Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, February 11, 2016

Mandikan abah kita

Mandikan abah

2.08.2015 (Ahad)

Allah jemput abah kembali ke pangkuannya. Ketika itu aku baru pulang dari rumah terbuka hari raya. Dan ketika itu juga aku baru lepas berpantang. Sedihnya aku hanya akak berada disisi abah dan ketika aku pulang dan berada disisi abah nyawa abah sudah mula tersekat. aku melihat sakaratul maut di hadapan aku. Abah kembali pada Allah dalam keadaan yang tenang. Terima kasih Allah Kau ambil nyawa ayah aku dan tidak membiarkan dia terseksa lama. 

Abah sakit tua. Umur sudah menjangkau 83 tahun. Abah meninggalkan aku, kakak dan adik. kebun sawit serta rumah pusaka. Kami tidak tahu macam mana nak uruskan ladang sawit hatta hingga sekarang kebun abah semakin teruk. Pekerja abah pula mungkin mula mencuri tulang. Kebun abah tidak diracun rumputnya. Tidak dibersihkan daunnya. Sudah banyak kali dipesan tapi tiada tindakan. Duit bulan-bulan hasil sawit pula semakin menurun. Abah adik minta maaf adik tak tau nak uruskan. Abah banyak kali pesan uruskan kebun dengan baik sebab abah takde anak lelaki.

Saat abah sakit, akak ngan linda yang menguruskan pakai mandinya. Akak tau mana bahagian yang sakit. Aku buat mana yang terdaya sebab aku masih berpantang. Kadang kala abah mengaduh sakit di tengah malam. Semakin lama abah semakin tenat dan suara tidak dapat dikeluarkan sebagaimana sebelumnya. Hanya isyarat sahaja yang diberikan . kulit belakang abah dah semakin parah. Setiap kali tukar pampers kulit abah akan mula tertanggal. Bukan itu je, tulang abah dah tidak boleh digerakkan seolah-olah abah dah lumpuh. 

Malam abah meninggal semua berkumpul disisi. Aku lihat semua nadi abah semakin perlahan. Akhirnya jam 8.30pm abah telah menghembuskan nafas. Ramai orang mula mengerumuni  rumah abah..membacakan yasin untuk abah. Aku, dan akak tak putus baca al-Quran. Tengah malam tu kami berbincang untuk mandikan abah sebab kami tak nak abah terseksa. Kami tahu mana sakit abah. 

Esoknya tibalah hari untuk memandikan abah. Bila kain kapan dibentangkan dan kaum lelaki yang terdekat dengan abah mula dipanggil untuk membantu memandikan abah, aku mula bersuara “pak cik izinkan saya mandikan abah saya, kami adik beradik nak mandikan abah” pak cik tu jawab “ takpelah nnti batal wuduk terkena aurat”. Aku mula gelisah..sekali lagi aku meminta izin untuk memandikan abah. Dan sekali lagi juga aku ditegah. 

Abah adik dah cuba untuk minta izin mandikan abah tapi pak cik tu menegah wal hal sekiranya terkena aurat antara aku dengan tukang mandi yang lain itu antara kami takde kene mengena dengan abah. Sebab abah dah takde nyawa. Di celahan langsir bilik mandi aku melihat cara abah dimandikan. Sangat gopoh. Tulang temulang abah diangkat kiri dan kanan sedangkan masa hidupnya aku gerakkan sedikit abah dah menjerit kesakitan. Inikan pula Jemaah yang memandikan abah dengan gopoh. Ya Allah aku tahu abah terseksa. Aku menitiskan air mata semahunya. Aku lihat seorang demi seorang menyiram abah dengan air sehingga air masuk ke dalam hidung abah. Aku lihat luka dipinggangnya yang tersiat hanya dibersihkan begitu sahaja.

Berbeza mandikan orang luar dengan abah sendiri. Biarlah pak cik yang memandikan abah aku merasakan nikmat sakit yang abah aku rasa bila dia nazak. Aku masih marah pada dia. Aku marah pada qariah kampong aku. Walaupun mereka dan bergotong royong semadikan abah tapi aku tak berpuas hati cara mereka memandikan abah. Adakah mereka telah menghadiri kursus atau mereka tidur ketika kursus. Adakah begini cara mereka menguruskan jenazah seolah-olah mengejar masa. Roh orang yang baru meninggal itu masih dalam jasad dan dia merasakan perit sakitnya kerana hendak meninggalkan jasadnya. Abah adik kesal sebab adik tak dapat mandikan abah. Adik kesal sebab adik biarkan orang lain sakiti abah. Tapi adik percaya abah penghuni syurga Allah. Setiap hari adik doa untuk abah. Setiap kali adik ingat abah adik akan mula menyesali apa yang dah berlaku

Kepada semua yang masih memiliki abah sekiranya abah kamu dah tiada mandikan abah sendiri dan dipimpin oleh seorang ketua. Kalau Jemaah luar yang laksanakan maka nasibnya akan sama seperti arwah abah. Abah semoga abah tenang dan damai di sana. InsyaAllah hari-hari adik akan titipkan bacaan Quran dan Fatihah untuk abah supaya kubur abah diterangi dengan Nur Allah.

Al Fatihah untuk abah

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates