Followers

Pages

Showing posts with label Aku sedih. Show all posts
Showing posts with label Aku sedih. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Kisah silam

Assalamualaikum..

Hari ni tak nak bicara terlalu banyak..sekadar meluahkan melalui apa yang telah terjadi. Ermm kisah silam ni maksudnya sesuatu perkara yang terjadi pada masa-masa yang lalu. Thats mean perkara negatif dan positif.. Bagi aku semua orang ada kisah silam tersendiri. Termasuk aku.

Apa yang nak diceritakan ni??

Actually dulu aku ada seorang kawan yang ada kisah silam tersendiri sehingga aku tidak dapat nak menerima apa yang telah dia lakukan. Kisah silam dia buat jarak kami terlalu jauh. Semuanya kerana aku tidak dapat terima apa yang telah dia lakukan. Tapi bila aku fikir logik siapa aku untuk judge dia didunia..mungkin dahulu dia seorang yang jahat..hari ini mungkin dia lebih baik dari aku.. mungkin akan datang dia terlebih baik atau mungkin tidak.. kemungkinan itu adalah 50% untuk perubahan diri akan datang.

Apa maksud sebenarnya ni?

Aku pun ada kisah silam aku. Aku tau aku bukan perfect. Semua manusia tak perfect kat bumi Allah. Cuma Malaikat dan nabi-nabi yang diberikan wahyu oleh Allah untuk mengangkat umatnya jadi manusia yang taat perintah Allah je yang perfect. Tapi Nabi Muhamad pun pernah wat salah sehingga ditegur oleh Allah. Sekarang aku berada kat tempat dia. Baru aku tau susah jugak kita nak terima kisah silam seseorang bila kita dengan seseorang yang agak perfect. Allah nak uji aku. Aku terima sebab aku tau segala yang Allah uji itu ada hikmah disebalik segalanya.

Simpulkan je la citer ni

Simpulkan je ekk..ermm semua manusia tak perfect kat dunia ni. Mungkin dulu kita tak sebaiknya tapi sekurang-kurangnya kita sedang berusaha menuju kepada yang lebih baik. mungkin akan datang kita akan jadi lebih baik kalau terus istiqamah.. Tapi sometime kita akan rasa mula rendah diri dan 'rebah' bila ada yang tak bagi sokongan atau pandang rendah pada keadaan kita sekarang. mungkin secara sengaja atau tidak. tapi hati aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. "Ya Allah segalanya aku berserah padaMu. Kalau dia dapat lengkapkanku dengan  urusan agamaMu dan dia juga dapat lengkapkan ku dengan urusan duniaMu maka Kau permudahkan segalanya. Tapi sekiranya sebaliknya yang berlaku maka Kau palingkan kami dan jarakkan kami dalam keadaan yang baik". Apa-apa pun aku tetap akan istiqamah. 

Boleh citer tak apa aibnya??

Aib aku?? hahaha bagi aku besar. . tapi bagi yang dah biasa buat dosa korang akan rasa alahai ini je ke?? Untuk dunia akhir zaman ni korang akan kategorikan dosa kcik je. kecik mcm kuman.. Sebab masa tu Allah sayangkan aku sehingga dia jarakkan aku dengan dia. Aku bersyukur sebab Allah tunjukkan pada aku yang dia tak mampu nak lengkapkan agama aku. "Seteruk" mana pun aku dulu biar Allah je yang judje aku korang nak judge aku pun persilakan sebab aku tau aku tak perect. Tapi aku cuma nak tegaskan aku bukan manusia yang sama macam dulu. Aku dalam proses nak istiqamah untuk sentiasa baik di mata Allah. Tapi manusia akan jadi buruk di mata Allah bila dulu wat salah sekarang pun wat salah. bila dah sedar dia terus buat salah. itulah namanya manusia jahil. n_n Semoga kita semua jauh dari menjadi hamba Allah yang jahil. amin


Monday, March 30, 2009

Aku di ragut..kejadian di KTM UKM..

Peristiwa ni baru berlaku semalam.. hari Ahad 29. Mac 09.. Aku ketika itu ditemani dua orang sahabatku dari USIM. Kami bertemu di KTM Nilai. Kehadiran mereka ke UKM adalah untuk pergi ke PTSL. so kami dalam satu perjalanan yang sama.. Tiba di tempat menunggu bas kami terserempak dua lelaki yang menaiki motor RXZ BDJ (no tak pasti) berwarna biru tua. Mereka memperhatikan kami sejak tadi. Tapi ini yang diberitahu oleh seorang budak yang sama niatnya iaitu untuk kembali ke UKM. Dia kata bahawa lelaki ini telah lama memperhatikan kami..
Kami ketika itu sibuk berbual dan tiba2 datang sebuah bas Rapid. Kami terus mengejar bas itu, rupanya bas itu adalah bas T4301. So kami terus menunggu tetapi bukan ditempat pondok menunggu bas tetapi di tepi batu iaitu berdekatan longkang.. Aku terlalu letih untuk membawa beg galas laptop lalu aku letakkan di hadapan aku. Begitu juga dengan beg putih. Aku melilitkannya pada beg galas aku. aku leka melihat bas..
Pada waktu itu moto RXZ menyusur perlahan menuju ke arah kami. Aku fikir dia ingin bertanya sesuatu pada kami..rupanya lelaki yang ditunggangi dua orang itu hanya melihat beg kami. Lelaki yang sedang menunggang motor itu kelihatan gempal manakala yang dibelakang adalah seorang lelaki yang kurus. Aku ketika itu hanya mampu tergamam. Sehinggalah lelaki yang mengambil beg aku senyum pada aku..baru aku sedar. Pada waktu tu aku seolah-olah hanya mampu melihat. Sehinggalah aku sempat melihat no Plat moto RXZ iaitu BDJ tapi kerana ketakutan aku..aku terlepas untuk mengambil no plat seterusnya.
Apa yang aku kesalkan dalam hal ini adalah walaupun aku sentiasa menjalani latihan taekwando aku tak dapat nak mengaplikasikan dalam peristiwa ini. Sebelum itu aku melihat ada lelaki tersebut ada berhubung dengan 4 orang remaja. Seorang perempuan free hair dan tiga yang lain adalah lelaki. keempat2 remaja ni memakai baju hitam.
Berbalik pada peristiwa ngeri ini, dalam masa kurang seminit kereta polis datang dan aku terus menahan kereta polis itu. Polis tersebut hanya menenangkan aku dan mengambil sedikit info tentang pencuri tersebut. polis tersebut membawa aku dan 2 orang sahabatku ke balai polis Sungai Tangkas.
Inilah antara babak yang paling menyakitkan hati aku.. Ketika itu polis mengambil keterangan dari aku..aku menerangkan dari A-z. Tapi apa yang buat aku geram dengan sikapnya adalah cara polis itu menaip komputer untuk membuat laporan aku. Dia seakan mencari button setiap huruf. Kalau nak dilihatkan adik perempuan aku lagi cepat menaip berbanding polis tersebut. Aku sempat melihat tag namanya. Rupanya seakan melayu tetapi dia adalah berbangsa India. Aku sentiasa mengulangi keterangan aku dan hampir 7 kali aku mengulangi report yang sama. Tetapi lelaki polis tersebut tak dapat nak menangkap apa yang aku katakan. Aku ketika itu menggunakan bahasa Melayu untuk membuat keterangan..bukan bahasa jepun atau india..Siap polis tu kata kenapa abang polis yang membawa aku ke balai polis ini ketapa tak bawa aku ke bandar baru bangi sebab kejadian tu berlaku di KTM UKM. Siap lelaki polis iu kata "abang tu memang bodoh ada ke bawa awak ke sini" tapi kalo nak lihat balik dia ni lembab. Dah situ yang dekat takkan nak bawak yang jauh. Ketika itu didalam balai polis ada dua orang pegawai polis. Soalan yang aku tak puas hati yang tak harusnya aku menjawab adalah "Adik kenal tak lelaki tu"..huh kalo aku kenal takder maknanya aku nak datang balai polis buat keterangan coz dia kawan aku. Ada lagi soalan yang aku rase macam nak bakar balai polis tue..hehehe.. kami kata abang kejarlah 4 orang budak baju hitam kat perhentian kajang sebab dia naik bas Mini mungkin boleh amik keterangan dari mereka semua.. Abang tu kata "hujan laa dik. diorang semua berteduh". so persoalan aku disini apa gunanya kereta polis yang tersadai diluar tue??..dan adakah setiap kali hujan maka polis akan tidur di bilik tidur dengan menarik selimut..
Kalo diingatan balik, peristiwa pahit aku bukan aku kener ragut tapi perangai polis tu yang buat kami ketika tu hanya mampu menahan geram dengan iman yang ada..Ketika kami dibawa pulang kami hanya dihantar ke stesen KTM UKM sekali lagi..huh bukan ke sepatutnya dia menghantar kami hingga ke ukm.
Tapi aku tak tau kenapa jauh dilubuk hati aku menyatakan halal segala apa yang pencuri tue ambil dari aku walaupun secara haram. Aku tau mungkin kehidupan dia meletakkan tujuan menghalalkan cara. Mungkin kehidupan dia yang susah, tiada didikan yang sempurna dari keluarga atau dia terpengaruh dengan sekitarnya.
Tu laa sedikit sebanyak peristiwa pahit yang aku alami.. Aku tak tau kenapa sejak dari kejadian tu aku tak suka tengok motor RXZ. Memang kelamahan aku apabila aku keluar berjalan aku tak suka memandang kaum Adam..bagi aku kaum adam ni jahat sikit. Menakutkan aku.. Kesimpulan yang aku boleh amik..Polis paling lembab di Selangor adalah kakitangan Balai Polis Sungai Tangkas..hehehe. Pengajaran yang dapat diambil biar berat mana pun barang yang hendak dibawa sewajibnya di tangan kita bukan di hadapan kita or dibelakang kita..

Monday, February 9, 2009

Doakan kucingku...

Hari ini 9.2.2009 bersamaan hari Isnin. Lima minit jam menunjukkan pukul 12.oo malam. Kakak aku bagi mesej kucing aku dah nazak..aku tak mampu nak buat apa2. Doa jerr yang aku mampu berikan..Tolong jangan ambil nyawa kucing tu. Aku sayang dia. Aku harap sangat dapat jumpa dia sebelum dia mati. Aku merayu padaMu ya Allah..Kepada semua pembaca blog doakan kucing aku...

Sunday, February 8, 2009

Kucingku jadi kenangan..gara2 jiran

Ni laa kucing yang paling aku sayang...nak tahu tak dari mana kucing nie datang..masa tu dia kat tepi jalan..ibu kesayangan aku yang ambik. mak kata masa nak balik kejer..kucing ni mengiow ikut mak aku...so mak aku bawak laa dia balik..masa tue aku balik sekolah jerr tetiba ada kucing baru...wahhhh bestnya..kalo tgk gambar dia tak comei kan...tapi kalo tgk yang sebenarnya dia kucing paling bulat pernah aku ada. pipinya gebu.. Tapi kenapa owang buang dia..


Dia membesar2 dan membesar akhitnya dia jadi kitorang punya partner untuk bermain..biasa laa kalo kucing mainan dia apa..so kitorang join jerr..Tapi nyawa semua makhluk ada pada Allah. Allah yang menentukan hidup mati manusia dan makhluk yang lain. Nak dijadikan cerita masa tue mak aku g kenduri umah jiran lepastu jiran aku pun pergi juga. Dia jumpa mak aku. Dia kata "jaga laa sikit kucing tue dia makan anak ayam saya". Mak aku balik suh tgkkan kucing tue..Nak tgk macamnerr kitaorang adik beradik semua sekolah..Jadi nak selamatkan kucing tue daripada dipukul jiran kami pun kurung kucing kami kat kandang ayam..Dia diam jerr tak mengiow pun nak keluar..Petang tue kami lepaskan..


Esoknya kami tak kurung sebab kasihan. mana taknya kucing tu kami adik beradik semua sayang..bapak aku yang anti kucing pun boleh jadi sayang..emak aku lagi laa time kucing tu kenerr kurung sibuk jerr cakap "pergi tgk kat luar tue kucing tue ok tak"..so malam tue laa ajal dia..Dia balik dalam keadaan mengejutkan. Dia balik terus pergi bilik mak bapak aku. Dia tak mampu nak naik tangga masa tu ..cuma dua anak tangga jerr tapi dia rebah..masa tue dia kuatkan semangat untuk pergi bilik menyorok. Dia pergi belakang almari. mak dan bapa aku yang tgh tgk berita jadi cemas..bayangkan dia menyorok kat almari yang besar. almari yang susah nak di alihkan. jadi kami berempat pergi alihkan. Punyalah tak larat nak alihkan...semua nie semata-mata kucing kesayangan kami. tapi masa kami nak ambil dia tiba-tiba dia lari lagi.. Tapi larian dia tak selaju dahulu..Mulutnya dah berbuih. kami ambil dia dan bawak ker bawah..bapak aku ambil air putih untuk keluarkan racun dari mulut dia. Tetiba apa yang kami tgk dia dah tak bergerak. Matanya jadi ungu..kami semua menjerit. mak dan ayah aku pun nangis. adik beradik kami semua nangis. Dia dah tak gerak...bapa aku pergi korek lubang untuk tanam sebab takut dia membusuk cepat. Racun tu banyak keluarkan buih. Matanya berair mukanya cengkung semuanya kesan racun tue. Mak aku kata jiran aku ada bgtahu dia tak nak kucing tu ada kat umah dia..sbb kucing tu makan anak ayam dia..bagi aku tue jiran paling bodoh pernah aku nampak..ingat kucing ni boleh pakai nasihat kerr..ingat kucing ni macam manusia tahu baik buruk. Yang paling bodoh tue buat apa dia lepaskan anak ayam tue. Kalo kucing aku tak makan anak ayam tu dah yentu biawak yang makan...


malam tue aku terlalu ikut emosi aku nak pergi jumpa jiran aku tue. Aku dah siap nak g perang..Tapi mak aku tahan aku. Dia kata sabar..Kakak aku siap nak ikut aku lagi..Tapi tue laa serba sedikit kisah kucing aku yang mati di racun oleh jiran aku yang tak punya kasih sayang pada makhluk yang lain.. Sekarang nie kucing kat umah aku ada 11. Semua nya comei2. Macam2 nama aku bagi. Seekor kucing kami bg 5 hingga 7 nama..siap buat lagu lagi tue untuk kucing kami tu. Kucing kami pandai bila panggil nama dia dia datang..tapi hari ini 8.2.009 aku terima berita buruk. Kucing aku jatuh sakit..Doakan kucing aku sembuh. Nama kucing aku yang sakit tue kaituk kaitek tuit2. kakak aku kata dia dah tak makan sejak 3 hari

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates