Followers

Pages

There was an error in this gadget

Monday, July 22, 2013

Puasa dan nafsu

Assalamualaikum

Kali ini post diupdate atas nama puasa dan nafsu sempena bulan Ramadan. Alhamdulillah majoriti umat Islam berpuasa. Ada yang curi-curi puasa. Ada yang puasa sekadar tahan lapar dan dahaga. Ada yang puasa untuk semunya iaitu menahan nafsu, lapar dan dahaga.

Kebiasaannya kita sebagai manusia secara zahir faham dan tahu erti puasa yang sebenar iaitu menahan lapar dan dahaga dari sebelum terbit fajar hingga tenggelam matahari..kalau dari sudut kanak kanak kecil mereka akan diajar untuk berpuasa menahan lapar dan dahaga dari sebelum terbit fajar hingga tegaknya matahari atas kepala iaitu sehingga tengahari. Sekiranya dapat bertahan hingga maghrib biasanya ibu dan bapa akan akan memberikan ganjaran.Tetapi sejauhmana sistem ganjaran ini memberikan kelebihan walhal pada pendapat peribadi ia membawa lebih keburukan. Tapi walaubagaimanapun ia adalah sistem pembelajaran terbaik untuk mendidik anak-anak dalam usia muda.

Bagi aku sedikit sekali yang menyatakan puasa itu adalah bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan nafsu..secara lahiriah konsep nafsu sedikit sekali ditekankan dikala mendidik kanak kanak kecil.


Nafsu yang bagaimana

Nafsu ada banyak sub nafsu hati (paling bahaya yang bolah membawa hidup kita ke neraka Allah), nafsu anggota badan...dan banyak lagi. Tapi yang ingin ditekankan adalah nafsu makan. Bagi aku bazar ramadhan adalah syurga makanan yang sering kali menjadi tumpuan semua manusia baik tua mahupun yang muda. Bila lihat sahaja kuih muih ada sahaja yang ingin dibeli. Bila melihat air sejuk mulalah hati ingin memiliki. Bila melihat makanan berat mulalah bertandang ke gerai lalu membeli segala apa yang mampu dibeli. Walhal segalanya adalah nafsu yang hati sendiri tak boleh nak kawal. Adakah kita berfikir sejauhmana makanan yang banyak itu boleh bertahan dari basi. Kebiasaanya apabila selesai berbuka makanan akan disimpan untuk bersahur. Tetapi nafsu untuk makan bersahur sangat sedikit kerana ketika itu nafsu untuk tidur lebih kuat berbanding makan

Jadi apabila menjelang pagi maka makanan-makanan ini akan dibuang ke dalam tong sampah. Adakah anda berfikir sebelum membeli bahawa nafsu kita lebih besar berbanding ruang perut. Lidah sentiasa ingin merasa apa yang dilihat oleh mata. dan tangan hanya sekadar menghulur. Tetapi segala apa yang nafsu inginkan tidak dapat dimuatkan ke dalam perut

Adakah kita sedar bahawa ramai lagi yang lapar di luar sana. Mungkin sekarang kita hidup senang dengan membuang makanan. Satu hari bila Allah balikkan kita umpama roda barulah kita tahu betapa berharganya membuang dari membeli.



Kerana kita tak pernah berada di tahap inilah kita sentiasa membazir. Jadi hargailah makanan. Beli yang termampu untuk perut bukan yang termampu untuk hati..

Jadikanla puasa ramadhan pada kali ini puasa yang mendapat berkat dan redha Allah...Try our best

Sunday, July 14, 2013

sakit dipertahankan atau dilepaskan?? Allah itu lebih tahu


Assalamualaikum…tajuk kali ini adalah sebuah persoalan tentang hubungan. Kebanyakan hamba Allah didunia ni kalau dah sayang pasti sukar untuk melepaskan orang yang dia rasa sayang. Tapi bagi aku Allah maha mengetahui perancangan hambaNya. Sekuat mana pun cinta kita pada seseorang kalau bukan ditakdirkan bersama tetap bukan jodoh kita. Sayang mana pun kita pada seseorang itu semua Allah yang tetap akan tentukan. Itu semua urusan Allah.

Entry kali ini berbalik pada tajuk yang sebelum ini iaitu “Kesalahan yang Berulang yang Merugikan”.  Itulah diri aku.sentiasa membuat kesalahan berulang. Kadang tu faktor period kadang kala factor lain yang mana aku sentiasa mengikut hati dalam membuat keputusan. Tapi semua itu tidak lama. Nanti akan kembali jernih. Semua ni dek kerana terlalu berhati-hati. Tapi kesalahan yang aku lakukan bukanlah dosa-dosa besar. Kesalahan yang aku lakukan biasa berlaku dalam sesebuah hubungan.

Setiap pasangan dalam mencipta hubungan pasti ada pasang surut. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan warna warni?

Allah itu ada perancanganNya. Kadang kala aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki walhal hanya Allah yang tahu dia tidak akan menjadi yang halal untuk aku. Rupanya Allah nak aku jadi kuat bila aku menempuh dugaan yang sama. Kadang kala juga aku terfikir kenapa Allah tidak hadirkan aku seorang ustaz.Tapi sahabat-sahabat ada nasihat dan terus nasihat. Kalau ustaz dah ckup baik. Ustazah pun dah cukup baik. Nanti kehidupan tak berwarna. Nak carik pahala dalam hubungan pun susah. Sebab semua dah baik, serba perfect dalam hubungan mahupun kekeluargaan. Tapi bagi aku tak semua ustaz itu perfect dan tak semua ustazah itu perfect. Aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki yang bekerjaya, tegas dan sabar. Mungkin Allah nak supaya dia dapat mengawal kesalahan yang dilakukan oleh pasangannya dengan sikap tegas tapi dalam keadaan yang sabar dan berhemah. Tapi adakah Allah teguhkan hati dia untuk terus sabar dan sabar dalam memperbaiki kelemahan aku

Bila kita benar-benar dah berubah Allah akan berikan kita yang lebih baik sebagai hadiah dariNya. Tapi perubahan itu kenalah istiqamah. Kali ini Allah hadiahkan aku sebidang “tanah” untuk aku dirikan masjid diatasnya. Aku cuba juga bina masjid kadang kala tiangnya tidak kukuh dek kerana diri aku sendiri. Aku sentiasa melakukan kesalahan yang sama sehingga dia mula menyatakan yang dia dah tak larat berhadapan dengan semua ini?. Adakah masjid ini akan diteruskan. Sedih rasanya bila perancangan dah dibuat. Tapi penentu segala perancangan hanya Allah sahaja yang tahu. Semuanya ada hikmah.

Tapi kali ini sekuat mana pun cinta aku, seteguh mana pun cinta aku..aku rela dan redha untuk melepaskan kalau itu mendatangkan kebaikan untuk dirinya. Allah itu lebih tahu akan segala perancanganNya. Walaupun ia terlalu menyakitkan hati Mungkin kita bukan menjadi yang terbaik untuknya jadi Allah aturkan sebuah perancangan untuk hadiahkan dia yang lebih baik dari kita. Kerana aku tahu mana silap aku. Ia berulang dan berulang, aku cuba untuk ketepikan bila dinasihat. Kadang aku lupa dan lalai dek kerana terlalu berkeinginan untuk mengetahui sehingga menjadi suatu paksaan.

Untuk awak…

Saya tahu kita hampir membina sebuah masjid. Tapi percayalah jangan dipaksa untuk membina masjid kalau tahu masjid itu awak tak mampu nak teguhkan dengan kekuatan diri awak dalam menjadi imam untuk saya. Jangan paksa untuk membina masjid kalau awak tahu suatu hari ia akan mendatangkan mudarat pada diri saya. Jangan dipaksa untuk membina masjid hanya kerana kita sudah merancang dan awak malu sekiranya masjid ini tidak menjadi mengikut perancangan awak. Masjid yang kita nak bina ni masjid yang yang akan dibawa sehingga syurga kalau awak sentiasa sabar dan pertahankan. Tapi kalau awak tiada kekuatan itu awak binalah masjid dikemudian hari. Sebab Allah nak hadiahkan awak sebidang “tanah” yang mungkin besar untuk awak bina masjid yang lebih baik L.

Untuk diri ku sendiri

Wahai Hafizah bila Allah hadiahkan kamu seorang lelaki yang terbaik cubalah jaga hatinya. Cubalah hormat dirinya yang akan jadi seorang ketua keluarga kelak. Cubalah pelihara pendiriannya dan usah dipaksa. Belajarlah untuk bertolak ansur. Kerana masjid yang hendak dibina bukan memerlukan seorang lelaki sahaja dalam meneguhkan rumahtangga tapi juga memerlukan seorang wanita untuk mempertahankannya. Percayalah wahai Hafizah awak boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik. Berwaspada dengan nafsumu. Ditakuti itu yang akan menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid. 


Sebab saya hanya seorang hamba Allah yang lemah dan perlukan tulang rusuk untuk teguhkan diri saya

Wahai hati sabarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu..

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dalam hidup…Sama-sama kita berusaha mengejar pahala Allah.

Saturday, July 6, 2013

Indahnya Perancangan Allah

Assalamualaikum

Topik ni aku pilih sebab aku nak bagitahu indah sangat perancangan Allah pada hambaNya. Allah tahu manusia yang baik dia akan aturkan untuk memiliki pasangan yang baik. Jangan kita pertikaikan kenapa dipertemukan dengan si pulan.. Bila akad nikah telah termeterai itulah jodoh kita yang Allah dah susun sejak di luh mahfuz lagi. Dugaan yang Allah bagi itu takkan lebih dari ketidakupayaan hambaNy. "La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha".

Bila kita hadapi keraguan tentang jodoh kita pergilah ke sebuah sudut dan sudut yang terbaik itu adalah masjid Allah. Cuba kita diam dan berfikir sejenak..muhasabah kenapa Allah pertemukan kita?? apa yang kurang pada dia dan apa yang lebih pada dia? kenapa Allah aturkan sebegini? kita akan jumpa jawapan dia. dan percayalah jawapan itu bukanlah suatu perkara yang kecewa untuk hati kita mendengar. itulah sebaik-baik perancangan Allah.

Kalau dia bukan jodoh kita usahlah kita jadi lemah. Setiap hati akan kecewa tapi Allah akan balas kekecewaan dengan pertemuan yang lebih indah. Percayalah Allah itu sangat sayang kat hambaNya. Janganlah kita rasa Allah benci pada kita sehingga dugaan yang Dia beri adalah memisahkan orang yang disayangi. Yakinlah orang yang kita sayangi kadang-kadang bukan yang terbaik untuk masa depan kita. Dan yakinlah orang yang kita benci kadang-kadang itulah yang terbaik untuk masa depan kita. Aturan Allah itu terlalu indah.

Kalau dulu Allah pertemukan aku dengan seseorang dan aku cuba pertahankan tapi aku gagal. Kegagalan aku bukan kerana diri aku tetapi kerana diri dia sendiri. Lalu Allah pertemukan aku dengan insan yang lain. Kun Fayakun Allah ubah hati aku untuk menjadi seorang yang tidak boleh berdiri didepannya. Pertemuan demi pertemuan Allah aturkan untuk aku sehingga kadang kala aku rasa rebah. Sehingga aku berputus asa  "Jangan pertemukan aku dengan lelaki yang Kau dah tahu jahatnya dia. DanKau dah tahu dia bukan jodohku..Sesungguhnya Kau lebih mengetahui sifat hambaMu itu". Rupanya Allah nak gantikan segala kesedihan aku dengan caraNya sendiri. Iaitu Allah pertemukan aku dengan seseorang yang insyaAllah sempurna dimataku.

Percayalah..
Usah kita rebah bila gagal dalam bercinta. Kerana Allah akan menggantikan kpd kita dgn yang lebih baik..sentiasa bersangka baik..

Tapi if perkara indah ini ingin Kau tarik.. berikan kekuatan pada hatiku untuk menerima segalanya

Bila kita bermuhasabah kita akan jumpa jawapanNya. 


THANKS ALLAH GIVE THIS SUPRISE ^_^..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates