Followers

Pages

Showing posts with label Aku takut. Show all posts
Showing posts with label Aku takut. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Aku diekori dua orang lalaki

Al-kisah yang ingin ku kongsikan baru terjadi tghari tadi..4 Nov 09..
Tentu anda semua pernah berjalan pulang berseorangan.. Kalau ikutkan diriku yang sudah mengikuti kelas tekwando kemudian berhenti sehingga tahap tali pinggang hijau..itu mungkin sudah cukup baik untuk aku lindungi diriku dari sebarang kemungkinan yang akan timbul..

Rupanya fizikal wanita dan jiwanya terlalu lemah sehingga tidak dapat nak aplikasikan apa yang dipelajari ke dalam keadaan yang memerlukan. Semasa dalam perjalanan pulang dari KTM Klang untuk ke KL Sentral ku sempat berbual dengan kakak ku. Tajuk perbualan lebih pada masa depan kami untuk membeli sebuah kereta Honda (sekadar angan-angan yang mungkin tercapai dan mungkin tidak. Siap kami sebut jenama Honda Civic dan Accord dalam perbualan kami). Termasuk la perbualan tentang plan ku untuk sambung belajar. So ku tak fikir pula lelaki disebelah ku cuba memasang telinga mendengar perbualan antara kami. Perbualan ku juga termasuk tentang kewangan. Habis sahaja perbualan antara kami, ku dapat agak dia dan sahabatnya semacam mengata sesuatu sambil tersenyum dan tersengeh.

Ketika keretapi sampai ku masuk dan mencari terus kekosongan tempat duduk. Tiba-tiba mataku bertentang pula dengan mata lelaki yang duduk berhadapan tiga kerusi dari ku. . Ku lihat wajah-wajah mereka seperti dari negara Indonesia (just my assumption). Aku terus ke gerabak yang kedua untuk mengelakkan diri dari lelaki tersebut (sebenarnya malu juga pun ada). Pada mulanya ku tak detect apa-apa. Rupanya bila ku toleh ke belakang ku dapati mereka pun ingin bergerak ke gerabak tempat ku duduk. Mungkin mereka perasan aku memandang mereka terus mereka membatalkan niat untuk duduk ke gerabak kedua. Hati aku mula rasa semacam. 45 minit masa perjalanan aku habiskan dengan kerisauan. Takut-takut mereka cuba untuk memukau diriku.

Sampai sahaja KL Sentral, ku hubungi kakak ku. Ku keluar mengikut pintu gerabak kedua. Keadaan ketika itu agak sesak. Cuma pintu gerabak pertama tidak ramai yang lalu. So ku fikir lelaki tersebut mestilah akan keluar melalui gerabak pertama tempat dia duduk tadi. Rupanya sangkaan ku meleset bila dia juga ikut serta untuk keluar mengikut gerabak keretapi kedua. Kakak ku cdangkan agar memberikan laluan untuk lelaki itu supaya mendahului aku.

So ku cuba bersandar disebuah dinding yang terletak dekat dengan sebuah escalator. Lelaki tersebut keluar dan tiba-tiba dia nampak ku terus tersenyum (bagi ku macam kerang bucuk). Dia tidak pergi ke escalator tetapi dia pergi kearah bertentangan. Aku tak rasa dia hendak menaiki sebuah lif.. Aku berdiri untuk sementara rupanya dia menoleh ke belakang melihat aku ..tersenyum lagi macam kerang bucuk...Biasa laa senyuman pun boleh memukau orang. Aku takut kalau-kalau dia tepuk bahuku dan terus ku ikut kata-katanya...banyak terjadi sekarang ni..(mungkin ke dia pelik melihat aku atau dia dah tahu aku dapat detect)....sah...sah..terus ku lari menaiki tangga (bukan escalator) dan membeli tiket untuk ke UKM bangi. Alahai punya lah takut ketika itu sehingga aku salah station. Ku cuba tenangkan diriku dan terus turun ke tangga untuk mengambil KTM ke Seremban. Sampai sahaja ku mengambil ruang yang sunyi sambil menahan air mata yang hampir mengalir (akhirnya mengalir juga sebab takut sangat). Kakak ku tak putus-putus suruh lihat disekeliling mana lah tahu kalau-kalau dia juga membeli tiket untuk ke Seremban.

Darah ku yang berderau kembali tenang....bila aku dapati tiada antara mereka berdua yang mengekori ku

Nasihat ku disini kepada yang bergelar wanita terutama mahasisiwi. Berhati-hatilah ketika pulang atau pergi ke mana sahaja destinasi yang ingin anda tuju. Kemungkinan besar anda diekori. Percayalah kata-kataku. Sentiasalah melihat disekeliling anda..

Tuesday, April 28, 2009

K!@D bilik..KBH BERHANTU....

Hari ini tiba-tiba aku ingin berkongsi sebuah kisah hidup aku yang berlaku semasa aku berada di Sem 3.. Dulu aku ada beritahu kisah ni kepada dua orang teman rapatku. Tapi macam biasa antara percaya dan tak...Aku pernah juga beritahu pada keluarga aku tapi mereka hanya suruh aku lebih mendekatkan diri pada yang Esa. Berdoa dan mohon perlindungannya..Rahsia ni juga aku beritahu pada sahabat aku yang duduk di depan bilikku..Dia amat memahami aku dan situasi aku.. Sedar atau tidak aku dah berada di Sem 4..
So cerita bermula apabila aku ditawarkan ke Flatlet Burhanuddin Helmi K12D..Bilik rahsia..Amat memeranjatkan apabila bilik yang aku dapat adalah berwarna merah..Kelihatan agak seram pada mulanya..Mana mungkin ada bilik yang dicat warna merah sedangkan bilik lain semua berwarna putih.. Pada mulanya aku fikir itu suatu tuah bagi aku...Tapi bukankah merah itu garang, sepi, sunyi dan sebagainya.. Tapi nak buat macammana aku terpaksa duduk di situ selama 2 sem..Hari pertama aku tak nampak agak janggal.. cuma sekali sekala bulu roma aku agak meremang bila aku tidur lewat bermacam bunyi ada diluar tu.. Bila aku kata pada sahabat aku..Mereka hanya menyatakan itu sekadar bunyi binatang..Tapi keadaan makin membimbangkan bila "sesuatu" cuba mengganggu aku..
Malam tu aku sangka hanya sekali sahaja yang bakal menjadi sejarah hidup aku..tapi rupanya ia berulang sehingga tiga malam..Keadaan aku seolah-olah terperangkap dengan dua alam..Aku nampak alam dunia tapi aku tak dapat nak bergerak.. Aku tak nampak siapa makhluk yang cuba ganggu aku... Ayat Kursi, sebahagian ayat Yasiin dan ayat lain, ku baca dengan tabah didalam hati.. Aku kuatkan semangat untuk bergerak...akhirnya aku berjaya menggerakkan diri aku. Tepat jam 1 pagi aku beralih arah lari ke bilik sahabat aku yang duduk di depan bilik aku.. Malam tu air mata jer yang jadi penenang hidup.. Dua malam aku tidur di bilik sahabat aku..Kawan aku rajin membaca lewat malam..Aku taknak kehadiran aku menggaggu study dia..Terus malam ketiga aku berpindah balik ke bilik aku sendiri.
Aku mula fikir siapa yang duduk di bilik aku sebelum kehadiran aku.. Cina ke India? Persoalan bermain di minda aku..Ku sangka aku sahaja yang diganggu rupanya sahabat aku merupakan senior aku pun diganggu..Sahabat aku yang demam akibat menyeberang jalan yang dilarang untuk dilalui akibat ada kematian orang Cina..Malam tu sahabat aku mohon untuk tinggal dibilik aku dan meminta bantuan aku untuk menjaganya.. Alangkah terkejut pada malam itu dia menyatakan bahawa 'makhluk' tu cuba menyakitkannya.. 'Dia' bermain diatas perut sahabatku. Bukan itu sahaja malahan dia memicit micit kepala sahabatku. Malam tu ayat Quran didendangkan..
Aku mula rasa hairan dengan bilik aku...tiba hari peperikasaan final..Seperti biasa aku akan membaca sehingga lewat malam..Kadang kala aku tidur pada jam 4 atau 3 pagi.. Tapi semenjak aku berada di bilik berhantu ni aku hanya mampu bertahan sehingga pukul 1 pagi semua kerana gangguan bunyi yang mustahil bunyinya..
Pernah sekali pada sebelah pagi aku seolah2 berada di alam roh sekali lagi. Mana tidaknya aku mendengar suara makhluk tu berkata-kata sambil menyikat rambutku dengan agak kasar. Jelas terasa sakitnya rambut aku..aku hampir melihat makhluk tu tapi keadaan tak mengizinkan aku kerana ketika itu aku tidak mampu bergerak.. Segala macam ayat suci al-Quran yang ku baca..akhirnya..aku terjaga.. aku sangka itu hanya mimpi biasa terus aku sambung tidur kerana keletihan berjaga disebelah malam. Tapi keadaan yang sama berulang..Kali ketiga aku terjaga terus aku memegang al-Quran dan tidur bersama kitab suci itu..
Banyak lagi perkara pelik yang terjadi.. tapi aku biarkan semua itu berlalu..Sekarang kejadian pelik itu sudah tidak menagganggu jiwa aku lagi.Semenjak sem 2 ni aku berada dalam keadaan yang bahagia..tiada ganggun, agak tenteram dan sebagainya. Akhirnya aku berjaya ditawarkan ke KDO...
SELAMAT TINGGAL BILIK BERHANTU.......

Saturday, February 21, 2009

Aku, petir dan bus stop Burhan..ngeri

Sabtu 21.2.2009... Balik jerr dari program Fasilitator Jati Diri sekolah Engku Husain hujan terus lebat..mula-mula sampai jer bus stop Burhan yang dekat PK tu terus turun bas dan lari pecut sebab takut hujan turun...Nak dijadikan cerita...baru nak menyeberang jalan...hujan tetiba turun dengan lebat..biasa kan hujan gerimis dulu baru lebat..apa lagi..terus patah balik ke station bas tadi..guruh dan petir sentiasa sambut menyambut..kilat pancar memancar..aku seorang jer yang kat bus stop Burhan tu...terpaksa tutup telinga...Kelemahan aku nie sebenarnya takut kilat, guruh dan petir..biasa kalau berlaku macam nie aku peluk bantal panjang...bukan terus tidur tapi setakat tutup telinga tak nak dengar bunyi guruh yang kuat..tak pun kenerr peluk something...hati masa tue berderau bila guruh kuat berbunyi..Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku masa kat bus stop tue...

Tetiba turunlah seorang lelaki cina dari bas zon 6 yang baru balik dari Megamall (ada buat temuramah sikit dengan dia) dan terus berteduh bawah bas stop Burhan...mana taknya kalau redah dia tempah maut..so dia call kawan dia suruh turun ambil dia..Aku bertambah ngeri sebab petir tengah memancar...so aku pernah dengar kalau petir or guruh ada jangan call sebab petir boleh menyambar..masa tue rasa ingat mati jerr baca selawat, macam-macam laa...hahaha..so selang beberapa minit kawan lelaki cina tu pun datang membawa payung yang hanya muat diri dia jerr..tapi kesian dia..Dia nak selamatkan kawan dia tapi diri sendiri basah..Dia sendiri terpaksa berteduh kat bas stop tue...

Aku dengan muka tembok pun tegur laa..."Why you tak bawak payung pasar"..."kan besar...hehhehe"..dari situ kitorang borak ala kadar sebab banyak sangat bunyi guruh...air hujan dah membanjiri bas stop Burhan..so apa lagi terpaksa panjat bangku...kalau tengok gelagat kitorang bertiga dah macam merempat..hahaha kelakar plak..Hujan plak tu ikut arah angin so terpaksa laa cina tue bukak payung dan menghalang air renjisan hujan dari arah kiri kami...kenderaan yang lalu lalang mesti tgk kami punya...sebab kami berdiri kat bangku dah macam kenerr hukuman dari pengetua kolej...

Akhirnya hujan reda so kami cepat2 blah dengan kadar segera..ujian datang lagi bila aku yang pakai stokin ni meredah "sungai" tepi jalan..mana tak nya air hujan mengalir deras .punya laa banjir besar...so kain kurung aku dah boleh basah sangat...hahaha..

Malam tue plak sambut besday Ain...itulaa serba sedikit kisah aku dan bus stop burhan..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates