Assalamualaikum
Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat..semoga kita semua berada dalam limpah rahmatnya
Hari ini ingin sekali ku ceritakan sebuah kisah yang benar2 menyayat hati. Aku hanya mendengar keluhan demi keluhan..tapi tidak sekali aku ingin tempik pada setiap mereka itu kerana aku hanya orang luar yang baru hadir dalam hidup tapi tetap tiada kaitan dengan mereka. Aku ingin sekali tempik "Orang tua tu dah jaga korang dari kecik bila dah besar korang bagi alasan yang menjengkelkan"
Alkisah apabila seorang insan OKU yang aku sayang sekali..gelarannya atih. Inagt waktu ketika dahulu semasa aku datang ke rumah babah dia lah yang pertama berbual dengan aku. Amat mesra dia berbual dengan aku.. tanpa menganggap aku seperti orang luar..semasa hidupnya dia menjaga pakai minum anak2 buahnya. Kasih sayang yang diberinya cukup tak tumpah seperti ibu kandung. Dia suka menetap di Putrajaya. Tetapi semakin hari dia merasa kesunyian apabila anak2 buahnya mempunyai kerjaya sendiri.
Tetapi Allah menguji beliau dengan kesakitan. Dia dibawa ke hospital Ipoh. Ketika itu tanpa dia ketahui dia diuji dengan kemalasan anak2 buah dalam menjaganya dek alasan kerja yang tanpa henti. Bukan itu sahaja malahan mereka saling salah menyalahkan antara mereka.. Allahu Akbar. Ketika itu saudara mara yang duduk di Perak mula berkata kata.."masa sihat ditatang dah sakit dibuang". Atih juga diuji apabila mereka yang datang melawat akan mendapat sedikit ganjaran daripada babah..Babah pernah kata "dengan duit baru masing masing diam"..yer dunia perlukan duit nak mati pun kene ada duit. Tapi Atih tu adalah adalah saudara mara terdekat mereka..Perlu ke sebuah lawatan untuk melawat orang sakit diberi ganjaran duit dengan alasan duit minyak.. Kalau arwah hidup dan tahu semua ni mesti dia akan mengucap panjang. Allahu Akbar
Tapi Allah itu adil Dia tahu semakin hari pergaduhan dan umpatan semakin membara dikalangan saudara mara hanya kerana siapa nak jaga atih. Akhirnya keluarga Putrajaya berusaha membawa pulang atih tapi itu semua angan kosong apabila Allah lebih dahulu menjemput atih hadir ke RahmatullahNya. Ye aku sebagai orang baru rasa puas hati dengan apa yang berlaku. Bagi aku itu sangat adil untuk arwah.Ketika dimaklumkan arwah dah tiada ketika itulah masing2 punya waktu yang baik untuk melawat.
Alhamdulillah Allah matikan arwah dalam husnul khatimah dalam bulan suci. semoga arwah berada dalam golongan orang yang beriman. Sekarang Atih sudah berada dirumahnya sendiri.. Kalau rasa nak hadir dirumahnya hadirlah dengan yasin bukan lagi wang ringgit...
gambar hiasan
0 comments:
Post a Comment