Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, May 28, 2009

Bumi KL Bumi yang ku Kesal

Hari ini hari ke 19 aku berada di dunia bandaraya Kuala Lumpur..Dunia yang penuh mencabar era fizikal dan rohani umat manusia. Semakin rakus manusia mengejar fizikal kekayaan dunia. Apa yang mampu memberi nama pada manusia maka itu yang bakal diusahanya untuk mengecapinya.

Tapi adakah manusia yang punya hati rohani dan perasaan mulia sudah tidak wujud di bandaraya ini, atau kalau wujud pun hanya sekadar untuk menaikkan nama agar mashyur di mata masyarakat. Apakah sekarang manusia penuh perasaan pura-pura berbanding kejujuran dari hati?.

Hari ini Jumaat 29. Mei. o9. Sedih sekali melihat bumi Kuala Lumpur pada tengahari yang mulia dihiasi dengan nafsu mengejar kekayaan dengan jual beli. Gerai makanan dipenuhi kaum lelaki. Bukan itu sahaja lelaki yang diberi kesihatan sempurna dari aspek fizikal juga turut tidak dapat menghadirkan diri untuk bersembahyang Jumaat gara-gara mengejar keseronokan bermain. Malah orang-orang tua yang diberi kemurahan rezeki dengan berkenderaan mewah juga turut lambat menghadiri masjid untuk melaksanakan jemaah.

Kebanyakan lelaki menganggap kelewatan dalam menghadiri solah Jumaat adalah suatu perkara biasa. Maka adakah perkara ini mesti diteruskan tanpa ada keazaman untuk mengubahnya? Kita umat Islam hanya memandang remeh dalam hal solat jumaat. kita semua sedia maklum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain dalam Islam bagi lelaki. Perlukah ia diterangkan dan diingatkan hari-hari tentang hal yang sama.


Hari ini juga aku melihat kucing-kucing sibuk berkeliaran mencari sesuap nasi. Anak-anak kucing sibuk mengiow meminta simpati manusia agar diberikan sedikit sebanyak makanan sebagai alas perut. Manusia yang berniaga makanan sibuk meneruskan perniagaan tanpa ada perasaan untuk menghulurkan makanan kepada kucing. Semuanya mementingkan diri sendiri.

Ada satu peristiwa menyayat hati yang hanya orang berperasaan sahaja sedar akannya. Kenapa mesti ada seorang lelaki tua yang seolah-olah tiada arah tuju mundar-mandir di kawasan pasar. Seperti sedang mencari sesuatu yang hilang. diatas meja makan, dia sibuk mengeluarkan duit kertas berwarna biru lalu mengiranya. duit kertas biru itu aku anggarkan kurang daripada RM 10. dibelek-beleknya. Mungkin untuk memastikan dan meyakinkan bahawa duit tersebut cukup untuk makan pada esok harinya. Perasaan aku sayu. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Fikiran aku kusut. Aku ingin membantu tapi apakan daya aku yang hanya bergelar seorang pelajar praktikal.

Bila difikirkan kembali aku mula meyoal dalam lubik hati ini. Mana pergi anaknya? atau dia sememangnya tidak berkahwin? Atau semasa muda dia telah banyak melakukan dosa sehingga Allah membalasnya semasa hari tua? atau semua ni hukum dunia dan hukum karma??... Bertalu-talu soalan ini hadir dan terus hadir. ingin sahaja aku temubual dan membantu lelaki tua tersebut.

Apakah sekarang dunia KL akan kekal sebegini tanpa ada rasa simpati atau tanpa ada rasa bersalah kepada Allah??.. Ya Allah aku adalah antara hambaMu yang melihat dengan mata penuh penyesalan dan aku adalah manusia yang paling lemah untuk melaksanakan dakwah menyeru pada agamaMu, mahupun suruhanMu. Ampunkanlah aku ya Allah...Tetapi berikanlah aku kekuatan untuk aku lakasanakan dengan perbuatan tangan dan lidah. Sesungguhnya Kau maha pengampun lagi maha mengetahui...AMIN

Pelajar sekolah bersongket merah...semangat Berperang

Hari ini 28. Mei.2009. Khamis tepat jam 5.40 petang. Aku berdiri khusyuk melihat gelagat kanak-kanak yang berseragam sekolah bermain batu. Mereka sibuk membaling batu antara satu sama lain. Keseronokan mereka bermain menarik minat aku pada suatu sudut. Apakah mereka tiada punya rasa sakit.

Sedang aku sibuk melihat gelagat mereka bermain tiba-tiba aku terpandang suatu sudut dimana 2 orang budak mula menumbuk antara satu sama lain. Pada mulanya aku hanya memerhati gelagat mereka tapi akhirnya ia berubah wajah kepada gusti. Aku mula bertindak mendekati kanak-kanak yang memakai seragam sekolah bersongket merah untuk meleraikan pergaduhan mereka. Sahabat lain sibuk mengapi-apikan keadaan sambil membaling batu kearah mereka yang bergaduh.

Akhirnya aku berjaya meleraikan dua orang pelajar tersebut. Salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan air mata. Manakala yang seorang lagi sibuk mengadu sakit kepada aku akibat dibaling batu oleh sahabatnya.

Apa yang ingin dikisahkan disebalik gurauan dengan membaling batu ini adalah menurut pelajar terbabit mereka menganggap membaling batu adalah seperti bermain dengan ISRAEL...iaitumembaling batu kearah Israel..

Adakah kanak2 sekarang cenderung untuk melakukan latihan keganasan. Mereka telah melihat dunia peperangan di TV dan ini mendedahkan mereka kepada semangat peperangan..

Friday, May 1, 2009

Aku ada instinct...Macam tak percaya hahaha

Hari ini Jumaat 1 Mei 2009..aku baru sedar aku macam ada instinct..peristiwa ini terjadi semasa aku hendak pergi ke Kuala Lumpur bersama Akma dan Jamilah Husin.. kami dari jabatan yang sama. Tujuan nak pergi Kl atau Jelatik khususnya adalah untuk mencari rumah sewa.. pagi itu aku bersiap dengan lemah semangat..aku tak tahu kenapa hari itu aku rasa malas sangat nak pergi.. Dalam hati ingin sahaja aku menelifon mereka untuk menyatakan bahawa aku cancel untuk pergi ke KL. Tapi ku tabahkan hati menuju ke destinasi yang telah dipersetujui pada semalamnya.

Sampai ke KTM UKM aku dan Jamilah pergi ke kafe yang berhampiran KTM untuk sarapan pagi. Aku rasa tak gembira pada hari tersebut. Seakan sesuatu peristiwa bakal terjadi. Al-maklum sebelah malamnya aku telah bermimpi aneh tentang "shuffle". Di dalam mimpi tersebut kawan ku pesan supaya belajar shuffle dalam taekwando.. Sesudah habis sarapan dijamah aku bersama dua orang sahabat ku lagi terus menuju stesen KTM dan membeli tiket untuk terus ke KL Sentral. Sedang kami duduk2 menunggu ketibaan keretapi aku cuba luahkan perasaan tidak senang hati ku pada Akma sahabatku. Kerana instinct sebegini pernah terjadi sebelum peristiwa ragut terjadi. Aku takut sekiranya sejarah berulang lagi..
Disini laa klimaks cerita aku sedar yang aku ada instinct. Mana tidaknya Akma memandang ke bawah lalu menegur aku "Fizah selipar kau ni memang fesyen ker". Jamilah turut memandang ke arah kedua belah kaki aku.. tersenyum dan hampir tergelak besar melihat kedua belah kaki ku...Tiba-tiba aku terjerit "Arghhhhh..Ya Allah Jam, Akma patutlaa aku berat hati nak pergi rupanya kedua belah selipar yang aku pakai adalah berlainan bentuk. Camner nak buat." Aku cadangkan untuk membatalkan perjalanan ini. Tapi tidak diterima. Aku terpaksa meneruskan perjalanan aku..Di sepanjang perjalanan aku diapit oleh sahabatku untuk mengelakkan daripada kaki ku dilihat oleh penumpang KTM yang lain. Didalam KTM kami sambung dengan gelak kami seakan tidak percaya peristiwa pahit ini boleh terjadi..
Tiba di KL Sentral aku terus membeli selipar baru. Akma hanya memujuk dan menyedapkan hati aku. Menurutnya fesyen sebegini dan banyak di pasaran. Orang tidak akan perasan dan tidak akan gelak sekiranya kita memakai selipar yang berlainan bentuk..
Itulah peristiwa aku menyedari aku mempunyai instinct.. Nasihat ku kepada pembaca blog hati-hati semasa menyarung selipar terutama wanita2...hehehe

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates