Followers

Pages

Tuesday, August 25, 2009

Sekadar pengajaran untuk semua insan..

Sebenarnya sumber cerita ini adalah daripada email ku sendiri. Jangan cari kebodohan cerita ini tapi cari pengajaran yang ada dalam cerita ini. Semoga kita sebagai insan yang lemah mampu jauhi segala kemaksiatan yang datang...Amiin..Semoga terhibur

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di dunia juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat

235 saat...



Sebenarnya iklan ini aku download dari email aku.. kakak ku yang berikan pada ku....Aku cuba terjemah iklan ini mengikut pandanganku tersendiri. Mesti ramai yang tahu iklan ini adalah sekadar ingin mempromosi air minuman. Tetapi bagi aku sekiranya ia dilihat dari sudut lain, ku mendapati bahawa iklan ini mempunyai penyampaian mesej yang cukup baik. Dimana seorang yang bekerjaya terutama dalam bidang perniagaan tidak akan membuang masa walau berapa minit pun. Jika diperhatikan 235 saat mampu mengubah kehidupan kita semua. 235 saat juga mampu memberikan pulangan sekiranya usaha kita ada. "Usaha tangga kejayaan" bagi aku itu moto hidup yang sesuai untuk semua makhluk Allah.

Tapi kita sebagai insan yang lemah selalu menganggap 235 saat adalah masa yang singkat yang kebiasaannya dibiarkan berlalu tanpa usaha dan tawakal. 235 saat itu juga kebiasaannya diluangkan dengan aktiviti yang kurang berfaedah.

Itu hanya pandangan ku tentang iklan ini yang cuba untuk diaplikasikan kepada kehidupan harian..

Wassalam...

Monday, August 24, 2009

Kura-kuraku...akhirnya berakhir



Disini ada beberapa keping gambar yang mana manusia semakin rakus dengan dunia kesihatan. Sifat berkepentingan diri yang wujud tan taksub dalam diri mereka menyebabkan undang-undang nyata tidak memberi impak pada mereka kesannya haiwan ini menjadi mangsanya. Haiwan ini ditangkap secara besar-besaran kerana mendapat pasaran yang lumayan dalam dunia kesihatan.

Apa pula pendapat anda

Sunday, August 23, 2009

Terpaksa atau dipaksa...salah aku ker??

Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya dari UKM selepas kembali dari Felda Tersang melaksanakan beberapa program dibawah Latihan Amali Dakwah Muslim yang merupakan subjek wajib jabatan.. Apa yang ingin diluahkan disini terlalu banyak.. Tentang program, keluarga angkat, perubahan, sekularisme, kesombongan dan sebagainya. Tapi yang hendak diceritakan lebih disini adalah tentang program.

Program yang telah berlangsung ini alhamdulillah mendapat sambutan dari pihak pelajar mahupun ibu bapa angkat masing-masing. Cuma sedikit sebanyak juga sekretariat program mengalami beberapa ujian dari Allah iaitu kehilangan barang-barang program. Dipendekkan cerita bahan yang sedia ada terpaksa dijimatkan kerana bahan yang hendak dibeli adalah jauh di pekan yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke bandar raub dari Felda Tersang.

Sekretariat program juga mengalami beberapa masalah luaran terutama dengan pihak luar iaitu guru yang menjadi PIC (Person In Charge) dalam Ceramah Manual Belajar Bestari dan Latihan Dalam Kumpulan. Apa yang hendak dikisahkan disini adalah bahawa ada seorang guru yang bukanlah setinggi mana jawatannya telah banyak mempersoalkan kerja-kerja kami. Antara yang menjadikan aku sebagai ketua program terkedu adalah beliau telah meminta aku untuk menegur seorang kakak master yang sentiasa memakai purdah supaya menanggalkan purdah tersebut ketika didalam sekolah. Hampir tiga kali guru tersebut menegur aku supaya dapat aku sampaikan teguran tersebut kepada kakak master ayng bertugas sebagai fasilitator ketika itu. Aku dimaklumkan bahawa beliau adalah dari Darul al-Quran. Guru tersebut memerhatikan tindakan aku dan melihat gerak geri aku. Pandangannya buat aku terpaksa berhadapan dengan kakak tersebut supaya meminta menanggalkan purdah yang dipakai. Menurutnya sekolah tersebut telah menerima surat pekeliling supaya tiada yang memakai purdah.

Agak sedih ketika itu aku seolah-olah bersubahat dengan guru tersebut. Aku terpaksa memberitahu kepada kakak agar program berjalan lancar. Tapi apa yang menyebabkan aku kurang berpuas hati adalah adakah kami pelajar UKM membuat program disana selama sehari sahaja boleh mengubah pelajar yang tidak memakai purdah kepada memakai purdah. Kakak tersebut pada mulanya tidak menghiraukan nasihat aku dan aku tidak kisah pada awalnya sehinggalah guru tersebut berjumpa dengan kakak dan memberitahu supaya menanggalkan purdah tersebut. Beliau terpaksa menaggalkan purdah dan menggantikannya dengan mask atau topeng mulut.

Itulah namanya sekularisme bagi pandangan peribadi. Seih aku hanya Allah yang dapat gambarkan.. perasaan serba salah menjadikan aku sebagai seorang manusia yang paling lemah dalam dunia

Friday, August 14, 2009

Ikuti perkembangan kami

Tibalah masa untuk ke Eco Resort..Selama seminggu kami di Pahang dan doakan kejayaan kami dan apa yang penting ia dilaksanakan kerana Allah blog Islam dan Gerakan Dakwah. Ikuti perkembangan serta aktiviti kami disana. InsyaAllah saya akan update blog badlihisham ini untuk meletakkan perkembangan2 selama seminggu kami disana.

Wassalam

Tuesday, August 11, 2009

Nak menangis :(

Hari ini ingin sahaja aku jadikan pokok sebagai saksi, rumput sebagai teman berbicara dan langit sebagai pemujuk hati. Ingin sahaja aku berdiri di atas bukit menjerit dan menangis dan menjadikan bulan sebagai melepaskan tekanan, sedih dan marah dari hatiku ini. Kerana aku tahu jeritanku ini terlalu jauh untuk didengari sang bulan. Aku mampu bekerja dibawah tekanan tapi aku tidak mampu menghadapi situasi 'miscommunication'. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan. Aku tidak tahu mengapa semakin dekat perjalanan program semakin banyak pula perubahan yang melanda.

Sebagai seorang yang telah diberi tanggungjawab mengetuai sekretariat program kami diberi beberapa tanggungjawab menguruskan program. Ada 10 program yang mana akan berlangsung serentak semasa hari selasa bersamaan 18 Ogos ini. Dan satu program forum yang baru diumumkan dan satu program ceramah untuk penutupan program. Ini bermaksud aku bersama sahabat2 aku akan cuba sedaya upaya menggerakkan 12 program supaya ia berjalan lancar semasa program. Aku sedar masalah dalaman yang melanda ini tidak diketahui oleh sekretariat yang lain. Kerana semua masalah aku cuba kongsikan bersama sekretariata aku sahaja.

Tiba-tiba aku teringat akan pengalaman aku semasa aku menyertai pesta konvokesyen. Begitu banyak tugas yang diberikan dan tugas ini aku jadikan pengalaman dan pembelajaran baru, begitu juga dengan sekretariat program ini. Aku cuba menggunakan pengalaman aku untuk menggerakkan program.

Banyak perubahan yang berlaku disaat-saat akhir. Di sini aku ingin merakamkan mohon ampun pada semua sekretariat kerana sekretariat program tidak ada ketetapan keputusan yang dapat dibuat. Semuanya bergantung pada kerjasama yang diberi oleh pihak luar. Aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah dalaman.

Aku mohon pada Mu ya Allah permudahkan kerja aku dan sahabat2ku didalam melaksanakan misi dakwah. Aku juga mohon padaMu agar berikan aku kekuatan untuk aku menerima ujian iman dariMu. Sekiranya besar ujian yang kau berikan maka berikanlah hambaMu ini secebis kekuatan.

Doakan program kami berlangsung dengan baik dan lancar...

Monday, August 10, 2009

Selamat Hari Jadi Akak


15 minit telah berlalu selepas pukul 12. Teringat pula aku akan hari jadi kakakku pada 11 Ogos. Cepat2 ku buka laptop ini untuk wish padanya..Al-maklum aku kehabisan kredit kerana sibuk menghubungi individu serta pihak sekolah sebagai followup untuk program yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Tak perlulah ku panjangkan cerita, aku nak wish pada kakak ku semoga kehidupannya sebagai seorang pekerja sentiasa diberkati dibawah kasih Pencipta. Semoga kakak ku mampu laksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan cemerlang. Moga-moga Allah memberikan keberkatan dan kekuatan untuk kakak ku mengharungi ujian dan cubaan dari Allah untuk menilai imannya. Dan ku juga mohon semoga kakak ku murah rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa dikelilingi sahabat yang mampu memberikan kekuatan dan kemanisan pengalaman. Jauhkanlah kakak ku dari sahabat yang boleh menjana kerosakan. Sekiranya dugaan yang kau beri pada kakak ku itu besar maka kurniakanlah secebis kekuatan untuk dia mengharungi ujian itu..

Heepy Besday akak....

Ucapan Ikhlas dari ku:
Hafizah

Thursday, August 6, 2009

AKu Takut..

Hari ini Jumaat bersamaan 7 Ogos 09. Empat hari lepas aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ini kerana kuliah Reka bentuk berarahan dan U2 kuliah rekacipta dibatalkan. Keseronokan dan ketidaksabaran aku untuk pulang ke kampung halaman menjadi hambar apabila selama dua hari aku dirundum perasaan berat hati. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini ada. Aku telah menalifon ibuku dirumah untuk pulang ke kampung. Dan mungkin banyak barang yang ibuku dah beli sebagai preparation awal untuk menyambut kepulangan aku dan kakak ku serentak. Banyak juga kerja akan tertangguh sekiranya aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Tetapi bagi aku perasaan keluarga adalah yang paling penting untuk dijaga.

Kenapa mesti aku takut dengan perasaan ini? Untuk pengetahuan perasaan ini yang bermain di hatiku sebelum kejadian ragut menimpa aku. Sebelum kejadian, hati ini terlalu berat untuk pulang ke kampung. Sehinggalah aku cekalkan hati untuk pulang juga ke kampung. Tetapi malang yang menimpa sewaktu aku balik semula ke UKM.

Tapi itu peristiwa yang sudah berlalu dan membawa 1000 perasaan berhati-hati dan perasaan hambar. Tapi sebenarnya nak ikutkan kematian itu ada dimana-mana, begitu juga dengan sebarang ujian daripada Allah untuk hambanya. Kita tidak boleh mengelak untuk berhadapan dengan ujian. Aku akan cuba untuk pulang ke kampung. Doakan aku selamat untuk pergi dan balik. Wassalam

Wednesday, August 5, 2009

Allah benar-benar menduga dan benar-benar membantu

Salam pada semua pembaca blog. Rasanya dah lama aku tidak menghiaskan diari aku disini. Tapi hari ini aku ingin benar berkongsi apa yang sedang aku lalui sejak kebelakangan ini. Sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk menyiapkan segala tugasan yang diberi. Antara tugasan yang diterima adalah tentang blog. Satu blog adalah sebagai tugasan dan satu blog lagi adalah untuk Prof yang mana ia dicreat dibawah nama aktiviti yang bakal berlangsung bulan Ogos ini. Dua tugasan itu aku bersyukur kerana ia dibebankan atas bahu aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa.. Ini kerana blog ini mengajar aku tentang sebuah ilmu yang sudah sedia ada tetapi mempunyai nilai tambah yang tersendiri. Kalau dulu aku sudah mempunyai blog yang basic tetapi kini aku menggunakan html untuk link dan bukan bergantung sepenuhnya pada gadget lagi.

Disamping bergelar pelajar aku juga ditugaskan untuk menguruskan program LAD yang bakal berlangsung 15-21 Ogos. Tugasan yang aku terima tidaklah seberat tugasan yang aku lalui semasa program konvokesyen. Teringat aku tentang tanggungjawab yang aku pikul terhadap program Kebudayaan dan Kesenian sehingga pelajaran aku terabai kerana terlalu sibuk menguruskan program.

Sebenarnya inilah yang aku ingin kongsikan kepada semua pembaca blog tentang apa yang terjadi. Aku dapat merasakan yang aku sedang diperhati dan diberi ujian. Pada hari Selasa bersamaan 4 Ogos 2009 aku diberi ujian menyiapkan dua phamplet. Dan phamplet tersebut dapat aku siapkan sebelum pukul 12 tgh malam. Kemudian aku menerima mesej dari sahabatku tentang tugasan yang bakal disubmit pada esok hari. Alangkah terkejutnya aku kerana aku tidak teringat akan tugasan yang telah diberikan. Semahunya ingin sahaja aku menjerit. Tetapi aku tabahkan hati dan siapkan tugasan yang diberi. Alhamdulillah semua tugasan ku siap sebelum pukul dua pagi.

Bila difikir-fikirkan Allah benar-benar membantu aku. Mana tidaknya Allah uji aku dalam sehari dengan pelbagai dugaan. Di sebelah petang selesai sahaja kuliah satu perjumpaan telah diadakan untuk membincangkan tentang program LAD yang bakal berlangsung. Dari situ barulah aku sedar banyak perkara yang aku tidak laksanakan lagi. Antaranya pengadil, Borang pemarkahan bagi program-program pertandingan, log LAD, pengisian LDK, pembahagian fasilitator, followup dan sebagainya. Boleh sahaja Allah turunkan ujian untuk aku lupa akan tugasan aku tetapi dengan kuasa Allah, ada pula sahabat yang memberi mesej mengingatkan aku tentanag assgment. Doa aku benar-benar makbul. Aku berdoa agar diriku dipermudahkan dalam segala urusan. dan aku juga memohon agar segala urusan yang aku jalankan bergerak dengan jaya dan cemerlang.

Kesimpulannya Allah benar-benar menguji untuk melihat kekuatan iman hambanya.. Kerana bagaimana nak tahu iman seseoranag sekiranya tiada ujian datang padanya. Itulah persoalan yang terbaik yang mampu dijawab oleh semua umat Islam

SEKIAN TERMA KASIH

Saturday, August 1, 2009

Sebab ISA diperlukan

Sebab AKDN diperlukan

a) Mencegah daripada berlakunya sebarang ancaman terhadap keselamatan negara. Contoh AKDN tidak digunakan: Berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
AKDN digunakan dalam opersai Lalang 1987. Insiden dapat dielakkan.
b) Untuk menangani isu keselamatan berkaitan perkauman dan keagamaan.
Contoh: Isu Al-Arqam (1994), Al-Maunah (2000) dan Hindraf (2007).
c) Untuk menangani masalah keganasan bersifat domestik dan mempunyai rangkaian serantau dan antarabangsa.
Contoh JI dan KMM.
d) Undang-undang jenayah tidak sesuai digunakan dalam kes keselamatan negara kerana

i) Tidak menjamin rahsia operasi sulit keatas sasaran.
ii) Mengelakkan identiti sumber dari terdedah pada umum.
iii) Mengelakkan perasaan cemas orang awam berkaitan situasi keselamatan negara yang boleh jejaskan keyakinan mereka.Perancangan awl tanpa persiapan fizikal tidak dapat dibuktikan di mahkamah terbuka. Cth: Yazid Sufaat iaitu anasir JI dan pakar Bio-Kimia yang menjalankan latihan ketenteraan dan buat bom di Afghanistan ducat didakwa bawah undang-undang terbuka negara ini

Masalah sekiranya AKDN dimansuhkan

Selepas insiden 9/11 banyak negara hadapi masalah untuk menangani ancaman pengganas. Walaupun pasukan keselamatan di sesetengah negara mengetahui ancaman awal berlaku serangan pengganas tetapi mereka menghadapi masalah untuk mengambil tindakan pencegahan awal kerana tiada undang-undang khusus untuk menanganinya seperti Insiden yang pernah berlaku di Bali, Indonesia pada Okt 2002 dan pengeboman hotel Marriot Jakarta pada Ogos 2003. Selain itu insiden ajaran sesat Jim Jones di Guyana pada 1978 dimana 900 pengikutnya membunuh diri manakala di Waco, Texas seramai 86 orang pengikut David Koresh telah membunuh diri pada tahun 1993. Pihak berkuasa tahu tentang kegiatan mereka tetapi tidak dapat mencegahnya kerana tiada undang-undang pencegahan sepertimana AKDN.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN 1960)

ISA dan sebab-sebab penolakan

Ramai yang menyatakan bahawa ISA menolak hak asasi manusia terhadap tahanan. Bagi mereka undang-undang adalah tetap undang-undang. Justeru hak asasi manusia dibelakangkan untuk mendapatkan kebenaran mutlak. Hak asasi manusia menurut konsep Islam merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat peribadi, pemikiran, politik, undang-undang, sosial dan ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara setara. Hak asasi manusia juga merangkumi kepentingan muslim mahupun bukan muslim samaada warganegara atau warganegara asing, Ini kerana konsep kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia dan seluruh dunia umumnya. Hak manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang samaada secara individu mahupun kumpulan ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahi mungkar diwajibkan bagi semuanya (Yusof al-Qaradhawi 2009: 187). Dapat difahami bahawa hak asasi manusia menurut Islam adalah suatu konsep yang jelas dan sah menurut ajaran Islam itu sendiri.

Kuasa mutlak

Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselaman Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh tidak lebih 2 tahun. Ini bermakna perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas iaitu menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh selang dua tahun dan seterusnya.

“Menteri boleh mengarahkan supaya jangka masa mana-mana perintah tahanan atau perintah sekatan dilanjutkan bagi apa-apa tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dan seterusnya bagi apa-apa tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada satu masa, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, samaada –

a) Atas alasan yang sama seperti alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat
b) Atas alasan yang berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat; atau
c) Sebahagiannya atas alasan yang sama dan sebahagiannya atas alasan yang berlainan.

Dengan syarat bahawa jika sesuatu perintah tahanan dilanjutkan atas tahanan yang berlainan atau sebahagiannya atas alasan yang berlainan, orang yang dengannya perintah itu berhubungan hendaklah mempunyai hak yang sama dibawah seksyen 11 seolah-olah perintah yang dilanjutkan sebagaimana yang disebut terdahulunya ialah suatu perintah baru, dan seksyen 12 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

(8) Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, mengkensel atau menambah apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubahkan sedemikian hendaklah melainkan jika terlebih dahulu dikensel, terus berkuat kuasa bagi tempoh yang belum tamat yang dinyatakan dibawah subseksyen (6) atau (7)”. (MDC Publishers 2008: 19).

Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN bagi SB (polis cawangan khas) untuk sewenang-wenang menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea Umno-BN.
Berselindung di sebalik Seksyen 73, Polis cawangan khas juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik Umno-BN. Ini adalah antara ketidakpuasa hati yang ditunjukkan oleh penulis blog terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada pandangannya ISA sangat cenderung dalam melidungi parti politik mereka untuk kepentingan peribadi (http://formerigp.blogspot.com/2006_11_01_archive.html).

Merujuk pada buku Akta Keselamatan Dalam Negeri iaitu bahagian VII peruntukan pelbagai kuasa untuk menahan orang yang disyaki.
(73) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai

(a) Bahawa ada alasan yang mewajarkan penahananya dibawah seksyen 8 dan

(b) Bahawa dia telah bertindak, atau hamper bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu didalamnya atau kedudukan ekonominya.
Mana-mana orang yang ditangkap dibawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perinah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8.

Lawatan Peguam

Alasan terakhir yang disebutkan hakim bicara bagi mengisytiharkan tahanan itu tidak sah ialah tindakan polis menafikan hak lawatan peguam. Kata hakim bicara, perintah tahanan ini sesuatu yang berniat jahat (mala fide) kerana pihak polis dengan sengaja dan tanpa alasan yang munasabah (deliberately and unreasonably) melarang peguam melawat anak guam mereka bagi satu tempoh yang panjang. Perbuatan pihak polis itu nyata melanggar Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. penafian hak lawatan peguam ini merupakan satu pelanggaran besar (gross violation) hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan dan sekali gus telah memudaratkan atau menjejaskan pemohon membuat habeas corpus ini. Kesimpulannya, kata hakim bicara itu lagi, penafian hak lawatan peguam dalam kes ini telah menyebabkan ketidakadilan berlaku.

Dalam satu ayat yang jarang sekali masyarakat dengar sebelum ini dan pastinya mengejutkan banyak pihak, hakim Hishamudin mengingatkan pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam kes tahanan ini supaya segera sedar bahawa undang-undang yang paling utama di negara kita ini adalah Perlembagaan Persekutuan, bukannya ISA (Those police officers responsible for the detention of the applicants must wake up to the fact that the supreme law of this country is the constitution and not the ISA).

Alasan penghakiman
Dalam penghakimannya yang ditulis dalam bahasa Inggeris setebal 28 halaman dan kini boleh dibaca secara percuma oleh setiap warganegara ini di Internet di satu laman web jurnal undang-undang tempatan, hakim bicara menggariskan enam alasan mengapa beliau meluluskan permohonan habeas corpus dua aktivis reformasi itu dan mengisytiharkan tahanan mereka di bawah ISA sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlu diingat bahawa sekalipun kita mungkin tidak setuju dengan kesemua enam alasan yang diberi oleh hakim bicara itu, sekalipun kita menerima hanya satu atau dua alasan sahaja, satu atau dua alasan itu sudah mencukupi untuk menggugat kesahihan perintah tahanan tersebut.
Enam alasan yang disebutkan oleh hakim bicara itu adalah seperti berikut -

(1) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA);
(2) Perintah tahanan itu tidak mematuhi kehendak Perkara 5(3) Perlembagaan Pesekutuan;
(3) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73(3)(a) dan (b);
(4) Keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh tahanan dibuat terlalu awal dan secara mala fide (niat jahat);
(5) Menafikan hak lawatan kepada ahli keluarga; dan
(6) Menafikan hak lawatan kepada peguam.

hakim berkata perbuatan menafikan lawatan bagi satu tempoh yang begitu panjang sekali adalah sesuatu yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas, bukan hanya kepada mereka yang ditahan tetapi juga kepada ahli keluarga mereka masing-masing.
Menyentuh alasan pihak polis bahawa lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan kerana ia akan menjejaskan siasatan polis yang sedang berjalan, hakim bicara menyatakan bahawa alasan itu tidak dapat diterima sama sekali. Kata hakim, permohonan melawat tahanan bukan dibuat sebaik sahaja tangkapan dibuat.
Lagipun, apakah salahnya lawatan bagi satu tempoh masa yang singkat? Pastinya lawatan sedemikian itu oleh ahli keluarga boleh diawasi atau dipantau oleh pihak polis sepanjang masa
Relevankah ISA pada masa kini.

ISa sangat penting dalam memastikan keselamatan Negara. Terutama dalam memelihara Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama di sesebuah negara tersebut. Apa yang pasti kewujudan ISA mampu memberikan jaminan hidup tanpa ada perbuatan subversive antara masyarakat. ISA mampu menolak tekanan peperangan apatah lagi jenayah yang mampu mengundang kematian mahupun huru hara

Dengan ISA bangsa Melayu lebih selamat didalam menghadapi pertarungan kuasa antara pelbagai kaum. Bukan sahaja kuasa politik malahan ekonomi dimana perebutan kuasa ini menjadikan bangsa Melayu seolah-olah hamper jauh ketinggalan dibelakang walhal mereka berdiri di bumi Malaysia sendiri.

Tetapi apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati pada setiap kaum adalah dasarnya yang menahan tanpa bicara. Dasar ini tidak dapat diterima oleh semua kaum walaupun ada sesetengah bangsa Melayu menyatakan adalah suatu perbuatan yang sewajarnya dilaksanakan bagi melindungi perbuatan subversif. Berdasarkan pengawasan laporan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) sehingga Disember 2008, terdapat 46 orang tahanan ISA, di kem tahanan. Kebanyakan mereka dituduh sebagai ekstremis agama manakala sebahagian lagi atas tuduhan memalsukan wang atau dokumen dan aktivis Hindraf

Bukan itu sahaja sekiranya diperhatikan ISA ini lebih terdedah pelaksanaannya untuk parti politik. Apabila diperhatikan pasti ramai yang tahu bahawa kebanyakan tahanan ISA ini terdiri daripada mereka yang berhaluan kiri. Ini jelas tergambar apabila kita melihat seramai lima ahli pemimpin HINDRAF , pemilik blogs iaitu Raja Petra serta wartawan Cina Teresa Kok
Selain itu kita lihat kerajaan seolah-olah menjadikan ISA sebgai landasan melindungi parti politik kerajaan terutama UMNO. Sebenarnya sekiranya kita mengambil pandangan positif, bukanlah ISA itu untuk memelihara UMNO bahkan UMNO itu sendiri berdiri untuk memelihara bangsa melayu daripada kembali ke zaman komunis. Itu yang sebenarnya dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mempertahankan bangsa Melayu terutama Negara Malaysia yang mana kelebihan dan keistimewaan seharusnya berdiri di kaki orang melayu bukan taraf persamaan diberikan kepada semua kaum. Jadi itu yang seharusnya difikirkan oleh orang Melayu.

Ada juga pandangan yang menyatakan ISA itu tidak sesuai atau relevan untuk masa kini. Akta Keselamatan Dalam Negeri ini mula digubal segagai kegunaan menghalang ancaman komunis dan sebagai “emergency law” sahaja.Ini kerana sekiranya diteliti ISA menggantikan ordinan darurat.
Contohnya dalam kes Dato’ Ahmad Ismail yang membangkitkan isu perkauman di Bukit Bendera sedikit masa dahulu. Sebaliknya yang dikenakan tahanan ISA adalah seorang wartawan
Perlembagaan persekutuan menjamin bahawa seseorang itu tidak bersalah sebelum dia terbukti bersalah. Merujuk kepada istilah berkenaan adakah ISA dianggap keadilan apabila seseorang itu boleh ditahan tanpa perbicaraan dan tidak dibuktikan bersalah dimana-mana mahkamah

Apa sudah jadi

Semalam bersamaan dengan hari Jumaat 31.7.2009, aku pulang ke kampung halaman. Al-maklum sudah tiga minggu aku tidak pulang ke rumah. Sebelum ini aku pernah tidak pulang ke rumah lebih sebulan, ini kerana aku sibuk dengan hal-hal assigment dan persatuan.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana aku fikir minggu hadapan merupakan hari keluarga dakwah. Mungkin aku tidak berpeluang untuk balik ke kampung kerana minggu hadapannya lagi Jabatan kami mengadakan praktikal Dakwah Muslim ke Kampung Tersang..
Habis sahaja kelas rekacipta U2 aku terus memulakan langkah untuk pulang ke kampung. Tepat jam 3 petang aku tiba di Bandar Banting dalam keadaan selamat. Adik ku yang tiba lewat menyebabkan aku mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan solat Zuhur. Selang 15 minit adikku tiba .
Dalam seronok bercerita tentang keluarga, adik ku memberitahu berita terbaru bahawa seminggu yang lepas telah diadakan perhimpunan band2 indie "kampung" di Banting. Pertunjukan shuffle juga diadakan di sini dan ramai pengunjung yang datang. Masalahnya pertunjukan dan perhimpunan itu diadakan di sebelah surau. Mungkin kerana tanah lapang yang ada menjadikan ia tempat yang sesuai untuk diadakan pertunjukan tersebut.
Kesannya adikku memberitahu ramai kumpulan baru shuffle mula membentuk kumpulan dan memainkan gerakan-gerakan shuffle di tepi-tepi kedai. Kumpulan shuffle yang kebanyakan berbaju hitam mula menunjukkan bakat terpendam mereka di kawasan umum. Bukankah hari jumaat merupakan waktu persekolahan bagi pelajar sekolah menengah biasa.
Kesannya yang lebih mendalam berlakunya sosial dikalangan remaja. Aku tidak tahu siapa penganjur pertunjukan tersebut. Seharusnya pertunjukan tersebut tidak sepatutnya diadakan kerana ia mengundang kesan kepada remaja sekolah.
Tapi jelas sungguh kesan yang lahir hasil pertunjukan yang diadakan itu. Diharapkan kesan tersebut bukanlah kesan jangka penjang. Ini sahaja yang ingin ku kongsikan didalam blog ini.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates