Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, December 15, 2011

Komunikasi tanpa lisan


Komunikasi tanpa lisan merujuk kepada cara komunikasi yang bukan berpunca daripada kandungan mesej. Apa yang diperkatakan secara lisan oleh individu mungkin disokong, disanggah, ditekankan, atau ditambah oleh beberapa penekanan tanpa lisan yang ditunjukkan oleh bahasa badan atau gaya suara yang digunakan.
Ia juga merupakan salah satu cara atau kaedah komunikasi untuk menyampaikan mesej. Mengikut kajian di Qeenland University Technology (2001), menyatakan bahawa 60%-90% mesej berjaya disampaikan menerusi komunikasi tanpa lisan (Mohamed sharif bin Mustafa, 2005:2).
Komunikasi tanpa lisan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mana prilakunya adalah selain dari perkataan atau tulisan. Mesej yang cuba ditonjolkan melalui komunikasi tanpa lisan tidak dikategorikan atau dikodkan dengan perkataan. Ini termasuk segala perbuatan pergerakan badan tangan riak muka, nada suara, cara berpakaian dan penggunaan ruang dan waktu.
Dalam konteks dakwah ia dapat dilihat melalui situasi berikut: seorang pendakwah yang ingin berdakwah harus ada sedikit infomasi tentang orang yang didakwah. Perkara asas yang utama untuk menilai potensi orang yang didakwah ialah penampilan diri mereka. Sebagai contoh, pendakwah yang mahir melihat perubahan corak kehidupan mad’u dikalangan Orang Asli dari sudut budaya dan riak muka atau cara berpakaian. Inilah yang dapat ditafsirkan bahawa sambutan awal terhadap mesej islam yang disampaikan dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh mad’u (ZulkipleAbd Ghani, 2003:36).
Di dalam memahami komunikasi tanpa lisan ini beberapa perkara yang perlu diteliti antaranya ialah:
1. Memerhatikan komunikasi tanpa lisan tanpa interprestasi.
2. Melihat kedudukan penggunaan isyarat dan menyedari gerak geri yang banyak memberi maksud.
3. Memerhatikan gabungan antara percakapan lisan dan bukan lisan yang memerlukan interpretasi.
4. Bukti pada persamaan perlakuan makna mengikut budaya dan konteks individu.
5. Memikirkan faktor bias dan prasangka.
6. Memberikan perhatian kepada gerakan badan dan nada suara.
Sebagai contoh di dalam majlis pengucapan dan memerlukan seseorang untuk berucap, maka selain menyampaikan maksud lisannya, ia juga boleh menghantar mesej-mesej tanpa lisan kepada pendengar melalui:
1. Pakaian yang sesuai dan bersih serta kemas bagi menggambarkan imej diri yang memberi maksud serta keyakinan kepada pengucap dan audien.
2. Melalui pertembungan mata pula ialah untuk memberi dan menggambarkan keyakinan dan keikhlasan pengucap semasa berucap.
Oleh itu dalam proses komunikasi ini dibahagikan kepada pengucap, pendengar, saluran, maklum balas dan gangguan ( Arshad Md Ghaus, 2007:11).
2.0 Definisi Komunikasi Tanpa lisan
Komunikasi non verbal adalah proses komunikasi dimana pesan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non verbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya bercakap.
Istilah komunikasi bukan lisan adalah istilah yang popular untuk istilah-istilah lain sepeti “bahasa badan”atau komunikasi “non verbal”. Apa yang disebut dengan bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak geri, air muka, gerak mata, sentuhan, suara, dan kadar kelajuan kita bercakap. Kadang kala seseorang itu boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan dengan diri kita daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan diri. Malah orang menilai samaada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya berdasarkan ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja.
Dengan membaca bahasa badannya, pertama seseorang dapat mengetahui bila seseorang itu mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan. Kedua bila seseorang itu patut berhenti bercakap, ketiga bila seseorang itu perlu buat sesuatu yang lain sama sekali. Semuanya dilakukan demi mencapai apa tujuan asal kita berkata-kata dengannya. Jikalau seseorang gagal membaca bahasa badan orang yang kita lawan bercakap, berkemungkinan besar kita gagal meyakinkan hatinya bahawa kita benar-benar ikhlas, dan bahawa kata-kata yang kita katakan padanya adalah benar (Abdullah Hassan. 2004: 90).
Menurut J.G McAuley (1992), Sebahagian tingkah laku tanpa lisan adalah bersifat naluri, diajar dan ditiru (Chek Mat.2007:155).
3.0 Bentuk-bentuk Komunikasi Tanpa Lisan
Menurut Knapp dan Mark (1990), mereka telah mengkategorikannya kepada tujuh kategori sahaja antaranya ialah:
1. Kinesics
Memfokuskan kepada pergerakan tubuh badan dan juga muka. Apa sahaja bentuk tingkah laku dan respon yang dipamerkan melalui tubuh badan yang difahami oleh orang lain.
2. Karakteristik fizikal
Memfokuskan kepada kualiti fizikal individu. Ciri-ciri fizikal seperti ketinggian, berat, warna bibir, bau badan dan paras rupa. Ciri-ciri fizikal tidak mempunyai makna intristik tetapi tetap penting dalam proses komunikasi.
3. Tingkah laku dan sentuhan
Kaedah ini paling berkesan untuk memperlihatkan kemesraan dan kasih sayang. Melalui belaian sentuhan dan pelukan akan meninggikan lagi tahap kemesraan seseorang dengan individu lain. Dalam kontek dakwah kaedah ini dapat dilakukan oleh seorang pendakwah seperti berjabat tangan berpelukan dan mengusap belakang mad’u.
4. Paralanguage
Memberi fokus terhadap bunyi dalam bentuk pitch dan rate. Interprestasi dapat dianalisis berasaskan nada, ritma, infeksiartikulasi dan responden. Analisis perlakuan dapat dinilai mengikut mood individu berkenaan.
5. Proxemics
Merujuk kepada persepsi manusia terhadap ruang interaksi. Terdapat jarak komunikasi yang bercorak intimate pribadi dan hubungan awam. Interaksi akan berkesan jika setiap individu menghormati pegangan nilai budaya dalam ruang peribadi.
6. Kepentingan artifak
Merujuk kepada pengenalan kendiri berasaskan objek seperti cermin mata barang kemas pakaian alat-alat solek dan lain-lain. Artifak berperanan sebagai lambang komunikasi yang menggambarkan ciri-ciri personaliti seseorang.
7. Faktor persekitaran yang wujud
Suasana yang tenang, bilik teratur dan gambar lukisan yang menarik serta mempengaruhi proses interaksi. Faktor ini juga merupakan salah satu cara yang dapat mempengaruhi dari aspek pemahaman berkomunikasi (Chek Mat.2007:155).

Contoh laporan rasmi


Laporan Majlis Pra-Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009 dan Perasmian Hari Bersama Pengguna
Tarikh : 16 Jun 2009.
Masa : 9.00 am-11.00am.
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasai dan
Kepenggunaan.
Anjuran: Kementerain dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Majlis pelancaran ini dimulakan dengan ketibaan Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan. Ketibaan beliau disertai dengan lagu Negaraku yang merupakan lagu rasmi Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zin bin Dollah.
Pada jam 10.10 pagi majlis diteruskan dengan ucapan Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Antara ucapan beliau adalah menyentuh tentang kepentingan pengguna dalam memacu ekonomi Malaysia seterusnya dunia. Menurut beliau tema kuasa pengguna “1 Pengguna 1 Suara” memberi makna untuk mengingatkan kepada semua masyarakat pengguna tentang konsep generic kepenggunaan kuasa yang ada pada pengguna. Beliau juga memberitahu bahawa KPDN telah meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memudahkan pengguna antaranya aduan pengguna diselesaikan dalam tempoh 21 hari yang mana ia telah ditetapkan oleh piagam. Begitu juga dengan pembaharuan lessen perniagaan yang dapat diselesaikan dalam masa 15 minit dan sebagainya. Beliau turut menambah tentang koperasi dibawah kuasa kementerian mampunyai 6.5 juta ahli dan akan bertambah kepada 8 juta ahli pada masa akan datang.
Selesai ucapan yang diberikan, majlis disempurnakan lagi dengan Gimik Pra Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009. Selepas itu diteruskan lagi dengan penyerahan pelekat aduan KPDNKK kepada peniaga-peniaga. Sebanyak 12 peniaga menerima pelekat aduan antaranya syarikat Tesco, Carefour, Giant, Guardian dan sebagainya Ia bertujuan memudahkan pengguna membuat aduan sekiranya peniaga mengambil kesempatan menipu pengguna. Kaunter aduan telah dibuka di pejabat-pejabat KPDNKK. Oleh itu, kementerian bukan sahaja berperanan memantau harga barangan malahan aduan pengguna..
Pada jam 10.30 pagi, majlis bersurai dan diakhiri dengan sidang media dan lawatan ke kaunter-kaunter KPDNKK.
Disediakan Oleh,
---------------------------
(Noor Hafizah binti Jujaji)
Peserta jemputan Majlis Pelancaran,
Pra-Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009 dan Perasmian Hari Bersama Pengguna,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Faktor yang menyumbang kepada pengajaran berkesan


Tugasan : Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik
Pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan tahap prestasi pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran yang diambil di sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan cara pengajaran oleh guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat dan seterusnya akan mudah difahami oleh pelajar. Sesi pembelajaran yang berteraskan sistem pembelajaran didalam kelas sahaja tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar tetapi penambahan sistem pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum mampu meransang minat pelajar dalam aktiviti atau bidang yang pelajar itu minati.Contohnya seperti permainan catur yang mampu membina minda pelajar untuk lebih kreatif dan berdaya saing dalam pembelajaran. Oleh itu pemikiran yang kreatif ini hendaklah dijana oleh guru dalam apa jua aspek dan cara mengikut sukatan dan huraian yang telah dibekalkan pada setiap guru.
Antara factor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan adalah guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Alat-alat ini mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah bosan. Alat bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar, VCD dan sebagainya. Alatan seperti ini kebanyakan telah disediakan oleh pihak sekolah untuk memudahkan guru-guru j-QAF mengajar.
Kemahiran menyoal adalah kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran dimana ia adalah antara factor terbesar yang mampu membina semangat untuk belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat, jelas dan ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid. Begitu juga dengan kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti dikuasai oleh guru bagi menarik perhatian murid
Selain itu sudut membaca yang ada didalam kelas memberikan peningkatan minat membaca terhadap pelajar. Ruang membaca yang mempunyai buku-buku cerita akan menanamkan minat membaca dikalangan pelajar samada dirumah mahupun disekolah. Di sekolah ruang membaca pelajar dapat diisi terutama ketika guru tiada didalam kelas atau semasa rehat. Beberapa program juga turut dijalankan dikebanyakan sekolah seperti program mari membaca dimana murid dikehendaki membaca buku dan direkodkan oleh guru. Pelajar yang mempunyai bilangan buku yang paling banyak dibaca akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah.
Kebersihan kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik darjah yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Di sini guru memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk bersama-sama menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah akan menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut ‘Mari Membaca’ dimana sudut ini diletakkan beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang murid didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca dikalangan pelajar.
Selain itu, budaya memperkayakan bahasa di sekolah juga merupakan penyumbang besar kepada pengajaran berkesan. Budaya yang digarapkan di sekolah seperti mengadakan minggu bahasa melayu akan memantapkan lagi bahasa dikalangan pelajar. Begitu juga dengan minggu bahasa Inggeris dan minggu bahasa arab. Dengan adanya program minggu bahasa yang dijalankn disekolah maka ia akan memudahkan pelaksanaan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti pelajaran juga memainkan peranan. Pelajaran yang diselangi dengan aktiviti hiburan akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelajar tidak akan merasa bosan dengan pengajaran yang sedang berlangsung. Aktiviti yang berasaskan hiburan sesuai dijalankan untuk pelajar ditahap 1. Ia berlainan dengan alat bantu mengajar yang lebih diberi fokus dengan mengajar menggunakan bahan yang disediakan oleh guru tersebut. Tetapi aktiviti hiburan yang menceriakan dan menguji minda ini adalah seperti menyanyi, berlakon dan sebagainya.
Selain itu, pihak guru atau sekolah boleh mewujudkan medan info di sekeliling perkarangan sekolah bagi menggalakkan setiap pelajar untuk membaca info-info berkenaan dengan pelajaran. Ia juga sebagai alat rujukan dan tambahan maklumat untuk pelajar secara umumnya disekolah. Pelajar dapat melihat dan menjadikan papan maklumat yang mengandungi informasi sebagai alat rujukan pada masa lapang. Contohnya pihak sekolah melukis mural di dinding-dinding bangunan sekolah dengan mural yang berkaitan bercirikan mata pelajaran bahasa Melayu seperti pepatah melayu, pantun, dan sebagainya.
Selain itu aktiviti luar adalah amat digalakkan. Aktiviti luar yang menarik mampu menjadi nilai tambah pada murid untuk belajar dengan lebih tekun. Contonya aktiviti lawatan ke Zoo dan guru mengadakan sedikit pembelajaran selama lima ke sepuluh minit sebagai maklumat tambahan kepada pelajar. Aktiviti praktikal seperti ini mampu menguatkan ingatan pelajar dalam pembelajaran. Misalnya melawat ke kandang harimau. Guru memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang harimau dan dalam masa yang sama guru membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Begitu juga peranan ibu bapa dalam menyumbang pengajaran berkesan pada murid-murid. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika ditanya anak-anak mereka. Contoh yang dapat dilihat disini adalah seperti apabila guru memberikan tugasan kepada murid-murid maka mereka hendaklah menyempurnakan tugasan itu. Ibu bapa pula hendaklah memastikan tugasan yang disediakan guru kepada anak mereka siap. Disamping itu mereka boleh memberi respon yang membina untuk membantu tugasan anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memahami kehendak soalan.
Penggunaan teknologi maklumat juga adalah factor yang mana mampu menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah seperti internet. Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan betul kerana kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak dipantau ketika menggunakan internet mereka mudah mengakses laman-laman web porno, dan laman-laman web yang melalaikan pelajar itu sendiri.
Jadual belajar yang berkesan yang dibekalkan guru juga adalah penting untuk mendorong murid belajar dengan baik. Apa yang penting jadual tersebut mempunyai ruang untuk pelajar istirehat dan bukan dibekalkan dengan jadual belajar yang berterusan. Jadual belajar yang berterusan menyebabkan pelajar akan mula rasa hilang minat untuk belajar.
Aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk aktif dalam badan beruniform dan persatuan serta kelab. Bukan itu sahaja malahan mereka juga akan aktif dalam bersukan. Sekolah boleh menghantar murid yang mempunyai bakat yang tinggi dalam mana-mana bidang untuk ke peringkat sekolah dan ke peringkat seterusnya. Melalui aktiviti seumpama ini minda pelajar akan cergas dan aktif dalam menerima pembelajaran harian
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah banyak yang mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan cemerlang. Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk belajar dengan lebih baik. Selain itu, factor-faktor lain seperti alat bantu mengajar, mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, sekiranya factor-faktor ini di titik beratkan oleh setiap guru mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid akan bertambah cemerlang dan sekolah akan terbilang

Saturday, September 10, 2011

Cukai oh cukai

Komen dr pekerja TELCO tntng isu cukai 6% tmbh nilai prabayar

"w/pun syrkt telco mngumumkn keuntungan berjuta-juta setiap tahun..tp ia hnya ats kertas krn mahu mnyakinkn pelabur trhdapt syrkt masing2..hakikatnya byk hasil mrk d rembat oleh kerajaan BN skrg..dan mangsanya pekerja dan pengguna telco...
dan jika syrkt telco mnyerapkn kos kpd pengguna..cukai yg akan pengguna byr bukan 6% tetapi 11%.."

jd, ubah sblm terlambat..
hari ni terasa nak bukak blog n nak post tentang cukai yang diwar2kan akan naik 6% bg pembelian topup or Sim pd 15 Sept ini..Bahangnya dapat dirasakan oleh seluruh rakyat kerana topup ni adalah barang keperluan..walaupun harga yang dia cas 60 sen untuk topup rm 10 tu dianggap jumlah yg kecil bg sesetengah pihak tapi bg pihak saya ia jumlah yg agak besar. bayangkan kalo ada yang hendak membeli topup Rm 100??

kepada pihak kerajaan umumnya hentikan kenaikan cukai..cukai yg ada ni bg saya mmpu bangunkan hidup rakyat..jangan kerana cukai berlambak menjadikan malaysia seperti negara Mesir yang memaksa pemerintah letak jawatan sehingga ramai nyawa rakyat terkorban. ~mungkin akan berlaku kalo rakyat dah geram~

Thursday, January 20, 2011

Tak tahu masa depan

Bila kita dah tak tahu tentang masa depan..so bila peluang depan mata dah ada..apa yang harus dilakukan.??.peluang baik itu datang serentak dua kali. Ramai yang kata buat istikharah dan minta pendapat family..
Inilah yang ingin dikisahkan pada hari ini. Keputusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dah keluar pada hari isnin yang lepas. Memang tak disangka saya antara 4000 orang yang terpilih untuk menyertai kursus perguruan ini. Tapi dalam masa yang sama saya dah menjalani kegiatan sebagai seorang pelajar Master selama sebulan di UKM.
Akhirnya keputusan dan sepakat diambil apabila ibu menyuruh untuk mencari pengalaman bekerja. Walaupun ayah beriya menyuruh saya menghabiskan pengajian Master tetapi akhirnya ayah terima keputusan ini. Pendapat keluarga adalah yang paling utama untuk diambil kira. Tidak lupa juga saya gunakan pendapat dan pandangan sahabat2. Mereka mencadangkan untuk menangguh pengajian Master kemudian menyambung semula selepas tamat kursus KPLI.
Walaupun minat untuk mengajar itu kurang tapi saya akan cuba pupuk sedikit demi sedikit dalam diri saya. Saya cuba berniat untuk mendapatkan petunjuk Allah melalui mimpi (Ketika ini berlaku keuzuran). Akhirnya saya mendapat petunjuk. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.. Bagi saya sekiranya ada rezeki Allah disesuatu tempat maka Allah akan permudahkan jalan menuju rezekiNya itu..

Wednesday, January 12, 2011

Kasanova: hutang atau kikis

Dunia lelaki sangat sukar untuk didalami dan difahami. Mungkin jiwa wanita lebih inginkan sesuatu yang berunsurkan ketenangan dan sebagainya. Tetapi kebanyakan jiwa wanita mudah untuk difahami oleh lelaki berbanding lelaki yang sukar untuk memahami jiwa wanita. Tetapi ini merupakan pandangan saya sendiri.

Apa yang ingin dikisahkan disini adalah tentang sebuah kisah benar yang mana ia telah menimpa kawan saya sehingga sekarang masih belum dapat diselesaikan. Seorang lelaki yang dikatakan merupakan bekas pelajar UUM didalam bidang multimedia. Beliau juga merupakan bekas seorang MPP badan kebajikan. Apa yang menarik hendak dikisahkan disini adalah beliau juga dikatakan mempunyai penyakit kritikal iaitu barah hati. Baru-baru ini iaitu 6.12.2010 dikatakan lelaki ini berjaya menjalankan pemindahan hati. Yang menariknya disini dalam tempoh tidak kurang 12 jam beliau telah sedar dan terus menghubungi kawan baik saya atau dengan kata lain teman wanitanya (sekarang ex). Menariknya disini juga seharusnya recovery untuk pemindahan hati atau apa2 yang dinamakan pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih dan kembali bertenaga. Sepanjang berada di hospital wanita ini sentiasa memberikan yang terbaik pada beliau termasuk kredit. Sehinggalah beliau keluar daripada hospital.

Kerana ingin bertemu secara bersemuka maka beliau dikatakan sanggup datang ke Kuala lumpur bertemu dengan teman wanitanya tetapi yang pelik tambang pergi dan balik adalah disponsor penuh oleh teman wanitanya yang merangkap sebagai sahabat baik saya. Bertambah menyedihkan bagi saya apabila makan dan minum pun telah dihidangkan oleh teman wanitanya. Just order sahaja kat kedai. Semua yang membabitkan duit sahabat saya adalah hutang yang akan dibayar apabila cukup bulan nanti. ini yang telah dijanjikan oleh kasanova tersebut sebelum datang ke Kuala Lumpur

Sikap yang paling menjengkelkan lelaki ini adalah laptop tidak boleh berenggang dengan dirinya kerana mengakses facebook yang merupakan hidup dan mati beliau. Muka yang selamba chat dengan wanita lain.

Sehinggalah sahabat saya minta untuk putuskan hubungan kerana dia mempunyai wanita lain dalam hidupnya. Bukan 1 atau dua tapi jawapan itu biar Allah yang tahu. Bila minta dijelaskan.. madah sumpah kerana Allah dikeluarkan. Diringkaskan cerita sepanjang bulan 12 semenjak sahabat saya minta hubungan diputuskan dia sentiasa marah dan memfitnah bukan sahaja melalui sms tetapi melalui facebook. Sehinggalah pada hari isnin 10.01.2020 sahabat saya dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang menimpa lelaki ini dan menyebabkan dia koma dan terlantar dihospital. Berita ini disampaikan oleh adik perempuan lelaki tersebut.

Selepas itu sahabat saya terus menghubungi adiknya tetapi tidak berangkat. Macam-macam helah dibuat. Rasa tidak puas hati dengan berita yang disamapaikan maka saya menggunakan pertolongan sahabat saya yang lain untuk menyamar sebagai sahabat leaki tersebut. Alangkah terkejutnya mendapati bahawa dia masih sihat tubuh badan dan sedang bekerja. Sahabat saya minta penjelasan tentang pembohongan terbesar membabitkan nyawa jawapan yang diberi mudah iaitu "sajer nak psiko".

Berbalik tentang hutang lelaki tersebut hanya menjawab "Ingat senang2 aku nak bank in. aku nak ko datang sini cakap elok-elok ngan aku dan aku nak ko rasa betapa susahnya aku datang Kl".

Sahabat saya sekadar menghalalkan sahaja. tetapi gangguan yang datang daripada talifon sentiasa berterusan sehinggalah saya terpaksa masuk campur kerana punca kesilapan adalah dari saya sendiri yang memeprkenalkan lelaki ini pada sahabat saya. ....akhirnya...anda sendiri simpulkaN

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates