Followers

Pages

Showing posts with label Diari ku. Show all posts
Showing posts with label Diari ku. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Istiqamah: Mudah atau Sukar dilakukan

Assalamualaikum ^^
Salam sejahtera n salam ukhuwah.. Blog kali ni di update atas tajuk yang aku rasa best untuk dipresentkan iaitu Istiqamah. Maksud Istiqamah ni adalah berterusan dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Ermm bagi aku tajuk ini memang sesuai untuk dunia kahir zaman..(macam sekarang)

Errkk kenapa dunia akhir zaman??

Pada pendapat aku manusia sekarang sering mengejar dunia sehingga lupa yang mereka sebenarnya hilang kehidupan akhirat.. Apa maksud 'hilang' akhirat.? kebanyakan manusia ni bekerja kerana ingin memenuhi kehendak hidup di dunia sehingga lupa yang kita sepatutnya berada di bumi Allah adalah untuk mencapai bekalan di akhirat..

Dalam hidup ni ada tak istiqamah??

Hehehe ni yang aku nak cerita ni..sebenarnya aku pun antara golongan yang pandang remeh dosa-dosa kecil. tak semua dosa kecila aku pandang remeh (maksud aku sebahagian). Contohnya aku pakai tudung melebihi bawah dada, dan baju saiz besar supaya tak nampak tubuh badan. Seluar pula besar gak..Kira dah perfect gak laa..tp satu je aku tak pakai stoking..aku tahu aurat wanita ni adalah semua tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (Bukan nak bukak aib tp jadikan ini sebagai pengajaran kita bersama)

Laa kenapa abaikan stoking pulak??

Hah kenapa aku abaikan..sebab bagi aku lelaki tak pandang bawah..dowang  pandang atas. hehehe sebab tu aku pandang ringan. Tapi sebenarnya aku kene sedar mata aku hanya ada dua biji..tak semua lelaki aku boleh detect untuk tak pandang kaki aku. kan3..Lelaki gatal dia pandang atas bawah..lelaki macam ni aku macam nak hadiahkan penumbuk..tp takper..dia tak pandang aku pun dah ckup..

Macam mana boleh sedar dosa kecil ni?

Aku sedar bila adik aku nasihat aku.."Kita ni manusia selalu pandang remeh dosa kecil. Contohnya stoking. kaki kita kecik je..tapi Allah nilai dengan neraka kat akhirat. Bertaubatlah..Alaa ko pakai stoking hari-hari nanti benda ni akan jadi tabiat Kita ni berubah susah tapi nak istiqamah lagi susah"..hahaha adik aku nasihat buat aku tersentak..so aku beli laa stoking yang ada jari sebab aku suka pakai selipar..

Hari-hari ke pakai??

Soalan terbaik kalau ni yang dowang ajukan..sekarang ni aku dah istiqamah dan benda ni dah mula jadi tabiat..Maksudnya bila nak pergi kedai sejengkal je aku teringat kaki aku..Mula-mula payah gak..sebab dah biasa pergi tempat dekat-dekat terus sarung selipar dan pergi ke tempat yang nak dituju. Tapi sekarang ni alhamdulillah ia mula jadi tabiat. Tak kira mana aku jejakkan kaki di bumi Allah aku akan ingat kaki aku kene tutup.

Kesimpulan??

Allah tu maha adil. Bila kita ikhlas nak istiqamah melakukan kebaikan maka dia akan 'bisikkan' kat hati kita dan 'mengingatkan' kita dengan caraNya. Bila aku lupa, Allah ada untuk mengingatkan aku. Aku bersyukur pada Allah sebab Allah tak jarakkan lagi hubungan aku denganNya..jalan terbaik nak dekatkan dengan Dia adalah istiqamah.. Maka Allah akan dekat dengan kita..

Kita ni manusia yang hina dan jahil. Apa pun kene belajar..jangan anggap kita dah berkuasa kat dunia ni maka akhirat kita lupa..sebab nak dekati syurga Allah tu bukan senang. Maharnya adalah sama ngan keindahan syurgaNya.

So akhir sekali??

Pergilah beli stoking..ala bukan mahal pun..Maharnya Allah ganti ngan syurga yang indah..Semoga kita semua berada dalam kelompok hamba Allah yang sentiasa diberi perlindungan ..Allah sayangilah aku..aku hamba yang mudah alpa. .berikan aku kekuatan untuk aku terus istiqamah..Aku hamba Allah yang mencari redhaMu.........AMIN.......

Monday, January 7, 2013

Azam 2013??

Assalamualaikum..

Sebelum terlambat ada baiknya kalo aku wish Selamat Tahun Baru 2013..Sempena tahun baru ni..mesti ramai yang pasang azam baru..hope azam yang dipasang memberi seribu kebaikan pada diri n keluarga..

Apa azam aku?

Azam aku?? sempena tahun 2013 aku still mengekalkan azam lama yang dah lama aku tanam sejak 2009..dan sampai sekarang ia tidak lagi membuahkan hasil. Azam untuk mendirikan rumah tangga tiada lagi dalam hati aku..Aku cuba usaha sedaya mampu mencari dan mencari tapi ada je halangan yang kadang kala buat kau patah semangat. Azam aku adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat master. Satu azam yang mudah tapi terlalu berliku-liku

Alaa apa yang susah..sambung je laa?

Perkataan ini yang selalu aku dengar..."alaa sambung je laa..apa masalah?" nak tau apa masalahnya..aku adalah penjawat awam yang belum lagi berjawatan tetap dan tidak layak mendapat apa2 faedah dari kerajaan..bulan Disember yang lepas aku mohon dua universiti untuk aku sambung pengajian ku..UKM dan UM..Alhamdulillah aku diterima..tp jadual pula menjadi kekangan..aku telah terikat dengan KPM..Aku usaha lagi mencari pengajian yang boleh membantu aku...Akhir sekali aku jumpa the best program iaitu Syariah..(PJJ)

Yeaahhh dapat capai azam 2013??

Hahaha saat aku gembira mendapat berita ni tetiba hati aku menjadi gusar..mana tidaknya yurannya sahaja menelan belanja hampir 20k..Aku tiada penaja dan aku tidak boleh memohon biasiswa..Duit gaji aku pun ckup makan je wat masa ni..sampai aku tertanya adakah aku akan berhenti sampai disini.?? Arghhh i need someone to help me?? but its oke mungkin ada betolnya my fwen kata tunggu berjawatan tetap..bukan aku terges-gesa tapi aku dah letak target..my target is aku akan capai PhD before umur 30..but its too late..now im 25..PJJ take 2 or 3 years ..(pada muka aku)

Bagi pengakuan

Dulu aku ada sambung master sebulan tapi dek kerana tiada duit aku berhenti dan berpindah pada Diploma Pendidikan..Mana kan tidak elaun sahaja 1300..semua kerana duit..akhirnya aku terperangkap...aku yakin Allah ada perancangan tersendiri untuk aku..Aku tunggu hikmah disebaliknya..Allah i luv U so much..i need U..thanks Allah aku yakin hikmah disebaliknya terlalu besar sebagai hadiah untuk ku...aku nnti kan dengan sabar,.

Pengajaran??

Arghhh nak tukar azam laa..(carik orang kaya pastu kawin) hehehe jadi penaja atomatik berjaya sambung pengajian..hahaha (guro je)

Friday, July 6, 2012

Bolehkah kawan jadi pasangan hidup kita??

Ramai yang setuju sekiranya pertanyaan ini diajukan pada seseorang..tapi bagi aku sukar..Aku tak pernah ada kawan yang betul2 nak jadi kawan aku..semuanya ambil kesempatan dengan memberikan istilah cinta pada aku..

Semua nak cari kawan yang betul2 faham keadaan kita..tapi aku tak nafikan bila lelaki ambil berat kat pompuan so pompuan akan jatuh cinta..padahal cinta bertepuk sebelah tangan jer..tu dah banyak terjadi kat kawan2 aku..ada plak yang aku tgk kawan aku jatuh cinta ngan suami orang..oke ni satu yang aku nak sentuh..prinsip aku tak rapat ngan lelaki yang dah kahwin..bila pompuan tak rapat or menggatal ngan lelaki yang dah kahwin maka takder la istilah skandal or pompuan simpanan..

Kita ni pompuan kene jaga maruah..sekali orang dah pandang serong sampai bila2 orang sekeliling tak percaya kat kita..maruah seorang perempuan bukan pada tubuh sahaja tetapi keluarga juga.. (^_^)

Opss rasa macam dah melalot..oke balik pada citer asal aku..aku ni ada kawan baik..aku rasa aku x banyak buat baik kat dia tp dia kata aku dah banyak tolong dia...yg penting aku ikhlas tolong dia...or buat baik kat dia..tapi rupanya dia salah ertikan..sehingga satu tahap aku face to face dengan dia terangkan yang sebenar dia still tak mengalah..aku jugak cakap ngan dia yang aku TAKDER PERASAAN KAT DIA..arghhhh (>_<)

Hmm perlu ke aku putus kawan dengan dia..kalo aku putus kawan aku masuk neraka..atau perlu ke aku renggangkan persahabatan ini...atau aku je yang pk sejauh ni..ntah2 dia acah je suka kat aku..

Hahaha...lawak plak (^_^)..masalahnya kalau dia tak suka aku kenapa dia marah aku keluar dengan kawan lelaki lain...adusss...ni dah kes cemburu..malam tu kami gaduh besar jugak laa..nak terangkan kat dia yang aku kuar ngan kawan yang aku dah lama kenal...

Owhh lupa nak bgtahu kawan aku ni dia paling baik..dari sudut agama, sosial, semua laa kot..dan dia baru bgtahu aku ada keluarga pompuan datang nak melamar dia..perghhh pompuan datang nak lamar lelaki...
Dah macam zaman nabi yang kita sering dengar Siti Khadijah datang melamar Nabi..(aku nak betulkan kisah ni..actually bukan Siti Khadijah datang melamar nabi..tapi sahabat Siti Khadijah yang menjadi perantara)
Tu dah jelas menunjukkan kawan lelaki aku tu baik..hehehe..

Mesti korang tanya kenapa aku tak boleh terima dia..??

Sebab dulu aku pernah tanya soalan yang serius adakah dia suka aku..pastu dia seolah menolak aku..then aku terus tak terima dia dan anggap dia sebagai kawan aku je..lg 1 prinsip hidup aku..sekali kene tolak aku dah tak toleh belakang..huhuhu..bukan aku tak nak bg dia peluang tapi aku dah memang tak boleh..aku dah tanam niat kawan..or adik beradik angkat

Takkan takder perasaan kot?? mustahil...

Hahaha soalan terbaik kalo korang tanya kat aku..actually ada..aku dah sayang kat dia kot...tapi aku bukan yang terbaik untuk dia..Allah tu lebih adil dalam menentukan jodoh..aku anggap sayang aku pada seorang kawan..macam aku sayang housmate aku ^_^

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan ia akan saling melengkapi dalam hidup..Jodoh dah ditentukan oleh Allah masa kat Luh Mahfuz lagi..so kalo aku x suka kat dia tapi dah jdo aku..takkan aku nak lawan takdir..yang penting aku nak prepare diri aku jadi guru yang baik untuk anak bangsa aku..hehehe

Korang..kalo korang rasa pendapat aku ni salah atau aku keras hati bgtahu laa...aku insan yang perlukan nasihat..huhuh..

sampai cni jer..Semoga Allah letakkan kita dalam kelompok yang terbaik..AMinn



Thursday, May 31, 2012

Exam final bakal menjelma

Assalamualaikum..
Lama tak menyinggah dekat blog sendiri..Entri hari ni sy nak bubuh tajuk PEPERIKSAAN BAKAL MENJELMA LAGI..takutnya rasa bila dah lama tak exam..tetiba kene hadapi exm final..so kat sini nak minta jasa baik semua sahabat2 untuk mendoakan kejayaan saya menghadapi peperiksaan KPLI j-QAF yang bakal berlangsung pada 5 Jun 2012 bersamaan hari selasa dan berturut-turut hingga hari khamis (^_^). Harap sangat supaya kami mudah untuk dipostingkan..after exam ada plak Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Then terus ngan exm KISSM..Pastu kami terus dengan temuduga SPP..waahh, bulan yang sangat mencabar!! rasa takut sentiasa menyelubungi diri bila exam dah nak menjelma tapi tugasan masih lagi diberi untuk disempurnakan dalam masa yang terdekat. Bukan itu sahaja malahan kami dikehendaki membentang INOVASI iaitu BBM yang direka untuk membantu murid supaya lebih seronok dalam pelajaran..Ya Allah padaMu aku memohon agar segala kerja dipermudahkan. berikanlah kesabaran untuk aku menempuh ujian-ujianMu dan berikanlah kejayaan pada sahabat-sahabat ku jua..Aminn

Sampai sini je entri untuk hari ni..yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri...thanks sudi singgah blok ni,..wassalam

Wednesday, September 16, 2009

Perjalanan terakhir ke masjid UKM

Perjalanan Ramadhan menjadikan masjid sebuah singgahan
yang mana singgahan ini adalah untuk menambahkan iman
dan taqarrub kepada Allah
Segala yang terbaik akan dilakukan
untuk memohon keberkatan dan hajat dunia serta akhirat.

Inilah perjalanan terakhir ku ke masjid
Mungkin ilmu yang bakal ku cari adalah diperantauan lain
Mungkin ada rezeki ku singgah lagi ke masjid ini
masjid yang kerapnya ku tumpahkan linangan air mata yang penuh insaf
Masjid yang menjadikan aku teguh untuk menghadapi ujianMu
Masjid yang banyak memberikan aku dugaan untuk diuji iman ini.

Perjalanan terakhir ku..
Ku hitung betapa berat amalan kiriku
Berlinang air mata mengalir laju menyiram ke tanah
Mana tidaknya banyak dosa kecil yang dihimpun bagai buih dilautan
banyak pula dosa besar yang dihimpun dan hanya Allah yang tahu.
Betapa tidak ku di bumi UKM ni banyak menghadapi liku dugaan.
Kadang dapat ditempuh dan kadang kala sebaliknya

Perjalanan terakhir ku...
Ku hitung juga amalan kananku
Pahala yang ku rasa sedikit sebagai bekal diakhirat kelak..
Aku insaf dengan apa yanag berlaku
Ku mohon dalam terawikh agar matikan aku dalam iman..
Matikan aku dalam keadaan ku bersedia menghadapMu
Matikan aku dalam keadaan aku bersama keluargaku
Matikan aku sebelum aku bertemu Kiamat


Ku hitung dan terus hitung...

Tuesday, September 15, 2009

Tentang aku, kau , kamu dan kita

Semakin aku mendekati Allah..
Semakin aku rasa ujian banyak diberikan ..
Nak uji hati dan iman ini...
Tapi aku tahu disebalik ujian itu ada terkandung hikmahnya.....

Aku tahu banyak kelemahan aku..
Kelemahan yang orang lain pun boleh nilai...
Tapi Allah tak nak tunjukkan kelemahan ini.
Dibiarkan sahaja aku leka dengan kesalahan yang sama..
Dibiarkan sahaja samaada aku sedar atau tidak...

Tentang kau
Banyak kau tahu keburukanku.
Tapi keburukan yang kau tahu tentang aku
Kau sematkan dalam hati..
Antara hati didalam diri kau dengan hati orang lain..
Kau kongsi keburukan ku dengan orang lain..

Percayalah andai ku tahu apa keburukan ku..
Aku akan sedaya upaya berubah
Andai harta dunia mengubah diri aku..
aku akan tolak semua tu..
Cuma aku tak tahu bila ia mengubah aku
Dan aku tak tahu kenapa kau berdiam sahaja
sekiranya kau tahu

Adakah kerana takut hati aku memberontak
atau takut aku berkecil hati
atau takut aku berubah diri
atau sebagainya...
sentiasa persoalan itu bermain dalam benakku

Persamaan kita adalah Agama..
Hati tak sama..rupa tak sama
Serapat mana antara kau dan aku..kita tetap berbeza
Kau dengan diri kau..aku tetap aku
Tapi kamu semua sahabatku,
Sahabat dunia dan akhirat
Aku cuba nilai perubahan yang berlaku..
Banyak berubah..
Sangat banyak.........................

Dari hati yang ikhlas ku ingin mengucapkan..
Selamat Hari raya
Moga aku, kau, kamu dan kita kekal selamanya..
Salam Lebaran..mohon ampun dan maaf...

Luahan hati yang sedang luka

Tuesday, July 21, 2009

Stress dengan Laptop

Hari ini sangat stress. Taktahu kenapa laptop banyak sangat problem. Dah rujuk pada Abg Man dia suruh format dua minggu lepas tu tak samapi dua minggu hantar lagi pekerjanya pula suruh format lagi. Aku cuba call abg Man. Hari ini dia kata windows berat so kene tambah ram. Aku tambah 2GB dengan harga RM 90. Aku balik dan sampai di bilik jer aku try buka laptop ni.. Alangkah terkejutnya bila aku mendapati laptop aku takde microsoft. So apa yang aku nak wat bila laptop ada tapi takde microsoft? Pening aku bertambah. Aku mohon sangat diberikan kekuatan dan kesabaran untuk aku hadapi dugaan ini.

Wednesday, July 1, 2009

tercapai ke Impian ku?

Tercapai ke?

Lagi 3 hari aku bakal kembali ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Meneruskan perjuanganku sebagai seorang mahasiswa UKM. Agak sukar untuk aku meninggalkan PPIM yang banyak mengajar aku erti kerja yang sebenar. Halal dan haram sesuatu barangan itu bukan dari logonya tapi dari sudut keyakinan tentang kandungan dan keyakinan didalam hati. Banyak makanan telah dicemari dengan kandungan najis oleh pengusaha walaupun logo halal ada didalam suatu sudut pembungkusannya. Itu antara yang penting yang aku pelajari di PPIM.

Tapi apa yang lebih penting yang aku pelajari disini adalah tentang hidup aku yang hanya sekadar belajar tetapi tiada masa dengan dunia semasa. Rupanya baru aku sedar dunia semasa yang mengajar kita hidup sebenar, yang memberikan kita pengajaran, realiti dan pengetahuan umum. Hati aku mula terusik untuk masa depan aku. 28 jun 2009 hari Ahad aku ke Ekspo Mega Beli Barangan malaysia. Di sana ada pameran tentang universiti-universiti Malaysia bukan sahaja kerajaan bahkan swasta dan luar negara. Kebanyakan peluang disediakan untuk mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Master atau PhD. Universiti Utara Malaysia menyediakan master for law hanya setahun tanpa memerlukan pengalaman bekerja. Ini lah satu2nya peluang yang aku ada untuk aku capai cita2 aku. Aku berminat dengan undang-undang dan ia adalah first choice aku sebelum masuk ke UKM. Bila peluang terbentang didepan mata.. Apa yang akan kita lakukan?

Sebelah malam aku menghubungi ibuku. Perasaan gembira aku cuba aku sampaikan dan kongsikan kepada keluarga aku terutama ibuku. Tiba-tiba suara yang keluar daripada ibu aku adalah suara sayu bukan suara yang mengharap. Aku tahu tanggungjawab keluargaku dimasa hadapan terletak di bahu aku. Tapi perasaanku untuk terus belajar dan capai Phd lebih tinggi jika dibandingkan untuk aku bekerja.. Ibu aku hanya menyatakan kerisauannya tentang perjalanan yang jauh yang bakal aku tempuh. Ibu aku sekadar mengharap aku menyambung pelajaran ku sedekat yang mungkin supaya aku dapat menjenguk keluarga aku terutama ayah yang semakin meningkat usianya.

Aku nyatakan pula hasrat aku untuk sambung Master kepada kakak ku. Tapi jawapan yang menyedihkan pula aku terima. Kakak ku minta supaya aku bekerja dahulu untuk ibu dan bapaku. Katanya umur ayah dah tak panjang. Beri dia peluang untuk mendapatkan "hasil kerja" daripada anak kesayangannya. Tidak dinafikan ayah sayang pada aku. Hati aku dirundum resah. Aku ingin tamatkan pelajaranku diusia muda. Aku perlu lanjutkan pelajaran dengan peluang yang dah sedia ada.

Pandangan kakakku disokong pula adikku yang kecil. Sekarang ini dia di tingkatan 5. Tercapai ker cita-citaku?. Adakah aku harus berhenti di peringkat Ijazah sahaja atau aku perlu menyambungnya dengan melepaskan tanggungjawabku terhadap keluarga?. Adakah sekiranya aku menyambung belajar maka aku dikatakan seorang yang pentingkan diri sahaja? persoalan bertalu-talu bermain difikiranku.

Apa yang harus aku lakukan?? satu sahaja impian yang aku ingin kejar iaitu PhD..

Monday, June 1, 2009

KL oh Kl

Kuala lumpur...
sebuah bandaraya yang ku sangka maju
banyak memberikan manusia rezeki hidup. Aku kagum
Tapi makin aku fikir makin keliru aku dibuatnya.
Mana tidaknya aku diberi nasihat jangan percaya manusia KL.

Agak memeranjatkan
kenyataan tu seolah-olah menyatakan bahawa KL tiada hati lg
Semua hati mereka dah hitam ke?
Atau hitamnya adalah milik segelintir manusia sahaja?
Katanya nak carik manusia KL yang baik hati 1 dalam 10 pun susah nak dapat.
Percaya atau tidak aku pernah dimarahi
kerana menumpang manusia KL
yang aku tak kenali
untuk sampai ke tempat kerja.

Manusia KL...
Aku kerja pun dekat KL. Setakat ni aku hanya berjumpa
manusia KL yang baik.
Tak tahu laaa kalau hanya luaran atau kerana atas nama etika
walau apa pun aku harap manusia KL
bukanlah seperti yang diwar-warkan tue.

Macam mana nak letakkan kepercayaan pada manusia KL
Adakah sekadar 50 atau kurang daripada 50
atau lebih daripada 50
atau 100 atau atasnya????

pertanyaan demi pertanyaan
Hanya aku yang mampu jawab
sbb aku yang sedang alaminya dan
aku yang sedang hadapi manusia KL selama 2 bulan

Adilkah judge manusia Kl
untuk 2 bulan
atau lebih daripada 2 bulan atau
kurang daripada 2 bulan

Antara percaya atau tidak
aku sedang berhadapan dengan penipuan daripada manusia KL
Ketamakan
kesombongan
ego tinggi
tiada simpati
keyakinan yang terlalu tinggi
pentingkan diri dan sebagainya

Cukupkah bukti yang diberi??
semua nie daripada pengalaman aku yang hidup di duniA KL
bersama manusia KL..



Thursday, May 28, 2009

Bumi KL Bumi yang ku Kesal

Hari ini hari ke 19 aku berada di dunia bandaraya Kuala Lumpur..Dunia yang penuh mencabar era fizikal dan rohani umat manusia. Semakin rakus manusia mengejar fizikal kekayaan dunia. Apa yang mampu memberi nama pada manusia maka itu yang bakal diusahanya untuk mengecapinya.

Tapi adakah manusia yang punya hati rohani dan perasaan mulia sudah tidak wujud di bandaraya ini, atau kalau wujud pun hanya sekadar untuk menaikkan nama agar mashyur di mata masyarakat. Apakah sekarang manusia penuh perasaan pura-pura berbanding kejujuran dari hati?.

Hari ini Jumaat 29. Mei. o9. Sedih sekali melihat bumi Kuala Lumpur pada tengahari yang mulia dihiasi dengan nafsu mengejar kekayaan dengan jual beli. Gerai makanan dipenuhi kaum lelaki. Bukan itu sahaja lelaki yang diberi kesihatan sempurna dari aspek fizikal juga turut tidak dapat menghadirkan diri untuk bersembahyang Jumaat gara-gara mengejar keseronokan bermain. Malah orang-orang tua yang diberi kemurahan rezeki dengan berkenderaan mewah juga turut lambat menghadiri masjid untuk melaksanakan jemaah.

Kebanyakan lelaki menganggap kelewatan dalam menghadiri solah Jumaat adalah suatu perkara biasa. Maka adakah perkara ini mesti diteruskan tanpa ada keazaman untuk mengubahnya? Kita umat Islam hanya memandang remeh dalam hal solat jumaat. kita semua sedia maklum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain dalam Islam bagi lelaki. Perlukah ia diterangkan dan diingatkan hari-hari tentang hal yang sama.


Hari ini juga aku melihat kucing-kucing sibuk berkeliaran mencari sesuap nasi. Anak-anak kucing sibuk mengiow meminta simpati manusia agar diberikan sedikit sebanyak makanan sebagai alas perut. Manusia yang berniaga makanan sibuk meneruskan perniagaan tanpa ada perasaan untuk menghulurkan makanan kepada kucing. Semuanya mementingkan diri sendiri.

Ada satu peristiwa menyayat hati yang hanya orang berperasaan sahaja sedar akannya. Kenapa mesti ada seorang lelaki tua yang seolah-olah tiada arah tuju mundar-mandir di kawasan pasar. Seperti sedang mencari sesuatu yang hilang. diatas meja makan, dia sibuk mengeluarkan duit kertas berwarna biru lalu mengiranya. duit kertas biru itu aku anggarkan kurang daripada RM 10. dibelek-beleknya. Mungkin untuk memastikan dan meyakinkan bahawa duit tersebut cukup untuk makan pada esok harinya. Perasaan aku sayu. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Fikiran aku kusut. Aku ingin membantu tapi apakan daya aku yang hanya bergelar seorang pelajar praktikal.

Bila difikirkan kembali aku mula meyoal dalam lubik hati ini. Mana pergi anaknya? atau dia sememangnya tidak berkahwin? Atau semasa muda dia telah banyak melakukan dosa sehingga Allah membalasnya semasa hari tua? atau semua ni hukum dunia dan hukum karma??... Bertalu-talu soalan ini hadir dan terus hadir. ingin sahaja aku temubual dan membantu lelaki tua tersebut.

Apakah sekarang dunia KL akan kekal sebegini tanpa ada rasa simpati atau tanpa ada rasa bersalah kepada Allah??.. Ya Allah aku adalah antara hambaMu yang melihat dengan mata penuh penyesalan dan aku adalah manusia yang paling lemah untuk melaksanakan dakwah menyeru pada agamaMu, mahupun suruhanMu. Ampunkanlah aku ya Allah...Tetapi berikanlah aku kekuatan untuk aku lakasanakan dengan perbuatan tangan dan lidah. Sesungguhnya Kau maha pengampun lagi maha mengetahui...AMIN

Saturday, April 18, 2009

Malam MAG Fakulti Pengajian Islam...


Malam MAG ni diadakan pada 15.4.2009..apa yang tak bestnya..sepanjang aku duduk di meja dinner aku asyik dirundum takut...al-maklum aku dan cax di "jemput" buat persembahan di atas pentas. Persembahan yang kami bakal persembahkan adalah sajak yang bertajuk SIAPALAH AKU..aku sendiri tak tahu siapa aku..Aku sendiri tak muhasabah diri aku..banyak kekurangan dalam diri ini yang aku tak baiki lagi..Setiap manusia sentiasa akan mengambil kelebihan diri dan sentiasa jadikannya sebagai kebanggaan hidupnya...
So malam tu aku maca puisi yang aku sendiri tak pasti siapa penulisnya..cuma kami rasa puisi yang bakal kami persembahkan mempunyai maksud yang sangat tersirat yang seharusnya mereka yang mendengar akan terfikir sejenak tentang maksudnya..
Ini puisi karangan asli yang aku tak ubah lagi mana2 perenggannya

Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku air...
akan aku sirami Kuala Lumpur ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin.... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku... Kalaulah aku... Kalaulah aku...
kelakar..kelakar... kalaulah aku...

Ahh mengarut semua itu...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan fantasi....
cetusan minda
Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.
Ini adalah karangan puisi asli..tetapi perenggan terakhir tu aku ubah di saat akhir. Aku fikir itu adalah yang terbaik membawa maksud mendalam bahawa hidup kita ni adalah realiti dan kenelah hadapi dengan waspada..tapi sejurus habis puisi yang ku bacakan aku terus mengoyakkan kertas kecil yang berisi puisi yang ku salin...Mungkin puisi itu terlalu kelakar..
Dan ini adalah merupakan pengalaman pahit aku berada dipentas Dectar membaca sajak..malu coz sajak yang kami baca menjadi hiburan pada malam tersebut...Tapi sedikit sebanyak ia juga merupakan pengalaman manis ku bersama Cax untuk buat persembahan ni..



Aku dan Cax menggunakan jubah hitam untuk buat persembahan...serupa tapi tak sama..

Yang tengah tu Akma dari Jabatan Usuluddin...dia ni dah macam kakak aku...yang penting dia single available

Monday, February 2, 2009

Kenangan...

Keluarga Pasir Pekan...

Gambar ni diambil sebelum nak menjamu selera ..kalau tak silap yang ambil gambar ni Ida...hahaha kesian plak dia tak termasuk dalam gambar nie..Aku fikir masak2 sebelun nak masukkan gambar ni...hahaha nak tahu sebab apa??...hahaha gara-gara aku pakai tudung indon..tu yang buat aku malu sikit nak masukkan gambar nie dalam blog. Tapi apa-apa pun tu laa aku...sempoi tapi best...perasan sendiri...kui3. Mak Akma takderr dalam senarai sebab last minit dia ada kenduri kesyukuran..Ada gak amik gambar ngan mak akma...tapi still gak malu nak upload coz tudung indon punya pasal...hehehe...Nilaaa serba sedikit latar belakang kuarga Akma..best gilerr..Keluarganya baik...Tak caya??? jom buat lawatan ke rumah Akma..Biar aku jadi pengarah program..Cax jadi timbalan aku...hahaha harga berpatutan...hahaha
Posted by Picasa

Friday, January 30, 2009

bersama selamanya..kenangan kami

Ini masa kat rumah Dalila..kat Kubu Baru..agaknya laa kot..rase macam bergambar dengan keluarga..semua macam kontrol cun...yang amik gambar ni Ding adik Dalila...hahaha ding dong


Sangat bahagia bila aku melihat kembali gambar yang mnjadi kenangan kami bersama..Ni laa 'saing' kami...semua still belajar ukm. Jabatan yang sama cuma yang tgh tu jabatan lain..huhuhu..Kalau tak salah gambar ni diambil masa kat tepi sungai Pasir Pekan..


My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates