Followers

Pages

Showing posts with label Kontroversi :(. Show all posts
Showing posts with label Kontroversi :(. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Komen Kurang Ajar Facebook



Sebenarnya komen-komen sebegini telah lama 'dilancarkan' oleh manusia yang tidak tahu menghormati agama orang lain. Keadaan ini berlaku apabila komen yang ditaip dilakukan ketika melepaskan perasaan geram atau ketidakpuasan hati. Tapi walaubagaimanapun penapisan haruslah dijaga bagi menghormati perasaan orang lain. Lagipun kita sedia maklum benda-benda sebegini adalah perkara sensitiviti.

Mungkin sukar untuk pihak atasan mengambil tindakan kerana pada pandangan penulis pihak atasan akan ambil tindakan kalau ia melibatkan perpecahan negara..hmmm nampaknya agama sekali lagi diketepikan. Kita berharap agar orang yang memberikan komen sebegini sedar tentang apa yang di komennya..

Wallah ua'lam

Tuesday, October 20, 2009

Bila Otak turun ke lutut

Tajuk dan isi kandungan tidak ku tapis.. Ia bertujuan supaya pembaca sedar apa yang bakal berlaku. Semua yang bakal berlaku adalah ketentuan illahi..JOM BACA

Inilah jadinya bila berotakkan kepala lutut. Pemikiran jadi sempit, bercelaru dan tak keruan. Kebolehan membuat pertimbangan yang wajar lenyap, semata-mata kerana dendam kesumat. Kesudahannya, kebodohan sendiri terserlah.

Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.

Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta , memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia . Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.

Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."

Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?

Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.

Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.

Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."

Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia !"

Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia .[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].

Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).

Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.

Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.

Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].

Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?

Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.

"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note: Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau . Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur .

Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini. Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia ' sehingga tenggelam punca.

Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia , lebih baik kalian berangkat ke Padang . Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.

Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia . Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.

Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...

PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia , satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi .......

PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia , kononya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.

PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.

Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...

HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA . BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA

Thursday, September 10, 2009

'Memang Gambar Saya'

Apa pendapat sahabat semua kalau malu kita lahirkan pada manusia lebih tinggi dari malu kita pada Allah?. Suatu persoalan yang mudah dijawab bagi golongan yang tinggi ilmu agamanya. Tapi jawapan berbeza-beza akan lahir dari pelbagai pandangan manusia kerana jawapan yang lahir tidak semestinya lahir dari hati yang benar tapi melalui nafsu yang melulu.

Ini hanyalah sekadar pandangan dimana pada hari ini ku terlihat sebuah isu artis berkucupan di dalam sebuah surat khabar Harian Metro halaman 8A bertarikh Jumaat, 11 September 2009. Artis yang sememangnya terkenal dengan lagu sayang 3x mengaku ia adalah sebuah kesilapan besar yang telah dilakukannya. Katanya " Saya berada di tempat salah , pada masa yang salah (ketika gambar itu diambil). Saya tak tahu apa niat orang yang menghantar gambar itu ke internet tapi saya tahu ramai yang tersinggung dengan saya."
"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung. Kepada pihak yang kecewa, saya harap mereka tidak menilai saya disebabkan gambar itu".

Gambar yang memaparkan artis tersebut berpelukan dengan seorang wanita yang kelihatan lebih berusia daripadanya sebelum berkucupan dipercayai disebuah kelab.

Apa pandangan anda terhadap kenyataan yang dibuat?

Friday, July 17, 2009

Tikam.....??

Perkataan tikam seringkali disinonimkan sebagai membunuh. Tapi apa yang ingin dikupas disini adalah "tikam belakang". Aku telah mengetahui banyak perkara tentang perkataan ini. Tikam ini biasa terjadi bila seseorang tidak berpuas hati dengan diri kita. Maka segala keburukan akan disebarkan, berlaku khianat dan sebagainya. Di dalam kehidupan aku, bentuk tikam yang hadir dalam hidupku sebagai seorang pelajar jabatan (Rahsia UKM) adalah mengumpat. Malam ini merupakan malam dimana Allah cuba buka pintu untuk aku supaya berhati-hati terhadap orang disekeliling kita. Dugaan Allah ada dimana-mana sahaja cuma terpulang pada hambanya untuk terima dengan sebaik mungkin atau menolaknya sekeras-kerasnya.

Malam yang ku maksudkan adalah malam Jumaat bersamaan dengan 17 Julai 09. Malam yang aku tahu tentang sifat semulajadi manusia yang suka memburukkan manusia lain. Tapi itu sifat manusia, manusia tiada yang sempurna dimuka bumi ini. Semuanya mempunyai kelemahan cuma kita sebagai manusia yang tahu berfikir perlulah muhasabah diri kita untuk tahu kelemahan kita.

Tapi input yang aku persembahkan ini adalah untuk semua pembaca blog yang sudi membaca. Tapi sekiranya ada dikalangan mereka yang terasa cubalah muhasabah diri dan mencari kelemahan yang ada. Bukan mencari kelemahan dalam blog yang aku hiaskan. Sepanjang aku digelar mahasiswi sehinggalah ke semester pertama tahun tiga barulah aku tahu apa erti kawan apa erti lawan. Jangan terlalu percaya dengan orang yang berada disekeliling kita. Aku nasihatkan kepada semua pembaca nilailah kawan itu sebelum meneruskan persahabatan yang kukuh. Kerana bagi aku bila ia membelakangkan kita, maka kita akan terasa amat menderita.

Tapi sebenarnya perkataan ini aku dah lama tahu semenjak dia mula memburukkan kawan yang dikenalinya dan orang yang diburukkannya merupakan sahabat terbaik. Semenjak itu aku mula berhati-hati dengan dia. Tapi tak sangka aku sendiri diburukkan. Banyak kelemahan yang aku tahu dari orang lain tentang dirinya tapi aku tidak pernah nak membuka kelemahan yang ada. Mungkin sekali sekala aku mendengar umpatan yang hadir dari mulut-mulut sahabat disekeliling ku. Tapi semua tu ku biarkan ia keluar melalui telinga kiri dan kanan. Bagi aku itu hal orang. Keburukan dan kebaikan diri kita, kita pelihara dan muhasabah sedalam-dalamnya.

Bagi aku biarlah orang memburukkan kita, jangan kita memburukkan sesama manusia yang lain. Tapi persoalan timbul kalau semua manusia berfikiran seperti aku bagaiman dia nak tahu kelemahan diri dia. Mesti hati akan berkata "akulah manusia yang perfect". Sedangkan banyak keburukan yang kita tahu tapi tidak diceritakan secara berhadapan . Persoalan juga mula timbul samaada itu sudah menjadi kes mengumpat atau mengata??. Atau ada tafsiran lain....?. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Pernah juga melakukan kesalahan. Kadang-kadang mengumpat ahli politik, artis dan sebagainya. Tapi itu sekadar meluahkan perkara tidak puas hati yang ditimbulkan oleh sesetengan pihak. Sekiranya aku laksanakan dengan sengaja itu sekadar ingin mengetahui perkara sebenar. Minta perlindungan daripada Allah supaya dijauhi segala kemaksiatan dari sudut zahir mahupun batin. Manusia sentiasa lalai..

Aku tak kisah sekiranya dia cuba menceritakan keburukkan aku dihadapan lelaki dan perempuan. Cuma manusia ini akan mudah berkecil hati sekiranya mengetahui ada kawan yang cuba membelakangkan kita. Aku faham sifat sesetengah lelaki dan wanita ini akan mudah percaya penuh dengan semua cerita yang disampaikan . Tapi aku mohon sahabatku yang sama jabatan denganku khususnya, jangan kamu mendengar kisah dari sebelah pihak. Cubalah cari kebenaran yang hakiki. Carilah sedalam dalamnya dan InsyaAllah kebenaran yang sebenar akan timbul. Tapi sekiranya kebenaran itu dirasai amat membebankan untuk dicari maka keluarkan segala fitnah itu dari telinga kamu. Atau jadikan ia sebagai "kosong".

Dia seringkali menasihatku dan menegur ku "Jangan Mengumpat". Rupanya dalam diam....dia cuba memburukkan ramai sahabat dari jabatanku sendiri. Aku sebagai seorang kawan punya rasa kecewa. Tapi menurut sahabatku yang telah ditikamnya memberitahu, ramai yang telah mengetahui bagaimana sifatnya. Dia terlalu baik bagi aku, seorang pendiam, rajin, aktif dan sebagainya. Tapi dalam pada dia mendekati aku, rupanya hanya sekadar ingin mencari dan mengetahui kelemahan yang ada dalam diri aku. Perkara ini juga turut menimpa sahabat-sahabatku yang lain.

Teringat pula aku kisah sahabat nabi yang berpecah gara-gara kerana fitnah...Sejarah dan Tamadun Islam (STI), fitnah kubra yang menimpa sahabat nabi iaitu Uthman Affan. Tapi betullah kerana fitnah berlakunya perpecahan.

Kepada sesiapa yang terasa apa yang ku katakan ini, aku mohon ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Blog ini aku "utuskan" pada semua pembaca sebagai peringatan. Samaada persahabatan ini diteruskan dengan kebenaran atau dijadikan sebagai kata-kata palsu untuk membalas dendam terpulang pada kamu wahai sahabat ku.. Aku tetap menganggap kamu sebagai sahabat aku dunia dan akhirat. Sebab aku dah lama mengenali kamu sejak aku menduduki Universiti ini. Banyak kenangan manis yang kamu dah palitkan dalam diri aku dan percayalah satu hari nanti apabila perkara ini terjadi pada diri kamu...kamu akan sedar tentang kesakitan yang diterima oleh kamu sama seperti kasakitan yang kamu pernah berikan pada orang lain yang sama seperti aku...(Complicated ke nak faham?)..

Pengajaran :
-Berhati- hati memilih kawan
kerana kawan tidak mustahil menjadi lawan
-Sohihkan segala apa yang didengari.

Nukilan ini sebenarnya aku tujukan kepada seseorang yang telah membuatkan hatiku hampa dan kecewa akan sikapnya yang tidak mencerminkan segala kata-kata. Dan nukilan ini aku telah hiasinya pada jam 1 pagi

Wednesday, July 15, 2009

Krisis antara kami

Krisis....

Buat masa ni aku berada di alam krisis. Banyak yang harus aku lakukan. Kawan, keluarga, assigment, kerja, tugasan dan sebagainya. Mengalahkan tugas Pengurus Besar. Tapi sebenarnya bukan ini yang ingin aku persembahkan di alam maya ni.

Krisis antara aku dengan dia. Siapa "dia"??. Rasanya tak perlu tahu. Yang penting sama jantina..Aku berdoa agar krisis ini hanya pada malam ini sahaja bukan berpanjangan. Sebagai seorang kawan aku harus menegur. Bukanlah kawan sekiranya perbuatan kawan yang tak disenangi ditegur... Lain hari aku tak nak masuk campur kerana kelemahan sudah diketahui....

Selamat mendoakan kesejahteraan kami.

Monday, March 2, 2009

Bercinta lain berkahwin lain..apa nie?

Hari ini 3.3.2009 (Selasa) sibuk menceritakan tentang kadar cerai yang bertambah dari sehari-ke sehari..kes cerai mencecah 75299. Satu angka yang sangat memalukan. Semua nie gara-gara cinta monyet. Ini yang aku dengar salah satunya di radio Hot.fm. Cinta yang dibina dengan tulus akhirnya tumpas dengan lafaz talak. Tu yang bak kata orang bercinta lain berkahwin lain..So mana pergi janji sebelum berkahwin..

Cerita tentang diri aku pula..mind aku dah sememangnya telah disetkan bahawa lelaki takderr yang jujur. Semuanya sama..susah nak ubah mindset aku nie. Semuanya mungkin sebab pengaruh sekitar aku yang sering menyatakan dan memburukkan tentang lelaki. Ada yang kata lelaki nie kahwin atas dasar nafsu..macammacam lagi laa..Dan aku lebih percayakan sekitar aku..Kalau ada yang baik mungkin 1 dalam seribu..Tapi apa-apa pun aku tak nafikan hidup makhluk Allah nie semuanya berpasangan...

Takperlaa mungkin mak bapa aku boleh tentukan apa yang terbaik untuk aku...aku letakkan pilihan hidup aku di tangan ibu bapa aku.. so jodoh di tgn tuhan...

arghhh dah terlambat nak g kelas...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates