LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013
1.0 TAJUK PROGRAM
Lawatan sambil belajar murid-murid tahap satu SK Bukit Jalil 2013
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh : 23 Oktober 2013 (Rabu)
26 Oktober 2013 (Sabtu)
3.0 TEMPAT
Pizza Hut Kajang
Handicraft Centre for Teddy Bear Making Kajang
ARCH, Kuala Lumpur City Gallery
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.
4.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan aktiviti praktikal yang dilakukan oleh murid sendiri.
4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Bilangan Murid : 279 orang
Guru Pengiring : 12 Orang
Jumlah : 291 orang
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Penasihat : Pn Zuraimah Bt Noordin
Pengerusi : Pn. Niza Bt Abd Wahab
Penyelaras : En. Hafiz B. Alias
Setiausaha : Cik Zahidah Helmy Bt Zaberi
Guru Pengiring : Pn Maizura Abd Aziz
: En. Mukhlis Ab Khadar
: Noor Diyana Abd Aziz
7.0 IMPAK
a) Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
b) Murid dapat mengetahui lokasi Kilang Teddy dan Pizza Hut, Kajang dan ARCH City Galeri Dataran Kuala Lumpur
c) Murid dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh dengan beberapa aktiviti yang melibatkan hasil kerja tangan murid sendiri seperti membuat pizza dan teddy.
d) Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur di Kuala
Lumpur City Gallery.
8.0 Laporan Program
Sk Bukit Jalil telah mengadakan satu lawatan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah berlangsung pada 23.Oktober dan 26 Oktober 2013 iaitu bersamaan hari Rabu dan hari Sabtu. Seramai 279 orang murid dan 12 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ini dan sebanyak tujuh buah bas telah disewa khas bagi membawa murid-murid SK Bukit Jalil termasuk murid pra sekolah pembantu penerangan. Rombongan ini telah diketuai oleh guru-guru SK Bukit Jalil sendiri.
Kilang Pizza Hut, Kajang adalah antara destinasi utama yang dipilih untuk lawatan pada kali ini. Ia bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengelaman berharga kepada murid-murid tentang bagaimana cara untuk menghasilkan Pizza secara buatan tangan. Murid-murid juga didedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan semasa membuat pizza. Sebelum memulakan aktiviti menghasilkan pizza murid-murid telah diminta untuk membasuh tangan sebelum mereka dipakaikan sarung tangan khas. Setelah siap murid-murid dihidangkan pizza sebagai sarapan pagi.
Kemudian lawatan diteruskan dengan ke Handicraft Centre For Teddy Bear Making, kajang. Ia adalah bertujuan yang sama yang mana untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid bagaimana cara-cara untuk membuat teddy secara buatan tangan. Sebelum memulakan aktiviti, muirid-murid dipertontonkan video tentang bagaimana cara untuk membuat teddy yang ringkas. Kemudian murid-murid dihidangkan dengan alatan khas yang telah disediakan untuk murid-murid. Aktiviti ini telah dilaksanakan didalam kumpulan dan kerjasama yang baik antara murid telah berjaya dipertontonkan dalam usaha untuk menyiapkan teddy masing-masing.
Lawatan yang terakhir pula adalah ke ARCH City Gallery Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Disini murid-murid dihidangkan dengan pelbagai koleksi kesenian secara buatan tangan. Bukan itu sahaja, malahan murid-murid diperlihatkan satu binaan yang merupakan gambaran keseluruhan Wilayah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Murid-murid dapat membaca dan melihat artifak mengenai Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat cara pembuatan arca dengan lebih dekat yang mana setiap ukiran arca mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebelum lawatan berakhir, murid-murid telah pergi membeli-belah di kedai cenderahati di City Galeri.
Bas tiba diperkarangan sekolah tepat jam 2.30 petang dan lawatan berakhir dengan jayanya.
9.0 PENUTUP
Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarah kemerdekaan. Begitu juga pengetahuan tentang cara pembuatan Teddy dan Pizza Hut secara buatan tangan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
0 comments:
Post a Comment