Followers

Pages

There was an error in this gadget

Saturday, January 19, 2013

Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil


Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

1 Pengenalan

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan yang kelihatan hidup. Perkembangan animasi di Malaysia bermula dengan lahirnya ‘Unit Filem Malaya’ pada tahun 1946. Animasi Hikayat Sang Kancil adalah animasi pertama yang dihasilkan oleh Malaysia iaitu pada tahun 1978 dan ia mula ditayangkan sekitar tahun 1983. Kemudian tahun demi tahun animasi di Malaysia berkembang dengan penggunaan teknologi canggih seperti Upin Ipin yang menjadi ikutan kanak-kanak yang menontonnya. Begitu juga dengan Boboboi. Animasi adalah antara platform yang paling sesuai dalam membentuk sahsiah kanak-kanak terutama pelajar dan animasi juga boleh dijadikan produk identiti Malaysia dengan memaparkan sahsiah pelajar yang baik untuk dijadikan model pada pelajar antarabangsa. Animasi juga merupakan keperluan dalam memajukan industri animasi Malaysia.  Beberapa rancangan kanak-kanak telah dibentuk supaya kanak-kanak mempelajari nilai peribadi dan sifat-sifat yang positif. Animasi yang dibentuk ini menggalakkan kanak-kanak menggunakan daya pemikiran dan memberikan kemahiran memproses masalah. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi pelajar untuk diterapkan dalam diri mereka. Animasi sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak dan sekaligus menjadikan animasi sebuah rancangan yang mempunyai ‘kuasa’ dan daya penarik tersendiri. Pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil adalah pelajar yang aktif mental dan fizikal. Keupayaan mereka meniru gaya dan watak animasi semasa waktu persekolahan menjadikan ia tarikan dan guru mula menggunakan nilai yang baik untuk dijadikan contoh dalam pengajaran dan pembelajaran harian.

2. Permasalahan Kajian

Animasi di Malaysia telah berkembang selaras dan kerajaan tidak pernah terlepas pandang dengan golongan karyawan seni kreatif ini. Kajian ini ingin menyelesaikan persoalan adakah animasi tempatan dapat membentuk sahsiah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Secara khususnya persoalan timbul adakah animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif terhadap pelajar di sekolah ini atau sebaliknya. Sekiranya banyak pengaruh positif maka apakah nilai-nilai yang telah diterapkan dalam animasi tersebut untuk dijadikan contoh harian kepada pelajar.

3. Objektif Kajian

Dalam usaha untuk mengkaji pengaruh animasi tempatan maka penulis telah menggariskan tiga objektif utama yang diharapkan dapat direalisasikan.

1) Mengenalpasti animasi tempatan yang banyak memberi pengaruh besar kepada pelajar.
2) Membanding beza kadar pengaruh animasi tempatan dalam membentuk sahsiah pelajar.
3) Meneliti nilai-nilai yang telah diterapkan dalam setiap animasi untuk dijadikan ikutan pada pelajar.

4. Hipotesis Kajian

Penulis mengandaikan beberapa hipotesis yang akan dibuktikan, antaranya ialah :

1) Terdapat banyak animasi tempatan yang ditayangkan di kaca televisyen secara siri sekaligus menjadi daya penarik kepada pelajar.

2) Animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif kepada pelajar sekolah sekaligus dapat membentuk sahsiah pelajar.

5. Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan amat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang berikut:

1) Guru: Guru merupakan ibu bapa kepada pelajar di sekolah. Kajian yang berfokus ini akan dapat membantu guru menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam animasi tempatan untuk dijadikan ikutan pelajar. Guru juga boleh menggunakan nilai yang terdapat dalam animasi untuk dibawa ke waktu pengajaran dan pembelajaran seharian.

2) Pendakwah : Pendakwah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej tentang Islam. Oleh itu, pendakwah yang menyampaikan dakwah hendaklah melihat siapakah sasaran dakwah agar isi kandungan dapat diterima oleh sasaran dengan baik. Maka kajian ini adalah sesuai untuk dijadikan rujukan sekiranya sasaran pendakwah adalah kanak-kanak atau pelajar sekolah.

3) Penghasil animasi : Penghasil animasi merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan kandungan animasi. Dengan kajian ini, maka mereka boleh menjadikannya sebagai rujukan untuk mereka mengahasilkan animasi yang lebih berpandukan nilai yang boleh membentuk sahsiah pelajar yang mana sekaligus ia mampu menyebarkan identiti pelajar di Malaysia.

4) Ibu Bapa : Ibu bapa adalah golongan yang penting dalam memastikan anak-anak meraka mempunyai sahsiah yang cemerlang. Tanggungajwab mereka juga sangat besar dalam menapis kehendak negatif anak-anak mereka. Kajian berfokus ini menjadi landasan untuk menentukan animasi yang banyak memberikan nilai baik yang sekaligus menjadikan anak mereka sentiasa berdisiplin.

6. Batasan Kajian

            Bagi memastikan kajian ini lebih spesifik dan terarah maka penulis telah memfokuskan kajian kepada animasi yang lebih diberi tumpuan pada pelajar iaitu animasi Upin Ipin, Boboboi,  Bola Kampung dan Ben 10. Skop kajian juga lebih terarah kepada jalan cerita yang mengandungi pengaruh positif dan negatif serta nilai yang baik yang terkandung didalam animasi tersebut yang mana ia sekaligus kerap menjadi ikutan pelajar dan boleh diserapkan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran

Selain itu penulis juga membataskan kajian hanya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Ini disebabkan penulis adalah seorang guru di sekolah ini sekaligus dapat memudahkan penulis membuat kajian.

7. Metodologi Kajian

Dalam usaha untuk menjelaskan permasalahan kajian dan merialisasikan objektif-objektif  kajian maka penulis telah memilih metodologi berikut sebagai sandaran kajian.
           
7.1)      Jenis kajian:
                        Kajian yang akan dijalankan adalah kajian kepustakaan (Library @ Arm Chair Research) yang mengutamakan rujukan sumber. Dalam kajian ini, kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan adalah kaedah kuantitatif. Ini kerana, sebahagian besar pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan soal selidik

8. Ulasan Kepustakaan

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, penulis tidak menjumpai kajian yang serupa dengan kajian yang bakal dijalankan. Walaubagaimanapun penulis menjumpai kajian yang dijalankan tetapi melalui aspek yang berlainan iaitu persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu. Dalam kajian ini dinyatakan bahawa penggunaan kartun dalam karangan mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid.

Beberapa laman web yang penulis kaji mendapati bahawa secara keluruhannya berpendapat animasi boleh mempengaruhi pemikiran yang mana sekaligus menyebabkan mereka leka sehingga mengabaikan pembelajaran mereka. Ia juga sekaligus mempengaruhi perkembangan psikologi dan perkembangan minda pelajar.

Selain itu pembacaan penulis melalui akhbar Harian Metro, brtarikh 12 Januari 2013 pula mendapati tajuk ini hampir mendekati kajian penulis. Penulisan yang bertajuk Pantau Elemen Nagatif Program Animasi lebih berfokus kearah animasi yang diimport memberi pengaruh yang negatif seperti Sin Chan dan Hagemaru. NorAinon Othman menganggap nilai tidak baik ini mudah melekat dalam pemikiran pelajar. Selain itu animasi luar banyak memaparkan unsur kelucahan, keganasan dan pergaduhan tetapi penulisan beliau masih mempertahankan animasi tempatan dalam memberikan nilai yang baik kepada kanak-kanak.

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates