Followers

Pages

Showing posts with label Lawak-lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak-lawak. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Kisah lawak petang hari

Prof yang Kasihan

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya,
"Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum.Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata:
"Oooh..Jadi awak mengakulah diri awak ni bodoh?"
Pelajar: "Bukan prof, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang mengaku bodoh dan berdiri disini!"

-------------------------------------------------------------
Kaunselor dan Penjual Ikan

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:
"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"
"Tentu saja!" jawab pakar konselor...
Penjual Ikan bersorak kegembiraan
"Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya:
"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

--------------------------------------------------------------------------------

Kekasih Buruk Siku

si kekasih acident teruk....banyak darah hilang....disebbkan terlampau CINTA...si boyprenz pun derma lah darah.....Selepas setahun, kekasih curang dan putuskan hubungan...lalu si boyprenz pon berkata: "tak kenang budi!..bagi balik darah yg aku derma dulu!!!!!!!!!!!!" .
Si kekasih yg sedang datang bulan membaling kotexnya ke arah boyprenz & berkata "nah! aku bayar ansur tiap2 bulan!"

-----------------------------------------------------------------------------

Chot dan Tiket Wayang

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dengan isterinya.
Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya.
Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket..
Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya,
"Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"
Chot menjawab,
"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer!!"

Sunday, February 21, 2010

Lawak sabun Marzuki

Just klik gambar lawak kartun tu untuk baca dengan jelas

Lawak brand Marzuki..

Sama-sama kita berhibur sementara.

Monday, February 1, 2010

Cicak oh cicak

Gambar diambil dengan jarak jauh.

Gambar ini diambil ketika dua ekor cicak ini sibuk melakukan hubungan seks sehingga flash kamera tidak menghalang mereka untuk berhenti melakukan hubungan yang tidak tahu samaada sah atau sebaliknya :)

Kelakar juga bila melihat gelagat cicak ni yang sama dengan manusia. Ingin memastikan keturunannya tidak pupus dimuka bumi. Walaupun kita sebagai
manusia tahu bahawa cicak merupakan binatang yang menghianati nabi ketika mana nabi bersembunyi di sebuah gua kerana diburu oleh orang mushyrikin Mekah. Bila diimbas kembali mulalah hati ini ingin membunuh dua ekor cicak ini tapi perasaan simpati itu lebih tinggi dari perasaan benci. Terus ku tertawa sambil melihat dan terus melihat...

Cinta antara dua darjat...






Saturday, February 14, 2009

Tanda kucing sakit mental


Tanda-tanda kucing kesayangan anda menghadapi sakit mental yang mendadak...

1) Kucing anda selalu rasa tidur macam nie mampu melawaskan pembuangan air besar.

2) Merasakan diri dia adalah yang paling macho dikalangan kucing lain. Walaupun gaya rambut tak menawan kucing betina

3) Kucing anda menghadapi masalah untuk bangun tidur. Sentiasa terperanjat apabila di bangunkan..cakap jer laa malas nak bangun...kan senang..

4) Tengkuk kucing anda merasakan dunia dah terbalik..Kiamat!!! tu yang boleh kucing kata kalau dia bersuara..sebenarnya kucing ni nampak cicax kat celah almari...

5) Merasakan bahawa berat badan kucing anda sentiasa meningkat walaupun anda hanya bagi kepala ikan sahaja..hehehe ini bermakna kucing anda dalam seminggu akan menjadi "fishball"..



6) Kucing anda sentiasa merasakan fikiran terlalu sempit dan keliru kerana kebisingan yang melanda..so jalan mudah ambil mangkuk yang sama saiz muka tutuplaa telinga..baru boleh berfikir dengan tenang



7) Kucing anda merasakan tersepit dalam hidup..walaupun sebenarnya sengaja menyepitkan diri..itu bukti kucing anda harus di kurung agar tak menyusahkan anda



8) Kucing anda sentiasa di permainkan oleh binatang yang seharusnya menjadi protein bagi kucing anda..Ini menjadikan rumah anda di kelilingi tikus kerana pemikiran kucing anda telah dikawal oleh tikus..hahaha kuasa baru tikus bakal kembali

9) Kucing anda sentiasa menjadikan anjing sebagai sahabatnya walaupun anjing itu ada konspirasi yang membahayakan..jaga-jaga sebelum terlewat..


10) Kucing anda sentiasa berada dalam keadaan takut..seolah2 melihat sesuatu yang amat digeruni seperti melihat hantu anda sendiri...ketakutan kucing anda membuatkan kucing anda mempunyai ketinggian darah tinggi yang mendadak..




11) Anda akan perasan bahawa kucing anda terlalu pemurah untuk memberikan susu badannya pada binatang yang seharusnya menjadi hidangan tengahari untuk kucing anda..Mungkin ini adalah antara tanda2 buang tebiat yang yang paling besar ada pada kucing anda..
Kesimpulannya anda harus memberikan kucing anda keselesaan agar kucing anda terjamin daripada sebarang sakit mental..Sekiranya ada tanda2 sebegini berilah kucing anda kasih sayang yang penuh berharga agar kucing anda rase dia adalah yang terbaik untuk anda..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates