Followers

Pages

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

JOZAN pemusnah bahasa MELAYU??

Bahasa Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu, MBMMBI dan banyak lagi cara yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kerajaan telah benyak memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu begitu juga dengan pihak media.

Bukan sahaja melalui slogan tetapi melalui program pendidikan dan sebagainya. Dimana sahaja kerajaan sentiasa serius untuk memperkasakan dan menjunjung bahasa Melayu.

Tetapi sedarkah kita dalam diam bahasa Melayu lebih diancam kemusnahan apabila bahasa ini dipinggirkan dan kerap kali dijadikan bahasa yang bercampur dengan bahasa Inggeris dalam percakapan sehari-harian.

Masyarakat kurang yakin penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. Bukan itu sahaja ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam memilih IPT terbaik untuk anak-anak mereka..UKM yang sentiasa memartabatkan bahasa Melayu kini kurang menjadi pilihan apabila keluaran mahasiswa dan mahasiswi tidak hebat dalam berbahasa Inggeris.

Buktinya apabila aku yang sedang membeli burger tersentap dengan perbualan antara adik aku dengan mak cik yang menjual burger tentang isu bahasa Melayu..anak lelakinya yang layak memasuki IPTA yang bertaraf terpaksa menolak tawaran tersebut kerana cita-citanya yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas membuatkan anak lelakinya memilih kolej swasta sebagai tempat untuk menyambung pengajian. Ini kerana kita sedia maklum kolej swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan dan bakal alam pekerjaan mereka.

Bukan itu sahaja, seorang penulis menulis tentang artikelnya bertajuk “DBP perlu adil haram lirik lagu bercampur”. Artikel tersebut menjelaskan tentang Kementerian Penerangan menghalang lagu Melayu dengan lirik bercampur bahasa Inggeris. Antara lagu tersebut adalah seperti lagu DIVA dendangan Anita Sarawak. Lagu terbaru adalah Jangan Ganggu Pacarku naynyian penyanyi kacak Alif Aziz dari seberang. 

Penulis lirik lagu ini melacurkan dan merosakkan kedua-dua bahasa, bahasa Melayu juga bahasa Inggeris. Antara perkataan tersebut adalah seperti tagging-tagging, liking-liking dan lain-lain dengan menggandakan bahasa tersebut dengan mengganggap dirinya sangat kreatif. Lagu-lagu tersebut sering kali didendangkan di bibir-bibir masyarakat kita sehingga sebahagian masyarakat menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan harian.

Lagi 1 yang aku kira dah terlepas pandang oleh kerajaan adalah himpunan Juara RAJA LAWAK yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Penggunaan bahasa Melayu yang jelas dirosakkan sama sekali oleh pelawak terkenal JOZAN. Antaranya

“Takpe-takpe saya kefahaman”,
“Pak cik jangan buat laka-laka”,
"Banyak kawasan yang saya menjagainya pun adui terber,"
"Saya mendapat keputusan yang hamat hebat"

dan banyak lagi. ( tak caya tgk kat you Tube korang akan tegelak dengan lawak dowang yang memperlekehkan bahasa Melayu)
Penonton pun bergelak sakan melihat gelagat pelawak tersebut memperlekehkan bahasa Malayu..aku kira memang lawak mereka sampai tak kering gusi..sampai tergolek2..

Kalau dari sudut nyanyian pihak menteri yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan maka apakah tindakan yang sesuai untuk mereka??

Penggunaan bahasa yang dibawa oleh JOZAN sangat mempengaruhi kehidupan harian masyarakat. Buktinya adik aku sendiri yang seronok melihat gelagat mereka sehingga mampu menghafaz bait-bait yang disampaikan oleh mereka..Ni baru adik aku yg belajar tinggi2  kat U..habis yang tak belajar kat U..lagi2 student sekolah rendah n menengah..impak yang besar bakal dihadapi rakyat Malaysia kalau mereka berterusan dengan lawak mereka yang menggunakan bahasa ntah apa2 ntah..

Tak kisah pun kalau mereka nak berlawak..tapi jangan sampai menjejaskan bahasa Melayu..

Aku kira kalau kerajaan tak buat program memartabatkan bahasa Melayu..1 hari nanti bahasa Melayu akan jadi bahasa ALIEN, bahasa Lawak Antarabangsa dan bahasa sampah..aku rasa bahasa aku sangat kasar tapi ini lah realiti yang akan terjadi kalau kita orang melayu pun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pinggiran sahaja..

Pikir pikirkan..^_^


Sunday, February 21, 2010

Zina dan hasilnya (Subhanallah)

Apakah dosa anak ini.......



Seorang bayi yang dibakar





Kebanyakan wanita mudah sekali menyerahkan maruah diri kepada lelaki sebagai bukti cinta dan taat pada jejaka tersebut. Adakah patut saya gunakan perkataan "sesetengah" atau "kebanyakan". Tetapi dunia moden tanpa sempadan menyebabkan saya menggunakan perkataan kebanyakan dan bukti adalah berdasarkan kenyataan dibawah. Hanya dengan nafsu kita hilang iman dan pegangan agama. Kesan daripada perbuatan ini langsung ditolak tepi atau lebih baik dibuang sahaja ke dalam "tong sampah" kerana nafsu seringkali menang dalam menguasai perkara-perkara negatif. Terus kita lupa bahawa maruah diri itu bukan sekadar memelihara diri tetapi ibu dan bapa serta agama. Kerana cinta "ku sanggup korbankan apa sahaja". Ayat yang biasa digunakan oleh pasangan tetapi bila dah terlanjur hilang entah kemana. Maka berlakulah pembuangan bayi dan sebagainya. Kita sebagai wanita melayu yang beragama Islam bercintalah mengikut kehendak Islam bukan bercinta menurut nafsu.


Hari kekasih atau hari v-days adalah satu hari yang dilihat sebagai tempoh "tempoh mengawan" muda mdi kita zaman sekarang

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Sumber Berita harian




Sunday, January 24, 2010

Tujuan Pemerintahan dalam Islam


Tujuan pemerintahan dalam Islam

Para fukaha’ mengatakan khalifah itu merupakan imamah iaitu untuk menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam memelihara agama dan mengatur urusan dunia. Tujuan yang perlu dicapai dalam pemerintahan terdiri daripada dua perkara iaitu memelihara agama dan mengatur urusan dunia (Abdul Karim Zaidan, 1979:247).

1) Memelihara agama

Memelihara Islam bererti mempertahankan keutuhan ajaran-ajarannya terutama ajaran-ajaran agama dan kesuciannya serta berusaha menyebarkan dan mengembangkannya dalam kalangan umat manusia seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Seseorang pemimpin itu wajib memberikan penjelasan dan menyatakan sesuatu kebenaran dengan disokong oleh dalil-dalil yang kuat, agar kebenaran itu menjadi lebih jelas. Kerana kadang-kadang, terdapat muslim yang tersesat dari ajaran yang sebenar kerana terdapat kesamaran atau mengikut pendapat yang salah dan keliru. Sekiranya seseorang pemimpin itu telah menyeleweng dari tugasnya, maka umat berhak mengemukakan dalil-dalil yang benar untuk meyakinkannya. Jika pemimpin itu masih lagi dengan pendapatnya yang salah itu, maka ia harus diambil tindakan. Hal ini agar agama tetap terpelihara dari kesesatan dan umat akan terhindar dari kehinaan.
Di samping itu juga, dalam usaha menjaga dan memelihara agama, benteng-benteng pertahanan dan persenjataan perlu diperkuatkan serta menyiapkan tentera yang terlatih sehingga musuh tidak akan mampu melanggar kehormatan umat Islam serta tidak akan dapat menumpahkan darah umat Islam serta yang bukan Islam dalam kawasan negara Islam. Sebenarnya menolak musuh itu penting dalam memelihara dan mempertahankan agama. Ini kerana apabila negara Islam dikuasai oleh musuh Islam bererti hancurlah negara Islam dan ini merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat Islam yang mana dapat melemahkan keyakinan umat Islam. Hal ini kerana orang bukan Islam sentiasa berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran sebenar baik secara pujukan, paksaan atau penyesatan (ibid).

2) Pelaksanaan Ajaran Agama

Di dalam kepimpinan atau pemerintahan Islam, haruslah diterapkan peraturan-peraturan Islam dalam semua aspek kehidupan, baik peraturan yang berhubungan dengan sesama manusia, mahupun hubungan dengan negaranya, dan hubungan negara dengan negara yang lain. Selain itu, hendaklah mendorong dan mengajak manusia agar sentiasa berpegang dan mentaati hukum Allah, mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya serta menghukum orang yang sengaja melanggar hukum yang telah digariskan dalam agama Islam (Abdul karim Zaidan,1979:249). Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-An’am ayat 41:
41. Bahkan Dia lah (Allah) Yang kamu seru lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya jika ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).

3) Mengatur Kehidupan Manusia

Urusan keduniaan termasuk bidang yang diatur oleh agama, yang mana agama mengatur negara dan rakyat agar tercapai kemaslahatan dan terhindar dari kerosakan. Ini dapat dilaksanakan apabila pengaturan kehidupan ini diatur oleh hukum-hukum agama yang terdapat di dalamnya syariat yang diperoleh melalui perantaraan ijtihad yang benar. Inilah siyasah syar’iyah untuk mengatur keduniaan yang mana di antara tujuan siasah syar’iyah itu tercakup dalam tujuan pemerintahan dalam Islam yang menjadi tugas pokok para pemimpin untuk mencapainya (ibid).


4) Menegakkan keadilan

Menegakkan keadilan termasuk dalam siyasah syar’iyah yang mana menjadi keharusan dalam mengatur urusan masyarakat dan ini tidak boleh sekali-kali diabaikan. Keadilan merupakan dasar tertegaknya sesebuah negara, tanpa keadilan negara dan bangsa tidak akan kekal. Keadilan bererti memberikan hak kepada setiap orang yang mempunyai hak, dan tidak berlaku zalim terhadap dirinya sendiri. Antara lain bentuk kezaliman ialah membebankan sesuatu yang tidak diwajibkan dalam agama atau mengambil harta orang lain dengan cara bertentangan dengan hukum atau menghalangi hak orang lain. Ibnu Khaldun menerangkan erti kezaliman itu bukan sahaja mengambil harta orang lain tanpa ganti dan tanpa alasan yang dibenarkan bahkan kezaliman itu mempunyai erti yang lebih luas lagi. Oleh yang demikian seseorang pemimpin itu haruslah menegakkan keadilan dan mencegah semua bentuk kezaliman dan ini menjadi tugas utama bagi seorang pemimpin (Abdul Karim Zaidan, 1979:250). Al-quran telah menetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dilaksanakan oleh penguasa dan pemimpin dalam firmanNya menerusi surah Al-Qasas ayat 26:

Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".

Thursday, January 21, 2010

Komunikasi tanpa lisan

Jenis gerak geri badan

Istilah gerak geri badan ialah istilah popular untuk istilah lain iaitu ‘kinesik’. Para pengkaji bidang bahasa badan mengenalpasti terdapat lima jenis gerak geri iaitu:

Emblem

Emblem ialah gerak geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Sebagai contoh, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan untuk menggantikan perkataan “Bagus!” ataupun kita menunjukkan jari telunjuk untuk menggantikan perkataan “satu” ataupun kita membuat bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk untuk menggantikan perkataan “kosong”.

Penggambar

Gerak geri ini kita buat seiring dengan kata-kata yang kita ucapkan. Gerak geri ini betul-betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Sebagai contoh, apabila kita berkata “besar”. Tangan kita bergerak untuk menggambarkan saiz besar itu. Ataupun, apabila kita berkata “mari naik,” kepala kita akan bergerak ke atas.

Pelukis rasa

Muka kita boleh melukiskan bermacam-macam perasaan yang kita rasai, antaranya marah, takut, ragu, geli, sedih, dan tak sabar. Gerak geri jenis ini mungkin timbul di luar kawalan kita, ataupun ia mungkin sengaja kita lakukan, umpamanya apabila kita hendak menunjukkan bahawa kita sangat marah.

Pengawal

Apabila kita mendengar orang-orang lain bercakap dengan kita, kita membuta gerak-geri untuk mengawal mereka bercakap. Adakalanya kita hendak memberitahu dia “Teruskan.”, ataupun “Nanti dulu.”, ataupun “Tolong berhenti bercakap.” Atau “Cepatlah.” Dan lain-lain lagi. Apabila kita hendak memberitahu dia bahawa kita berminat mendengar apa yang diperkatakannya, Kita mungkin mengangguk-anggukkan kepala dan mencondongkan badan kita ke depan.

Penyesuai

Gerak geri kita lakukan kerana ada keperluan untuk melakukannya. Sebagai contoh, apabila kita gatal, kita menggaru-garu, ataupun apabila bibir kita kering, kita jilat bibir kita. Ada sesetengah gerak geri pengawal yang dianggap tidak sopan, umpamanya perbuatan mengorek telinga atau hidung di depan orang lain adalah tidak sopan. Bahasa badan mempunyai enam fungsi utama.

Memberi tekanan

Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan sehari-hari adalah untuk memberi tekanan kepada apa yang sedang kita katakan. Sebagai contoh, sambil berkata sambil senyum, atau menumbuk meja, atau menuding telunjuk, atau sambil mencebik, atau sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Menambah maklumat

Ada kalanya, sambil kita bercakap, sambil kita memberi maklumat tambahan. Maklumat itu tidak kita sebut dalam percakapan kita, tetapi kita ‘ucapkan’ melalui bahasa badan kita. Sebagai contoh, semasa kita menceritakan sesuatu, kita menggeleng-gelengkan kepala kita memberi maklumat tambahan itu. Jadi, walaupun kita bercakap, orang masih boleh tahu apa yang tidak kita ucapkan.

Menafikan

Ada kalanya, mulut kita berkata sesuatu, tetapi kita sendiri tidak setuju dengan apa yang kita ucapkan itu, jadi, bahasa badan kita menafikan apa yang mulut kita ucapkan. Sebagai contoh, mulut kita berkata “ya” tetapi kepala kita berkata “tidak” iaitu apabila sambil kita berkata “ya” tetapi pada masa yang sama kepala kita menggeleng-geleng.

Mengawal

Ada masanya kita menggunakan bahasa badan untuk mengawal aliran percakapan. Sebagai contoh, kita mengangkat tangan untuk memberitahu bahawa kita mahu bercakap atau kita condongkan badan ke depan atau kita pandang orang itu tepat ke matanya. Atau kita angkat tangan untuk memberitahu orang itu kita belum habis bercakap lagi.

Mengulang

Ada masanya mulut kita becakap. Kemudian bahasa badan kita mengatakan perkara yang serupa juga. Sebagai contoh, mulut kita berkata, “Mari kita pergi sekarang” kemudian bahasa badan kita menunjukkan maksud yang serupa. Atau kita berkata, “Awak faham tak?” kemudian kita angkat kening kita.

Menggantikan

Ada kalanya, mulut kita diam. Sebagai gantinya, bahasa badan kita sahaja yang bercakap. Sebagai contoh, kita tidak berkata “Ya” tetapi cuma kepala kita yang mengangguk.

Tuesday, October 13, 2009

Projek Smart skooter


Sebenarnya Smart Skooter ni adalah menggunakan tenaga solar yang mana ia menjadi tenaga utama dalam menghasilkan gerakan berbanding charger. Ini direka kerana bagiku kenderaan yang menggunakan minyak terlalu banyak sehingga boleh mencetuskan kesan penipisan lapisan ozon. Penggunaan tenaga solar ini lebih baik dalam menggalakkan pengguna menggunakannya dalam kehidupan seharian. Portable solar power yang mengandungi tiga fungsi disebaliknya mampu memberikan perjalanan yang selamat serta berterusan. Charger. transformer serta inverter adalah antara yang terkandung dalam portable solar power. Panel solar dengan 1m persegi mempunyai 110 W mampu mengahasilkan 600 W enjin motor (keliru tapi faham).

Sebenarnya bukanlah tujuan ku untuk mempromosikan Smart Skooter ni. Lagipun ia tiada lagi dalam pasaran dan ia juga merupakan rekaan pertama yang terhasil daripada otakku. Cuma rekaan ini ada sedikit inovasi daripada skooter mainan kanak-kanak. Dalam menghasilkan projek individu bagi subjek pemikiran rekacipta ini iaitu U2, aku menghadapi sedikit sebanyak ujian. Antaranya penggunaan sistem untuk menghasilkan gerakan, lukisan menggunakan bentuk komputer dan sebagainya. Benda-benda seperti ini aku tidak pernah belajar. Mungkin pernah tapi aku dah lupa. Untuk pengetahuan projek ini diberikan last minit dan ia merupakan projek individu. Akhirnya aku diberi kemudahan oleh Allah. Aku dipertemukan sahabat lama ku dari Pesta Konvo 36 yang mengambil jurusan kejuruteraan yang mana dia banyak mengajar aku tentang bagaimana hendak menghasilkan gerakan bagi kenderaan ini. Banyak juga yang aku belajar daripadanya. formula yang tidak tercapai oleh akal ku yang tertumpu pada medan dakwah telah membuka mindaku tentang ciptaan ini. Pembelajaran ku lebih terfokus kepada mekanikal engeneering.

Selain itu, aku juga mendapat pertolongan daripada seorang sahabat ku yang mengambil multimedia dalam FTSM. Dia telah memberikanku dua software yang memudahkan aku dalam mereka ciptaan ini. Dia juga turut membantu aku menyiapkan rekaan Smart Skooter ini. Software lightwave. Agak menyeronokan bila belajar software sebegini.

Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar diriku. Aku tidak dapat membalas segala budi dan pertolongan yang telah diberikan kepadaku. Hanya Allah yang membalas segala budi baik kamu. InsyaAllah sekiranya kamu menghadapi kesulitan dan memerlukan bantuan aku akan sedaya upaya membantu.
Posted by Picasa

Friday, September 11, 2009

Sweeping Malaysia



Sweeping Malaysia atau lebih dikenali dengan maksud halau malaysia telah menjadi suatu isu yang mana ditakuti menjadi senjata bagi Kristian untuk menghancurkan tali hubungan agama Islam yang merupakan persamaan Indonesia dan Malaysia. Sedikit sebanyak punca berlakunya sweeping Malaysia ini adalah kerana kemelut yang menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Balidalam promosi pelancongan. Pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata " Kita (Malaysia) tiada niat untuk mencuri budaya Indonesia atau mengambilnya menjadikan budaya kita, cuma apa yang berlaku selain isu tarian ini kerana penduduk mereka yang berhijrah ke sini membawa bersama adat negara mereka. Dalam hal ini tarian Pendet yang dikatakan berasal dari Bali namun jika diteliti lebih mendalam ia sebenarnya dibawa pengaruh Hindu yang masuk ke negara terbabit. Dengan kata lain tarian Pendet adalah tarian yang diamalkan oleh penganut Hindu termasuklah pengikutnya di negara ini yang dipercayai menyelitkan elemen tarian itu menerusi tarian Klasik India.
Jadi adakah faktor Malaysia meniru tarian Pendet menjadikan rakyat Malaysia di Indonesia dihalau. Dan adakah tarian itu merupakan faktor terbesar rakyat INdonesia hilang sabar.

Provokasi yang cuba ditimbulkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Indonesia bakal menyebabkan berlakunya sejarah konfrontasi yang berlaku pada 20 Januari 1963 Di dalam laman web Detik.com menyatakan bahawa Indonesia merupakan anti produk Malaysia.

Provokasi yang berlaku telah mencetuskan pelbagai tanggapan buruk oleh individu lain. Bahkan ia telah mencetuskan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia sendiri. Apa yang berlaku ketika provokasi itu adalah Bendera Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah diinjak-injak atau dipijak serta dibakar. Tidak kurang juga kenderaan 2 ditahan untuk mencari rakyat Malaysia. Nama Malaysia juga dilaungkan dengan Malaysial, Malingsial dan Semenanjing Malaysial.

Adakah peristiwa seperti Ganyang Malaysia akan berlaku.

Apa pendapat anda??

Saturday, August 1, 2009

Sebab ISA diperlukan

Sebab AKDN diperlukan

a) Mencegah daripada berlakunya sebarang ancaman terhadap keselamatan negara. Contoh AKDN tidak digunakan: Berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
AKDN digunakan dalam opersai Lalang 1987. Insiden dapat dielakkan.
b) Untuk menangani isu keselamatan berkaitan perkauman dan keagamaan.
Contoh: Isu Al-Arqam (1994), Al-Maunah (2000) dan Hindraf (2007).
c) Untuk menangani masalah keganasan bersifat domestik dan mempunyai rangkaian serantau dan antarabangsa.
Contoh JI dan KMM.
d) Undang-undang jenayah tidak sesuai digunakan dalam kes keselamatan negara kerana

i) Tidak menjamin rahsia operasi sulit keatas sasaran.
ii) Mengelakkan identiti sumber dari terdedah pada umum.
iii) Mengelakkan perasaan cemas orang awam berkaitan situasi keselamatan negara yang boleh jejaskan keyakinan mereka.Perancangan awl tanpa persiapan fizikal tidak dapat dibuktikan di mahkamah terbuka. Cth: Yazid Sufaat iaitu anasir JI dan pakar Bio-Kimia yang menjalankan latihan ketenteraan dan buat bom di Afghanistan ducat didakwa bawah undang-undang terbuka negara ini

Masalah sekiranya AKDN dimansuhkan

Selepas insiden 9/11 banyak negara hadapi masalah untuk menangani ancaman pengganas. Walaupun pasukan keselamatan di sesetengah negara mengetahui ancaman awal berlaku serangan pengganas tetapi mereka menghadapi masalah untuk mengambil tindakan pencegahan awal kerana tiada undang-undang khusus untuk menanganinya seperti Insiden yang pernah berlaku di Bali, Indonesia pada Okt 2002 dan pengeboman hotel Marriot Jakarta pada Ogos 2003. Selain itu insiden ajaran sesat Jim Jones di Guyana pada 1978 dimana 900 pengikutnya membunuh diri manakala di Waco, Texas seramai 86 orang pengikut David Koresh telah membunuh diri pada tahun 1993. Pihak berkuasa tahu tentang kegiatan mereka tetapi tidak dapat mencegahnya kerana tiada undang-undang pencegahan sepertimana AKDN.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN 1960)

ISA dan sebab-sebab penolakan

Ramai yang menyatakan bahawa ISA menolak hak asasi manusia terhadap tahanan. Bagi mereka undang-undang adalah tetap undang-undang. Justeru hak asasi manusia dibelakangkan untuk mendapatkan kebenaran mutlak. Hak asasi manusia menurut konsep Islam merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat peribadi, pemikiran, politik, undang-undang, sosial dan ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara setara. Hak asasi manusia juga merangkumi kepentingan muslim mahupun bukan muslim samaada warganegara atau warganegara asing, Ini kerana konsep kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia dan seluruh dunia umumnya. Hak manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang samaada secara individu mahupun kumpulan ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahi mungkar diwajibkan bagi semuanya (Yusof al-Qaradhawi 2009: 187). Dapat difahami bahawa hak asasi manusia menurut Islam adalah suatu konsep yang jelas dan sah menurut ajaran Islam itu sendiri.

Kuasa mutlak

Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselaman Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh tidak lebih 2 tahun. Ini bermakna perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas iaitu menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh selang dua tahun dan seterusnya.

“Menteri boleh mengarahkan supaya jangka masa mana-mana perintah tahanan atau perintah sekatan dilanjutkan bagi apa-apa tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dan seterusnya bagi apa-apa tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada satu masa, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, samaada –

a) Atas alasan yang sama seperti alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat
b) Atas alasan yang berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat; atau
c) Sebahagiannya atas alasan yang sama dan sebahagiannya atas alasan yang berlainan.

Dengan syarat bahawa jika sesuatu perintah tahanan dilanjutkan atas tahanan yang berlainan atau sebahagiannya atas alasan yang berlainan, orang yang dengannya perintah itu berhubungan hendaklah mempunyai hak yang sama dibawah seksyen 11 seolah-olah perintah yang dilanjutkan sebagaimana yang disebut terdahulunya ialah suatu perintah baru, dan seksyen 12 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

(8) Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, mengkensel atau menambah apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubahkan sedemikian hendaklah melainkan jika terlebih dahulu dikensel, terus berkuat kuasa bagi tempoh yang belum tamat yang dinyatakan dibawah subseksyen (6) atau (7)”. (MDC Publishers 2008: 19).

Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN bagi SB (polis cawangan khas) untuk sewenang-wenang menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea Umno-BN.
Berselindung di sebalik Seksyen 73, Polis cawangan khas juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik Umno-BN. Ini adalah antara ketidakpuasa hati yang ditunjukkan oleh penulis blog terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada pandangannya ISA sangat cenderung dalam melidungi parti politik mereka untuk kepentingan peribadi (http://formerigp.blogspot.com/2006_11_01_archive.html).

Merujuk pada buku Akta Keselamatan Dalam Negeri iaitu bahagian VII peruntukan pelbagai kuasa untuk menahan orang yang disyaki.
(73) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai

(a) Bahawa ada alasan yang mewajarkan penahananya dibawah seksyen 8 dan

(b) Bahawa dia telah bertindak, atau hamper bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu didalamnya atau kedudukan ekonominya.
Mana-mana orang yang ditangkap dibawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perinah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8.

Lawatan Peguam

Alasan terakhir yang disebutkan hakim bicara bagi mengisytiharkan tahanan itu tidak sah ialah tindakan polis menafikan hak lawatan peguam. Kata hakim bicara, perintah tahanan ini sesuatu yang berniat jahat (mala fide) kerana pihak polis dengan sengaja dan tanpa alasan yang munasabah (deliberately and unreasonably) melarang peguam melawat anak guam mereka bagi satu tempoh yang panjang. Perbuatan pihak polis itu nyata melanggar Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. penafian hak lawatan peguam ini merupakan satu pelanggaran besar (gross violation) hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan dan sekali gus telah memudaratkan atau menjejaskan pemohon membuat habeas corpus ini. Kesimpulannya, kata hakim bicara itu lagi, penafian hak lawatan peguam dalam kes ini telah menyebabkan ketidakadilan berlaku.

Dalam satu ayat yang jarang sekali masyarakat dengar sebelum ini dan pastinya mengejutkan banyak pihak, hakim Hishamudin mengingatkan pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam kes tahanan ini supaya segera sedar bahawa undang-undang yang paling utama di negara kita ini adalah Perlembagaan Persekutuan, bukannya ISA (Those police officers responsible for the detention of the applicants must wake up to the fact that the supreme law of this country is the constitution and not the ISA).

Alasan penghakiman
Dalam penghakimannya yang ditulis dalam bahasa Inggeris setebal 28 halaman dan kini boleh dibaca secara percuma oleh setiap warganegara ini di Internet di satu laman web jurnal undang-undang tempatan, hakim bicara menggariskan enam alasan mengapa beliau meluluskan permohonan habeas corpus dua aktivis reformasi itu dan mengisytiharkan tahanan mereka di bawah ISA sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlu diingat bahawa sekalipun kita mungkin tidak setuju dengan kesemua enam alasan yang diberi oleh hakim bicara itu, sekalipun kita menerima hanya satu atau dua alasan sahaja, satu atau dua alasan itu sudah mencukupi untuk menggugat kesahihan perintah tahanan tersebut.
Enam alasan yang disebutkan oleh hakim bicara itu adalah seperti berikut -

(1) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA);
(2) Perintah tahanan itu tidak mematuhi kehendak Perkara 5(3) Perlembagaan Pesekutuan;
(3) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73(3)(a) dan (b);
(4) Keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh tahanan dibuat terlalu awal dan secara mala fide (niat jahat);
(5) Menafikan hak lawatan kepada ahli keluarga; dan
(6) Menafikan hak lawatan kepada peguam.

hakim berkata perbuatan menafikan lawatan bagi satu tempoh yang begitu panjang sekali adalah sesuatu yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas, bukan hanya kepada mereka yang ditahan tetapi juga kepada ahli keluarga mereka masing-masing.
Menyentuh alasan pihak polis bahawa lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan kerana ia akan menjejaskan siasatan polis yang sedang berjalan, hakim bicara menyatakan bahawa alasan itu tidak dapat diterima sama sekali. Kata hakim, permohonan melawat tahanan bukan dibuat sebaik sahaja tangkapan dibuat.
Lagipun, apakah salahnya lawatan bagi satu tempoh masa yang singkat? Pastinya lawatan sedemikian itu oleh ahli keluarga boleh diawasi atau dipantau oleh pihak polis sepanjang masa
Relevankah ISA pada masa kini.

ISa sangat penting dalam memastikan keselamatan Negara. Terutama dalam memelihara Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama di sesebuah negara tersebut. Apa yang pasti kewujudan ISA mampu memberikan jaminan hidup tanpa ada perbuatan subversive antara masyarakat. ISA mampu menolak tekanan peperangan apatah lagi jenayah yang mampu mengundang kematian mahupun huru hara

Dengan ISA bangsa Melayu lebih selamat didalam menghadapi pertarungan kuasa antara pelbagai kaum. Bukan sahaja kuasa politik malahan ekonomi dimana perebutan kuasa ini menjadikan bangsa Melayu seolah-olah hamper jauh ketinggalan dibelakang walhal mereka berdiri di bumi Malaysia sendiri.

Tetapi apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati pada setiap kaum adalah dasarnya yang menahan tanpa bicara. Dasar ini tidak dapat diterima oleh semua kaum walaupun ada sesetengah bangsa Melayu menyatakan adalah suatu perbuatan yang sewajarnya dilaksanakan bagi melindungi perbuatan subversif. Berdasarkan pengawasan laporan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) sehingga Disember 2008, terdapat 46 orang tahanan ISA, di kem tahanan. Kebanyakan mereka dituduh sebagai ekstremis agama manakala sebahagian lagi atas tuduhan memalsukan wang atau dokumen dan aktivis Hindraf

Bukan itu sahaja sekiranya diperhatikan ISA ini lebih terdedah pelaksanaannya untuk parti politik. Apabila diperhatikan pasti ramai yang tahu bahawa kebanyakan tahanan ISA ini terdiri daripada mereka yang berhaluan kiri. Ini jelas tergambar apabila kita melihat seramai lima ahli pemimpin HINDRAF , pemilik blogs iaitu Raja Petra serta wartawan Cina Teresa Kok
Selain itu kita lihat kerajaan seolah-olah menjadikan ISA sebgai landasan melindungi parti politik kerajaan terutama UMNO. Sebenarnya sekiranya kita mengambil pandangan positif, bukanlah ISA itu untuk memelihara UMNO bahkan UMNO itu sendiri berdiri untuk memelihara bangsa melayu daripada kembali ke zaman komunis. Itu yang sebenarnya dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mempertahankan bangsa Melayu terutama Negara Malaysia yang mana kelebihan dan keistimewaan seharusnya berdiri di kaki orang melayu bukan taraf persamaan diberikan kepada semua kaum. Jadi itu yang seharusnya difikirkan oleh orang Melayu.

Ada juga pandangan yang menyatakan ISA itu tidak sesuai atau relevan untuk masa kini. Akta Keselamatan Dalam Negeri ini mula digubal segagai kegunaan menghalang ancaman komunis dan sebagai “emergency law” sahaja.Ini kerana sekiranya diteliti ISA menggantikan ordinan darurat.
Contohnya dalam kes Dato’ Ahmad Ismail yang membangkitkan isu perkauman di Bukit Bendera sedikit masa dahulu. Sebaliknya yang dikenakan tahanan ISA adalah seorang wartawan
Perlembagaan persekutuan menjamin bahawa seseorang itu tidak bersalah sebelum dia terbukti bersalah. Merujuk kepada istilah berkenaan adakah ISA dianggap keadilan apabila seseorang itu boleh ditahan tanpa perbicaraan dan tidak dibuktikan bersalah dimana-mana mahkamah

Thursday, July 2, 2009

Bendera Malaysia jadi alas kaki tandas?

Sekarang ni kita sibuk-sibuk berbincang tentang politik di Manek Urai sehingga kita lupa yang kita sedang "diperhati" dan hampir "diburu". Aku ada membaca buku hasil tulisan Yusof al-Qaradhawi tentang politik. Menurut beliau agama tidak boleh dipisahkan daripada politik. Tetapi adakah Malaysia sekarang ini sibuk berpolitik sehinggakan lupa ada rakyat yang tidak berpuas hati dengan Malaysia. Semalam aku baru mendapat tahu ada blog yang memaparkan bencinya Indonesia pada Malaysia. Itupun aku dapat tahu daripada pemilik blog Mazidul Akmal 360. Sesiapa yang membaca blog tersebut pasti terkedu dengan ayat-ayat yang dikeluarkan dan dilontarkan.

Salah satunya menyatakan tentang bendera Malaysia janganlah dibakar kerana ia suatu pembaziran dan mencadangkan agar bendera Malaysia dijual dengan harga RM 1 supaya memudahkan pengguna Indonesia membelinya dan dijadikan alas kaki tandas di Indonesia. Kenapa ada blogger yang berani memperkatakan hal tersebut sedemikian rupa.

Adaka mereka tahu kerajaan dah banyak beri peluang pada mereka bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi peluang pekerjaan juga. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak menjalankan hak asasi manusia terhadap meraka? Cuma kadang kala ada juga rakyat Malaysia yang mengkasari mereka dengan jalan mendera mereka seperti mana yang terjadi baru-baru ini iaitu majikan mendera orang gaji berbangsa Indonesia. Kesihan melihat mangsa yang mana badannya penuh parut, makanan harian pula dihidangkan nasi berlauk babi. Aku tak nafikan majikan tersebut memang tiada perasaan dan boleh juga aku kategorikan majikan tersebut "gila". Beralih pula pada sudut yang lain pula banyak berita yang mana rakyat Malaysia dipukau dan ditipu oleh bangsa Indonesia, kes mencuri, membunuh dan sebagainya yang mana ia telah dilakukan oleh bangsa Indonesia sendiri di bumi Malaysia. Cukup menjejaskan imej Malaysia.

Terfikir pula aku bila kes dera berlaku pada orang gaji Indonesia mulalah nak diwar-warkan ke seluruh dunia yang rakyat Malaysia ni tidak berperikemanusiaan, ganas dan sebagainya. Tapi bila rakyat Indonesia yang membuat keganasan di Malaysia pula bagaimana?

Terlintas pula difikiranku, mungkin kebencian mereka adalah kerana ramai bangsa mereka yang bekerja sebagai buruh di negara Malaysia. Tetapi bila difikirkan kembali adakah mereka dipaksa? Bukankah itu kerana kerelaan mereka sendiri. Mereka lebih menggunakan peribahasa "Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri," so lebih baik pergi ke negara orang untuk mendapatkan hasil yang lebih mewah daripada dinegara sendiri...Fikir-fikirkan lah

Ini antara website yang aku berjaya bongkarkan

http://www.terataionline.net/2009/06/bangsat-punye-indon.html
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T60FOJQ2QCNTPMNC7/p3
http://rasasayange-malaysia.blogspot.com/

Saturday, February 7, 2009

Siapa Paulus? pencipta agama Kristian...

PENDAHULUAN

Tidak lengkap rasanya agama Kristian jika kita tidak mengenali Paulus dengan lebih dekat. Setiap perbincangan mengenai agama Kristian disentuh pasti Paulus juga akan dikaitkan. Siapakah Paulus sebenarnya?. Para penyelidik berpendapat bahawa Paulus merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paulus sendiri. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya seperti prinsip- prinsip, dasar agama dan upacara- upacara adalah ditetapkan oleh Paulus juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam menggubal pegangan penganut- penganut agama tersebut. Dengan kata lain, agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paulus, bukan seperti yang diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s untuk disampaikan kepada umatnya
Asal usul Paulus.

Nama Paulus asalnya Saul, setelah dia memeluk agama Kristian namanya ditukar kepada Paulus. Paulus seorang yang berbangsa Yahudi. Lahir di Tarsus ibukota Cicillia, Asia Minor. Ayahnya seorang saudagar Yahudi romawi yang bernama Kissai dari suku Benyamin. Ibunya juga berketurunan Romawi.

Pendidikan Paulus.

Pada peringkat awal pendidikannya, Paulus dihantar untuk mempelajari dan mendalami agama Yahudi di Jerusalem serta dididik menjadi Rabbi. Setelah tamat pengajian, dia kembali ke Tarsus lalu bekerja sebagai pembantu ayahnya di samping mengajar hukum agama Yahudi kepada bangsanya.
Selain daripada pendidikan Taurat yang dianuti dengan fanatik serta mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadapnya, dia juga mahir dalam bidang pendidikan ala Romawi serta pendidikan dan pengajaran falsafsah Yunani. Dia sendiri penganut fahaman aliran Farisi (Farusyin) yaitu golongan yang sangat anti terhadap ajaran Nabi Isa a.s.
Penentangan Paulus terhadap agama Kristian.

Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s sedang meningkat pengaruhnya, Paulus telah dipanggil ke Juresalem untuk membantu membanteras agama tersebut. Tugas yang diserahkan kepadanya itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Akibatnya banyak pengikut Nabi Isa menjadi mangsa kekejaman dan kerakusannya.
Walau bagaimanapun, agama Nabi Isa tetap berkembang sehingga tidak dapat dibendung malahan ia semakin tersebar dengan luasnya. Oleh yang demikian, jelas bagi kita Paulus adalah seorang penentang yang paling kejam dan keras terhadap ajaran dan pengikut- pengikut Nabi Isa. Berbagai- bagai usaha dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan agama yang dibawa Nabi Isa a.s.

Paulus memeluk agama Kristian.

Menurut keterangan yang lalu, Paulus sangat tegas dalam usahanya untuk menghancurkan agama Kristian. Namun begitu, Paulus yang berkobar- kobar hendak meruntuhkan agama Kristian itu tiba- tiba mendakwa memeluk agama tersebut di samping menyatakan dia sebagai utusan rasul. Apakah muslihatnya?.
Ada yang menceritakan ketika Nabi Isa tidak ada lagi di Palestin, Paulus telah diberi tugas menangkap serta membasmi pengikut Nabi Isa yang lari ke Damsyik. Semasa dalam perjalanan ke sana, di pertengahan jalan tiba- tiba Paulus menyatakan yang dia telah bertaubat. Dia menerangkan bahawa satu peristiwa aneh telah berlaku pada dirinya. Dia ternampak akan cahaya dari langit yang terang di sekelilingnya. Ketika itu dia jadi gementar lalu terdengar satu suara berkata kepadanya:” Wahai Saul kenapa engkau menganiayai aku, engkau lawan murid- muridku sebenarnya akulah yang kau aniayai!” Lalu Paulus menyahut:” siapakah engkau ini ya tuhan?” Maka terdengar oleh Paulus suara sabdaan tuhan itu: “ Akulah Yesus yang engkau aniayai itu. Sukarlah bagimu sekarang ini menghindari dosa”. Selepas peristiwa itu dia segera kembali dari Damsyik dengan sedar dan bertaubat.
Pada mulanya orang-orang Kristian tidak dapat menerima dan mempercayainya. Tetapi oleh kerana kepandaian dan kebijaksanaan dia bergaul serta berbicara dengan mereka, lama- kelamaan mereka dapat juga menerimanya.
Dalam Al-Kitab berlaku percanggahan tentang peristiwa aneh yang terjadi atas diri Paulus. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam “kisah rasul- rasul” didapati bercanggah di antara satu sama lain. Buktinya, dalam “kisah rasul- rasul” fasal 9 menerangkan bahawa orang yang bersama- sama Paulus turut mendengar suara dari langit itu, manakala dalam fasal 22 ada menyebut bahawa mereka tidak mendengar suara tersebut cuma melihat cahayanya sahaja.
Selain itu, satu perkara lagi yang tidak munasabah langsung tentang panggilan “tuhan” terhadap diri Isa. Bagaimana Paulus boleh memanggil diri Isa “tuhan” secara spontan setelah suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Isa, padahal sebelum itu Paulus amat memusuhi Isa a.s. Bahkan perjalanan yang sedang dilakukannya itu pun tidak lain hanya untuk menangkap pengikut- pengikut Isa di Damsyik.
Banyak para pengkaji berpendapat permusuhan Paulus terhadap agama Kristian itulah yang mendesaknya memeluk agama tersebut. Dengan demikian sangat mudah baginya untuk memerangi agama Kristian dengan senjatanya yang baru yaitu meruntuhkan agama tersebut dari dalam dengan merosakan, merubah dasar- dasar dan akidah agama itu.

Penyebaran agama Kristian.

Ekoran daripada peristiwa yang di atas, Paulus dengan terbuka mengaku bahawa dirinya menjadi rasul Isa. Ini menyebabkan Paulus menganggap taraf kerasulan yang dikurniakan kepadanya sama dengan taraf rasul- rasul utama yang lain.
Paulus sebenarnya tidak pernah berguru dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran dari baginda sendiri. Walhal Paulus tidak pernah sekalipun berjumpa atau melihat baginda. Tetapi dia mendakwa dirinya rasul, segala pengajarannya dikatakan daripada wahyu tuhan Isa.
Paulus menyebarkan agama Kristian bukan sahaja di Palestin tetapi di beberapa buah negeri yang jauh seperti Antiogia dan lain- lain, bahkan sampai ke Roma. Setelah banyak orang mula mempercayainya, Paulus mengambil kesempatan ini dengan memasukan perubahan- perubahan ke dalam agama Kristian. Di antaranya: dia mengatakan bahawa Isa Al- Masih itu bukan manusia biasa tetapi beliau anak tuhan yang telah dilahirkan oleh seorang wanita yang suci. Kelahiran beliau juga untuk menebus dosa Nabi Adam dan Hawa serta semua keturunannya. Pelbagai lagi perubahan yang dilakukan Paulus dalam agama Kristian.
Seperti yang diketahui, Paulus mempunyai pengetahuan yang luas dalam kebudayaan dan falsafah Yunani. Dengan demikian dalam diri Paulus terkumpul 2 pengaruh yaitu Yahudi dan Yunani. Selain itu, Paulus mempunyai kepintaran dalam membentuk suatu agama agar dapat diterima oleh semua bangsa, sedangkan agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa hanya untuk bangsa Yahudi sahaja. Manakala Paulus memindahkannya kepada seluruh bangsa. Bagi menarik orang Yahudi dan bukan Yahudi pada ajaran baru itu, Paulus telah mengadunkan beberapa ajaran Yahudi dan falsafah Yunani ke dalamnya. Setelah itu berduyun- duyun orang barat yang bukan bangsa Yahudi memeluk agama Kristian namun orang timur pula menjauhkan diri daripadanya. Hal ini diakui sendiri oleh Paulus dalam risalah epada muridnya Timotius. (Timotius 1:15)
Oleh sebab itu agama Kristian yang dibentuk Paulus bertukar daripada agama timur kepada agama barat sehingga pusat agama itu sendiri terletak di sebelah barat,iaitu Rom, padahal ia muncul di timur,iaitu Jerusalem.
Dalam erti kata yang lain, Paulus pandai menggunakan serampang mata semata- mata untuk menarik semua bangsa manusia kepada ajarannya. Pelbagai pendekatan digunakan olehnya. Ditegaskan bahawa Paulus memasukkan beberapa ajaran Yahudi untuk menarik bangsa Yahudi ke dalam agamanya, mengambil falsafah Yunani untuk menarik orang Yunani dan mengumumkan bahawa Isa adalah penyelamat, pembebas dan lain-lain untuk menarik penganut ajaran Mithras dan Cybele. Tidak cukup dengan itu, Paulus juga berusaha menarik perhatian golongan terpelajar dengan meminjam idea- idea dan pemikiran ahli falsafah Yunani, terutama daripada Philo. Resapan falsafah Philo dalam pemikiran Paulus dapat dilihat melalui istilah-istilah keagamaan yang sering digunakan sehingga sekarag kini seperti anak sulung tuhan, pengantara tuhan dan manusia, bayang- bayang tuhan dan sebagainya.
Dengan demikian jelas bagi kita Paulus merupakan sumber penting agama Kristian yang ada sekarang, walaupun agama ini disebut sebagai ajaran Isa tetapi hakikatnya ia sudah diubah oleh Paulus. Dia yang bertanggungjawab mencorak dan mengubah agama ini.
Saripati ajaran yang dibentuk oleh Paulus adalah seperti berikut:

1) Agama Kristian adalah untuk semua bangsa bukan untuk Bani Israil sahaja, padahal Nabi Isa diutuskan Allah hanya untuk Bani Israil.
2) Konsep ketuhanan.
Menurut Paulus tuhan mempunyai tiga peribadi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Perbincangan tentang ketuhanan dalam agama Kristian sampai sekarang belum selesai, semakin dibincangkan semakin keliru dan tidak mendapat kata putus.
3) Inkarnasi.
Menurut Paulus Isa telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud. Dengan demikian, Paulus telah menegaskan bahawa Isa adalah anak Yusuf dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis dalam Matius. (Matius 1: 1- 16)
4) Dosa warisan.
Pada pandangan Paulus manusia sepatutnya hidup kekal di syurga tetapi kerana dosa Adam dan Hawalah semua Manusia berada di bumi. Dengan itu semua manusia yang lahir ke dunia menanggung bebanan dosa yang dilakukan oleh mereka berdua. Lalu Isa dianggap sebagai penebus bagi dosa tersebut.
5) Penyaliban dan penebusan.
Menurut Paulus lagi, Nabi Isa menyerahkan dirinya untuk dikorbankan sehingga disalib bagi menebus dosa manusia yang diwarisi oleh Nabi Adam. Setiap harus beriman dengan penyaliban dan penebusan dosa agar memperolehi kehidupan yang kekal dan kembali pada hari kiamat.
6) Konsep kebangkitan.
Isa bangkit semula dari alam kubur selepas tiga hari dikebumikan. Beliau terus naik ke langit serta duduk di kanan bapanya untuk memerintah manusia. Semua orang mesti mempercayai bahawa Nabi Isa bangkit dan hidup kekal supaya mereka juga akan beroleh kehidupan yang kekal.
7) Tuhan Yesus.
Paulus menegaskan dengan yakin bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Dengan adanya dasar ini, maka lahirlah prinsip triniti yang menetapkan tuhan itu terdiri daripada tiga peribadi, Allah bapa, Allah anak dan roh kudus.
Kesemua ajaran-ajaran di atas ini adalah yang ditunjukkan oleh Paulus, dia yang bertanggungjawab terhadap semua itu. Segala ajaran- ajaran tersebut adalah bohong belaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Paulus dalam surat kepada jemaah di Roma
seperti berikut: “ Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaanNya, mengapa aku masih dihakimi lagi orang berdosa?” (Roma 3:7)
Jelaslah sekarang Paulus sebenarnya seorang pendusta. Dia sendiri yang membuat pengakuan sedemikian.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates