Followers

Pages

Saturday, August 1, 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN 1960)

ISA dan sebab-sebab penolakan

Ramai yang menyatakan bahawa ISA menolak hak asasi manusia terhadap tahanan. Bagi mereka undang-undang adalah tetap undang-undang. Justeru hak asasi manusia dibelakangkan untuk mendapatkan kebenaran mutlak. Hak asasi manusia menurut konsep Islam merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat peribadi, pemikiran, politik, undang-undang, sosial dan ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara setara. Hak asasi manusia juga merangkumi kepentingan muslim mahupun bukan muslim samaada warganegara atau warganegara asing, Ini kerana konsep kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia dan seluruh dunia umumnya. Hak manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang samaada secara individu mahupun kumpulan ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahi mungkar diwajibkan bagi semuanya (Yusof al-Qaradhawi 2009: 187). Dapat difahami bahawa hak asasi manusia menurut Islam adalah suatu konsep yang jelas dan sah menurut ajaran Islam itu sendiri.

Kuasa mutlak

Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselaman Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh tidak lebih 2 tahun. Ini bermakna perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas iaitu menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh selang dua tahun dan seterusnya.

“Menteri boleh mengarahkan supaya jangka masa mana-mana perintah tahanan atau perintah sekatan dilanjutkan bagi apa-apa tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dan seterusnya bagi apa-apa tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada satu masa, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, samaada –

a) Atas alasan yang sama seperti alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat
b) Atas alasan yang berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat; atau
c) Sebahagiannya atas alasan yang sama dan sebahagiannya atas alasan yang berlainan.

Dengan syarat bahawa jika sesuatu perintah tahanan dilanjutkan atas tahanan yang berlainan atau sebahagiannya atas alasan yang berlainan, orang yang dengannya perintah itu berhubungan hendaklah mempunyai hak yang sama dibawah seksyen 11 seolah-olah perintah yang dilanjutkan sebagaimana yang disebut terdahulunya ialah suatu perintah baru, dan seksyen 12 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

(8) Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, mengkensel atau menambah apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubahkan sedemikian hendaklah melainkan jika terlebih dahulu dikensel, terus berkuat kuasa bagi tempoh yang belum tamat yang dinyatakan dibawah subseksyen (6) atau (7)”. (MDC Publishers 2008: 19).

Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN bagi SB (polis cawangan khas) untuk sewenang-wenang menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea Umno-BN.
Berselindung di sebalik Seksyen 73, Polis cawangan khas juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik Umno-BN. Ini adalah antara ketidakpuasa hati yang ditunjukkan oleh penulis blog terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada pandangannya ISA sangat cenderung dalam melidungi parti politik mereka untuk kepentingan peribadi (http://formerigp.blogspot.com/2006_11_01_archive.html).

Merujuk pada buku Akta Keselamatan Dalam Negeri iaitu bahagian VII peruntukan pelbagai kuasa untuk menahan orang yang disyaki.
(73) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai

(a) Bahawa ada alasan yang mewajarkan penahananya dibawah seksyen 8 dan

(b) Bahawa dia telah bertindak, atau hamper bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu didalamnya atau kedudukan ekonominya.
Mana-mana orang yang ditangkap dibawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perinah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8.

Lawatan Peguam

Alasan terakhir yang disebutkan hakim bicara bagi mengisytiharkan tahanan itu tidak sah ialah tindakan polis menafikan hak lawatan peguam. Kata hakim bicara, perintah tahanan ini sesuatu yang berniat jahat (mala fide) kerana pihak polis dengan sengaja dan tanpa alasan yang munasabah (deliberately and unreasonably) melarang peguam melawat anak guam mereka bagi satu tempoh yang panjang. Perbuatan pihak polis itu nyata melanggar Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. penafian hak lawatan peguam ini merupakan satu pelanggaran besar (gross violation) hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan dan sekali gus telah memudaratkan atau menjejaskan pemohon membuat habeas corpus ini. Kesimpulannya, kata hakim bicara itu lagi, penafian hak lawatan peguam dalam kes ini telah menyebabkan ketidakadilan berlaku.

Dalam satu ayat yang jarang sekali masyarakat dengar sebelum ini dan pastinya mengejutkan banyak pihak, hakim Hishamudin mengingatkan pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam kes tahanan ini supaya segera sedar bahawa undang-undang yang paling utama di negara kita ini adalah Perlembagaan Persekutuan, bukannya ISA (Those police officers responsible for the detention of the applicants must wake up to the fact that the supreme law of this country is the constitution and not the ISA).

Alasan penghakiman
Dalam penghakimannya yang ditulis dalam bahasa Inggeris setebal 28 halaman dan kini boleh dibaca secara percuma oleh setiap warganegara ini di Internet di satu laman web jurnal undang-undang tempatan, hakim bicara menggariskan enam alasan mengapa beliau meluluskan permohonan habeas corpus dua aktivis reformasi itu dan mengisytiharkan tahanan mereka di bawah ISA sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlu diingat bahawa sekalipun kita mungkin tidak setuju dengan kesemua enam alasan yang diberi oleh hakim bicara itu, sekalipun kita menerima hanya satu atau dua alasan sahaja, satu atau dua alasan itu sudah mencukupi untuk menggugat kesahihan perintah tahanan tersebut.
Enam alasan yang disebutkan oleh hakim bicara itu adalah seperti berikut -

(1) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA);
(2) Perintah tahanan itu tidak mematuhi kehendak Perkara 5(3) Perlembagaan Pesekutuan;
(3) Perintah tahanan itu tidak mematuhi s. 73(3)(a) dan (b);
(4) Keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh tahanan dibuat terlalu awal dan secara mala fide (niat jahat);
(5) Menafikan hak lawatan kepada ahli keluarga; dan
(6) Menafikan hak lawatan kepada peguam.

hakim berkata perbuatan menafikan lawatan bagi satu tempoh yang begitu panjang sekali adalah sesuatu yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas, bukan hanya kepada mereka yang ditahan tetapi juga kepada ahli keluarga mereka masing-masing.
Menyentuh alasan pihak polis bahawa lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan kerana ia akan menjejaskan siasatan polis yang sedang berjalan, hakim bicara menyatakan bahawa alasan itu tidak dapat diterima sama sekali. Kata hakim, permohonan melawat tahanan bukan dibuat sebaik sahaja tangkapan dibuat.
Lagipun, apakah salahnya lawatan bagi satu tempoh masa yang singkat? Pastinya lawatan sedemikian itu oleh ahli keluarga boleh diawasi atau dipantau oleh pihak polis sepanjang masa
Relevankah ISA pada masa kini.

ISa sangat penting dalam memastikan keselamatan Negara. Terutama dalam memelihara Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama di sesebuah negara tersebut. Apa yang pasti kewujudan ISA mampu memberikan jaminan hidup tanpa ada perbuatan subversive antara masyarakat. ISA mampu menolak tekanan peperangan apatah lagi jenayah yang mampu mengundang kematian mahupun huru hara

Dengan ISA bangsa Melayu lebih selamat didalam menghadapi pertarungan kuasa antara pelbagai kaum. Bukan sahaja kuasa politik malahan ekonomi dimana perebutan kuasa ini menjadikan bangsa Melayu seolah-olah hamper jauh ketinggalan dibelakang walhal mereka berdiri di bumi Malaysia sendiri.

Tetapi apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati pada setiap kaum adalah dasarnya yang menahan tanpa bicara. Dasar ini tidak dapat diterima oleh semua kaum walaupun ada sesetengah bangsa Melayu menyatakan adalah suatu perbuatan yang sewajarnya dilaksanakan bagi melindungi perbuatan subversif. Berdasarkan pengawasan laporan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) sehingga Disember 2008, terdapat 46 orang tahanan ISA, di kem tahanan. Kebanyakan mereka dituduh sebagai ekstremis agama manakala sebahagian lagi atas tuduhan memalsukan wang atau dokumen dan aktivis Hindraf

Bukan itu sahaja sekiranya diperhatikan ISA ini lebih terdedah pelaksanaannya untuk parti politik. Apabila diperhatikan pasti ramai yang tahu bahawa kebanyakan tahanan ISA ini terdiri daripada mereka yang berhaluan kiri. Ini jelas tergambar apabila kita melihat seramai lima ahli pemimpin HINDRAF , pemilik blogs iaitu Raja Petra serta wartawan Cina Teresa Kok
Selain itu kita lihat kerajaan seolah-olah menjadikan ISA sebgai landasan melindungi parti politik kerajaan terutama UMNO. Sebenarnya sekiranya kita mengambil pandangan positif, bukanlah ISA itu untuk memelihara UMNO bahkan UMNO itu sendiri berdiri untuk memelihara bangsa melayu daripada kembali ke zaman komunis. Itu yang sebenarnya dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mempertahankan bangsa Melayu terutama Negara Malaysia yang mana kelebihan dan keistimewaan seharusnya berdiri di kaki orang melayu bukan taraf persamaan diberikan kepada semua kaum. Jadi itu yang seharusnya difikirkan oleh orang Melayu.

Ada juga pandangan yang menyatakan ISA itu tidak sesuai atau relevan untuk masa kini. Akta Keselamatan Dalam Negeri ini mula digubal segagai kegunaan menghalang ancaman komunis dan sebagai “emergency law” sahaja.Ini kerana sekiranya diteliti ISA menggantikan ordinan darurat.
Contohnya dalam kes Dato’ Ahmad Ismail yang membangkitkan isu perkauman di Bukit Bendera sedikit masa dahulu. Sebaliknya yang dikenakan tahanan ISA adalah seorang wartawan
Perlembagaan persekutuan menjamin bahawa seseorang itu tidak bersalah sebelum dia terbukti bersalah. Merujuk kepada istilah berkenaan adakah ISA dianggap keadilan apabila seseorang itu boleh ditahan tanpa perbicaraan dan tidak dibuktikan bersalah dimana-mana mahkamah

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates