
Followers
Pages
Wednesday, June 27, 2012
Skop Temuduga SPP
SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP:
TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari
KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini
SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan
KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M
PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen
PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS
URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
Anda mungkin juga meminati:
Panduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Semakan Keputusan Temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH 41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 2010
Semakan Keputusan Temuduga Jawatan PPPT GRED DH41 (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) 2010
Sunday, January 15, 2012
Sajak
Definisi sajak
Sajak ialah puisi Melayu moden. Sajak bebas daripada ikatan tradisi dan berbeza daripada puisi pantun dan syair. Sajak muncul hasil daripada perubahan sikap pemikiran pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan hasil daripada pengaruh Barat.
Menurut Lim Swee Tin (2003) sajak dikategorikan sebagai karya kreatif kerana sajak dicipta melalui penggabungjalinan antara unsure imaginasi dengan fakta dai ia juga hendaklah dapat membina aspresiasi dalam minda pembaca. Aspresiasi dipanggil juga daya penghayatan.
Perkembangan sajak boleh dikaji secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat awal pertumbuhannya didapati masih ketara sifat-sifat puisi lama. Semakin moden masyarakat, semakin moden juga sajak-sajak yang dihasilkan oleh para penyair. Walaupun begitu, sifat-sifat puisi lama sentiasa disukai dan kadangkala kembali menjadi rujukan penyair moden. Sajak terbahagi kepada dua jenis; sajak bebas dan sajak konkrit.
(a) Sajak Bebas (Verslibre)
Sajak jenis ini tidak terikat pada sebarang bentuk tertentu. Rentaknya timbul secara berubah-ubah dari bahagian ke bahagian. Jumlah perkataan atau suku kata untuk baris-baris sajak itu tidak diseimbangkan oleh penyair.
Sajak bebas tidak mengambil kira soal keseimbangan jumlah baris, jumlah suku kata dan juga rima, yang penting ialah kepaduan isi dan teknik secara keseluruhan. Pengucapan sajak bebas seakan-akan peniruan kepada percakapan tetapi diperhalusi sehingga ekonomis dan puitis.
(b) Sajak Konkrit
Sajak jenis ini mementingkan aspek penglihatan (visual).
8.5) Sajak yang bermutu dan sebaliknya
Sesebuah sajak yang bermutu pasti memiliki ciri-ciri tertentu dan terhindar daripada kelemahan-kelemahan yang tertentu . Ciri-ciri yang sewajarnya perlu ada ialah isi yang baik serta teknik dan gaya yang baik.
I. Isi yang baik
Sajak yang bermutu perlu mempunyai ‘makna tambahan’ bagi isi permulaan. Di samping ‘makna tambahan’, sajak yang baik juga memberi peluang yang luas kepada pembaca berkongsi pengalamannya dengan pengalaman yang diucapkan oleh penyajak. Ini bermakna, penyajak tidak bersikap terlalu peribadi. Sesebuah sajak dikatakan terlalu peribadi memiliki salah satu daripada dua ciri seperti berikut:
(a) Sajak yang membicarakan perasaan sedih, cinta, kasih atau benci terhadap seseorang secara tiada kaitan dengan pembaca. Penulis sajak itu mungkin bersedih kerana ibunya meninggal dan diucapkannya dalam bentuk sajak. Seseorang boleh menulis sajak tentang kematian ibu tetapi di dalam sajak itu hendaklah terselit unsur sejagat. Sajak yang mengandungi persoalan peribadi tetapi sekaligus memiliki nilai sejagat tidak lagi dianggap terlalu peribadi.
(b) Sajak yang menggunakan simbol-simbol peribadi sehingga tidak mugkin dapat ditafsirkan oleh pembaca. Penyair-penyair juga ada yang gemar bersajak secara teka-teki, iaitu dengan menggunakan imejan-imejan tertentu dalam konteks yang tidak sesuai Natijahnya terhasillah imejan bercampur dalam sajak-sajak tersebut, dan hal ini menyukarkan penafsiran.
Kesukaran mentafsir sajak sering dianggap satu kelemahan pihak pengkritik atau pengulas. Hal ini mungkin betul, tetapi perlu juga disebutkan bahawa kesukaran mentafsir sajak mungkin disebabkan oleh penggunaan simbol peribadi dan pembinaan baris atau rangkap yang dipenuhi imejan bercampur.
Berhubung dengan penggunaan simbol peribadi dan imejan bercampur, isi yang baik akan tenggelam begitu sahaja. Oleh itu, untuk menimbulkan isi yang baik dalam sesebuah sajak, bukan isi itu sahaja yang penting malah teknik dan gaya turut terlibat.
2. Teknik dan gaya yang baik
Pengucapan yang asli adalah penting. Oleh itu, penyair yang berbakat pasti memiliki teknik dan gaya pengucapan yang asli itu. Penyair juga perlu memadankan isi dengan bentuk. Isi yang ringan tetapi bahasa yang berbunga-bunga secara berlebih-lebihan adalah tidak sesuai. Penulis sajak yang berbakat dapat mengungkapkan peristiwa kecil menjadi besar.
Beberapa perkara yang perlu dihindarkan ketika menulis sajak termasuklah imejan bercampur, klise, gaya melankolik, kata-kata bombastic, metafora berlebihan, penggunaan imbuhan yang salah, dan bersifat prosaik.
3. Imejan bercampur
Seseorang yang dapat imejan bercampur, membuktikan sikapnya yang memberatkan disiplin penulisan sajak. Dia memelihara imej yang dipilihnya agar tidak menimbulkan kekeliruan. Penulis yang tidak berdisiplin pula seakan-akan berbangga dengan kekeliruan yang ditimbulkannya. Penyair muda yang tercari-cari imej yang baik kerap menghadapi masalah imejan bercampur.
4. Wujudnya klise
Klise ialah perbandingan-perbandingan yang telah “basi”, iaitu yang sudah sering diucapkan orang. Kata-kata seperti “bersemangat waja”, “bunga harapan” dan sebagainya, telah menjadi klise dalam puisi. Kata-kata tersebut bukan tidak boleh digunakan tetapi jika cara penggunaannya tidak mengarah kepada makna baru, maka kata-kata klise itu akan memudarkan sajak.
5. Gaya melankolik
Gaya melankolik ialah gaya yang dipenuhi dengan emosi yang sedih pilu. Penyair yang menulis sajak melankolik cuba menarik simpati pembaca melalui kata-kata yang menimbulkan kesedihan. Dia berharap pembaca akan turut bersedih sebagaimana dia sendiri bersedih. Hal ini dilakukan tanpa menyoal adakah pembaca dapat berkongsi pengalaman dengan penulis sajak itu.
6. Kata-kata bombastik
Kata-kata bombastik pula bermaksud kata-kata besar yang tidak sepadan dengan maksud. Contohnya untuk mengucapkan tentang soal belajar di sekolah, disebut “ke medan perjuangan ilmu”. Kata-kata itu tidak padan dengan perbuatan sebenarnya, iaitu “belajar”.
7. Metafora yang berlebihan
Metafora ialah gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Gaya bahasa menghubungkan sesuatu objek dengan objek lain, atau dengan sesuatu konsep. Penggunaan metafora seperti “gunung cita-citaku” “lautan air mata ibu” atau “hamparan kasihku melaut” dan sebagainya dikatakan terlalu besar untuk menyebutkan hal-hal yang tidak besar aau penting. Hal ini harus dielakkan.
8. Meletakkan imbuhan yang salah
Kegemaran meletakkan imbuhan yang tidak terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu seperti menggunakan perkatan-perkataan “bebunga”, “rerumput”, “gegunung” dan lain-lain, ditulis atas dasar kepercayaan bahawa kata-kata seperti itu merdu didengar. Mungkin ada yang berpendapat kata-kata wajar kerana adanya kata-kata “lelaki” dan “lelangit” dalam bahasa Melayu. Malah bagi penulis-penulis muda, mereka menulis kata-kata tersebut mengikut sedap bunyi lantas menulis “pepohon” tetapi tidak menulis “pepokok” misalnya.
9. Bersifat prosaik
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah sajak menjadi prosaik termasuklah terdapatnya kelonggaran maksud dalam sesuatu bahagian. Kata-kata yang banyak hanya mampu membawa makna yang kecil dan ringan. Kata-kata sendi digunakan tanpa mempertimbangkan kepentingannya. Ada penulis tidak berjimat menggunaan kata-kata dan, atau, tetapi dan sebagainya. Malah terdapat juga sajak yang mengunakan kata-kata “dari segi” atau kata-kata yang sering terdapat dalam karangan prosa.