Followers

Pages

Wednesday, January 15, 2014

Rezeki Allah utk yg Sabar

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog ni..semenjak kahwin agak malas rasanya untuk update. tapi kali ini aku update untuk luahkan rasa kecewa dan kurang tenang diri ini pada masyarakat sekeliling. Pernah tak kita dengar soalan. "Bila nak kahwin ni??", "Bila nak dapat anak?"

Soalan itu sering kali bermain dalam pemikiran aku bila mana ada sahabat yang bertanya tentang hal sebegini. Dahulu bila aku tak kahwin ramai yang cakap "bila nak kahwin ni, jual mahal sangat nanti jadi anak dara tua?" bila soalan ini diajukan aku hanya senyum. Bab jodoh takkan kita nak tangkap muat. Kalau nak tangkap muat pun kalau itu bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Dulu soalan itu yang buat aku sedikit tertekan. Tapi aku tidak mengambil berat bagi aku kalau ada jodoh Allah akan berikan kita jodoh. Yang penting jangan putus berdoa. Akhirnya aku bertemu dengan jodoh. 

Percayalah Allah dengar doa kita. Cuma lambat atau cepat kerana Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Bila dah kahwin aku dihimpit dengan soalan "Bila nak dapat anak?" aku tau manusia takkan berhenti dari bertanya sesuatu. Tapi sedarkah mereka soalan mereka kadang kala menyebabkan seseorang itu terguris hatinya. Kalau aku tau jawapan aku akan jawab dengan yakin. Tapi aku tak tau jawapan bila Allah nak berikan kami rezeki anak. Hendak sahaja aku cakap "Cuba tanya Allah bila aku nak dapat anak?" tapi aku hanya mampu senyum je dan jawab "InsyaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi". Tapi lebih menghiris bila ditanya soalan yang sama didepan sahabat-sahabat yang lain dalam kumpulan...
Allahu Akhbar. Sungguh Allah je yang tahu betapa tergurisnya aku. Walhal aku bukan seorang yang mudah terasa..tapi bila ditekan dengan soalan macamni tetiba aku jadi tak kuat. 

Mungkin Allah nak aku rasa bagaimana perasaan mereka yang tidak punya anak yang telah bertahun-tahun lama menunggu. Seketika itu mula aku berfikir kenapa mereka yang berzina mudah untuk mendapat zuriat. dan kenapa mereka dengan mudah membuang zuriat mereka seperti sampah. Kamu tidak merasa apa yang kami rasa. Sekalipun ia zuriat yang tidak sah taraf peliharalah sebaiknya kerana kita tidak tahu bila lagi Allah akan berikan kita rezeki anak. 

Seketika bila ditanya soalan yang sama "kenapa tak dapat-dapat lagi?" aku akan cuba berfikiran positif. Allah itu lebih tahu. "INNALLAHA MA'A SOBIRIN" Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Aku yakin rezeki zuriat untuk kami akan ada cuma lambat atau cepat kerana Allah tahu tentang aku. Allah tahu tentang suami aku. Mungkin kalau Allah tibakan seorang anak dengan cepat Allah tahu aku tidak dapat menumpukan tesis aku. Mungkin aku akan tinggalkan tesis aku kerana komitmen pada kerja dan anak. Mungkin suami aku bertambah komitmen kerana hubungan kami PJJ. Allah maha tahu keupayaan seseorang nak memikul beban. Setiap menusia ada bebanan tersendiri. Mungkin jarak yang jauh akan memberikan rasa tertekan bila si isteri hanya menghadapi kesakitan keseorangan tanpa suami disisi. Siapa tahu??

So kepada manusia sebegini tolonglah berhenti bertanya soalan sebegini. Kita hanya tahu senyuman seseorang yang lahir bila ditanya soalan sebegini tetapi kita tidak tahu betapa sakitnya hati mengahadapi tekanan kata-kata sebegini. Tidak perlu bertanya bila tapi hulurkanlah doa supaya dipercepatkan dan dipermudahkan. moga-moga doa kalian itu lebih baik dari bertanya. 

Thanks Allah kerana kau masih berikan aku kekuatan dalam mengejar cita-cita ke menara gading yang lebih tinggi. Thanks kerana masih memberikan aku nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini. Thanks kerana menjadikan aku seorang guru yang dikelilingi murid-murid yang comel. (walaupun aku garang masa mengajar tapi aku sayang sangat kat anak murid aku). Thanks untuk segalanya

Thanks for my husband awak faham keadaan saya..dan awak sentiasa menyokong saya. Thanks kerana awak la tulang belakang saya. Awak la imam saya..awak la pendengar setia saya..awak la segalanya untuk saya. Walaupun kita jauh tp insyaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita...

Always smile walaupun ia melukakan  ^____^

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates