Followers

Pages

There was an error in this gadget

Tuesday, August 11, 2009

Nak menangis :(

Hari ini ingin sahaja aku jadikan pokok sebagai saksi, rumput sebagai teman berbicara dan langit sebagai pemujuk hati. Ingin sahaja aku berdiri di atas bukit menjerit dan menangis dan menjadikan bulan sebagai melepaskan tekanan, sedih dan marah dari hatiku ini. Kerana aku tahu jeritanku ini terlalu jauh untuk didengari sang bulan. Aku mampu bekerja dibawah tekanan tapi aku tidak mampu menghadapi situasi 'miscommunication'. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan. Aku tidak tahu mengapa semakin dekat perjalanan program semakin banyak pula perubahan yang melanda.

Sebagai seorang yang telah diberi tanggungjawab mengetuai sekretariat program kami diberi beberapa tanggungjawab menguruskan program. Ada 10 program yang mana akan berlangsung serentak semasa hari selasa bersamaan 18 Ogos ini. Dan satu program forum yang baru diumumkan dan satu program ceramah untuk penutupan program. Ini bermaksud aku bersama sahabat2 aku akan cuba sedaya upaya menggerakkan 12 program supaya ia berjalan lancar semasa program. Aku sedar masalah dalaman yang melanda ini tidak diketahui oleh sekretariat yang lain. Kerana semua masalah aku cuba kongsikan bersama sekretariata aku sahaja.

Tiba-tiba aku teringat akan pengalaman aku semasa aku menyertai pesta konvokesyen. Begitu banyak tugas yang diberikan dan tugas ini aku jadikan pengalaman dan pembelajaran baru, begitu juga dengan sekretariat program ini. Aku cuba menggunakan pengalaman aku untuk menggerakkan program.

Banyak perubahan yang berlaku disaat-saat akhir. Di sini aku ingin merakamkan mohon ampun pada semua sekretariat kerana sekretariat program tidak ada ketetapan keputusan yang dapat dibuat. Semuanya bergantung pada kerjasama yang diberi oleh pihak luar. Aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah dalaman.

Aku mohon pada Mu ya Allah permudahkan kerja aku dan sahabat2ku didalam melaksanakan misi dakwah. Aku juga mohon padaMu agar berikan aku kekuatan untuk aku menerima ujian iman dariMu. Sekiranya besar ujian yang kau berikan maka berikanlah hambaMu ini secebis kekuatan.

Doakan program kami berlangsung dengan baik dan lancar...

1 comments:

mcf2145 said...

Kdg kala dgn mnangis dpt mlegakn kresahan ati.. nanges ja puas.. Sy taw awk tabah.. ^_^

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates