Followers

Pages

Thursday, February 5, 2009

Pesta konvo ke-36 UKM (Perspektif pengajian Islam terhadap Pesta Konvo)..



Dari kiri: Rahman, Hazwan, Amer, Lina, Nazri, Ida, Ain, Afiq, Nadia serta yang tgh ambil gambar depa semua..hafizah

..Ni semua Majlis Tertinggi Pesta Konvo ke-36..

Ni sekadar luahan hati yang ingin dikongsi..Aku seorang eksekutif bagi sekreteriat Kebudayaan dan Kesenian..Banyak kerja nak kena settle. Masa pesta dah nak hampir banyak kelas aku datang lambat. Lepas tu balik lewat gara-gara kerja tak siap. Mana tak nya kena kejar kuliah..Time kuliah tak dapat nak tangkap apa yang diajar lecturer sbb terlalu letih. Tapi bukan ini sebenarnya yang nak dikongsi. Ini semua fitrah manusia letih kalau buat kerja banyak sangat..

Tapi apa yang nak dikongsi disini ialah perspektif mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengajian Islam terhadap Pesta Konvokesyen yang berlangsung. Aku merupakan salah seorang mahasiswi Pengajian Islam yang terlibat dalam Pesta Konvo nie. Kalau dulu lecturer siap bagitahu kami jangan hadir pesta tersebut. Ia mengandungi unsur maksiat. Aku tertanya-tanya kenapa macam tue sekali..so bermulalah perjalanan aku untuk cuba cabaran ini. Aku kalau boleh tak nak berjawatan sebab kalau kita tak mampu nak memimpin benda ini akan dipersoalkan diakhirat kelak. Tapi Tuhan nak uji aku tentang hal ini. Aku dilantik jadi eksekutif gara-gara eksekutif lama sibuk dengan urusan dia sebagai Jaksa. Aku cuba memimpin. Tapi agak sukar kerana sekretariat kami berbagai bangsa. Cina, dan India pun ada dalam sekretariat kami. Pesta pada kali ini adalah berunsurkan ilmiah. So aku yang ambil bahagian ini.

Aku jadi pengarah program bagi Pertandingan Azan, Hafazan dan Tilawah, Program nasyid dan konsert. Program ilmiah ini dibuat untuk mahasisawa-mahasiswi UKM terlibat. Berunsur agama..Tapi apa yang aku dengar daripada mahasiswa Pengajian Islam semua ini sekadar nak menutup maksiat peda sebelah malam. Banyak cabaran aku terpaksa tempuh. Antaranya mencari peserta. Aku terpaksa mencari peserta yang bukan dari Pengajian Islam. Tapi alhamdulillah ada juga peserta dari pengajian Islam yang terlibat. Tentang juri pula tak ramai yang nak jadi juri bagi program ini. Katanya ada outstation ada kuliah..macam-mecam. Masa pertandingan pulak tentang juri ini..Ada pula juri yang last minit tarik diri. Dan ada juga juri yang datang lambat setengah jam tanpa memberitahu kami. Ramai pula peserta pengajian Islam yang tarik diri masa pertandingan. Mereka tak hadir apatah lagi memberitahu tentang ketidakhadiran mereka. Surat lepasan kuliah disediakan. Baru aku tahu semua ni sekadar nak boikot Pesta. Sebelah malam pula aku kendalikan konsert Artis. Antara yang hadir Muadz, Devotees, Raihan dan Saujana. Tapi konsert ini mahasiswa-mahasiswi Pengajian Islam datang pulak..Esoknya aku kendalikan konsert Berita Harian. Mungkin muka aku dah di detect kat belakang pentas oleh mahasiswa/i Pengajian Islam. So sepanjang program pesta aku jadi bahan umpatan. Huh kata mahasiswa/i Pengajian Islam..Tapi boleh pulak mengumpat. Aku sekadar menjalankan tugas aku sebagai seorang Eksekutif. Abg Shidi pernah cakap mahasiswa/i Pengajian Islam ni tak pernah nak beri peluang pada pesta untuk buktikan yang pesta ni untuk mahasiswa/i sendiri.

Ada juga segelintir pelajar pengajian islam yang kata maksiat dikalangan ahli pesta sendiri. Tak dinafikan ada tapi semua dalam keadaan yang terkawal. Kami keluar bila tension., tapi bukan keluar berdua tapi ramai-ramai. Macam wat lawatan. Selain itu ada juga yang beritahu tentang ahli pesta baik lelaki mahupun perempuan tidur bersama di dalam khemah. Rupanya keadaan yang tidur tu bukan seperti yang diwar-warkan oleh pelajar pengajian Islam yang menyatakan bahawa mereka tidur bersebelahan. Khemah tu sempit. so kalau ada ceruk yang sesuai dibuat tidur maka ahli pesta tidur tanpa fikir keselesaan walau seruk mana pun mereka semua boleh landing gara-gara letih. Itu pun sebab nak jaga barang2 pesta supaya tak hilang.. Ahli pesta lelaki takder yang ambil kesempatan kat ahli pesta perempuan masa tidur. kalau penuh lelaki akan pergi kawasan lain..Kadang kala ada ahli pesta yang tolong hantar ahli pesta yang lain balik.. Aku harap mahasiswa/i pengajian Islam terbuka minda tentang hal ini.

Takkan aku nak tarik diri last minit. Tapi benda ini semua melatih aku untuk pandai berorganisasi.. pandai menghadapi kerja untuk saat akan datang.

8 comments:

Anonymous said...

baguss fiza..tindakan yg berani dari anda utk meluahkan apa yg terbuku di lubuk ati fiza..huhu..
sebenarnya,kite dh cuba yg terbaik utk mahasiswa/i UKM sendiri..
tp,nk wt cmne..xleh nk ubah mindset seseorg tu dgn mudah..huhu..

e daH ex-eksek..heehe

Anonymous said...

join pesta byk kelebihannya...org yg xjoin xkan nampak kelebihan tu..=))

Anonymous said...

berani mati nmpak......bgus2
saya sokong anda dari belakang..hehehe

a said...

sedih jgak dgn akhlak remaja2 skrg ni
ckp pndai, buat apa pn xreti
mcm2 la

antara tnda2 kiamat da dkat la tu
akhlak umat mnjd spt akhlak umat2 jahiliah trdahulu~

Unknown said...

hohoho
yup...
kte xleh nk ubah mindset seseorg dgn mudah...
em but then,be happy if u satisfied with what u've done...
don't be stress bcoz of others' talking...
always congrats urself for the hard works...=)

Noor Hafizah said...

Tindakan berani yerkk..hehehe pujiN yg membanggakan aku sendiri..huhuhu..Fikiran dan jiwa manusia tu lain2 so terima jerr

hOtspUrz said...

thanks fizah.. asa TPE 1, a.shidi bangga ngan fizah coz berani sahut cabaran ngan join pesta walaupun realitinya budak2 FPI akan memandang serong dan kutuk akan pesta ni.. tapi ape yg diorg dpt?? NOTHINGS!!!! yang kita dpt ngan join pesta, KNOWLEDGE, EXPERIENCE handle program, Tau nak decision, tau cara berorganisasi, n byk lg.. But sometimes join sesuatu memang kita tension ngan kije yg byk dan kne marah ato pape.. tapi itu la sedit sebanyak yg mematangkan pemikiran kita.. pape pun a.shidi nak mintak maaf klo2 ade wat salah silap sepanjang jd pemantau.. n mintak maaf jugak bagi pihak MT2 yang lain.... kami hanya menjalankan tugas dan nak kan kejayaan PESTA.. thanks 4 everythings...

hOtspUrz said...

thanks coz join PK 36 as exec... As TPE 1 PK36, a.shidi bangga ngan fizah coz take this opportunities as a challenge coz bukan semua org dpt peluang jd exec pesta konvo.. then bangga plak ngan fizah coz sanggup join walaupun dpt kutukan dr member2 kat FPI. a.shidi faham sebagai warga FPI mesti fizah tidak lari dari kutukkan dan boikot dari diorg.. tap nak wat cm nekan mind set diorg da cm tuh.. tak bley nak wat pe.. klo diorg terer sgt knp tak de program yg gempak drp pesta konvo..
pape pun fizah da dpt KNOWLEDGE, XPERIENCE handling program, cm ne nak survive ngan tension n kije byk, cara borganisasi dan mcm2 lg.. org yg asyk kutuk pesta ape yg diorg dpt?? NOTHINGS!!!
emm oklah..
pape pun nak mintak maaf byk2 kat fizah klo2 ade a.shidi wat salah sepanjang jd pemantau utk sekr kebudayaan dan kesenian.. coz semua yg a.shidi wat hanyalah utk pesta, kejayaan pesta dan mematangkan kita semua.. thanks.. nak mintak maaf jugak bagi pihak semua MT klo2 ade yg menyebabkan fizah terasa hati ato ape2.. mintak maaf ye.. thanks 4 everythings...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates