Followers

Pages

Monday, January 20, 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR


1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar ke Trick Art Museum dan Pre-Historic Adventure Jurassic & Ice Age Exhibition di i-City, Shah Alam, Selangor



2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

      Tarikh             : 27.04.2013 (Sabtu)


3.0  TEMPAT

 i-City Shah Alam, Selangor


 4.0 OBJEKTIF


           2.1       Melengkapkan aktiviti atau takwim tahunan sekolah.

           2.2     Memberi peluang meningkatkan pengetahuan,
                     pengalaman baru dan kemahiran berfikir.

           2.3      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru

           2.4       Memupuk semangat kerjasama semasa lawatan diadakan.


5.0       Sasaran / Bilangan Peserta:

Guru                                : 9  orang

Murid Tahun 1,2dan 3  : 126  Orang

Jumlah                          : 135 Orang


6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat       : Pn. Zuraimah Bt. Mohd Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Setiausaha    : Mohd Hafiz Alias

AJK                 : Pn. Maizura Abd Aziz

                          Pn. Siti Rosni Mugni

                          En. Syed Abd Hadi Mohammad

7.0 IMPAK

a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.


b)    Murid dapat mengetahui lokasi i-City yang terkenal


c)    Murid dapat mengetahui sejarah kewujudan haiwan-haiwan purba iaitu Dinasor, jenis-jenis dan pemakanannya.


d)    Merapatkan hubungan silahturahimantara antara guru dan sesama murid.


8.0 Laporan Program

Bagi melengkapkan takwim dan menyempurnakan perancangan, SK Bukit Jalil telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Shah Alam. Lawatan ini diadakan bagi memberi manfaat kepada murid-murid disamping memberikan pengalaman murid-murid di luar bilik darjah. Lawatan diadakan pada hari sabtu iaitu pada 24 April. 2014


Pada jam 7.30 pagi, seramai 40 orang murid-murid telah berkumpul di Dewan Terbuka SK Bukit Jalil. Pada jam  9.00 pagi bas telah bertolak ke i-City dan kira-kira jam 9.40 pagi bas tiba ke tempat yang dituju. Lawatan pertama yang telah dituju adalah Jurassic dan Ice Age yang merupakan sebuah tempat yang memaparkan model haiwan purba kala. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk murid-murid menimba pengetahuan baru tentang binatang yang telah lama pupus. Model-model dinasor yang dipertontonkan sangat memberikan tarikan kepada murid-murid. Di samping itu juga murid-murid turut didedahkan dan diperkenalkan tentang jenis-jenis dinasor.


Di sini, murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai saiz dinasor, serta makhluk zaman ais yang mana ia dihidupkan menggunakan animatronik disamping mempunyai bunyi khas. Pameran yang berunsurkan pendidikan dan hiburan ini sangat sesuai kerana ia seperti murid-murid berada di alam pengembaraan. Di sini juga murid-murid dipamerkan dengan 25 jenis makhluk animatronik.  Di sepanjang perjalanan, murid-murid akan menghadapi sorotan arkeologi dan belajar bagaimana arkeologi dan iklim global telah berubah daripada tempoh Triassic, kira-kira 230 juta tahun lalu apabila evolusi awal telah berlaku, sehingga era Zaman Ais. Di samping itu murid-murid turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai ciri-ciri anatomi, rantai makanan dan penemuan saintifik tentang penghuni makhluk prasejarah ini.


Habis sahaja lawatan murid-murid diberi peluang untuk membeli cenderahati sebagai kenangan. Murid-murid juga dihidangkan dengan aktiviti pertandingan mewarna.


Setelah selesai, lawatan diteruskan dengan membawa murid-murid ke sebuah tempat yang menjadi tarikan utama di i-City iaitu Muzium Seni Trick yang mempunyai reputasi sebagai satu-satunya wadah seni  lukisan 3 dimensi di Malaysia. Apa yang menarik, seni 3D ini seperti lukisan yang hidup apabila dilihat melalui kanta kamera. Ia juga dapat mewujudkan ilusi kepada murid-murid yang hadir. Muzium seni ini mempunyai lima tema iaitu karya, Mesir, hidupan laut, haiwan purba dan klasik moden. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan berharga buat mereka.


Tepat jam 2.00 petang lawatan pun tamat. Bas tiba diperkarangan sekolah pada jam 2.40 petang.


 9.0      PENUTUP

Dengan adanya lawatan seperti ini, murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah binatang yanag pupus. Murid-murid juga mendapat pengalaman yang berharga dengan lawatan yang seterusnya iaitu ke lukisan 3D di i-City yang mana ia mengaplikasikan kemahiran sentuhan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates