Followers

Pages

Monday, February 23, 2009

Happy Birthday Ain...




Birthday Ain ni disambut masa hari sabtu jam 12.00 pagi kot (28.2.2009)..so maknanya hari jadi dia hari Ahad...cenggitu kerr??ermm abaikan..hehehe..Masa sambut hari jadi ni kita baru jer balik daripada Sekolah Engku Husin..pastu baru habis juga daripada main hujan..hehehe yang tajuk "aku, petir dan bus stop burhan"..sapa baca dia tahu laa kot...malam tu plak nak sambut besday Ain...hehehe seronok gak sambut kat Gearbox..




Dari kiri..Lina, Ain (empunya badan yang menyambut besday), Semestinya saya sendiri (fiza),Ida dan Nadia..



Barisan lelaki takderr kot..sebab Afiq lupa nak ambik kot..hehehe..


En.Afiq and his secret


lepas habis potong kek tetiba Ain nak tahu tentang pasangan masing-masing..so kat sini aku dan Nadia selamat sebab kami sememangnya tiada kontroversi..(Jangan jeles)..Tapi sebenarnya Ain ni nak korek rahsia Afiq kot..huhuhu...aku sendiri tak tahu apa rahsia sebenar Afiq ni..Mereka membincangkan isu yang sedang hangat..hehehe hangat-hangat tahi ayam jerr kot..Aku yang tak tahu hanya buat-buat tak tahu jerr laa..hahaa...Tapi yang penting rahsia ni menyebabkan afiq jadi seakan blur dengan soalan yang sentiasa diajukan..macam kene blame jerr...(Kesian plak ngan dia..) Bagi aku rahsia ada yang boleh dikongsi dan ada yang sukar untuk dikongsi bersama...apa-apa pun yang penting semestinya pandai bawa diri dalam hidup diorang..betul..betul..betul..


Ini antara yang hadir masa Harijadi Ain..barisan lelaki takyah laa nak diperkenalkan..masing-masing dah ada..hehehe jangan marah kalau baca...ooppss silap ada yang sedang single kat sini...hehehe..

So ini lah sedikit sebanyak yang dapat diceritakan masa "hari kejadian"..yang nak sambut harijadi Ain..tapi yang blur Afiq..hahaha..Well harap Ain sentiasa dengan "ain"..apa maknanya???sendiri cari...hahaha



Wassalam


Saturday, February 21, 2009

Aku, petir dan bus stop Burhan..ngeri

Sabtu 21.2.2009... Balik jerr dari program Fasilitator Jati Diri sekolah Engku Husain hujan terus lebat..mula-mula sampai jer bus stop Burhan yang dekat PK tu terus turun bas dan lari pecut sebab takut hujan turun...Nak dijadikan cerita...baru nak menyeberang jalan...hujan tetiba turun dengan lebat..biasa kan hujan gerimis dulu baru lebat..apa lagi..terus patah balik ke station bas tadi..guruh dan petir sentiasa sambut menyambut..kilat pancar memancar..aku seorang jer yang kat bus stop Burhan tu...terpaksa tutup telinga...Kelemahan aku nie sebenarnya takut kilat, guruh dan petir..biasa kalau berlaku macam nie aku peluk bantal panjang...bukan terus tidur tapi setakat tutup telinga tak nak dengar bunyi guruh yang kuat..tak pun kenerr peluk something...hati masa tue berderau bila guruh kuat berbunyi..Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku masa kat bus stop tue...

Tetiba turunlah seorang lelaki cina dari bas zon 6 yang baru balik dari Megamall (ada buat temuramah sikit dengan dia) dan terus berteduh bawah bas stop Burhan...mana taknya kalau redah dia tempah maut..so dia call kawan dia suruh turun ambil dia..Aku bertambah ngeri sebab petir tengah memancar...so aku pernah dengar kalau petir or guruh ada jangan call sebab petir boleh menyambar..masa tue rasa ingat mati jerr baca selawat, macam-macam laa...hahaha..so selang beberapa minit kawan lelaki cina tu pun datang membawa payung yang hanya muat diri dia jerr..tapi kesian dia..Dia nak selamatkan kawan dia tapi diri sendiri basah..Dia sendiri terpaksa berteduh kat bas stop tue...

Aku dengan muka tembok pun tegur laa..."Why you tak bawak payung pasar"..."kan besar...hehhehe"..dari situ kitorang borak ala kadar sebab banyak sangat bunyi guruh...air hujan dah membanjiri bas stop Burhan..so apa lagi terpaksa panjat bangku...kalau tengok gelagat kitorang bertiga dah macam merempat..hahaha kelakar plak..Hujan plak tu ikut arah angin so terpaksa laa cina tue bukak payung dan menghalang air renjisan hujan dari arah kiri kami...kenderaan yang lalu lalang mesti tgk kami punya...sebab kami berdiri kat bangku dah macam kenerr hukuman dari pengetua kolej...

Akhirnya hujan reda so kami cepat2 blah dengan kadar segera..ujian datang lagi bila aku yang pakai stokin ni meredah "sungai" tepi jalan..mana tak nya air hujan mengalir deras .punya laa banjir besar...so kain kurung aku dah boleh basah sangat...hahaha..

Malam tue plak sambut besday Ain...itulaa serba sedikit kisah aku dan bus stop burhan..

Program fasilitator Jati Diri SMK Engku Husain, Semenyih

Ini cerita serba sedikit tentang pengalaman aku menjadi fasilitator di Sekolah Engku Husain pada hari Sabtu (21.2.09)..Apa yang seronoknya diorang nie sentiasa bersaing dengan lelaki dan perempuan nak tunjuk terer saperr yang paling aktif..semua cool..kira2 130 lebih pelajar yang kami barisan fasilitator kena conduct..Banyak slot yang terpaksa dipendekkan dan dibuang sebab mengejar masa yang sangat cepat meninggalkan kami....

Ini semasa slot menyanyi lagu senyum...masing-masing tunjuk suara merdu..huhuhu


Kumpulan 8 kumpulan saya..


Kami ada trademark..nak tahu???

Wonderpet..wonderpet kami datang..
Apa yang penting kerjasama...
Chaiyok..chaiyok..
Allah Akhbar..


Dari kiri Afiq Ikmal, Naqiuddin (Ketua Aspura), Arif, Syafiq..

hehehe...comei tak diorang nie..tapi aku tabik dengan ketua aspura dia nie sebenarnya nak tema Jihad tapi aku yang tak tau nak wat trademark jihad..so aku guna wonderpet..Nak jadi citerr ada plak kumpulan lain yang guna tema yang sama...Yang lain semua malu...mungkin aku takder adik beradik lelaki so aku rasa sayang plak dengan diorang nie...
kalau yang nie susah nak kenalkan..ramai sangat...hehehe..kalau boleh ingat..Dari kanan. Asma, Azlina, Ayu, Erin, dan Aliya...

Diorang ni lagi pemalu yang paling kanan tu ada asma..nama pun Asma..paling comel dialahh..kecik jer budaknya..tapi ingatan dia kuat..tu masa kene ingat lirik lagu..erin tu plak peramah..naik segan plak..well apa-apa pun diorang the best for me..


Ini antara program yang dijalankan iaitu Muhasabah Diri..Ini antara ragam pelajar perempuan bila tiba slot sebegini..masing-masing kesedihan dan menangis bila mengingatkan mereka tentang ibu bapa mereka.. Tapi ada seorang pelajar perempuan yang betul2 baik..dia jujur menyatakan pada ibunya "Ibu terima kasih lahirkan saya" lelaki semua ego kecuali seorang pelajar lelaki yang mana dia telah merasai erti sebuah kehilangan. Dia dah kematian bapa mungkin itu buat emosi sedih dia bertambah bila diingatkan tentang ibu dan bapa dia. Ada juga pelajar yang merundum sedih akibat putus cinta..huh tu yang tak ley terima tue..hehehe


Ini antara barisan Fasilitator perempuan...kalau yang nie memang tak ley nak perkenalkan..ramai sangat..tapi tu semua senyum kambing...hahaha

Ini pulak Mail yang syok sendiri dengan celotehnya...tapi Mail pandai ambik hati pelajar..celoteh dia memang best..
Tu jerr sedikit sebanyak tentang program fasilitator..





En

Saturday, February 14, 2009

Tanda kucing sakit mental


Tanda-tanda kucing kesayangan anda menghadapi sakit mental yang mendadak...

1) Kucing anda selalu rasa tidur macam nie mampu melawaskan pembuangan air besar.

2) Merasakan diri dia adalah yang paling macho dikalangan kucing lain. Walaupun gaya rambut tak menawan kucing betina

3) Kucing anda menghadapi masalah untuk bangun tidur. Sentiasa terperanjat apabila di bangunkan..cakap jer laa malas nak bangun...kan senang..

4) Tengkuk kucing anda merasakan dunia dah terbalik..Kiamat!!! tu yang boleh kucing kata kalau dia bersuara..sebenarnya kucing ni nampak cicax kat celah almari...

5) Merasakan bahawa berat badan kucing anda sentiasa meningkat walaupun anda hanya bagi kepala ikan sahaja..hehehe ini bermakna kucing anda dalam seminggu akan menjadi "fishball"..



6) Kucing anda sentiasa merasakan fikiran terlalu sempit dan keliru kerana kebisingan yang melanda..so jalan mudah ambil mangkuk yang sama saiz muka tutuplaa telinga..baru boleh berfikir dengan tenang



7) Kucing anda merasakan tersepit dalam hidup..walaupun sebenarnya sengaja menyepitkan diri..itu bukti kucing anda harus di kurung agar tak menyusahkan anda



8) Kucing anda sentiasa di permainkan oleh binatang yang seharusnya menjadi protein bagi kucing anda..Ini menjadikan rumah anda di kelilingi tikus kerana pemikiran kucing anda telah dikawal oleh tikus..hahaha kuasa baru tikus bakal kembali

9) Kucing anda sentiasa menjadikan anjing sebagai sahabatnya walaupun anjing itu ada konspirasi yang membahayakan..jaga-jaga sebelum terlewat..


10) Kucing anda sentiasa berada dalam keadaan takut..seolah2 melihat sesuatu yang amat digeruni seperti melihat hantu anda sendiri...ketakutan kucing anda membuatkan kucing anda mempunyai ketinggian darah tinggi yang mendadak..




11) Anda akan perasan bahawa kucing anda terlalu pemurah untuk memberikan susu badannya pada binatang yang seharusnya menjadi hidangan tengahari untuk kucing anda..Mungkin ini adalah antara tanda2 buang tebiat yang yang paling besar ada pada kucing anda..
Kesimpulannya anda harus memberikan kucing anda keselesaan agar kucing anda terjamin daripada sebarang sakit mental..Sekiranya ada tanda2 sebegini berilah kucing anda kasih sayang yang penuh berharga agar kucing anda rase dia adalah yang terbaik untuk anda..

Friday, February 13, 2009

Field Work majalah remix (Rabu 11.2.09)

Dari kiri: Kak eja, kak Izzatul, Editor Remix Kak Asyikin, Cax, aku (fiza 09).


Ini gambar yang kami ambil semasa kami mambuat field work kat Syarikat Utusan di Bandar Baru Bangi. Kak asyikin agak sempoi bila kami bertanya tentang unsur dakwah yang ada dalam majalah remix, Tapi ulasan yang diberikan agak tak kena pada jawapan yang kami kehendaki. Tapi yang penting kami dapat siapkan laporan yang bakal dibentangkan pada rabu hadapan iaitu 18.2.009. Kami bertanyakan pelbagai soalan yang menarik untuk dikupas.. tentang akta, konsep, penambahan ruangan tentang Islam dan sebagainya. Kira kami dah macam wartawan profesional. Lagi-lagi cak laa..nasib baik dia banyak bertanya kalau tak interview dah jadi mesyuarat PMFPI lak..hahaha



Tak yah laa nak perkenal kan lagi kan...Cuma yang nak diperkenalkan adalah yang tengah tue.. itu merupakan Editor majalah al-Islam. Kalo kami tahu ada gak editor majalah al-Islam kami cuma wat temujanji dengan dia jer laa..sebab dia ada kaitan dengan field work kami dari jabatan dakwah. Kemungkinan besar segala persoalan kami tentang dakwah dalam media cetak ni lebih mendapat input yang besar dari beliau..tapi kami dah wat temujanji dgn Kak Asyikin. .tapi overall kami semua puas hati. Di sini semua pekerjanya sporting..last sekali kami bergambar dan kami diberikan majalah remix dua keluaran yang bakal datang..untungnya...hahaha kepada yang kat luar tu tak yah laa jeles..kalo nak pinjam cakap laaa kami akan kenakan kadar faedah yang berpatutan...hahaha

Thursday, February 12, 2009

Lawatan ke Karangkraf





Semasa hari selasa 10 Feb.2009.. Kami ada lawatan ke Karangkraf. Ini antara jabatan kami dari modul komunikasi tahun dua..Pengajian dakwah dan kepimpinan




Ini senior photograp.. nama dia Abd Malik Abdullah..masa sesi penerangan dia ni dah macam pensyarah lak..hehehe nasib baik ada tempoh masa kalo tak tertidur kot..huuhuhu



Ini antara lukisan ghayor..Nasib baik dia sporting..kalo tak mesti dia fikir menciplak plak..hehehhe kat sini ada padi gak..tapi padi pendiam..




Kat karangkraf kami berjumpa dengan Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.. Panjangnya nama dia.. Semua orang mesti kenal dia..dia ni laa yang wanita asia dan Islam yang pertama yang melakar nama dengan merentasi benua Artik dan Antartika..Muka dia putih sesangat..kami bernasib baik sbb sempat bergambar.. datin juga buat promotion tentang M.E.P.S Concept. huh tabik betul aku dengan beliau..

Dia ni merupakan pengasas kepada Karangkraf..Karangkraf yang diasaskan sekarang mempunyai tenaga kerja hampir seribu tiga ratus. Majalah yang dibawah karangkraf mempunyai 29 majalah termasuk majalah yang bakal dipromosi pada 20. Feb ini. Apa yang best tentang Dato ni dia merupakan anak kelahiran kelantan yang dahulu hidupnya miskin. Bapanya seorang peniaga kedai buku dan beliau dilahirkan dengan minat suka membaca sebab bagi beliau membaca itu dapat mengubah hidup dirinya.. Dia juga merupakan pelajar lepasan graduan UKM..so kesimpulannya bukanlah kemiskinan itu menghalang kejayaan..

Inilah antara sedikit sebanyak tentang lawatan yang di buat...cukup memberikan input yang mendalam tentang media cetak..

Monday, February 9, 2009

Doakan kucingku...

Hari ini 9.2.2009 bersamaan hari Isnin. Lima minit jam menunjukkan pukul 12.oo malam. Kakak aku bagi mesej kucing aku dah nazak..aku tak mampu nak buat apa2. Doa jerr yang aku mampu berikan..Tolong jangan ambil nyawa kucing tu. Aku sayang dia. Aku harap sangat dapat jumpa dia sebelum dia mati. Aku merayu padaMu ya Allah..Kepada semua pembaca blog doakan kucing aku...

Sunday, February 8, 2009

Kucingku jadi kenangan..gara2 jiran

Ni laa kucing yang paling aku sayang...nak tahu tak dari mana kucing nie datang..masa tu dia kat tepi jalan..ibu kesayangan aku yang ambik. mak kata masa nak balik kejer..kucing ni mengiow ikut mak aku...so mak aku bawak laa dia balik..masa tue aku balik sekolah jerr tetiba ada kucing baru...wahhhh bestnya..kalo tgk gambar dia tak comei kan...tapi kalo tgk yang sebenarnya dia kucing paling bulat pernah aku ada. pipinya gebu.. Tapi kenapa owang buang dia..


Dia membesar2 dan membesar akhitnya dia jadi kitorang punya partner untuk bermain..biasa laa kalo kucing mainan dia apa..so kitorang join jerr..Tapi nyawa semua makhluk ada pada Allah. Allah yang menentukan hidup mati manusia dan makhluk yang lain. Nak dijadikan cerita masa tue mak aku g kenduri umah jiran lepastu jiran aku pun pergi juga. Dia jumpa mak aku. Dia kata "jaga laa sikit kucing tue dia makan anak ayam saya". Mak aku balik suh tgkkan kucing tue..Nak tgk macamnerr kitaorang adik beradik semua sekolah..Jadi nak selamatkan kucing tue daripada dipukul jiran kami pun kurung kucing kami kat kandang ayam..Dia diam jerr tak mengiow pun nak keluar..Petang tue kami lepaskan..


Esoknya kami tak kurung sebab kasihan. mana taknya kucing tu kami adik beradik semua sayang..bapak aku yang anti kucing pun boleh jadi sayang..emak aku lagi laa time kucing tu kenerr kurung sibuk jerr cakap "pergi tgk kat luar tue kucing tue ok tak"..so malam tue laa ajal dia..Dia balik dalam keadaan mengejutkan. Dia balik terus pergi bilik mak bapak aku. Dia tak mampu nak naik tangga masa tu ..cuma dua anak tangga jerr tapi dia rebah..masa tue dia kuatkan semangat untuk pergi bilik menyorok. Dia pergi belakang almari. mak dan bapa aku yang tgh tgk berita jadi cemas..bayangkan dia menyorok kat almari yang besar. almari yang susah nak di alihkan. jadi kami berempat pergi alihkan. Punyalah tak larat nak alihkan...semua nie semata-mata kucing kesayangan kami. tapi masa kami nak ambil dia tiba-tiba dia lari lagi.. Tapi larian dia tak selaju dahulu..Mulutnya dah berbuih. kami ambil dia dan bawak ker bawah..bapak aku ambil air putih untuk keluarkan racun dari mulut dia. Tetiba apa yang kami tgk dia dah tak bergerak. Matanya jadi ungu..kami semua menjerit. mak dan ayah aku pun nangis. adik beradik kami semua nangis. Dia dah tak gerak...bapa aku pergi korek lubang untuk tanam sebab takut dia membusuk cepat. Racun tu banyak keluarkan buih. Matanya berair mukanya cengkung semuanya kesan racun tue. Mak aku kata jiran aku ada bgtahu dia tak nak kucing tu ada kat umah dia..sbb kucing tu makan anak ayam dia..bagi aku tue jiran paling bodoh pernah aku nampak..ingat kucing ni boleh pakai nasihat kerr..ingat kucing ni macam manusia tahu baik buruk. Yang paling bodoh tue buat apa dia lepaskan anak ayam tue. Kalo kucing aku tak makan anak ayam tu dah yentu biawak yang makan...


malam tue aku terlalu ikut emosi aku nak pergi jumpa jiran aku tue. Aku dah siap nak g perang..Tapi mak aku tahan aku. Dia kata sabar..Kakak aku siap nak ikut aku lagi..Tapi tue laa serba sedikit kisah kucing aku yang mati di racun oleh jiran aku yang tak punya kasih sayang pada makhluk yang lain.. Sekarang nie kucing kat umah aku ada 11. Semua nya comei2. Macam2 nama aku bagi. Seekor kucing kami bg 5 hingga 7 nama..siap buat lagu lagi tue untuk kucing kami tu. Kucing kami pandai bila panggil nama dia dia datang..tapi hari ini 8.2.009 aku terima berita buruk. Kucing aku jatuh sakit..Doakan kucing aku sembuh. Nama kucing aku yang sakit tue kaituk kaitek tuit2. kakak aku kata dia dah tak makan sejak 3 hari

Saturday, February 7, 2009

About me...

Nama: Nak nama panjang ke..nama pendek..Nama pertengahan laa..Noor Hafizah
Umur: Segan laa nak cakap..21 tahun
Tempat tinggal: Kat bumi spesifik kat rumah..didalam sebuah kampung diberi nama kampung
Kanchong Darat
Status: HEhehe kalo dah baca blog pasal kita tentu tahu..
Tarikh lahir: 30.07.1988
Feveret movie : Yang ada aksi dan mencabar..citer2 inggeris..bukan tak nak support our local
sbb tak best nak wat camnerr...asik jiwang karat jerr..
Feveret food: Semua yang halal Selain anjing dan babi serta keturunannya.
feveret drink: Susu n tea ais
Hobi: Banyak sampai tak tersenarai
Saiz kasut: 5 kot..
Saiz seluar: Tak pesti..huhuhu
Wana feveret: Putih, Oren, n hijau tua
Belajar kat ner: Skang kat UKM insyaAllah ada rezeki 2010-2011 aku bergelar graduan.
Amik kos apa: Kos Islamic studies Modul komunikasi
Cita2: Panjnag kisah nya..alkisah bermula apabila pilihan pertama aku untuk
mengambil jurusan undang2 di UIA tak tercapai. Pilihan kedua aku nak jadi
pakar Ekonomi di
UIA pun tak tercapai. Ini rasanya pilihan yang takderr dalam senarai pilihan.
Pilihan ke enam kot
Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka t ida k bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". . Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang t ida k menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

PEMINUM ARAK

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya.. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, l ida h mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan l ida h mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan l ida h itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukitdan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini t ida k mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Wallahua'lam.

Syahidnya Hasan Al-Banna kerana Ikhwanul Muslim..

SYAHIDNYA HASAN AL-BANNA

Imam Hasan al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajalnya. Hidupnya tiada rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12 Februari, 1949 di Kaherah ketika berumur 43 tahun.

Syeikh Muhammad al-Ghazali, seorang ulama’ besar Mesir telah memuji Hasan al-Banna dengan berkata demikian : “ Peluru telah menembusi jasad Hasan al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolat dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“ Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan “.
Pada awal abad ke 20, Hasan al-Banna mendirikan Al-Ikhwan al-Muslimin di Isma’iliyah, Mesir. Ia merupakan sebuah gerakan pertama di dunia Islam yang menjadi organisasi massa ( Syafiq Mughni 1999 : 195 ). Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Gerakan ini bukan sahaja merebak di Mesir, malah telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan ini juga telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab. Kelahiran Hasan al-Banna menjadikan arah politik berdasarkan Islam. Beliau mempunyai visi dan pemikiran yang tersendiri. Untuk mengetahui siapakah Hasan al-Banna, kertas kerja ini akan menjelaskan latar belakang kehidupan dan pemikiran beliau yang berkaitan dengan dakwah Islamiah supaya roh Islam terus tertegak di mata dunia.
PENUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN

Pada bulan Zulkaedah 1347, bersamaan bulan Mac 1927, enam orang sahabat telah datang menemui Hasan al-Banna ( Wan Jaffree bin Wan Sulaiman 1990 : 157 ). Mereka begitu tertarik sekali dengan ceramah-ceramah yang diberikan oleh Hasan al-Banna. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah berbincang mengenai cara-cara untuk menjalankan dakwah Islamiah. Wajah sahabat-sahabat tadi menggambarkan keazaman yang kuat untuk berdakwah di jalan Allah. Mereka berkata kepada Hasan al-Banna :

“ Kami telah mendengar ceramah awak. Kami telah berfikir mengenainya dengan begitu mendalam sekali. Kami sangat tertarik dengannya tetapi kami tidak tahu cara untuk bertindak dengan berkesan. Darah yang mengalir dalam urat saraf kami ini adalah darah yang panas. Kami memiliki Iman dan maruah. Awaklah yang lebih tahu cara yang paling baik untuk kami memberi sumbangan kepada Islam, umat Islam dan negara. Kami datang untuk menyerahkan segala milik kami agar kewajipan kami kepada Allah terlaksana. Awaklah yang akan memimpin kami. Kumpulan yang berjuang untuk Islam sahaja layak menerima kejayaan walaupun ianya kecil dan kelengkapannya kurang “.

Kata-kata mereka itu telah menyedarkan Hasan al-Banna bahawa beliau tidak boleh melepaskan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahunya. Maka beliau dan keenam-enam sahabat tadi telah bersumpah setia untuk hidup sebagai saudara antara satu sama lain, bekerja untuk Islam dan melancarkan jihad untuk kegemilangan Islam. Maka wujudlah pertubuhan ‘ Al-Ikhwanul Muslimin ‘ dengan kerjasama enam orang sahabat tadi.

Siapa Paulus? pencipta agama Kristian...

PENDAHULUAN

Tidak lengkap rasanya agama Kristian jika kita tidak mengenali Paulus dengan lebih dekat. Setiap perbincangan mengenai agama Kristian disentuh pasti Paulus juga akan dikaitkan. Siapakah Paulus sebenarnya?. Para penyelidik berpendapat bahawa Paulus merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paulus sendiri. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya seperti prinsip- prinsip, dasar agama dan upacara- upacara adalah ditetapkan oleh Paulus juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam menggubal pegangan penganut- penganut agama tersebut. Dengan kata lain, agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paulus, bukan seperti yang diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s untuk disampaikan kepada umatnya
Asal usul Paulus.

Nama Paulus asalnya Saul, setelah dia memeluk agama Kristian namanya ditukar kepada Paulus. Paulus seorang yang berbangsa Yahudi. Lahir di Tarsus ibukota Cicillia, Asia Minor. Ayahnya seorang saudagar Yahudi romawi yang bernama Kissai dari suku Benyamin. Ibunya juga berketurunan Romawi.

Pendidikan Paulus.

Pada peringkat awal pendidikannya, Paulus dihantar untuk mempelajari dan mendalami agama Yahudi di Jerusalem serta dididik menjadi Rabbi. Setelah tamat pengajian, dia kembali ke Tarsus lalu bekerja sebagai pembantu ayahnya di samping mengajar hukum agama Yahudi kepada bangsanya.
Selain daripada pendidikan Taurat yang dianuti dengan fanatik serta mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadapnya, dia juga mahir dalam bidang pendidikan ala Romawi serta pendidikan dan pengajaran falsafsah Yunani. Dia sendiri penganut fahaman aliran Farisi (Farusyin) yaitu golongan yang sangat anti terhadap ajaran Nabi Isa a.s.
Penentangan Paulus terhadap agama Kristian.

Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s sedang meningkat pengaruhnya, Paulus telah dipanggil ke Juresalem untuk membantu membanteras agama tersebut. Tugas yang diserahkan kepadanya itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Akibatnya banyak pengikut Nabi Isa menjadi mangsa kekejaman dan kerakusannya.
Walau bagaimanapun, agama Nabi Isa tetap berkembang sehingga tidak dapat dibendung malahan ia semakin tersebar dengan luasnya. Oleh yang demikian, jelas bagi kita Paulus adalah seorang penentang yang paling kejam dan keras terhadap ajaran dan pengikut- pengikut Nabi Isa. Berbagai- bagai usaha dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan agama yang dibawa Nabi Isa a.s.

Paulus memeluk agama Kristian.

Menurut keterangan yang lalu, Paulus sangat tegas dalam usahanya untuk menghancurkan agama Kristian. Namun begitu, Paulus yang berkobar- kobar hendak meruntuhkan agama Kristian itu tiba- tiba mendakwa memeluk agama tersebut di samping menyatakan dia sebagai utusan rasul. Apakah muslihatnya?.
Ada yang menceritakan ketika Nabi Isa tidak ada lagi di Palestin, Paulus telah diberi tugas menangkap serta membasmi pengikut Nabi Isa yang lari ke Damsyik. Semasa dalam perjalanan ke sana, di pertengahan jalan tiba- tiba Paulus menyatakan yang dia telah bertaubat. Dia menerangkan bahawa satu peristiwa aneh telah berlaku pada dirinya. Dia ternampak akan cahaya dari langit yang terang di sekelilingnya. Ketika itu dia jadi gementar lalu terdengar satu suara berkata kepadanya:” Wahai Saul kenapa engkau menganiayai aku, engkau lawan murid- muridku sebenarnya akulah yang kau aniayai!” Lalu Paulus menyahut:” siapakah engkau ini ya tuhan?” Maka terdengar oleh Paulus suara sabdaan tuhan itu: “ Akulah Yesus yang engkau aniayai itu. Sukarlah bagimu sekarang ini menghindari dosa”. Selepas peristiwa itu dia segera kembali dari Damsyik dengan sedar dan bertaubat.
Pada mulanya orang-orang Kristian tidak dapat menerima dan mempercayainya. Tetapi oleh kerana kepandaian dan kebijaksanaan dia bergaul serta berbicara dengan mereka, lama- kelamaan mereka dapat juga menerimanya.
Dalam Al-Kitab berlaku percanggahan tentang peristiwa aneh yang terjadi atas diri Paulus. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam “kisah rasul- rasul” didapati bercanggah di antara satu sama lain. Buktinya, dalam “kisah rasul- rasul” fasal 9 menerangkan bahawa orang yang bersama- sama Paulus turut mendengar suara dari langit itu, manakala dalam fasal 22 ada menyebut bahawa mereka tidak mendengar suara tersebut cuma melihat cahayanya sahaja.
Selain itu, satu perkara lagi yang tidak munasabah langsung tentang panggilan “tuhan” terhadap diri Isa. Bagaimana Paulus boleh memanggil diri Isa “tuhan” secara spontan setelah suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Isa, padahal sebelum itu Paulus amat memusuhi Isa a.s. Bahkan perjalanan yang sedang dilakukannya itu pun tidak lain hanya untuk menangkap pengikut- pengikut Isa di Damsyik.
Banyak para pengkaji berpendapat permusuhan Paulus terhadap agama Kristian itulah yang mendesaknya memeluk agama tersebut. Dengan demikian sangat mudah baginya untuk memerangi agama Kristian dengan senjatanya yang baru yaitu meruntuhkan agama tersebut dari dalam dengan merosakan, merubah dasar- dasar dan akidah agama itu.

Penyebaran agama Kristian.

Ekoran daripada peristiwa yang di atas, Paulus dengan terbuka mengaku bahawa dirinya menjadi rasul Isa. Ini menyebabkan Paulus menganggap taraf kerasulan yang dikurniakan kepadanya sama dengan taraf rasul- rasul utama yang lain.
Paulus sebenarnya tidak pernah berguru dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran dari baginda sendiri. Walhal Paulus tidak pernah sekalipun berjumpa atau melihat baginda. Tetapi dia mendakwa dirinya rasul, segala pengajarannya dikatakan daripada wahyu tuhan Isa.
Paulus menyebarkan agama Kristian bukan sahaja di Palestin tetapi di beberapa buah negeri yang jauh seperti Antiogia dan lain- lain, bahkan sampai ke Roma. Setelah banyak orang mula mempercayainya, Paulus mengambil kesempatan ini dengan memasukan perubahan- perubahan ke dalam agama Kristian. Di antaranya: dia mengatakan bahawa Isa Al- Masih itu bukan manusia biasa tetapi beliau anak tuhan yang telah dilahirkan oleh seorang wanita yang suci. Kelahiran beliau juga untuk menebus dosa Nabi Adam dan Hawa serta semua keturunannya. Pelbagai lagi perubahan yang dilakukan Paulus dalam agama Kristian.
Seperti yang diketahui, Paulus mempunyai pengetahuan yang luas dalam kebudayaan dan falsafah Yunani. Dengan demikian dalam diri Paulus terkumpul 2 pengaruh yaitu Yahudi dan Yunani. Selain itu, Paulus mempunyai kepintaran dalam membentuk suatu agama agar dapat diterima oleh semua bangsa, sedangkan agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa hanya untuk bangsa Yahudi sahaja. Manakala Paulus memindahkannya kepada seluruh bangsa. Bagi menarik orang Yahudi dan bukan Yahudi pada ajaran baru itu, Paulus telah mengadunkan beberapa ajaran Yahudi dan falsafah Yunani ke dalamnya. Setelah itu berduyun- duyun orang barat yang bukan bangsa Yahudi memeluk agama Kristian namun orang timur pula menjauhkan diri daripadanya. Hal ini diakui sendiri oleh Paulus dalam risalah epada muridnya Timotius. (Timotius 1:15)
Oleh sebab itu agama Kristian yang dibentuk Paulus bertukar daripada agama timur kepada agama barat sehingga pusat agama itu sendiri terletak di sebelah barat,iaitu Rom, padahal ia muncul di timur,iaitu Jerusalem.
Dalam erti kata yang lain, Paulus pandai menggunakan serampang mata semata- mata untuk menarik semua bangsa manusia kepada ajarannya. Pelbagai pendekatan digunakan olehnya. Ditegaskan bahawa Paulus memasukkan beberapa ajaran Yahudi untuk menarik bangsa Yahudi ke dalam agamanya, mengambil falsafah Yunani untuk menarik orang Yunani dan mengumumkan bahawa Isa adalah penyelamat, pembebas dan lain-lain untuk menarik penganut ajaran Mithras dan Cybele. Tidak cukup dengan itu, Paulus juga berusaha menarik perhatian golongan terpelajar dengan meminjam idea- idea dan pemikiran ahli falsafah Yunani, terutama daripada Philo. Resapan falsafah Philo dalam pemikiran Paulus dapat dilihat melalui istilah-istilah keagamaan yang sering digunakan sehingga sekarag kini seperti anak sulung tuhan, pengantara tuhan dan manusia, bayang- bayang tuhan dan sebagainya.
Dengan demikian jelas bagi kita Paulus merupakan sumber penting agama Kristian yang ada sekarang, walaupun agama ini disebut sebagai ajaran Isa tetapi hakikatnya ia sudah diubah oleh Paulus. Dia yang bertanggungjawab mencorak dan mengubah agama ini.
Saripati ajaran yang dibentuk oleh Paulus adalah seperti berikut:

1) Agama Kristian adalah untuk semua bangsa bukan untuk Bani Israil sahaja, padahal Nabi Isa diutuskan Allah hanya untuk Bani Israil.
2) Konsep ketuhanan.
Menurut Paulus tuhan mempunyai tiga peribadi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Perbincangan tentang ketuhanan dalam agama Kristian sampai sekarang belum selesai, semakin dibincangkan semakin keliru dan tidak mendapat kata putus.
3) Inkarnasi.
Menurut Paulus Isa telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud. Dengan demikian, Paulus telah menegaskan bahawa Isa adalah anak Yusuf dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis dalam Matius. (Matius 1: 1- 16)
4) Dosa warisan.
Pada pandangan Paulus manusia sepatutnya hidup kekal di syurga tetapi kerana dosa Adam dan Hawalah semua Manusia berada di bumi. Dengan itu semua manusia yang lahir ke dunia menanggung bebanan dosa yang dilakukan oleh mereka berdua. Lalu Isa dianggap sebagai penebus bagi dosa tersebut.
5) Penyaliban dan penebusan.
Menurut Paulus lagi, Nabi Isa menyerahkan dirinya untuk dikorbankan sehingga disalib bagi menebus dosa manusia yang diwarisi oleh Nabi Adam. Setiap harus beriman dengan penyaliban dan penebusan dosa agar memperolehi kehidupan yang kekal dan kembali pada hari kiamat.
6) Konsep kebangkitan.
Isa bangkit semula dari alam kubur selepas tiga hari dikebumikan. Beliau terus naik ke langit serta duduk di kanan bapanya untuk memerintah manusia. Semua orang mesti mempercayai bahawa Nabi Isa bangkit dan hidup kekal supaya mereka juga akan beroleh kehidupan yang kekal.
7) Tuhan Yesus.
Paulus menegaskan dengan yakin bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Dengan adanya dasar ini, maka lahirlah prinsip triniti yang menetapkan tuhan itu terdiri daripada tiga peribadi, Allah bapa, Allah anak dan roh kudus.
Kesemua ajaran-ajaran di atas ini adalah yang ditunjukkan oleh Paulus, dia yang bertanggungjawab terhadap semua itu. Segala ajaran- ajaran tersebut adalah bohong belaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Paulus dalam surat kepada jemaah di Roma
seperti berikut: “ Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaanNya, mengapa aku masih dihakimi lagi orang berdosa?” (Roma 3:7)
Jelaslah sekarang Paulus sebenarnya seorang pendusta. Dia sendiri yang membuat pengakuan sedemikian.

Terus Sujud di Sisi Mu...

TERUS SUJUD DI SISIMU…

Mendung berlalu pergi..
Suria sinari alam ini..
Meniti hari-hari..
Ku lemas dalam keresahan...

Titisan embun pagi…Hilang ditelan hari..
Bunga dalam jambangan.
Namun tidak kelihatan dimata..

OH TUHAN,
Kau tunjukkanlah padaku jalanNYA..
Duri onak akan kuharungi..
Dengan kerelaan hati..

Berikan ku kekuatan..
Untuk ku tempuh ranjau ini..
Agar dapat ku menghayati..
Terus sujud di sisiMU..

Restui langkah ini..
Padamu relaku serahkan..
Jiwa ragaku ke sisiMU..
Hanya padamu..
OH TUHANKU..
ALLAH YANG MAHA ESA…

SAjAk iNi SaYa tUjuKaN KhAs kEpAdE sUmEr uMaT IslAm yAnG SaYe sAyAnGi dAn sAyA HaRaP sEMUa uMaT IsLaM AkAn dIbErI NuR ALLAH uNtUK MeLaLuI RaNjAu dAn oNAk dUrI KeHiDuPaN INi..sEsUnGGUhNyA QIAMAT sEmAkIn mEnGhaMpIrI..InGaTlAh wAhAi SaUdArAkU sEkALiAN..ALLAH MeNyEmbUnYiKaN KiAmAt dALAm sEmUa hArI..


Our friendship..

Our friendship


Thank you for our friendship,
For it means so much to me,
Your kindness and understanding,
And loving ways you share so freely.

Thank you for being beside me,
When I need ed someone who cared,
And thank you for all your loyalty,
For the times together we’ve shared.

Thank you for our friendship,
For it’s something even money can’t buy,
Thank you for holding me tightly,
When there was a need I had to cry.

Thank you for always smiling,
When I couldn’t smile at all,
And thank you for boosting my ego,
For the times I felt so small.

Your friendship I cherish so deeply,
So this message to you I send,
May God bless and always watch over you,
And may you always remain my friend ...

from your best friend…mybe..???

Sejarah Blog sendiri...

Apa yang seronok nie???

hehehehe..rasa seronok sangat sebab ada blog sendiri..Selalu tgk blog kawan..so sekarang dah ada sendiri punya. Blog ini disiapkan dalam masa kurang seminggu. hahaha mesti ramai yang kata.. Kenapa masa yang diambil untuk siapkan blog ini terlalu lama?? Sebab saya sendiri tak tahu nak bangunkan blog ni. Malam tu terfikir kan seronok kalau dapat berkongsi cerita.. Dari situ azam nak bangunkan blog terpancar..ayat (ayat skema). Bukan lama pun sebenarnya..coz tolak masa tidur, makan, kuliah, tutor, dan macam2 lah ada laa dalam 3 hari untuk siapkan..

Tekan sana tekan sini..klik sana klik sini..n submit sana submit sini akhirnya tercipta laa blog yang diberi nama Diari Diskusi Diri atau dengan kata lain 3D. Sebab perjalanan hidup kita nie macam 3D. Dunia yang kita pijak nie hanya khayalan semata-mata. Sebab kita ada dunia yang abadi..Macam-macam dugaan ditempuh. Macam cerita
upin dan ipin..hehehe..yang seronoknya blog nie saya buat sampai stuck laptop saya. Blog nie siap masa 4.2.009 iaitu hari Rabu. Comment pertama yang saya terima adalah dari kawan saya sendiri Shahrul Hafizi..Thanks banyak2 pada semua yang puji dan kutuk blog saya. Saya terima dengan hati terbuka..kui3..so rajin2 laa komen..amat dialu-alukan

Thursday, February 5, 2009

Pesta konvo ke-36 UKM (Perspektif pengajian Islam terhadap Pesta Konvo)..



Dari kiri: Rahman, Hazwan, Amer, Lina, Nazri, Ida, Ain, Afiq, Nadia serta yang tgh ambil gambar depa semua..hafizah

..Ni semua Majlis Tertinggi Pesta Konvo ke-36..

Ni sekadar luahan hati yang ingin dikongsi..Aku seorang eksekutif bagi sekreteriat Kebudayaan dan Kesenian..Banyak kerja nak kena settle. Masa pesta dah nak hampir banyak kelas aku datang lambat. Lepas tu balik lewat gara-gara kerja tak siap. Mana tak nya kena kejar kuliah..Time kuliah tak dapat nak tangkap apa yang diajar lecturer sbb terlalu letih. Tapi bukan ini sebenarnya yang nak dikongsi. Ini semua fitrah manusia letih kalau buat kerja banyak sangat..

Tapi apa yang nak dikongsi disini ialah perspektif mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengajian Islam terhadap Pesta Konvokesyen yang berlangsung. Aku merupakan salah seorang mahasiswi Pengajian Islam yang terlibat dalam Pesta Konvo nie. Kalau dulu lecturer siap bagitahu kami jangan hadir pesta tersebut. Ia mengandungi unsur maksiat. Aku tertanya-tanya kenapa macam tue sekali..so bermulalah perjalanan aku untuk cuba cabaran ini. Aku kalau boleh tak nak berjawatan sebab kalau kita tak mampu nak memimpin benda ini akan dipersoalkan diakhirat kelak. Tapi Tuhan nak uji aku tentang hal ini. Aku dilantik jadi eksekutif gara-gara eksekutif lama sibuk dengan urusan dia sebagai Jaksa. Aku cuba memimpin. Tapi agak sukar kerana sekretariat kami berbagai bangsa. Cina, dan India pun ada dalam sekretariat kami. Pesta pada kali ini adalah berunsurkan ilmiah. So aku yang ambil bahagian ini.

Aku jadi pengarah program bagi Pertandingan Azan, Hafazan dan Tilawah, Program nasyid dan konsert. Program ilmiah ini dibuat untuk mahasisawa-mahasiswi UKM terlibat. Berunsur agama..Tapi apa yang aku dengar daripada mahasiswa Pengajian Islam semua ini sekadar nak menutup maksiat peda sebelah malam. Banyak cabaran aku terpaksa tempuh. Antaranya mencari peserta. Aku terpaksa mencari peserta yang bukan dari Pengajian Islam. Tapi alhamdulillah ada juga peserta dari pengajian Islam yang terlibat. Tentang juri pula tak ramai yang nak jadi juri bagi program ini. Katanya ada outstation ada kuliah..macam-mecam. Masa pertandingan pulak tentang juri ini..Ada pula juri yang last minit tarik diri. Dan ada juga juri yang datang lambat setengah jam tanpa memberitahu kami. Ramai pula peserta pengajian Islam yang tarik diri masa pertandingan. Mereka tak hadir apatah lagi memberitahu tentang ketidakhadiran mereka. Surat lepasan kuliah disediakan. Baru aku tahu semua ni sekadar nak boikot Pesta. Sebelah malam pula aku kendalikan konsert Artis. Antara yang hadir Muadz, Devotees, Raihan dan Saujana. Tapi konsert ini mahasiswa-mahasiswi Pengajian Islam datang pulak..Esoknya aku kendalikan konsert Berita Harian. Mungkin muka aku dah di detect kat belakang pentas oleh mahasiswa/i Pengajian Islam. So sepanjang program pesta aku jadi bahan umpatan. Huh kata mahasiswa/i Pengajian Islam..Tapi boleh pulak mengumpat. Aku sekadar menjalankan tugas aku sebagai seorang Eksekutif. Abg Shidi pernah cakap mahasiswa/i Pengajian Islam ni tak pernah nak beri peluang pada pesta untuk buktikan yang pesta ni untuk mahasiswa/i sendiri.

Ada juga segelintir pelajar pengajian islam yang kata maksiat dikalangan ahli pesta sendiri. Tak dinafikan ada tapi semua dalam keadaan yang terkawal. Kami keluar bila tension., tapi bukan keluar berdua tapi ramai-ramai. Macam wat lawatan. Selain itu ada juga yang beritahu tentang ahli pesta baik lelaki mahupun perempuan tidur bersama di dalam khemah. Rupanya keadaan yang tidur tu bukan seperti yang diwar-warkan oleh pelajar pengajian Islam yang menyatakan bahawa mereka tidur bersebelahan. Khemah tu sempit. so kalau ada ceruk yang sesuai dibuat tidur maka ahli pesta tidur tanpa fikir keselesaan walau seruk mana pun mereka semua boleh landing gara-gara letih. Itu pun sebab nak jaga barang2 pesta supaya tak hilang.. Ahli pesta lelaki takder yang ambil kesempatan kat ahli pesta perempuan masa tidur. kalau penuh lelaki akan pergi kawasan lain..Kadang kala ada ahli pesta yang tolong hantar ahli pesta yang lain balik.. Aku harap mahasiswa/i pengajian Islam terbuka minda tentang hal ini.

Takkan aku nak tarik diri last minit. Tapi benda ini semua melatih aku untuk pandai berorganisasi.. pandai menghadapi kerja untuk saat akan datang.

Bahaya Murtad (Keluar dari Islam)

Murtad

Dari segi bahasa adalah menolak, berpaling atatu mengembalikan.Misalnya murtad dalam erti menolak dan ditolak, terdapat dalam surah Yusuf ayat 110:
110. (orang-orang Yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh Yang lanjut sebelum ditimpakan Dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya Yang ingkar dan menyangka Bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang Yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa Yang Kami kehendaki. dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum Yang berdosa.


Erti murtad yang membawa maksud dikembali-kembalikan juga terdapat dalam surah
al-An’am ayat 28ö
28. (Mereka mengatakan Yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa Yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa Yang mereka dilarang dari melakukannya; dan Sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.

Dari segi istilah adalah masuknya seorang muslim ke agama kafir. Apabila seorang muslim meninggalkan agama Islam dan memasuki agama kafir dia akan disebut murtad iaitu keluar dari yang benar kepada yang batil Abdullah Ahmad Qadiri 1992: 18)

Kamus al-Munid dan al-Marbawi mentafsirkan murtad atau Riddah ialah berundur, berpatah balik, kembali ke jalan asal, atau keluar dari Agama Islam. Istilah murtad membawa maksud keluar daripada Islam (kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa kepada kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa paksaan) melalui salah satu daripada tiga unsur iaitu niat, perkataan dan perbuatan.

PERBEZAAN ANTARA KAFIR DAN KUFUR
Pengertian Kufur dan Kafir dapat ditinjau dari segi bahasa mahupun istilah
Definisi Kufir
Kafir dalam bahasa Arab ertinya adalah tersembunyi atatu tertutup
Dari segi istilah pula adalah menutup-nutupi kebenaran dengan kebatilan dan menghalang orang daripada membuat kebaikan. Selain itu ia juga bermaksud tidak percaya kepada sifat wahdaniyyah Allah S.W.T dan kerasulan nabi Muhammad

Tempoh untuk bertaubat
i) Imam Syafie mempunyai dua pendapat iaitu
a) orang yang telah thabit kesalahan murtad diberi tempoh dan peluang untuk bertaubat selama tiga hari
b) orang-orang yang telah thabit kesalahan murtad tetapi enggan bertaubat boleh dibunuh pada masa itu juga ( Said haji Ibrahim 1998: 15).

ii) Imam Malik berpendapat
Tempoh masa seseorang yang murtad itu wajib ditaubatkan iailah selama tiga hari tiga malam. Tempoh ini adalah dikira daripada masa seseorang tadi dithabitkan kesalahan murtadnya dan bukannya dikira masa seseorang itu menjadi murtad ( Said haji Ibrahim 1998: 15).

iii) Imam hanafi berpendapat

Tempoh masa sesorang yang murtad itu ditaubatkan adalah tertakluk kepada budibicara kerajaan atau wakilnya, iaitu hakim.

Hukum murtad dan kedudukannya.
Murtad atau riddah adalah merupakan dosa besar yang dapat menghapuskan amal-amal soleh sebelumnya. Maka ia tidak mempunyai apa-apa hak terhadap kaum muslimin dan haram untuknya nikmat di akhirat bahkan mereka kekal dalam neraka di akhirat nanti. Hal ini dijelaskan oleh allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah 2:217
Barang sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Jenayah murtad juga termasuk dibawah jenayah Syar’iyah yang wajib dikenakan hukuman Hudud, iaitu dibunuh jika mereka enggan bertaubat setelah diberi tempoh selama tiga hari. Penjenayah-penjenayah murtad yang enggan bertaubat selepas diberi tempoh selama tiga hari untuk bertaubat wajib dibunuh. Maka haram ditukarkan hukuman allah kepada bentuk yang lain seperti denda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia.
Seseorang Islam yang melakukan kesalahan murtad wajib dikenakan tiga jenis hukuman antaranya:
(1) hukuman asal, iaitu dibunuh, samaada lelaki atau perempuan, tua atau muda.
(2) Hukuman ganti, iaitu dipenjarakan jika hukuman asal itu tidak boleh dijalankan dengan sebab-sebab tertentu.
(3) Hukuman sampingan, iaitu hartanya hendaklah dirampas dan diserahkan kepada baitulmal untuk keperluan orang-orang Islam.
Hukuman tambahan terhadap orang yang murtad
Seseorang suami atau isteri yang telah keluar dari agama Islam dengan sendirinya ikatan perkahwinan diantara suami isteri itu terputus, kerana dengan murtad salah seorang dari suami isteri tadi diwajibkan di antara suami isteri itu bercerai.

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA MURTAD
Seseorang Islam yang mukallaf boleh menjadi murtad disebabkan i’tikad, atau disebabkan perbuatan atau disebabkan perkataan
Antara perkara yang boleh membawa murtad disebabkan i’tikad iaitu kepercayaan yang bercanggah dengan akidah Islam antaranya adalah
a) tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan yang berhak disembah
b) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w.
c) Tidak mengakui bahawa al-Quran diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.
d) Tidak mempercayai atau meragui tentang hukum Allah yang disebutkan didalam al-Quran mahupun Hadith Rasulullah s.a.w.
e) Tidak mengakui adanya Malaikat-Malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada mereka.
f) Tidak mengakui atau ragu-ragu tentang kedatangan Hari Kiamat dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat seperti Syurga, Neraka dan lain-lain.
g) Tidak mempercayai Qada’ dan Qadar.
h) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijmak sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam perkara-perkara agama.
i) Menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak dan sebagainya.
j) Membenci atau tidak menyukai ajaran-ajaran tauhid atau hukum-hukum syarak yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T.
k) Berazam hendak kufur pada masa akan datang
l) Mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti jual-beli, berkahwin dan sebagainya.
m) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau rakaatnya.
n) Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan seperti sembahuang lima waktu sehari semalam, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

I’tikad yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad secara ijmal adalah tertakluk kepada empat perkara iaitu
a) Mengingkari Rububiyyah ( Pentadbiran Allah)
b) Mengingkari nama-nama Allah dan sifatnya.
c) Mengingkari Uluhiyyah ( Ketuhanan)
d) Mengingkari risalah rasul atau mencerca nabi Muhammad dan sahabat-sahabat.

Antara perkara yang boleh membawa murtad disebabkan perbuatan dalam melakukan perkara yang diharamkan Allah dan Rasulnya antaranya adalah
a) sujud menyembah berhala
b) Menyembah matahari dan bulan
c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain seperti sujud pada manusia atau haiwan.
d) Membuangkan al-Quran atau hadith Nabi s.a.w. ke tempat najis atau memijak-mijaknya.
Manakala antara perkara yang boleh membawa murtad yang disebabkan perkataan adalah
a) Menyatakan bahawa Allah itu bersekutu dan berbilang-bilang atau menyatakan bahawa Allah itu tidak berkuasa terhadap alam ini.
b) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak sesuai dan tidak wajib dilakukan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat sekarang
c) Mengatakan bahawa sebahagian hukum-hukum Islam dan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh ulama-ulama Islam tidak sesuai lagi untuk diguna-pakai pada hari ini.
d) Menyatakan bahawa undang-undang manusia adalah lebih baik daripada undang-undang Allah.
e) Menyatakan bahawa qada dan qadar bukan datang daripada Allah, malah menyatakan bahawa ia datang daripada makhluk itu sendiri atau dari kekuatan alam .
f) Menyatakan bahawa Allah Ta’ala adalah salah satu daripada tiga tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruh Al-Qudus ( Haji Said Haji Ibrahim 1998: 19).
Orang yang melakukan kesalahan Murtad
Orang yang sah menjadi seorang murtad adalah tertakluk dibawah tiga syarat iaitu
1) Baligh- tidak sah murtad bagi kanak-kanak yang mumaiyiz
2) Berakal- tidak sah murtad orang yang gila
3) Kemahuan sendiri- tidak sah murtad orang yang dipaksa.
Seseorang islam boleh dihukumkan murtad dan didakwa dibawah kesalahan murtad ialah dengan sebab dua perkara:
a) Keluar dari agama Islam kerana tidak lagi mempercayai kebenaran agama Islam, samaada dengan i’tikad, perbuatan atau perkataan.
b) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan, atau perkataan yang menunjukkan kepada kekufuran, dan mereka tahu perbuatan yang dilakukannya atau perkataan yang dikeluarkannya membawa kekufuran dan murtad ( haji Said haji Ibrahim 1998: 124).

Hukum Murtad bagi kanak-kanak
Seorang kanak-kanak yang tidak lagi mampu membezakan antara baik dan buruk maka kanak-kanak itu bebas daripada hukuman murtad walaupun tingkah laku dan ucapannya menunjukkan yang dia adalah murtad. Sebahagian ulama ada berpendapat bahawa sekiranya kanak-kanak tersebut sudah dapat membezakan perkara yang baik atau buruk maka ia akan mendapat hukuman sebagai orang yang murtad bila suatu masa ia memaki hamun tentang Islam atau mencemarkan Islam. Ketetapan ini tidak mempertimbangkan umur, ini kerana menurut sebahagian ulama seorang kanak-kanak yang berumur lima tahun adakalanya lebih cerdik dari seorang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun.
1) Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa kanak-kanak yang berada dalam usia tamyiz iaitu tujuh tahun, apabila melakukan tindakan murtad maka ia sudah dikenakan hukum murtad. Namun demikian hukum mati adalah belum dibenarkan. Ini kerana hukuman itu berlaku sekiranya kanak-kanak itu mencapai usia dewasa atau baligh (Abdullah Ahmad Qadiri1992: 124).
2) Pendapat Imam Syafi,i
Imam Syafi’i berpendapat bahawa murtadnya kanak-kanak belum dapat dikenakan hukum murtad terhadap mereka. Pendapat ini dipersetujui oleh Imam Ahmad.

Hukum Murtad Bagi Orang Yang Mabuk
Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa seseorang yang mabuk kemudian melakukan perbuatan yang menjurus kepada kekufuran, maka jatuhlah hukum murtad terhadap dirinya. Pendapat ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa akal orang yang mabuk tidak seluruhnya hilang, fikirannya tidak terlepas keseluruhannya dari dirinya. Dalam keadaan mabuk sekalipun sekiranya dia melepaskan talak maka talaknya diterima.
Manakala pendapat Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa orang yang sedang mabuk tidak dikenakan hukum murtad. Ini kerana perasaan malu itu hilang dari seseorang apabila seseorang itu berada dalam keadaan mabuk ( Abdullah Ahmad Qadiri1992: 128).

5. Februari. 2009

Hari ini atau minggu ni adalah minggu yang paling bz dalam hidup... Khamis tadi ada kuiz, jumaat submit assigmnt walaupun hari terakhir submit hari ahad..Tapi biarlah siapkan dulu..huhuhu baru lega sikit.. Pastu hari selasa nak pergi lawatan ke karangkraf.. lepas habis lawatan kene buat laporan pulak..Rabu pulak ada field work kenerr buat temuramah dengan editor majalah so kami pilih majalah remix untuk kaitkan dengan subjek kami iaitu dakwah dalam media cetak so soalan penting yang nak dituju apakah unsur dakwah yang dimasukkan di dalam majalah ini?..Tapi fikir balik macam ambil risiko...Takut editor tu serba salah plak nak jawab.. pastu nak kene buat laporan lagi...huhuhu. Dalam minggu ni juga kenerr siapkan 2 assigmnt bahasa arab..dan Kaedah penyelidikan serta isu-isu ekonomi..huh penatnya..teringat plak subjek isu2 ekonomi masa hari rabu lepas lecturer kami belanja kami nasi lemak..huhuhu dia tahu kami tak sarapan lagi..nyum..nyumm..sedap tui. Bila fikir balik larat kerr nak siapkan??? Huh hanya Allah jerr yang mampu beri aku kekuatan untuk menyiapkan semua nie. Nasib baik dah biasa susah..

Areal Sharon...Apa dah jadi??


Tubuh Sharon membusuk...sedangkan ketika itu beliau masih hidup...Apa yang dilihat ini adalah sebuah kebenaran dimana Areal Sharon sedang menghadapi azab daripada Allah atas perbuatannya yang suka menumpahkan darah. Ini adalah akibat penindasan beliau terhadap umat Muhammad. Beliau merupaan seorang yang memimpin para tentera untuk menyerang Senai dan Lebanon.

Para doktor di Hospital hadasa telah memasukkan Arial Sharon ke dalam bilik pembedahan kerana beliau memiliki luka membusuk. operasi dilakukan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk. Dia juga telah mengalami lumpuh pada seluruh badan..Pernah diceritakan oleh beliau kepada setiausahanya bahawa rakyat Palestin sedang menariknya dengan penuh kejam dan membawanya ke sebuah perigi yang dalam dan gelap..

Kekuasaan Allah ...(Tapi kita tak sedar)

Wednesday, February 4, 2009

Api ohh api...Dari mana asalnya??

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
jibril : sebesar kurma. .
zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

Azab Allah...


Apa yang sedang berlaku dengan hamba Allah ini....

Di photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga . Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas autopsi doktor dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kepada kematianya. Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat keadaan mayat tersebut. He was completely different within 3 hours. Mayat tsb begitu berbeza dalam 3 jam. dia berubah jelas - seperti orang yang sudah tua.

Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga hujung hujungnya sehingga menekan ke anggota badannya. Seluruh badan dan mukanya seakan tidak dapat dicam. Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputus asaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.

Sungguh besar azab Allah..Ini adalah salah satu bukti yang ingin Allah tunjukkan pada hambanya sesungguhnya neraka itu adalah telah dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang mungkar semasa di dunia. Jika baik perjalanan hidup kita didunia maka baiklah balasan Allah di akhirat kelak. Tetapi sekiranya kita adalah hamba yang suka pada nafsu dunia maka sebaliknya yang bakal berlaku pada kita di akhirat.. Semoga Allah mengampuni dosa hamba Allah ini..dan semoga rohnya diciciri rahmat...Amiin.




Tanda-tanda kiamat

Di ambang Kiamat kedatangan Mahdi

Tassawuf Falsafi..

Al-Hallaj tentang Fana’ dan Hulul (Penyerapan Allah ke dalam Diri Manusia).
Konsep fana’ telah mendorong al-Halaj kepada Hulul. Nama al-Hallaj adalah Abu alMughis alHusain bin Mansur bin Mohammad al-Baithawi seorang tokoh sufi yanh gidup pada akhir abad ketiga daan pada awal abad keempat Hijriyyah. Neneknya adalah Muhammad adalah seorang penyembah api yang beragama Farsi sebelum memeluk Islam Dinamakan al-Hallaj kerana beliau bekerja membersihkan bulu. Beliau dilahirkan kira-kira pada tahun 244 H di Kota Biatha’ salah satu kota kecil yang terletak di Persia. Dalam usia yang muda iaitu ketika berusia 16 tahun dia telah pergi belajar pada seorang Sufi yang terbesar dan terkenal, bernama Sahl bin Abdullah al-Tustur di Negeri Ahwaz. Seterusnya beliau berangkat ke Bashrah dan belajar dengan seorang sufi bernama Amr al-Makki, dan pada tahun 264 H. Beliau masuk kota Baghdad dan belajar bersama al-Junaid yang juga seorang sufi. Beliau telah dikelilingi oleh murid-muridnya yang dikenali dengan nama Hallajiyyah. Al-Hallaj meninggalkan banyak penulisan. Ibn Nadim mencatatka dalam al-Fihris kitab yang paling dikenali adalah kitab al-Tawasin. Kitab ini dibahagikan kepada tiga belas fasal dengan menggunakan bahasa isyarat yang amat sukar difahami. (Terj Abdul Syukor Hj Husin1996: 143).

Al-Hallaj menggambarkan kepada kita keadaan fana’nya. Apabila Allah mahu meningkatkan hambaNya ke tahap wilayah, maka Allah bukakan pintu zikir, kemudia pintu untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, kemudian didudukkan diatas kerusi tauhid, dimasukkan ke dalam hakikat keesaan. Ketika itu ia bertukar menjadi fana’ dan kekal dengan Maha Haq. Maka dia terus berada didalam jagaan Allah dan tidak ada sebarang perasaan dan kehendak lahir daripada dirinya. Dalam keadaan fana’ al-Halaj berkata dengan ungkapannya yang masyur iaitu “Aku yang Maha Haq” dan berkata “Siapa aku yang lebih cinta dan siapa yang lebih mencintai aku. Kita dua roh telah sebati didalam satu badan”. “Apabila engkau melihat kepadaku aku melihat kepadaNya”. “Dan apabila aku melihatNya Engkau melihat kita”. (Terj Abdul Syukor Hj Husin1996: 146).

Jelas al-Halaj yang menggunakan perkataan hulul bermaksud penyerapan hakikat ketuhanan ke dalam hakikat manusia, atau dalam kata lain penyerapan Tuhan ke dalam manusia. Selain itu termasuk pengertian hulul menurut al-Hallajadalah daripada sifat kemahuan manusia sepenuhnya ke dalam kehendak Ilahi sehingga semua perbuatan yang lahir daripada manusia adalah lahir daripada Allah. Terdapat percanggahan yang jelas dalam mazhab al-Hallaj tentang hulul kerana beliau kadang-kadang menyatakan hulul tu sebati dan kadang kala hulul yang menafikan penyerapan sebati dan menyatakan dengan terang kequdusan Allah. Percanggahan seperti ini telah menarik perhatian Thoulk tetapi beliau menyatakan bahawa al-Hallaj tunduk kepada fana’, maka keluar daripada rohaninya ungkapan yang berbeza-beza. Ini kerana menurut beliau bahawa manusia yang diciptakan atas bentukNya merupakan tempat penjelmaan Ilahi, maka manusia ada hubungan dengan Allah dan tidak berpisah, tetapki penjelmaan Allah pada hamba atau rupaNya pada manusia tidaklah bererti bahawa Dia ada hubungan langsung dengan manusia. Al-Hallaj sendiri membayangkan dengan jelas perbezaan antara hamba dengan Tuhan, maka pengertian hululnya tidaklah hakiki, malah ia adalah sematamata perasaan jiwa yang berlaku pada ketika fana’ pada Allah atau seperti semata-mata keadaan tenggelamnya unsur-unsur manusia dalam ketuhanan, atau kata lainnya fana’nya pada Allah. Hakikat ini dijelaskan oleh beliau dengan katanya “ wahai orang ramai sesungguhnya Allah menjadikan makhluk dengan kemurahanNya, maka ia menjelma padanya kemudian Dia melindungi diriNya daripada mereka untuk mendidik mereka. Kalau tidak kerana penjelmaanNya nescaya sebahagian daripada manusia menjadi kafir dan kalau tidak terlindungNya maka kebanyakan manusia akan menjadi fitnah. Maka dia tida kekal berada dalam salah satu keadaan itu (Terj Abdul Syukor Hj Husin1996: 147).

Kemuncak daripada pendapat alHallaj dalam hulul ialah kata-kata tentang qadimnya Nur Muhammad. Al-Hallaj menggambarkan bahawa nur Muhammad atau hakikat Muhammadiyah merupakan sumber kejadian alam semesta dan darinyalah terpancar segala makhluk di alam ini. Menurut beliau cahaya segala kenabian terjelma dari nurnya.. Cahaya mereka berasal dari Nabi Muhammad. Tidak ada satu cahaya yang lebih nyata dan lebih bercahaya dan lebih kekal dari cahaya yang qadim itu yang mendahului cahaya mereka. Dalam kejadian alam semesta dialah yang awal dan dialah yang akhir dalam hal kenabian. Al-Haq (Tuhan ) adalah dengan dia (Nur Muhammad) (Abdul Qadir Djaelani, 1996: 30)

Dengan itu beliau telah membuka jalan kepada ahli-ahli tasawwuf falsafi yang selepasnya. Terutamanya teori mereka tentang Qutub (wali tertinggi) atau tentang hakikat Muhammad atau tentang manusia sempurna. Al-Hallaj membahagikan Muhammad kepada dua hakikat, pertama qadim iaitu cahayanya yang azali wujudnya sebelum alam semesta ini dan darinyalah sumber ilmu dan makrifat. Hakikat kedua, Muhammad itu baharu iaitu Muhammad sebagai seorang nabi yang diutus ia diwujudkan dalam masa dan tempat tertentu. Daripada Nur yang qadim ini para Nabi sebelumnya dan para awliya’selepasnya. Kemuncak daripada pendapat beliau tentang qadimnya Nur Muhammad ialah kesatuan agama-agama ini pandangan beliau telah ditentukan ke atas manusia bukan denagn pilihan mereka, tetapi mereka dipilihkan dengan agama yang mereka anuti (Terj Abdul Syukor Hj Husin1996: 151).

Faham ijtihad ini kemudiannya dibesar-besarkan oleh Junaid dan Hallaj sehingga ia menjadi suatu perbicaraan yang paling sukar dan pelik dalam dunia tasawuf Islam. Hallaj membenarkan bahawa jiwa manusia yang sudah bersih dapat bersatu dengan roh tuhan ‘ainul jama’. Begitu juga ia menetapkan seorang wali dapat bersatu dengan tuhan sehingga wali itu merupakan tuhan dan tuhan itu adalah wali. Tatkala orang suci itu fana dan mengucapkan “Anal Haq!” yang bermaksud sayalah hak yang menciptakan itu. Kerana pemikiran ini yang berlainan dari Ahli Sunnah maka Hallaj telah dipenjarakan bertahun-tahun. Pada tahun 922M. Hallaj disula dan dibakar di tanah lapang Baghdad. Maka sejak itu terjadilah dua golongan dalam dunia tasawuf dimana ada aliran yang menerima dan ada aliran yang menolak. Sebenarnya tidak ada satu petunjuk pun di dalam al-Quran yang dengan tegas menerangkan ada ijtihad itu. Ada bebrapa ayat al-Quran yang menerangkan tentang keadaan akrabnya tuhan dengan hambaNya antaranya sebuah ayat yang menceritakan keadaan manusia dapat melihat wajah tuhannya nanti di hari akhirat, yang mana ia merupakan nikmat baginya. Didalam firmanNya kepada nabi Musa: “Engkau tidak dapat melihat Aku” Begitu juga contoh ayat yang menerangkan tentang keadaan akrabnya tuhan dengan hambaNya iaitu “kami lebih dekat padanya daripada kedua urat lehernya” (Quran L: 16) (Aboebakar Atjeh, 1977: 131).

Monday, February 2, 2009

Semua dalam satu

Kenangan semua dalam satu...
Posted by Picasa

Kenangan...

Keluarga Pasir Pekan...

Gambar ni diambil sebelum nak menjamu selera ..kalau tak silap yang ambil gambar ni Ida...hahaha kesian plak dia tak termasuk dalam gambar nie..Aku fikir masak2 sebelun nak masukkan gambar ni...hahaha nak tahu sebab apa??...hahaha gara-gara aku pakai tudung indon..tu yang buat aku malu sikit nak masukkan gambar nie dalam blog. Tapi apa-apa pun tu laa aku...sempoi tapi best...perasan sendiri...kui3. Mak Akma takderr dalam senarai sebab last minit dia ada kenduri kesyukuran..Ada gak amik gambar ngan mak akma...tapi still gak malu nak upload coz tudung indon punya pasal...hehehe...Nilaaa serba sedikit latar belakang kuarga Akma..best gilerr..Keluarganya baik...Tak caya??? jom buat lawatan ke rumah Akma..Biar aku jadi pengarah program..Cax jadi timbalan aku...hahaha harga berpatutan...hahaha
Posted by Picasa

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates