPM..dengar2 terlalu mahal..tapi aku cuba juga dan terlalu berharap supaya Vet dapat bantu…menunggu giliran hampir 2 jam akhirnya sampai juga giliran aku…aku masuk ke room no 12…Vet tu menyuruh untuk mengambil sampel..aku benarkan..seekor demi seekor dikhabarkan dan disahkan oleh Vet kucing2 ku semua mempunyai Virus Sporor…hanya tuhan yang tahu betapa luluh hati aku…aku menangis dihadapan Vet2 tu..Vet mencadangkan seekor untuk dimatikan yang lain mungkin boleh selamat…mereka juga mencadangkan agar diberikan pil sebiji dengan harga RM 7 untuk sehari dua kali dan berterusan selama 3 bulan..tetapi Vet tidak memberikan jaminan kucing aku akan kembali normal…aku tak mampu..aku pulang dengan tangan kosong…menunggu giliran bil pula..amat terkejut apabila bil hanya mengambil sampel darah sahaja semuanya RM 75…rungsing seketika..akhirnya aku meminjam wang dari kakak untuk membayar bil..terlalu mahal…dalam hati terdetik labih baik RM 75 tu ditukarkan dengan pil..atleast kucing aku dapat bertahan seketika..terlalu sedih

Selepas itu aku tekad untuk mencari jalan yang terbaik untuk lindungi saki baki kucing ku..walaupun mereka hanya haiwan jalanan..aku tetap sayangkan kucing-kucing aku..aku minta maaf tak mampu nak bawa kamu jumpa Vet..aku hanya mampu menyapu ubat di kawasan badan-badan kamu yang luka..aku tak mampu melindungi kamu dengan uabt2 yang mahal…tapi aku juga tak mampu melihat kamu menderita di tepi jalan sambil mengiow mengharap simpati manusia bakhil yang mengabaikan kamu tanpa memberikan sedikit makanan pun..

Hanya satu yang ku mohon..agar Allah menghentikan kesakitan kucing ku…lindungi mereka…Ya Allah Kau Maha Menyembuhkan sakit makhluk2Mu..aminn

Kini 6 ekor mati hanya tinggal seekor sahaja yang parah dan masih belum diselamatkan..keadaan hidungnya yang sudah tiada menyebabkan dia sukar untuk bernafas..satu sahaja yang aku minta …tolong selamatkan saki baki kucing ku..after semua dah terkawal aku akan tuntut kucing2 ku kembali..aku xnk kurung mereka..aku nk mereka bebas

Tuesday, September 8, 2009

Kucing 0h kucing kenapa sifatnya pelik

Salam kepada semua pembaca blog. Selamat berpuasa dan berterawikh. Hari ini entah kenapa tiba-tiba ku tersenyum seorang diri bila aku teringatkan kucingku yang diberi nama Ayumi Star. Walaupun jari jemari ini agak pantas menaip tetapi senyum dibibir sentiasa terukir bila memikirkan kucingku Ayumi Sta yang ku rasa baru berusia lingkungan dua tahun.

Satu-satunya kucing yang bersifat agak ganjil berbanding dengan kucing-kucingku yang lain. Ayumi Star adalah kucing jantan anak jati kelahiran rumah aku sendiri. Bulunya gebu dan tubuhnya gemuk berbanding kucing betina. Apa yang pelik dengan kucing ni pasti menjadi tanda tanya kepada semua pembaca blog.

Sebenarnya sepanjang kepulanganku ke kampung halaman biasanya disambut biasa oleh kucing-kucingku yang lain. Aku akan memberikan ciuman sayang pada kucing-kucingku setiap kali apabila aku tiba di rumah. Baik kucing jantan mahupun betina. Mungkin aku terlalu rindu pada kucing-kucingku sepanjang aku berada di kampus.

Tapi lain pula dengan Ayumi Star dia akan lari sebelum aku jejakkan kaki ke rumah. Kucing yang ku kategorikan jinak sebab dia boleh detect nama panggilan aku. Agak kelakar juga bila teringat kembali semasa aku pulang ke kampung baru2 ni. Bayangkan hanya mendengar suara ku memberi salam kucing ku yang hanya kira-kira 3 meter jaraknya dari aku terus melarikan diri masuk ke hutan dan menghilang entah kemana. Sehinggalah aku pulang ke UKM barulah ibu membawa khabar kucingku Ayumi Star selamat. Bukan sekali sahaja kucingku berperangai pelik sebgitu tetapi setiap kali kepulangan ku ke kampung halaman. Selain itu biasanya time makan dia merupakan kucing pertama yang akan datang ke dapur. Tetapi sebaliknya berlaku bila aku berada di rumah. Mata kucingku sentiasa melilau mencari kalau2 aku ada dihalaman dapur atau rumah.

Pernah sekali ibuku sedih melihat Ayumi Star tidak pulang ke rumah gara-gara takut akan aku. Ibu ku menyuruh ku supaya tidak turun kebawah dan cuba menyembunyikan diri. Apa yang terjadi...

Kucingku pulang dengan perasaan takut berbaur cuak. Dia mempunyai sifat berhati2 yang tinggi. Ayumi Star hanya makan sekadar mengisi perut kemudian dia kembali ke hutan dan menghilang entah kemana...

Agak kelakar ku lihat gelagatnya. Itulah kucingku yang paling pelik perangainya dikalangan kucing2 ku yang lain. Semoga kucingku itu sihat walafiat hendaknya. Sekadar berkongsi kisah kucingku....

Sunday, September 6, 2009

Akhirnya berakhir dengan kematian...

Pulangnya aku ke kampung telah disambut dengan nazaknya anak kucingku. Aku teringat pada bulan lepas dia dibuli oleh beberapa ekor kucing. Ketika itu aku hanya memerhati. Kasihan ku lihat anak kucing tersebut maklumlah ibunya seakan tidak bertanggungjawab. Aku dengar ibu kucing tersebut tersalah mengambil anaknya. Ibuku cuba memisahkan dan mengembalikan anak kucing tersebut kepada ibu kandung kucing. Tetapi ibu kucing yang tersalah sangka tentang anaknya terus menerus memindahkan anak kucing tersebut ke atas.

Pada hari jumaat aku pulang ke kampung. Hajat ingin berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga tercapai tetapi ujian dari Allah yang cuba menguji diri ini ku cuba lalui dengan sabar. Anak kucing yang sebulan lepas ku lihat dibuli akhirnya berakhir dengan kematiannya. Aku telah melihat anak kucing tersebut lebih suka termenung sambil mencari ruang dicelahan baju untuk waktu tidurnya. Matanya seakan tidak dapat melihat dunia rumahku. Pada mulanya ku anggap kucingku akan terus hidup. Semakin lama ku lihat dia semakin longlai. Perjalanan yang dilakukannya hanya sekadar 2 ke 3 meter. Mungkin tidak mampu lagi mencari ruang yanag baik untuk tidur buat selamanya.

Setiap malam aku cuba mendekatinya. Aku fikir bagaimana anak kucing ini merasai kesakitannya. Sedikit demi sedikit najis keluar dari punggungnya. Aku tidak tahu kenapa air mata aku seringkali jatuh bila aku melihat rintihan anak kucing itu.

Pada hari sebelum kematiannya aku memerhatikan lagi keadaan anak kucingku. Mungkin ini malam yang terakhir. Aku usap dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba air mataku berderai lagi Nasib baik semua seisi keluarga aku ada di bilik tidur. Tiba-tiba kedengaran suara mengerang kesakitan dari anak kucing tersebut. Bertambah sayu aku melihatnya. Mana tidaknya ibunya tiada disisi anak kucing tersebut. Semasa bersahur ku lihat lagi keadaan anak kucing tersebut. Sedikit demi sedikit najis keluar dari punggungnya. Aku hanya mampu membaca al-Fatihah dan beberapa zikir lain untuknya. Aku harap anak kucing tersebut dipermudahkan jalan kematiannya. Aku cuba membayangi saat-saat kematian ku yang entah bila akan terjadi. Mukanya semakin cengkung.

Pada hari Isnin bersamaan nuzul al-Quran pada jam 9.30 pagi kucingku menarik nafasnya yang terakhir. Ibu kucing datang mengusapnya. Aku cuba membungkusnya dengan surat khabar dan mencari tanah perkuburan yang sesuai untuknya. Aku cuba menggali lubang. Walaupun hati ini berat untuk mengebumikan anak kucing tersebut tapi aku lalui dengan tabah. Aku meletakkannya dengan cermat dan sedikit demi sedikit tanah ku kambuskan kembali. Tiba-tiba ibu kucing mencari anaknya. Mengiow dia meminta simpati agar memulangkan anaknya.

Itulah kisah anak kucingku yang mana kepulanganku disambut nazak dan pemergian ku ke UKM disambut dengan kematiannya. Aku harap anak kucingku dialam lain akan bahagia selamanya...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates