Followers

Pages

Saturday, August 1, 2009

Apa sudah jadi

Semalam bersamaan dengan hari Jumaat 31.7.2009, aku pulang ke kampung halaman. Al-maklum sudah tiga minggu aku tidak pulang ke rumah. Sebelum ini aku pernah tidak pulang ke rumah lebih sebulan, ini kerana aku sibuk dengan hal-hal assigment dan persatuan.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana aku fikir minggu hadapan merupakan hari keluarga dakwah. Mungkin aku tidak berpeluang untuk balik ke kampung kerana minggu hadapannya lagi Jabatan kami mengadakan praktikal Dakwah Muslim ke Kampung Tersang..
Habis sahaja kelas rekacipta U2 aku terus memulakan langkah untuk pulang ke kampung. Tepat jam 3 petang aku tiba di Bandar Banting dalam keadaan selamat. Adik ku yang tiba lewat menyebabkan aku mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan solat Zuhur. Selang 15 minit adikku tiba .
Dalam seronok bercerita tentang keluarga, adik ku memberitahu berita terbaru bahawa seminggu yang lepas telah diadakan perhimpunan band2 indie "kampung" di Banting. Pertunjukan shuffle juga diadakan di sini dan ramai pengunjung yang datang. Masalahnya pertunjukan dan perhimpunan itu diadakan di sebelah surau. Mungkin kerana tanah lapang yang ada menjadikan ia tempat yang sesuai untuk diadakan pertunjukan tersebut.
Kesannya adikku memberitahu ramai kumpulan baru shuffle mula membentuk kumpulan dan memainkan gerakan-gerakan shuffle di tepi-tepi kedai. Kumpulan shuffle yang kebanyakan berbaju hitam mula menunjukkan bakat terpendam mereka di kawasan umum. Bukankah hari jumaat merupakan waktu persekolahan bagi pelajar sekolah menengah biasa.
Kesannya yang lebih mendalam berlakunya sosial dikalangan remaja. Aku tidak tahu siapa penganjur pertunjukan tersebut. Seharusnya pertunjukan tersebut tidak sepatutnya diadakan kerana ia mengundang kesan kepada remaja sekolah.
Tapi jelas sungguh kesan yang lahir hasil pertunjukan yang diadakan itu. Diharapkan kesan tersebut bukanlah kesan jangka penjang. Ini sahaja yang ingin ku kongsikan didalam blog ini.

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates