Followers

Pages

Thursday, May 28, 2009

Bumi KL Bumi yang ku Kesal

Hari ini hari ke 19 aku berada di dunia bandaraya Kuala Lumpur..Dunia yang penuh mencabar era fizikal dan rohani umat manusia. Semakin rakus manusia mengejar fizikal kekayaan dunia. Apa yang mampu memberi nama pada manusia maka itu yang bakal diusahanya untuk mengecapinya.

Tapi adakah manusia yang punya hati rohani dan perasaan mulia sudah tidak wujud di bandaraya ini, atau kalau wujud pun hanya sekadar untuk menaikkan nama agar mashyur di mata masyarakat. Apakah sekarang manusia penuh perasaan pura-pura berbanding kejujuran dari hati?.

Hari ini Jumaat 29. Mei. o9. Sedih sekali melihat bumi Kuala Lumpur pada tengahari yang mulia dihiasi dengan nafsu mengejar kekayaan dengan jual beli. Gerai makanan dipenuhi kaum lelaki. Bukan itu sahaja lelaki yang diberi kesihatan sempurna dari aspek fizikal juga turut tidak dapat menghadirkan diri untuk bersembahyang Jumaat gara-gara mengejar keseronokan bermain. Malah orang-orang tua yang diberi kemurahan rezeki dengan berkenderaan mewah juga turut lambat menghadiri masjid untuk melaksanakan jemaah.

Kebanyakan lelaki menganggap kelewatan dalam menghadiri solah Jumaat adalah suatu perkara biasa. Maka adakah perkara ini mesti diteruskan tanpa ada keazaman untuk mengubahnya? Kita umat Islam hanya memandang remeh dalam hal solat jumaat. kita semua sedia maklum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain dalam Islam bagi lelaki. Perlukah ia diterangkan dan diingatkan hari-hari tentang hal yang sama.


Hari ini juga aku melihat kucing-kucing sibuk berkeliaran mencari sesuap nasi. Anak-anak kucing sibuk mengiow meminta simpati manusia agar diberikan sedikit sebanyak makanan sebagai alas perut. Manusia yang berniaga makanan sibuk meneruskan perniagaan tanpa ada perasaan untuk menghulurkan makanan kepada kucing. Semuanya mementingkan diri sendiri.

Ada satu peristiwa menyayat hati yang hanya orang berperasaan sahaja sedar akannya. Kenapa mesti ada seorang lelaki tua yang seolah-olah tiada arah tuju mundar-mandir di kawasan pasar. Seperti sedang mencari sesuatu yang hilang. diatas meja makan, dia sibuk mengeluarkan duit kertas berwarna biru lalu mengiranya. duit kertas biru itu aku anggarkan kurang daripada RM 10. dibelek-beleknya. Mungkin untuk memastikan dan meyakinkan bahawa duit tersebut cukup untuk makan pada esok harinya. Perasaan aku sayu. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Fikiran aku kusut. Aku ingin membantu tapi apakan daya aku yang hanya bergelar seorang pelajar praktikal.

Bila difikirkan kembali aku mula meyoal dalam lubik hati ini. Mana pergi anaknya? atau dia sememangnya tidak berkahwin? Atau semasa muda dia telah banyak melakukan dosa sehingga Allah membalasnya semasa hari tua? atau semua ni hukum dunia dan hukum karma??... Bertalu-talu soalan ini hadir dan terus hadir. ingin sahaja aku temubual dan membantu lelaki tua tersebut.

Apakah sekarang dunia KL akan kekal sebegini tanpa ada rasa simpati atau tanpa ada rasa bersalah kepada Allah??.. Ya Allah aku adalah antara hambaMu yang melihat dengan mata penuh penyesalan dan aku adalah manusia yang paling lemah untuk melaksanakan dakwah menyeru pada agamaMu, mahupun suruhanMu. Ampunkanlah aku ya Allah...Tetapi berikanlah aku kekuatan untuk aku lakasanakan dengan perbuatan tangan dan lidah. Sesungguhnya Kau maha pengampun lagi maha mengetahui...AMIN

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates