Followers

Pages

There was an error in this gadget

Monday, September 29, 2014

i think vs you tube dan facebook

I think vs You Tube dan facebook

Secara peribadi aku sekadar menulis mengikut apa yang aku rasa sebagai guru. Aku lihat pihak KPM sentiasa inginkan guru mendapat tempat dimata dunia bukan sahaja dari sudut mengajar tetapi juga mantap dalam penggunaan teknologi. Oleh demikian untuk tujuan itu maka pelbagai sistem dibangunkan oleh pihak KPM dan kerajaan untuk memahirkan guru dalam penggunaan teknologi.

Hal ini sangat sangat dihargai oleh warga guru tetapi sifat teknologi yang dibangunkan bagai menyusahkan warga guru itu yang menjadi halangan untuk guru menghargai kebaikan disebalik sistem tersebut. Pihak yang membangunkan sistem seperti i think..PBS dan sebagainya seolah olah tidak melihat atau mengukur kekuatan sistem untuk digunakan oleh beratus ribu guru di Malaysia

Kita lihat You Tube dan Facebook antara laman web paling popular dilayari dunia..tetapi adakah pengguna merungut sebab buffer. Kebanyakan sekiranya buffer adalah disebabkan oleh ketiadaan line atau mb internet sudah hampir kehabisan. Walaupun hanya tinggal 3G masih lagi boleh dilayari dengan baik..sekiranya simbol H+ dan 4G ia adalah masa yang terbaik untuk menonton video secara online seperti didalam You Tube. Walaupun buffer hanya kurang 10 saat dan bukan seminit 2

Tetapi sebaliknya apabila sistem dibangunkan oleh pihak2 tertentu seperti sistem i think dan PBS yang berasaskan online..yang bagi saya seakan dibangunkan oleh mereka yang kurang mahir membangunkan sistem menyebabkan pihak yang melayari terkandas. Lebih lebih lagi apabila ia wajib dilayari oleh beratus ribu orang guru. Ini sekaligus menyebabkan buffer yang teruk walaupun internet berada dalam keadaaan line yang baik dan simbol H+atau 3G masih ada ketika itu

Oleh itu saya mohon pihak yang ingin membangunkan sistem tolonglah belajar melalui pihak yang lebih mahir dalam membangunkan portal seperti facebook dan you tube..pihak kerajaan boleh menghabiskan berjuta billion untuk membangunkan pembangunan yang dah terlalu banyak dimata manusia maka apalah salahnya sekiranya memperuntukkan sedikit modal untuk menghantar yang terbaik dari pihak tertentu untuk belajar membuat portal agar ia tidak buffer ketika dilayari beratus ribu pengguna seluruh malaysia. Bukan dunia.

Guru terasa sangat tension bila berhadapan dengan buffer sedang thats why better layan facebook dari bnda2 buffer..

Monday, September 8, 2014

Kucing Jalanan

Salam..
Lama sudah aku menyepi..banyak perkara yg hendak diuruskan dengan kudrat selepas kahwin ni..Tujuan nak singgah blog ni adalah untuk meluahkan rasa kasih sayang aku tentang kucing..juga rasa terkilan tentang seseorang

Dulu hidup aku penuh ngan kucing..kadang jumpa stray cat aku main bawak je balik umah..kakak yang paling marah tapi aku kenal dia..lama2 dia diam dan sayang kat kucing..mak aku pun hati kucing macam aku..what ever pun kesimpulannya mereka tak marah la bila aku bawak balik sebab taik n kencing dia memang aku tanggung semuanya..cuma makan mak aku yang akan bagi..

kalau dulu kucing semua dalam rumah..kira rumah aku dah bau syurga taik.. bila ada taik kucing memang aku tau siapa yang poo dan pee..hahaha kucing aku tak boleh nak temberang or tipu aku..Hari raya la yang paling menyeksakan..hahaha kena basuh satu rumah sebab perabut dia dah melekat dengan bau poo dan pee mereka..aku memang tak sampai hati tengok kucing kat luar rumah..almaklum banyak nyamuk kat luar..siapa yang nak tolong halau nyamuk..Aku tanam niat aku untuk bina rumah kucing..bila aku dah kaya aku akan buat rumah kucing yang besar supaya mereka bebas..aku tak suka kurung kucing..sebab aku tau mereka akan rasa rimas dan tidak bebas....

Kalau kucing mati pulak memang aku susah nak berhenti nangis..dah macam budak-budak..bila makan teringat bila balik kerja teringat even sekarang ni aku kat KL pun aku akan teringat pastu mulalah kuar air mata..Kadang bila berada di jalan raya aku sanggup kutip bangkai kucing even tengah malam sekalipun..walaupun kenderaan banyak aku sanggup suh kenderaan tu berhenti..korang tau drive je..tolong ambik korang malas...yang korang fikir "alaa dah mati..binatang je pun"..bangkai anjing pun aku sanggup kutip dan kalau aku tak dapat kutip hati aku akan rasa susah dan terngiang2..bukan aku nak riak..sekadar nk cerita bahawa aku tak sampai hati tgk kucing kena gilis banyak kali sampai lenyek..Allah..aku rasa macam nk bakar je kereta yg menggilisnya..tapi siapa aku nak salahkan kereta..kebanyakan kucing semua main melintas je kan..dan kebanyakan manusia hanya tahu melenyek je..

bab makan pulak..bila aku kat kedai makan..aku sanggup order ikan goreng walhal ada makanan yang lagi best. Tujuan dia bukan apa supaya senang aku nak gaulkan nasi ngan ikan bagi kat kucing..tapi dalam hati mencaci gak..memang bodoh manusia yang buang kucing..arghhh..kadang diorang pisahkan anak dengan ibu..anak diorang dibuang ibu diorang diambik..dah terngiang2 anak2 kucing..mengiow minta ihsan..tapi bila rumah semakin jauh aku hanya mampu memberi..tapi tak mampu mengutip sehinggalah aku bertekad sekiranya ada rumah sendiri aku akan bawak kucing2 yang aku jumpa balik
 
Tp rupanya hujan ditengahri..semua hasrat jadi lebur bila ada seorang lelaki dalam hidup ini yg kurang menyukai kucing..bila aku sentuh mulalah matanya memandang kurang enak..alasannya bakteria dan kuman..Allah masih belum memberi kurniaan zuriat dan dia menjadikan bulu kucing sebagai factor..Aku hanya diam je..sejak itu aku hanya mampu memandang..memberi makan pun aku jadi kurang berani..apatah lagi menyentuh..kalau nak sentuh kena sorok2...aduhai suami..satu je yang dia masih kurang memahami aku..
 
Hmm wahai lelaki itu kalaulah kau tahu hasrat aku ni..aku harap sangat kau tidak menghalang..Aku kasih kan kucing-kucing..biar manapun manusia jahannam membunuh mereka..aku tetap merasakan itu sudah ajal mereka. Tetapi izinkan aku memberi perlindungan kepada mereka dengan duit aku sendiri..cukup sekadar kau mengizinkan dan itulah yang terbaik kerana ini bermaksud kau sangat memahami aku.
 
Wahai kucing-kucing diluar aku tahu kau hidup merana kerana mereka hanya memandangmu setengah mata je..Tapi jangan risau berusahalah mencari makan agar kau boleh tetap meneruskan hidup gelandangan..mereka yang membuat sial dengan kau..kau tuntutlah diakhirat kelak..Allah sayangkan kamu..Muhammad pun sayang kamu..
 
wassalam



Tuesday, July 29, 2014

Hari Jadi yang romantik

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin..hari ni hari jadi ke 26 jatuh pada hari raya ke 3.. kali ni hari jadi disambut bersama suami.

Tq sayang..
Hari jadi kali ni sangat romantik. Suami dah sediakan hadiah beg Sembonia dan set Body Shop. yang paling menarik semasa diri sedang nyenyak dan lena suami kejutkan.."sayang bangun.." almaklum dh pkul 1 lebih pagi.. masa bangun je mata tertumpu pada cahaya lilin. Dalam hati tersenyum dan terkedu.. "Waahh kek hari jadi"..

This is my best celebrating..Alhamdulillah Allah kurniakan kpd ku suami yang penyayang dan romantik..

Muzammil Arif terima kasih atas pemberian awk..saya sayang sangat kat awak.

Wednesday, July 9, 2014

Kembalinya ke Rahmatullah

Assalamualaikum

Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat..semoga kita semua berada dalam limpah rahmatnya

Hari ini ingin sekali ku ceritakan sebuah kisah yang benar2 menyayat hati. Aku hanya mendengar keluhan demi keluhan..tapi tidak sekali aku ingin tempik pada setiap mereka itu kerana aku hanya orang luar yang baru hadir dalam hidup tapi tetap tiada kaitan dengan mereka. Aku ingin sekali tempik "Orang tua tu dah jaga korang dari kecik bila dah besar korang bagi alasan yang menjengkelkan"

Alkisah apabila seorang insan OKU yang aku sayang sekali..gelarannya atih. Inagt waktu ketika dahulu semasa aku datang ke rumah  babah dia lah yang pertama berbual dengan aku. Amat mesra dia berbual dengan aku.. tanpa menganggap aku seperti orang luar..semasa hidupnya dia menjaga pakai minum anak2 buahnya. Kasih sayang yang diberinya cukup tak tumpah seperti ibu kandung. Dia suka menetap di Putrajaya. Tetapi semakin hari dia merasa kesunyian apabila anak2 buahnya mempunyai kerjaya sendiri.

Tetapi Allah menguji beliau dengan kesakitan. Dia dibawa ke hospital Ipoh. Ketika itu tanpa dia ketahui dia diuji dengan kemalasan anak2 buah dalam menjaganya dek alasan kerja yang tanpa henti. Bukan itu sahaja malahan mereka saling salah menyalahkan antara mereka.. Allahu Akbar. Ketika itu saudara mara yang duduk di Perak mula berkata kata.."masa sihat ditatang dah sakit dibuang". Atih juga diuji apabila mereka yang datang melawat akan mendapat sedikit ganjaran daripada babah..Babah pernah kata "dengan duit baru masing masing diam"..yer dunia perlukan duit nak mati pun kene ada duit. Tapi Atih tu adalah adalah saudara mara terdekat mereka..Perlu ke sebuah lawatan untuk melawat orang sakit diberi ganjaran duit dengan alasan duit minyak.. Kalau arwah hidup dan tahu semua ni mesti dia akan mengucap panjang. Allahu Akbar

Tapi Allah itu adil Dia tahu semakin hari pergaduhan dan umpatan semakin membara dikalangan saudara mara hanya kerana siapa nak jaga atih. Akhirnya keluarga Putrajaya berusaha membawa pulang atih tapi itu semua angan kosong apabila Allah lebih dahulu menjemput atih hadir ke RahmatullahNya. Ye aku sebagai orang baru rasa puas hati dengan apa yang berlaku. Bagi aku itu sangat adil untuk arwah.Ketika dimaklumkan arwah dah tiada ketika itulah masing2 punya waktu yang baik untuk melawat. 

Alhamdulillah Allah matikan arwah dalam husnul khatimah dalam bulan suci. semoga arwah berada dalam golongan orang yang beriman. Sekarang Atih sudah berada dirumahnya sendiri.. Kalau rasa nak hadir dirumahnya hadirlah dengan yasin bukan lagi wang ringgit...


gambar hiasan

Monday, June 30, 2014

perginya bububui..my litle cute cat in my heart

Assalamualaikum..

Di bulan Ramadhan ni aku nukilkan sebuah kisah dari hati tentang kucingku Bububui yg telah pergi menemui pnciptaNya. Semoga Bububui tenang disana

Pemergiannya mendatangkan rasa duka dan kecewa pada aku. Duka sepenuh hati..aku tak pernah merasai kehilangan sebegini..tatkala pulang ke kampung halaman..mesti bububui ada menemani di ruang depan rumah..tatkala dlm prjalanan pulang juga nama dia yg tersemat kemas dalam hati yg terus memerus mengukir senyun tanpa sebab. Bububui la yg mnyebabkan hati tidak sabar menemui kampung hlaman..melihat kecomelannya yang tak pernah pudar dari pandangan..

Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..tatkala itulah Dia menguji aku dengan mengambil apa yg aku sayang.
Ukiran senyuman tak mampu nak bertahan lama. hanya kenangan menjadi peneman air mata.

Bila pulang ke kmpung trbayang raut wajah dia. sehingga air mata jatuh mengalir dan terus mengalir. tatkala memandang ke satu sudut menharapkan jelmaannya tapi tiada..Ya Allah Kau sahaja yg tahu betapa aku sedih dengan pemergiannya.

Hanya emak yg memahami perasaan aku.. hanya emak yg mampu berikan kata semangat..hanya emak yg faham sedihnya aku..hanya emak yg dapat tahan air mata daripada terus gugur..

Bububui tenanglah kau disana. Andai aku mati satu hari nanti Ya Allah kau himpunkanlah aku bersama kucing2 ku yg telah pergi menemuiMu dahulu.. hidupkanlah aku dibawah tapak rahmat syurgaMu

Ya Allah aku sygkn kucing2 ku..hanya Kau yg tahu isi hati aku...semoga Kau pelihara kucing2 di seluruh dunia

Friday, May 9, 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum
 
Saya Noor Hafizah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya Rokiah Bt Mohamad. Ucapan ini tidak dapat menebus segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu saya. Ucapan ini juga hanya dapat menenangkan hati ibu saya yang mana sekurang-kurangnya anakmu masih mengingatimu.
 
Panggilan ku untukmu hanyalah emak..
Masih segar diingatan tatkala ketika kecil emak yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk aku. tatkala kami adik beradik masih memerlukan ilmu asas disekolah emak sibuk bekerja kerana menanggung kami 3 beradik. Masih segar juga diingatan aku tatkala buku teks tidak dapat dipinjam kerana kami tidak mampu membayar yuran sekolah. Mak hanya sebut sabar. Tak tahu mana datangnya duit keesokan hari kami dapat membayar yuran. Masih segar juga diingatan mak menyembunyikan kesusahan kerana tiada duit untuk membeli peralatan sekolah baru. Tapi mak hanya mengajar kami yang lama masih elok. Kalau dah tak elok nnti beli baru.
 
Masih segar juga diingatan. duit emak hanya tinggal syiling tapi aku mengadu inginkan duit untuk membeli kuih semasa rehat. Mak berikan separuh dari syiling yang ada untuk aku. Masih segar juga diingatan mak bekerja shift malam. Tapi sentiasa mengadun kuih supaya kami dapat membekal kuih ke sekolah. Masih segar juga diingatan tatkala aku sakit mak ambik MC untuk bawa aku ke hospital dengan basikal.
 
Mak..sekarang adik dah berkerjaya. Bukanlah hebat kerjaya ini sebagaimana insan yang lain. Tapi kerjaya ini akan adik jadikan sebagai sumber untuk membalas segala keringat yang telah mak lakukan. walaupun hidup kami susah ketika dulu. Tapi mak sentiasa penuhi keperluan kami. Dan kami tahu kehendak kami mak tidak dapat penuhkan kerana masalah kewangan. Tetapi kehidupan sederhana kami membawa kami erti syukur
 
Thanks kepada Allah yang memelihara keluarga kami. Yang melindungi emak sepanjang hidupnya untuk bekerja dan sehingga sekarang masih bekerja. Thanks juga pada Allah kerana memelihara kesihatan emak agar dia dapat terus memberikan kasih sayangnya pada kami. Thanks juga pada Allah kerana berikan kami seorang emak yang mendidik kami antara ilmu dan agama agar kami tidak sesat jauh  seperti mana yang lain.
 
Ya Allah terima kasih juga berikan aku kudrat untuk aku membalas jasa ibuku walaupun sebesar zarah. Alhamdulillah juga ya Allah kerana perkenankan usaha aku untuk menjadi yang terbaik dimata emak. Syukur Ya Allah kerana perluaskan rezeki ku supaya aku dapat berkongsi hidup dengan ibuku.
 
Emak adalah segala-galanya...Thanks to being my mother
 
Rokiah Binti Muhammad terima kasih atas segalanya

Monday, April 14, 2014

Cara Menghentikan Darah Istihadah

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog dan akhirnya saya akan update tentang cara nak menghentikan darah istihadah. Kita semua sedia maklum darah istihadah adalah darah yang keluar selepas tamatnya tempoh darah haid iaitu 15 hari dan ke atas. ketika itu kita dikehendaki bersuci dengan mandi wajib dan melaksanakan solat seperti biasa. Cuma Allah telah berikan keringanan kepada mereka yang mengalami istihadah ini dengan menjamakkan solat.
Baru-baru ni aku mengalami istihadah. Kebiasaan darah haid yang keluar adalah 5 hari dan hari keenam adalah hari untuk bersuci. Tetapi darah haid aku terus keluar dan dengan kadar yang banyak disertai dengan senggugut. Aku dan suami cuba pergi ke bahagian pakar wanita dan mereka menyatakan kemungkinan masalah hormon dan penyakit serius yang lain adalah kebiasaan mereka yang berumur 40 tahun dan keatas atau kerana hampir kepada monopos. Doktor telah mencadangkan kepada aku ubat hormon supaya kitaran haid aku kembali normal dan darah dapat berhenti. Tetapi dalam masa yang sama ubat ini akan merencatkan kesuburan seseorang wanita sedangkan juga kitaran haid aku adalah normal.
Hari keenam belas adalah hari yang mana darah  masih banyak keluar dan aku tidak nampak tanda-tanda darah aku akan berhenti. Jadi semasa di kampung mak mertua aku cadangkan untuk makan ulam-ulaman. antara ulam yang aku cuba untuk makan adalah ulam temu dan ulam bebuas.. habis je makan aku check kembali darah istihadah dah berhenti.
So kesimpulannya cuba makan ulam temu dan ulam daun bebuas. InsyaAllah ketika itu juga darah akan berhenti.  Dan elakkan makan ubat hormon. kerana ia akan merencatkan kesuburan wanita. Tak salah mencuba. Selamat mencuba.
TQ tu my husband ^_^

utk pngetahuan..ulam temu ni mcm sejenis kunyit. cuma ulam temu kalau makan takde la warna kuning

daun bebuas pulak aku tak pandai nk gambarkan..tp aku rasa sape yg duk kampung perak tau la kot..nnti aku try upload gambo..cuba korang google ..insyaAllah ada gambo

Sunday, March 2, 2014

mengandung dan sebaliknya..Biar Allah tentukan

Assalamualaikum..
 
Setelah sekian lama tak update blog ni kerana sibuk dengan tugas hakiki dan tugas sebagai seorang pelajar akhirnya aku cuba untuk gagahkan jari aku menaip untuk suatu tajuk yang sesuai bagi mereka yang sibuk menunggu untuk saat menghamilkan diri dan akhirnya tidak mencapai hasrat. Ia suatu kekecewaan yang sangat besar. Lagi-lagi bila dah lama kahwin masih tak menampakkan hasil.
 
Lagi mengecewakan bila pegang anak owang mulalah soalan yang kurang enak menjengah "ko bila lgi fiza nak dapat?? orang lain semua dah ada dh ni??". "fza bila lg??". "nah2 pegang budak ni ambik berkat?" haishhh kepada semua mereka yang diluar sana tolonglah jangan kuarkan kata-kata macam ni pada wanita yang masih belum dikurniakan zuriat kerana kata-kata ini umpama pedang yang menyebabkan air mata jatuh kerana sedihnya hati menanggung soalan seperti ini.. Sebab aku dah alami dan benda ni biasa berlaku ditempat kerja dan apabila menghadiri kenduri kahwin
 
Setiap wanita yang sukar untuk mengandung itu mesti ada sebab. samaada peranakan wanita ini tanduk, atau tinggi atau sebab-sebab lain. Jadi sejujurnya aku juga ada masalah peranakan. Disebabkan agak kecewa bila mendengar hal sebegini aku cuba mencari alternative lain. antaranya aku cuba mengamalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO). Aku amalkan pun sebab aku sememangnya menghadapi senggugut yang agak kuat. setiap kali senggugut aku akan mengelakkan diri untuk mengambil ubat sebab pernah seorang doctor menasihati aku agar biar menahan sakit dari mengambil ubat kerana ia tidak baik untuk jangka panjang. Tapi EPO ni sejenis pil kesihatan..jd aku pun try amalkan
 
Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya menghadapi senggugut. Alhamdulillah walaupun senggugut tapi kitaran haid selama ni semuanya baik. Cuma senggugut biasanya menyebabkan aku cirit birit, muntah dan pitam. Cuma sejak aku berkahwin pada tanggal Oktober 2013 aku hanya mengalami sakit perut dan cirit birit.. Ramai yang kata kalau dah kahwin senggugut automatic akan hilang. Tapi senggugut aku still menghantui...setiap sebulan sekali aku akan merasai sakit yang amat sehingga aku terpaksa mengambil ubat. Tapi ubat senggugut tak pernah mengurangkan sakit aku. sehinggalah aku akan mengambil painkiller, vitamin C dan apa-apa sahaja ubat yang boleh dicapai.
Then start bulan 2 baru aku mengamalkan EPO (nak test tgk ok ke tak)
 
Suami aku seorang yang sangat caring. Ingta lagi, kalau dia ada masa aku sakit dialah yang akan beli pil senggugut tapi sayangnya walaupun telan 2 biji ia tetap tak memberi impak, termasuk (EPO) yang aku baru cuba sebulan . Ramai yang cakap EPO boleh kurangkan senggugut. Tapi tidak pada senggugut aku..Ramai yang kata kalau senggugut kuat maknanya susah nak dapat anak.. Dan sehingga kini aku tidak disahkan lagi untuk mengandung. Tapi aku tahu ada hikmahnya
 
Bila aku dah tahu aku ada masalah peranakan aku pun cuba kaedah mengurut. Mengurut ni kawan aku yang recommend pada aku coz dia dah 8 bulan kahwin tapi masih tak dapat anak sehingga dia cuba kaedah mengurut ni dan dia dah disahkan mengandung.. hanya 3 ketul ibu kunyit diperlukan dan nenek yang mengurut aku membaca sedikit ayat pada ibu kunyit dan 3 ketul ibu kunyit perlu diminum untuk 3 hari berturut-turut sebelum makan. 5 benda yang perlu dipantang adalah cuka, air kelapa, nanas, air tebu dan asam limau. Nenek tu pesan kalau makan akan mengalami keguguran. So aku tak sedar yang dalam sos ada cuka. aku pun makan.
 
Penantian-demi penantian untuk menunngu samada haid aku keluar atau datang lewat. Akhirnya haid aku lewat datang. Alhamdulillah saat itu akan sangat bersyukur. 2 malam aku cuba bangun untuk mendekatkan diri pada Allah memohon agar kami diberi peluang untuk merasai tugas seorang ummi dan abi. untuk melengkapkan keluarga dengan kehadiran seorang cahaya mata.
 
Tapi penantian hanya penantian akhirnya haid aku datang lewat 3 hari. sebelum ini haid aku mengikut aturannya. Semuanya kerana kaffein (tongkat ali). Aku percaya dengan rezeki Allah "kun fayakun". Kerana pagi itu aku pergi ke lbry dalam keadaan agak letih. untuk mengelakkan aku tertidur aku telah membeli secawa air tongkat ali melalui mesin air. Dan sebelah petang aku mendapati diri aku telah didatangi haid. kecewa itu hanya Allah yang tahu. Tapi Alhamdulillah my husband sangat2 support agar aku tak bersedih.
 
Then my husband advice kaffein tak elok untuk kesihatan..Malam pertama haid ketika aku berdiri darah yang kuar seperti aku sedang mengalami keguguran. darah terlalu banyak mengalir di celahan peha. That's my firs time aku alami perkara ini. Allahu Akbar...Betapa takutnya aku dengan darah sendiri.
 
Mungkin kafein penyebab untuk gugur kerana aku dah melanggar pantang nenek. .
 
So lepas ni aku takkan minum kafein. that is my first n last in my life.
 
Walau apapun aku nak anggap tentang diri aku...aku tahu semua ni milik Allah. takdir aku ditangan Allah. segala yang Allah bagi ada hikmah.
 

Sunday, February 16, 2014

Surat makluman kebenaran parking kereta


Assalamualaikum...

Baru-baru ni berlaku pertengkaran kecil antara aku dengan pengawal keselamatan atas sebab aku meletakkan kenderaan di lot parking milik orang lain. Sedangkan dah empat tahun aku tinggal di kediaman yang sama tetibe pengawal keselamatan Indonesia sound direct atas sebab kesalahan parking dan juga tiada pelekat.

Aku pun sedikit sebanyak melawan kata-kata dia, yer la selalu bab pelekat pihak pengawal akan memberitahu supaya pelekat dibeli di pejabat pengurusan, Ini tak maklum apa-apa, terus kene tahan dan diarahkan keluar. Siap plak suh parking kereta kat bahagiaan sewaan. Pastu cakap lot sewa bulanan dah penuh. sakit hati sangat-sangat so aku pun wat la surat makluman


Pejabat Pengurusan
Blok A, No 5 Jalan Bukit Jalil Indah 4,
Taman LTAT, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur                                                                                                                       17.FEBRUARI.2014
_______________________________________________________________________________

MAKLUMAN UNTUK MELETAKKAN KENDERAAN DI TAPAK A-13-1

Merujuk pada perkara diatas saya ingin memohon untuk meletakkan  kenderaan iaitu kereta dengan no plat BLH 915 di petak lot A-13-1.

2.            Ini kerana pada hari Ahad bersamaan dengan 16.2.2014 telah berlaku sedikit pertengkaran  kecil antara saya dengan seorang pengawal di pondok keselamatan yang secara tiba-tiba mengarahkan saya untuk keluar meletakkan kenderaan saya diluar kawasan daripada kediaman ini atas sebab tidak memperbaharui pelekat dan meletakkan kenderaan di lot parking kenderaan milik orang lain.

3.            Untuk pengetahuana pihak pengurusan saya telah menghubungi tuan rumah iaitu En……………………………….………….……… no Kp…………………………………….…… dan no Tel ……………………..………… bagi kebenaran meletakkan kenderaan saya yang bernombor plat BLH 915 jenis kereta Proton Saga FL.

4.            Dengan ini, saya memohon pihak pengurusan untuk membuat pencerahan kepada pondok pengawal mengenai status kereta saya.

5.            Sekiranya apa-apa berlaku keatas kereta dan motor saya, saya tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis keatas suspek pengawal keselamatan atas kecuaian dalam menjalankan tugas.

6. Saya akan bersedia untuk mengikut arahan dan pembayaran bagi kebanaran parking di tapak sedia ada seperti yang telah disyaratkan oleh pihak pengurusan.

Akhir sekali saya mohon kerjasama pihak pengurusan atas perkara ini dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih,

 

Yang benar,

………………………………………..

(NOOR HAFIZAH BT JUJAJI)

Monday, January 20, 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR


1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar ke Trick Art Museum dan Pre-Historic Adventure Jurassic & Ice Age Exhibition di i-City, Shah Alam, Selangor



2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

      Tarikh             : 27.04.2013 (Sabtu)


3.0  TEMPAT

 i-City Shah Alam, Selangor


 4.0 OBJEKTIF


           2.1       Melengkapkan aktiviti atau takwim tahunan sekolah.

           2.2     Memberi peluang meningkatkan pengetahuan,
                     pengalaman baru dan kemahiran berfikir.

           2.3      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru

           2.4       Memupuk semangat kerjasama semasa lawatan diadakan.


5.0       Sasaran / Bilangan Peserta:

Guru                                : 9  orang

Murid Tahun 1,2dan 3  : 126  Orang

Jumlah                          : 135 Orang


6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat       : Pn. Zuraimah Bt. Mohd Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Setiausaha    : Mohd Hafiz Alias

AJK                 : Pn. Maizura Abd Aziz

                          Pn. Siti Rosni Mugni

                          En. Syed Abd Hadi Mohammad

7.0 IMPAK

a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.


b)    Murid dapat mengetahui lokasi i-City yang terkenal


c)    Murid dapat mengetahui sejarah kewujudan haiwan-haiwan purba iaitu Dinasor, jenis-jenis dan pemakanannya.


d)    Merapatkan hubungan silahturahimantara antara guru dan sesama murid.


8.0 Laporan Program

Bagi melengkapkan takwim dan menyempurnakan perancangan, SK Bukit Jalil telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Shah Alam. Lawatan ini diadakan bagi memberi manfaat kepada murid-murid disamping memberikan pengalaman murid-murid di luar bilik darjah. Lawatan diadakan pada hari sabtu iaitu pada 24 April. 2014


Pada jam 7.30 pagi, seramai 40 orang murid-murid telah berkumpul di Dewan Terbuka SK Bukit Jalil. Pada jam  9.00 pagi bas telah bertolak ke i-City dan kira-kira jam 9.40 pagi bas tiba ke tempat yang dituju. Lawatan pertama yang telah dituju adalah Jurassic dan Ice Age yang merupakan sebuah tempat yang memaparkan model haiwan purba kala. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk murid-murid menimba pengetahuan baru tentang binatang yang telah lama pupus. Model-model dinasor yang dipertontonkan sangat memberikan tarikan kepada murid-murid. Di samping itu juga murid-murid turut didedahkan dan diperkenalkan tentang jenis-jenis dinasor.


Di sini, murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai saiz dinasor, serta makhluk zaman ais yang mana ia dihidupkan menggunakan animatronik disamping mempunyai bunyi khas. Pameran yang berunsurkan pendidikan dan hiburan ini sangat sesuai kerana ia seperti murid-murid berada di alam pengembaraan. Di sini juga murid-murid dipamerkan dengan 25 jenis makhluk animatronik.  Di sepanjang perjalanan, murid-murid akan menghadapi sorotan arkeologi dan belajar bagaimana arkeologi dan iklim global telah berubah daripada tempoh Triassic, kira-kira 230 juta tahun lalu apabila evolusi awal telah berlaku, sehingga era Zaman Ais. Di samping itu murid-murid turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai ciri-ciri anatomi, rantai makanan dan penemuan saintifik tentang penghuni makhluk prasejarah ini.


Habis sahaja lawatan murid-murid diberi peluang untuk membeli cenderahati sebagai kenangan. Murid-murid juga dihidangkan dengan aktiviti pertandingan mewarna.


Setelah selesai, lawatan diteruskan dengan membawa murid-murid ke sebuah tempat yang menjadi tarikan utama di i-City iaitu Muzium Seni Trick yang mempunyai reputasi sebagai satu-satunya wadah seni  lukisan 3 dimensi di Malaysia. Apa yang menarik, seni 3D ini seperti lukisan yang hidup apabila dilihat melalui kanta kamera. Ia juga dapat mewujudkan ilusi kepada murid-murid yang hadir. Muzium seni ini mempunyai lima tema iaitu karya, Mesir, hidupan laut, haiwan purba dan klasik moden. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan berharga buat mereka.


Tepat jam 2.00 petang lawatan pun tamat. Bas tiba diperkarangan sekolah pada jam 2.40 petang.


 9.0      PENUTUP

Dengan adanya lawatan seperti ini, murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah binatang yanag pupus. Murid-murid juga mendapat pengalaman yang berharga dengan lawatan yang seterusnya iaitu ke lukisan 3D di i-City yang mana ia mengaplikasikan kemahiran sentuhan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG PIZZA, TEDDY DAN HANDYCRAFT MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013
 
 

1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar murid-murid tahap satu SK Bukit Jalil 2013
 

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
 
      Tarikh             :     23 Oktober 2013 (Rabu)
 
                                   26 Oktober 2013 (Sabtu)
 
3.0 TEMPAT

Pizza Hut Kajang

Handicraft Centre for Teddy Bear Making Kajang

ARCH, Kuala Lumpur City Gallery
 
 
 4.0 OBJEKTIF
 
      4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.

      4.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan aktiviti praktikal yang dilakukan oleh murid sendiri.

      4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.

      4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.

      4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

 

5.0 KUMPULAN SASARAN

Bilangan Murid        : 279 orang

Guru Pengiring        : 12 Orang

Jumlah                       : 291 orang

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
 

Penasihat      : Pn Zuraimah Bt Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Penyelaras    : En. Hafiz B. Alias

Setiausaha   : Cik Zahidah Helmy Bt Zaberi

Guru Pengiring                        : Pn Maizura Abd Aziz

                                                : En. Mukhlis Ab Khadar

                                                : Noor Diyana Abd Aziz

7.0 IMPAK
 
a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
 
b)    Murid dapat mengetahui lokasi Kilang Teddy dan Pizza Hut, Kajang dan ARCH City Galeri Dataran Kuala Lumpur
 
c)    Murid dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh dengan beberapa aktiviti yang melibatkan hasil kerja tangan murid sendiri seperti membuat pizza dan teddy.
 
d)    Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur di Kuala
 
Lumpur City Gallery.
 
 
8.0 Laporan Program
 
Sk Bukit Jalil telah mengadakan satu lawatan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah berlangsung pada 23.Oktober dan 26 Oktober 2013 iaitu bersamaan hari Rabu dan hari Sabtu. Seramai 279 orang murid dan 12 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ini dan sebanyak tujuh buah bas telah disewa khas bagi membawa murid-murid SK Bukit Jalil termasuk murid pra sekolah pembantu penerangan. Rombongan ini telah diketuai oleh guru-guru SK Bukit Jalil sendiri.
 
Kilang Pizza Hut, Kajang adalah antara destinasi utama yang dipilih untuk lawatan pada kali ini. Ia bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengelaman berharga kepada murid-murid tentang bagaimana cara untuk menghasilkan Pizza secara buatan tangan. Murid-murid juga didedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan semasa membuat pizza. Sebelum memulakan aktiviti menghasilkan pizza murid-murid telah diminta untuk membasuh tangan sebelum mereka dipakaikan sarung tangan khas. Setelah siap murid-murid dihidangkan pizza sebagai sarapan pagi.
 
Kemudian lawatan diteruskan dengan ke Handicraft Centre For Teddy Bear Making, kajang. Ia adalah bertujuan yang sama yang mana untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid bagaimana cara-cara untuk membuat teddy secara buatan tangan. Sebelum memulakan aktiviti, muirid-murid dipertontonkan video tentang bagaimana cara untuk membuat teddy yang ringkas. Kemudian murid-murid dihidangkan dengan alatan khas yang telah disediakan untuk murid-murid. Aktiviti ini telah dilaksanakan didalam kumpulan dan kerjasama yang baik antara murid telah berjaya dipertontonkan dalam usaha untuk menyiapkan teddy masing-masing.
 
Lawatan yang terakhir pula adalah ke ARCH City Gallery Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Disini murid-murid dihidangkan dengan pelbagai koleksi kesenian secara buatan tangan. Bukan itu sahaja, malahan murid-murid diperlihatkan satu binaan yang merupakan gambaran keseluruhan Wilayah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Murid-murid dapat membaca dan melihat artifak mengenai Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat cara pembuatan arca dengan lebih dekat yang mana setiap ukiran arca mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebelum lawatan berakhir, murid-murid telah pergi membeli-belah di kedai cenderahati di City Galeri.
 
Bas tiba diperkarangan sekolah tepat jam 2.30 petang dan lawatan berakhir dengan jayanya. 
 
 9.0      PENUTUP

Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarah kemerdekaan. Begitu juga pengetahuan tentang cara pembuatan Teddy dan Pizza Hut secara buatan tangan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Sunday, January 19, 2014

Antara kekuatan iman dan kekuatan pendirian

Assalamualaikum

Hari ini aku ingin update tentang antara kekuatan iman dan kekuatan pendirian. Kekuatan iman yang aku maksudkan adalah ketinggian pengetahuan agama dan diaplikasikannya dalam kehidupan harian. Maksudnya dalam sehari kita kana menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Walaubagaimana sibuknya kita sebagai hamba Allah kita tetap akan laksanakan solat lima waktu ini walaupun terpaksa qada'. Itu adalah kekuatan iman kerana kita yakin kalau kita tinggalkan solat maka salah satu tiang agama kita akan runtuh. 

Tapi bagaimana dengan kekuatan pendirian. Kalau hari-hari kita lewatkan solat adakah itu kekuatan iman. Bagi aku itu itu bukan kekuatan iman. Itu adalah kejatuhan pendirian sedikit demi sedikit. Dan baikilah ia dengan solat sunat taubat. 

Hari ini secara ringkasnya aku ingin perkatakan sehebat mana pun kita dalam menuntut ilmu agama kalau tidak diaplikasikannya dalam kehidupan harian maka tiada gunanya. dan sehebat mana pun kekuatan iman dan ilmu agama tetapi bila berhadapan dengan fenomena atau trend yang bertentangan dengan agama lalu dia mengikutinya maka dia akan menjadi hamba Allah yang lebih buruk dari mereka yang kurang ilmu agama. Percayalah kerana ia dah banyak terjadi dengan sahabat-sahabat yang berada disekeliling kita. 

Agama yang cukup gah didada sebagai benteng dalam menghadapi kehidupan yang bertentangan akhirnya benteng iman itu roboh kerana tiadanya dia terdedah dengan kehidupan yang lebih mencabar. Cukuplah seorang sahabat yang dulu sentiasa menjadi seorang naqibah dan usrah yang terbaik dikalangan sahabat lain. Akhirnya Allah berikan sahabat ini rezeki melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu New Zealand. Dan sekarang sahabat ini telah melakukan banyak perkara yang melalaikan kehidupannya dek kerana kekuatan iman tidak dapat mempertahankan kekuatan pendiriannya. InsyaAllah harap sahabat ini dapat berubah kearah yang lebih baik. 

Jadi percayalah usah dipandang rendah mereka yang punya ilmu agama yang rendah kerana mungkin mereka adalah yang terbaik disisi Allah. "Kun Fayakun". 

Hiduplah dengan keimanan dan taat pada Allah.Mohon pada Allah semoga hidup kita akan menjadi yang lebih baik disisinya 

Wednesday, January 15, 2014

Rezeki Allah utk yg Sabar

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog ni..semenjak kahwin agak malas rasanya untuk update. tapi kali ini aku update untuk luahkan rasa kecewa dan kurang tenang diri ini pada masyarakat sekeliling. Pernah tak kita dengar soalan. "Bila nak kahwin ni??", "Bila nak dapat anak?"

Soalan itu sering kali bermain dalam pemikiran aku bila mana ada sahabat yang bertanya tentang hal sebegini. Dahulu bila aku tak kahwin ramai yang cakap "bila nak kahwin ni, jual mahal sangat nanti jadi anak dara tua?" bila soalan ini diajukan aku hanya senyum. Bab jodoh takkan kita nak tangkap muat. Kalau nak tangkap muat pun kalau itu bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Dulu soalan itu yang buat aku sedikit tertekan. Tapi aku tidak mengambil berat bagi aku kalau ada jodoh Allah akan berikan kita jodoh. Yang penting jangan putus berdoa. Akhirnya aku bertemu dengan jodoh. 

Percayalah Allah dengar doa kita. Cuma lambat atau cepat kerana Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Bila dah kahwin aku dihimpit dengan soalan "Bila nak dapat anak?" aku tau manusia takkan berhenti dari bertanya sesuatu. Tapi sedarkah mereka soalan mereka kadang kala menyebabkan seseorang itu terguris hatinya. Kalau aku tau jawapan aku akan jawab dengan yakin. Tapi aku tak tau jawapan bila Allah nak berikan kami rezeki anak. Hendak sahaja aku cakap "Cuba tanya Allah bila aku nak dapat anak?" tapi aku hanya mampu senyum je dan jawab "InsyaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi". Tapi lebih menghiris bila ditanya soalan yang sama didepan sahabat-sahabat yang lain dalam kumpulan...
Allahu Akhbar. Sungguh Allah je yang tahu betapa tergurisnya aku. Walhal aku bukan seorang yang mudah terasa..tapi bila ditekan dengan soalan macamni tetiba aku jadi tak kuat. 

Mungkin Allah nak aku rasa bagaimana perasaan mereka yang tidak punya anak yang telah bertahun-tahun lama menunggu. Seketika itu mula aku berfikir kenapa mereka yang berzina mudah untuk mendapat zuriat. dan kenapa mereka dengan mudah membuang zuriat mereka seperti sampah. Kamu tidak merasa apa yang kami rasa. Sekalipun ia zuriat yang tidak sah taraf peliharalah sebaiknya kerana kita tidak tahu bila lagi Allah akan berikan kita rezeki anak. 

Seketika bila ditanya soalan yang sama "kenapa tak dapat-dapat lagi?" aku akan cuba berfikiran positif. Allah itu lebih tahu. "INNALLAHA MA'A SOBIRIN" Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Aku yakin rezeki zuriat untuk kami akan ada cuma lambat atau cepat kerana Allah tahu tentang aku. Allah tahu tentang suami aku. Mungkin kalau Allah tibakan seorang anak dengan cepat Allah tahu aku tidak dapat menumpukan tesis aku. Mungkin aku akan tinggalkan tesis aku kerana komitmen pada kerja dan anak. Mungkin suami aku bertambah komitmen kerana hubungan kami PJJ. Allah maha tahu keupayaan seseorang nak memikul beban. Setiap menusia ada bebanan tersendiri. Mungkin jarak yang jauh akan memberikan rasa tertekan bila si isteri hanya menghadapi kesakitan keseorangan tanpa suami disisi. Siapa tahu??

So kepada manusia sebegini tolonglah berhenti bertanya soalan sebegini. Kita hanya tahu senyuman seseorang yang lahir bila ditanya soalan sebegini tetapi kita tidak tahu betapa sakitnya hati mengahadapi tekanan kata-kata sebegini. Tidak perlu bertanya bila tapi hulurkanlah doa supaya dipercepatkan dan dipermudahkan. moga-moga doa kalian itu lebih baik dari bertanya. 

Thanks Allah kerana kau masih berikan aku kekuatan dalam mengejar cita-cita ke menara gading yang lebih tinggi. Thanks kerana masih memberikan aku nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini. Thanks kerana menjadikan aku seorang guru yang dikelilingi murid-murid yang comel. (walaupun aku garang masa mengajar tapi aku sayang sangat kat anak murid aku). Thanks untuk segalanya

Thanks for my husband awak faham keadaan saya..dan awak sentiasa menyokong saya. Thanks kerana awak la tulang belakang saya. Awak la imam saya..awak la pendengar setia saya..awak la segalanya untuk saya. Walaupun kita jauh tp insyaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita...

Always smile walaupun ia melukakan  ^____^

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates