Followers

Pages

Showing posts with label sekadar pengajaran. Show all posts
Showing posts with label sekadar pengajaran. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Wang RM 100 VS RM1.00

Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.



4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"


Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"


Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

Wednesday, January 12, 2011

Kasanova: hutang atau kikis

Dunia lelaki sangat sukar untuk didalami dan difahami. Mungkin jiwa wanita lebih inginkan sesuatu yang berunsurkan ketenangan dan sebagainya. Tetapi kebanyakan jiwa wanita mudah untuk difahami oleh lelaki berbanding lelaki yang sukar untuk memahami jiwa wanita. Tetapi ini merupakan pandangan saya sendiri.

Apa yang ingin dikisahkan disini adalah tentang sebuah kisah benar yang mana ia telah menimpa kawan saya sehingga sekarang masih belum dapat diselesaikan. Seorang lelaki yang dikatakan merupakan bekas pelajar UUM didalam bidang multimedia. Beliau juga merupakan bekas seorang MPP badan kebajikan. Apa yang menarik hendak dikisahkan disini adalah beliau juga dikatakan mempunyai penyakit kritikal iaitu barah hati. Baru-baru ini iaitu 6.12.2010 dikatakan lelaki ini berjaya menjalankan pemindahan hati. Yang menariknya disini dalam tempoh tidak kurang 12 jam beliau telah sedar dan terus menghubungi kawan baik saya atau dengan kata lain teman wanitanya (sekarang ex). Menariknya disini juga seharusnya recovery untuk pemindahan hati atau apa2 yang dinamakan pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih dan kembali bertenaga. Sepanjang berada di hospital wanita ini sentiasa memberikan yang terbaik pada beliau termasuk kredit. Sehinggalah beliau keluar daripada hospital.

Kerana ingin bertemu secara bersemuka maka beliau dikatakan sanggup datang ke Kuala lumpur bertemu dengan teman wanitanya tetapi yang pelik tambang pergi dan balik adalah disponsor penuh oleh teman wanitanya yang merangkap sebagai sahabat baik saya. Bertambah menyedihkan bagi saya apabila makan dan minum pun telah dihidangkan oleh teman wanitanya. Just order sahaja kat kedai. Semua yang membabitkan duit sahabat saya adalah hutang yang akan dibayar apabila cukup bulan nanti. ini yang telah dijanjikan oleh kasanova tersebut sebelum datang ke Kuala Lumpur

Sikap yang paling menjengkelkan lelaki ini adalah laptop tidak boleh berenggang dengan dirinya kerana mengakses facebook yang merupakan hidup dan mati beliau. Muka yang selamba chat dengan wanita lain.

Sehinggalah sahabat saya minta untuk putuskan hubungan kerana dia mempunyai wanita lain dalam hidupnya. Bukan 1 atau dua tapi jawapan itu biar Allah yang tahu. Bila minta dijelaskan.. madah sumpah kerana Allah dikeluarkan. Diringkaskan cerita sepanjang bulan 12 semenjak sahabat saya minta hubungan diputuskan dia sentiasa marah dan memfitnah bukan sahaja melalui sms tetapi melalui facebook. Sehinggalah pada hari isnin 10.01.2020 sahabat saya dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang menimpa lelaki ini dan menyebabkan dia koma dan terlantar dihospital. Berita ini disampaikan oleh adik perempuan lelaki tersebut.

Selepas itu sahabat saya terus menghubungi adiknya tetapi tidak berangkat. Macam-macam helah dibuat. Rasa tidak puas hati dengan berita yang disamapaikan maka saya menggunakan pertolongan sahabat saya yang lain untuk menyamar sebagai sahabat leaki tersebut. Alangkah terkejutnya mendapati bahawa dia masih sihat tubuh badan dan sedang bekerja. Sahabat saya minta penjelasan tentang pembohongan terbesar membabitkan nyawa jawapan yang diberi mudah iaitu "sajer nak psiko".

Berbalik tentang hutang lelaki tersebut hanya menjawab "Ingat senang2 aku nak bank in. aku nak ko datang sini cakap elok-elok ngan aku dan aku nak ko rasa betapa susahnya aku datang Kl".

Sahabat saya sekadar menghalalkan sahaja. tetapi gangguan yang datang daripada talifon sentiasa berterusan sehinggalah saya terpaksa masuk campur kerana punca kesilapan adalah dari saya sendiri yang memeprkenalkan lelaki ini pada sahabat saya. ....akhirnya...anda sendiri simpulkaN

Tuesday, October 13, 2009

Aku takut dengan malam pertama


Hampir seminggu ku tak jejakkan karangan ku ke blog ni. Al-maklum sibuk dengan assgmnt. Tapi tu ku akan cerita bila aku free. Apa yang ingin ku kongsi dengan sahabat-sahabat adalah tentang malam pertama. Mesti ramai yang beranggapan malam pertama adalah malam yang paling indah. Tapi itu untuk mereka yang mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin dikisahkan disini adalah malam pertama kita dialam kubur. Aku terjumpa sebuah buku karangan Dr A'idh Al-Qarni, S. Muhammad HusainYa'qub dan Dr Muhammad A.R Al-Uraifi. Buku terbitan Darul Nu'man benar-benar menyedarkan aku tentang amalan yang terkandung di kedua belah tangan ku. Ketiadaan persediaan menghadapi Nya menyebabkan aku sibuk dengan urusan dunia. Mesti ramai antara kita terlalu yakin bahawa esok kita akan bertemu lagi dengan dunia ini. Tapi sebenarnya keyakinan yang bersungguh mampu menjadi yang sebaliknya. Kita lihat sahaja berapa ramai yang telah meninggal dunia ketika dalam tidur. Kita sangat yakin kehidupan ini akan berakhir dengan kematian.

Harga buku ni tak semahal yang disangka. Hanya RM 10. Ku perolehinya ketika berada di syarikat Darul Nu'man atas urusan program yang sedang berlangsung iaitu program Minggu Dakwah 12-16 Oktober. Buku yang mengisahkan tentang perjalanan manusia ketika disoal. Ada yang hampa, ada yang gembira ada yang tidak mampu menjawab kerana berita syurga dan neraka telah sampai ke telinga mereka.

Dalam banyak-banyak sub topik, ada satu yang menarik untuk diceritakan disini bahawa binatang ternakan boleh mendengar suara neraka ini dikisahkan apabila Rasulullah menaiki bughal dan hampir terjatuh kekerana bughalnya yang sedang melalui kawasan kubur kawasan mendengar sesuatu dan ketakutan. Dikatakan juga mengapa manusia tidak diperdengarkan suara neraka supaya ada keinsafan timbul rupanya suara gempa bumi pun manusia tak tertanggung apatah lagi suara neraka yang dahsyat.

So bagi sesiapa yang teringin untuk membaca buku ni ku boleh pinjamkan kepada sahabat-sahabat untuk kita renungkan segala apa yang tersirat dan tersurat disebalik malam pertama yang bakal kita tempuhi. Just comment dengan memberikan alamat. InsyaAllah ku akan post buku nie. Tapi mohon jasa baik semua untuk memelihara buku ni.

Rujukan buku : Malam Pertama di Alam Kubur

Saturday, September 12, 2009

Mereka yang bukan mahram

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

Tuesday, August 25, 2009

Sekadar pengajaran untuk semua insan..

Sebenarnya sumber cerita ini adalah daripada email ku sendiri. Jangan cari kebodohan cerita ini tapi cari pengajaran yang ada dalam cerita ini. Semoga kita sebagai insan yang lemah mampu jauhi segala kemaksiatan yang datang...Amiin..Semoga terhibur

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di dunia juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat

Thursday, February 5, 2009

Areal Sharon...Apa dah jadi??


Tubuh Sharon membusuk...sedangkan ketika itu beliau masih hidup...Apa yang dilihat ini adalah sebuah kebenaran dimana Areal Sharon sedang menghadapi azab daripada Allah atas perbuatannya yang suka menumpahkan darah. Ini adalah akibat penindasan beliau terhadap umat Muhammad. Beliau merupaan seorang yang memimpin para tentera untuk menyerang Senai dan Lebanon.

Para doktor di Hospital hadasa telah memasukkan Arial Sharon ke dalam bilik pembedahan kerana beliau memiliki luka membusuk. operasi dilakukan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk. Dia juga telah mengalami lumpuh pada seluruh badan..Pernah diceritakan oleh beliau kepada setiausahanya bahawa rakyat Palestin sedang menariknya dengan penuh kejam dan membawanya ke sebuah perigi yang dalam dan gelap..

Wednesday, February 4, 2009

Azab Allah...


Apa yang sedang berlaku dengan hamba Allah ini....

Di photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga . Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas autopsi doktor dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kepada kematianya. Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat keadaan mayat tersebut. He was completely different within 3 hours. Mayat tsb begitu berbeza dalam 3 jam. dia berubah jelas - seperti orang yang sudah tua.

Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga hujung hujungnya sehingga menekan ke anggota badannya. Seluruh badan dan mukanya seakan tidak dapat dicam. Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputus asaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.

Sungguh besar azab Allah..Ini adalah salah satu bukti yang ingin Allah tunjukkan pada hambanya sesungguhnya neraka itu adalah telah dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang mungkar semasa di dunia. Jika baik perjalanan hidup kita didunia maka baiklah balasan Allah di akhirat kelak. Tetapi sekiranya kita adalah hamba yang suka pada nafsu dunia maka sebaliknya yang bakal berlaku pada kita di akhirat.. Semoga Allah mengampuni dosa hamba Allah ini..dan semoga rohnya diciciri rahmat...Amiin.




My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates