Followers

Pages

Friday, December 28, 2012

Bukti Allah sayangkan kita (kisah benar)

Assalamualaikum ^^

Just nak cter je pengalaman aku yang kecewe dengan keputusan exm..Benda ni dah lama dah berlaku..masa aku kat UKM..hehehe tp bila nak diimbas kembali baru aku tau Allah sayangkan aku dan sentiasa terima aku seadanya..

Aku wat apa kat Allah??

Masa kat UKM aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah..Bila exam je aku akan tawakkal seiring dengan usaha aku untuk jadi pelajar Dekan..tp bila keputusan keluar ..aku jatuh mendadak..tp still 3.00 ke atas.. Aku menangis dalam bilik..mana tidaknya sem 1 dekan sem 2 jatuh plak..Actually dalam amsa yang sama gak aku seorang budak yang aktif dalam berpersatuan kira aku ada jawatan besar laa time tu...
Oke sambung cte..masa tu aku rasa Allah ni tak adil..orang lain tak Tawakkal tp Dekan...aku membandingkan diri aku dengan orang sekelilingku..Aku tau aku hamba paling hina..

Apa jd kat aku??

Di sebabkan kecewa aku buat benda gle..actually benda gle ni la yang mengubah seluruh hidup aku..aku kuar secara beramai-ramai dengan kawan lelaki n perempuan sehingga lewat malam..sebelum ni aku kuar je malam tp..kuar sorang diri g libry..pastu balik libry tu ja..

Solat macam ner?? 

Hinanya aku ketika itu..solat maghrib aku lewatkan..sama laa ngan solat isyak..tp still dalam waktu..pastu al-Quran aku just baca 1 muka je..kalo sblm ni banyak muka gak laa..semua ni sbb aku nak luahkan ketidakpuasana hati aku pada Allah.."Ya Allah aku mohon taubat drMu"..

Apa Allah buat sampai aku tersedar??

Tak lama pun aku buat bnda jahat ni..(means kuar sampai lewat malam n lewatkan solat) Kalau tak silap aku laa genap seminggu Allah beri aku petunjuk..malam tu lepas je main bowling ngan kawan2 aku..aku pun balik. tak silap aku pukul 1 or 2 pg kot..then solat ala kadar pastu terus tido..Dalam tidur ni la Allah tunjuk kan kat aku kekuasaanNya untuk buat aku sedar yang aku ni makhluk kecil yang tak layak untuk mempersoalkan ketidakadilan Allah..Hmm aku mimpi kiamat itu datang pada aku...matahari terbit disebelah barat...dalam mimpi tu gak aku teringat dosa besar aku pada Allah..Time tu aku dah tau pintu taubat dah tertutup..Keadaan kacau bilau..kapal terbang terhempas..Rumah2 semua terbakar..manusia bertempiaran lari..ada yang berlindung di masjid..Ketika aku lari untuk mencari perlindungan hati aku berkata sekuat-kuatnya "Ya Allah adakah ini mimpi...tolong berikan aku peluang kedua ya Allah..aku tau aku mengetepikaMu hanya kerana keputusan exam...Aku berjanji ya Allah lepas ni kalau keputusan aku teruk aku redha dan aku tidak akan mempersoalkannya..aku tidak akan berdendam ya Allah" ingt lgi doa ni yang lahir dr hati aku ketika ketakutan menghadapi hari kiamat,,aku lari sekuat-kuatnya...serpihan kapal terbang dan roket jatuh mengenai manusia yang sedang berlari..aku mencari perlindungan di sebuah surau..akhirnya aku tgk keadaan menjadi sedikit tenang..

Apa terjadi seterusnya??

Aku pun terjaga..aku tgk keadaan sekeliling...terdetik dalam hati " ehh tak kiamat lg..pintu taubat terbuka lg ni..Allah benar2 berikan aku peluang kedua" menitis air mata aku melihat kehebatan Allah..masakan tidak dalam mimpi tu aku terasa sakit..terasa takut yang amat sangat...seperti benar2 berlaku.. aku pun tgk la kat jam..MAaaaakkkkkkkkk Aiiiiiiii dah lewat g kuliah...masa tu solat subuh dah terlepas..walhal aku dah set jam loceng...aku pun terus mandi n solat qadha..walaupun dah lewat ke kuliah solat tu penting tau...menjamin akhirat kita..pastu aku g laa kuliah..sepanjang perjalanan kuliah aku sentiasa pikir tentang mimpi aku...menitis air mata aku...

Allah sayang kat aku

Memang Allah sayang kan hambanNya...semua Allah sayang..Allah nak berikan hidayah supaya aku balik ke pangkal jalan...Thanks Allah...actually cter ni tak ramai pun tau..aku akan ceritakan kisah ni kepada sesiap yang aku rasa dia nak berubah tp degil tak nak berubah...huhuhhu akhirnya aku sematkan cerita aku kat blog aku sendiri...

korang jangan jd macam aku ea..awalkan waktu solat..jangan putus harapan pada Allah..Allah berikan kita kesedihan sebb Allah nak berikan kita sesuatu yang terbaik  sebagai ganti kesedihan itu...Jangan hubbu Dunia sebb kita akan rasa terlalu jauh dengan Allah..

Diakah Jodohku

Assalamualaikum..

Kenapa tak update blog???

Lama tak update blog ni..sebab aku dah mulakan hidup ku sebagai seorang penjawat awam..hehehe dah start keje la ni kiranya...aku bertugas sebagai seorang guru je..InsyaAllah aku nak sambung master dalam masa terdekat ni..ermm mungkin jarak jauh kot...tolong doakan aku ea..
erm aku tak nak laa nak bebel benda yang bukan menyentuh tentang topik yang aku nak present ni...^^"

Kenapa ngan jodoh aku??

Sebenarnya hidup ni Allah dah sediakan jodoh untuk kita tapi kita perlu usaha dan tawakkal..sesuatu benda yang kita nak kita kene usaha sebab benda tu bukan datang "bergolek"..Dulu aku ada post tentang kawan baik aku suka kat aku...Then aku tak ley nak terima dia..tapi after tu Allah uji aku dengan pertemuan seorang sahabat yang aku rasa baik dari sudut agama..dr sudut harta plak ?? mungkin

Bercinta selepas nikah ??

Aku dah mula rasa bersalah...aku pun buat keputusan untuk bercinta selepas nikah..hmm indah bunyinya...tapi kadang2 ia suatu yang bahaya juga.. cerita ni sekadar perkongsian untuk semua..Lelaki ni aku kenal melalui tagged..dari sudut adab bermesej..aku rasa dia bagus. dari apa yang aku tahu melalui kata-katanya dia seorang engineer dan mempunyai part time job kelas saham..yang tu aku tak laa check sangat..sebab aku bukan mata duitan pun..paling indah bila aku dengar dia nasihatkan aku untuk sentiasa istiqamah menunaikan solat Dhuha. Dia ada cerita ex dia seorang Hafizah..tp jodoh mereka tak panjang .then aku rasa dia bgus jd kami pun ingin pergi ke alam yang lebih jauh sbb bg kami kalo lama sangat hubungan tak halal ni dia jd maksiat...hmmm kenal punya kenal aku rasa somethung wrong happen...

Laaa apa yang terjadi ni??

Dia pernah bgtahu aku dia akan cuba belajar memandu kereta dan akan berjumpa dengan kedua orang tua ku dengan menaiki kereta..MAZDA 3..tapi aku tak heran pun mazda ke BMW ke Porche ke..tu semua aku tak pandang sangat...hehehe pandang tu pandang laa....tp tak laa sampai nak memilikinya.. Cuma aku nak dia buktikan je..Last2 dia kata "kita putus"??..hehehe dalam kes ni aku pun salah gak..sebab garang sangat..Oppss sori aku akan baik dan berlembut insyaAllah selepas aku bergelar seorang isteri yang sah..bukan tunang dan bukan makwe..kene tau tu..sbb bg aku kalau dah baik sangat maksiat tu akan melekat hehehe (ni pandangan aku je tau)

Camner ley putus??

Aku pun terkejut gak sbb dia tetiba mintak putus...hmmm perasaan aku masa tu gembira n sedey..(tak la sedey sangat...15 minit je sedih..sbb aku takder perasaan pun..Dia nak jumpa kuarga aku dengan cadangannya untuk menaiki motor..tp aku tak bg sebb jauh...pastu dia nak naik teksi pun aku tak bg sbb mahal..pastu aku cakap ngan dia naik laa kete kata ada kete...dia kata " takper sy sewe kete" OMG ...Terdetik dia ni ada kete ke tak?? Actually nak pikat aku takyah laa nak bangga ngan harta dunia...adoiii..after tu dia terus putus sbb takder confident level nak bawak kete MAZDA. mak aii cenggitu plak..pastu bg alasan tak sampai  hati mak ayah nak guna..huhuhu (Bgus kan alasan tu)

 Apa kesimpulan pasal dia ni?? 

Aku nampak usaha dia untuk jadikan aku isteri dia..n usaha nak didik aku ke jalan yang terbaik di sisi Allah..dia nak aku pakai niqab..Alhamdulillah...Tapi bila takder jalan penyelesaian dia minta terus putus tanpa bg alasan munasabah...alasan munasabah dia selepas kata "SAYA PUTUS"..

So apa kene mengena untuk aku reject dia??

kita sebagai pompuan ni kene carik lelaki yang mempertahankan isteri..bila pk balik 1 hari tak mustahil bila kami kahwin n tetibe ada problem dalam umah tangga...hah jalan penyelesaian dia mudah je "AKU CERAIKAN KO" hehehe tu yang aku pk..sampai aku tak ley terima dia balik..Actually dah dua kali dia minta putus..

Then apa jd pastu??

Pas putus ada je mamat cuba approach aku..Nak kata aku lawa..aku biasa je..nak kata aku cikgu ermm ntah aaa ?? habis nape suka kat aku??? then mamat tu pun aku reject (cara baik k) after reject ada je pengganti..haisshhh kadang aku pening gak...

bila korang baca mesti korang akan cakap aku plygirl..aku bukan plygirl..aku dah berterus terang dengan dia kenapa aku tolak..sometime lelaki ni taknak mengalah...

Kesimpulan cerita??

Allah nak duga hambanya kan mengikut keupayaan..aku yakin segala yang jadi kat aku adalah untuk aku berhati2 dan jadikan pengajaran untuk akan datang...lelaki ni ada banyak sifat dan perwatakan...ada yang suka kita kerana kecantikan (yang ni bahaya sbb dah tua dia akan carik yang lain). Ada gak lelaki yang suka kat seseorang lalu membangga diri dengan harta yang ada sedangkan harta tu tiada..(suka menyatakan kekayaan supaya perempuan kagum dengan kekayaan walhal takder pun kaya)  n ada gak lelaki yang suka cakap besar..(hmmm lelaki macam ni Allah nak jatuhkan sekejap je)

Tapi siapa jodoh aku...datang dan pergi dengan kesedihan? Allah itu lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...yakin laa perempuan yang baik untuk ellaki yang baik dan sebaliknya...dan jodoh itu adalah untu melengkapkan hidup kita di dunia ini

So wanita2 yang sedanag carik jdo..cariklah yang baik agamanya..sbb ia jaminan kita ke syurga..cariklah lelaki yang jujur (supaya tiada penipuan dalam hubungan ). Ada harta (bukan harta menggunung tp cukuplah harta untuk keperluan rumahtanggaI) n dll..heheh pk sendiri

Last sekali??

ermm last sekali thanks sudi baca blog aku..aku sekadar meluahkan dan cerita ni jadikan ia pengajaran..

Thursday, July 26, 2012

Wang RM 100 VS RM1.00

Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.



4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"


Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"


Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

Wednesday, July 18, 2012

Bagaimana nak mengubah si dia

Assalamualaikum

Entri kali ini aku ingin berkongsi tentang dugaan Allah memberikan aku ujian dengan kehadiran seorang remaja perempuan linkungan 20 an yang hadir dalam hidup aku..Adakah Allah hendak aku galas tanggungjawab mengubahnya kepada yang lebih baik.


Dia adalah gadis yang sangat-sangat baik.. baik percakapannya..tidak menyakitkan hati walaupun mengeluarkan perkataan kasar. Tapi apa yang membingungkan aku bila aku dapat tahu dia ni tak ambil berat tentang solat lima waktu.. mandi wajib ditangguh sesuka hati.. dan dia juga seorang yang suka memaparkan gambar free hair di laman-laman sosial miliknya. Pada pandangan aku dia nampak cantik dengan bertudung.

Banyak  kisah yang telah dia kongsikan kepada aku. Mungkin dia nak ringankan beban yang ada dalam hati dia. Tapi kisah tersebut banyak berkisar tentang dia dan bf (boyfriend). Sampai satu tahap aku terkejut bila dia memberitahu yg bf dia dah biasa tidur di rumah keluarganya. Begitu juga sebaliknya. Tentang solat pula dia memberitahu aku " kalo rasa nak solat dia solat kalo tak dia wat tak tau..tapi kalo dia dah alim sentuh aku pun tak nak" Tersentak juga aku mendengar..bila dia menceritakan tentang keadaan bf nya

Pada pandangan aku mak ayah dia tak ambil berat ke tentang hal-hal macam ini. Aku cuba nak selamatkan gadis ini daripada terus menerus tidak sedar dengan apa yang berlaku. Tapi aku tiada cara yang terbaik untuk memberikan dia kesedaran..

Cuma aku berharap Allah berikan dia petunjuk untuk dia berubah. Aku mohon pada Allah agar berikan dia pasangan yang lebih baik agar dapat mengubah agama dia kepada yang terbaik.

Aku tau perkara ini adalah biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Dan mungkin juga ada yang bermonolog " alaa kira baik la gadis ni. ada pelacur kat luar lagi teruk" hmm aku ambil berat kat dia sbb dia adalah roomate aku. Kalo aku terus menerus diam dan membiarkannya aku rasa yang diri aku pun sama dengan dia. Lagi-lagi saham kat akhirat akan terus bertimbun

Friday, July 13, 2012

Salah ke alihkan bangkai anjing



Assalamualaikum semua..entri kali ni aku nak masukkan kisah aku kene marah hanya kerana aku mengalihkan bangkai anjing.. :(

Kepada semua yang diluar sana ..dalam ayat al-Quran atau hadith tiada satu pun ayat yang menyuruh kita jangan alihkan bangkai anjing atau babi serta keturunannya yang mati di tengah jalan yang boleh mengganggu orang lain untuk menggunakan jalan..Kalau ada pun kita diharamkan untuk menyentuhnya..maksud dekat sini antara kulit dengan kulit..

Hmm tapi aku hairan kenapa bila ada bangkai anjing takder sorang pun nak alihkan..kalau ada pun tak ramai daripadanya terdiri orang Islam dan majoriti orang kafir..Hmm sedangkan pada zaman rasul seorang pelacur masuk syurga hanya kerana memberi minum pada seekor anjing yang sedang dahaga..

Entri kat sini bukan nak tunjuk aku baik atau sebaliknya..aku cuma rasa nak meluahkan kekesalan aku pada masyarakat sekarang yang merasakan bahawa anjing yang mati di tepi jalan tidak boleh dialihkan..tunggu orang kafir yang alihkan...

Bagi aku kalau nak tunggu semua tu..habis macam mana kalau ada kete langgar anjing tu..korang ingat bangkai kucing korang pun langgar gak..hah elok laa tu samak laa kete korang..

Ish aku minta maaf rasa nak marah plak..sebenarnya aku kecewe, baru-baru ni aku alihkan bangkai anjing..dengan menggunakan kertas dan kudrat aku menarik anjing tu ketepi..sangat berat sampai aku hampir putus asa..kereta yang lalu lalang hanya memandang..mungkin ada yang pandang hina..tapi aku tak sampai hati tgk anjing tu mati kene gilis terus menerus..

Sampai satu tahap tengah aku fokus tarik ekor anjing tu tetibe ada sebuah lori besar yang dipandu oleh orang melayu hon kat aku dan matanya menenung aku dalam keadaan marah..hon daripada kenderaan lori yang dipandunya buat aku terkejut macam nak pengsan..terlalu kuat dan gegendang telinga aku pun hampir2 je meletup..

Aku harap sangat apa jua haiwan yang mati di tengah atau tepi jalan..selagi kita boleh mengalihkannya kita alihkanla..takkan korang sanggup tengok bangkai tu kene gilis terus menerus sampai tak nampak fizikal bangkai..
InsyaAllah Allah akan balas perbuatan baik anda..

sampai cni je la entri aku..jom perbanyakkan amalan di bulan Syaaban


Friday, July 6, 2012

Bolehkah kawan jadi pasangan hidup kita??

Ramai yang setuju sekiranya pertanyaan ini diajukan pada seseorang..tapi bagi aku sukar..Aku tak pernah ada kawan yang betul2 nak jadi kawan aku..semuanya ambil kesempatan dengan memberikan istilah cinta pada aku..

Semua nak cari kawan yang betul2 faham keadaan kita..tapi aku tak nafikan bila lelaki ambil berat kat pompuan so pompuan akan jatuh cinta..padahal cinta bertepuk sebelah tangan jer..tu dah banyak terjadi kat kawan2 aku..ada plak yang aku tgk kawan aku jatuh cinta ngan suami orang..oke ni satu yang aku nak sentuh..prinsip aku tak rapat ngan lelaki yang dah kahwin..bila pompuan tak rapat or menggatal ngan lelaki yang dah kahwin maka takder la istilah skandal or pompuan simpanan..

Kita ni pompuan kene jaga maruah..sekali orang dah pandang serong sampai bila2 orang sekeliling tak percaya kat kita..maruah seorang perempuan bukan pada tubuh sahaja tetapi keluarga juga.. (^_^)

Opss rasa macam dah melalot..oke balik pada citer asal aku..aku ni ada kawan baik..aku rasa aku x banyak buat baik kat dia tp dia kata aku dah banyak tolong dia...yg penting aku ikhlas tolong dia...or buat baik kat dia..tapi rupanya dia salah ertikan..sehingga satu tahap aku face to face dengan dia terangkan yang sebenar dia still tak mengalah..aku jugak cakap ngan dia yang aku TAKDER PERASAAN KAT DIA..arghhhh (>_<)

Hmm perlu ke aku putus kawan dengan dia..kalo aku putus kawan aku masuk neraka..atau perlu ke aku renggangkan persahabatan ini...atau aku je yang pk sejauh ni..ntah2 dia acah je suka kat aku..

Hahaha...lawak plak (^_^)..masalahnya kalau dia tak suka aku kenapa dia marah aku keluar dengan kawan lelaki lain...adusss...ni dah kes cemburu..malam tu kami gaduh besar jugak laa..nak terangkan kat dia yang aku kuar ngan kawan yang aku dah lama kenal...

Owhh lupa nak bgtahu kawan aku ni dia paling baik..dari sudut agama, sosial, semua laa kot..dan dia baru bgtahu aku ada keluarga pompuan datang nak melamar dia..perghhh pompuan datang nak lamar lelaki...
Dah macam zaman nabi yang kita sering dengar Siti Khadijah datang melamar Nabi..(aku nak betulkan kisah ni..actually bukan Siti Khadijah datang melamar nabi..tapi sahabat Siti Khadijah yang menjadi perantara)
Tu dah jelas menunjukkan kawan lelaki aku tu baik..hehehe..

Mesti korang tanya kenapa aku tak boleh terima dia..??

Sebab dulu aku pernah tanya soalan yang serius adakah dia suka aku..pastu dia seolah menolak aku..then aku terus tak terima dia dan anggap dia sebagai kawan aku je..lg 1 prinsip hidup aku..sekali kene tolak aku dah tak toleh belakang..huhuhu..bukan aku tak nak bg dia peluang tapi aku dah memang tak boleh..aku dah tanam niat kawan..or adik beradik angkat

Takkan takder perasaan kot?? mustahil...

Hahaha soalan terbaik kalo korang tanya kat aku..actually ada..aku dah sayang kat dia kot...tapi aku bukan yang terbaik untuk dia..Allah tu lebih adil dalam menentukan jodoh..aku anggap sayang aku pada seorang kawan..macam aku sayang housmate aku ^_^

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan ia akan saling melengkapi dalam hidup..Jodoh dah ditentukan oleh Allah masa kat Luh Mahfuz lagi..so kalo aku x suka kat dia tapi dah jdo aku..takkan aku nak lawan takdir..yang penting aku nak prepare diri aku jadi guru yang baik untuk anak bangsa aku..hehehe

Korang..kalo korang rasa pendapat aku ni salah atau aku keras hati bgtahu laa...aku insan yang perlukan nasihat..huhuh..

sampai cni jer..Semoga Allah letakkan kita dalam kelompok yang terbaik..AMinn



Tuesday, July 3, 2012

Kisah Jodoh ^_^"

Bila Allah nak jodohkan seseorang..mudah sahaja..dengan sape pun kita bercinta tapi kalo bukan jodoh tak berguna..tak perlu bunuh diri..n tak perlu rasa susah hati..begitu juga dengan sebaliknya..dengan saper pun kita benci kalau dah jodoh tak ke mana kerana Allah sentiasa mengatur hambaNya kehidupan yang terbaik..

Bila kita diberikan pilihan yang salah dalam pertemuan bukan bermakna Allah tak sayang kita tetapi kerana Allah terlalu sayangkan hambaNya dan ingin hambaNya tahu tentang erti kehidupan..yang penting jangan cepat mengalah..

Kisah ni aku dapat dari seorang kawan baik aku sendiri..sama2 la kita hayati ..ambil yang jernih buang yang keruh k..

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???

Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…

Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...

Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?

Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?

Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..

Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..kateye..si NURUL IMAN tu garang sangat org ye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun baik..

Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati: ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde gaye langsung..xpe2..wait n c minah)

Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : terima kasih pakcik makcik..



Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : awak parents awak da izinkan sy berkenalan dgn awk..

Minah : so what????ade aku kisah…..

Mamat : tersenyum dalam kebengangan (dalam hati: eh2..sabar hati..sabar…)

Minah : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save message..

Mamat : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : yg ko sibuk kenape?? ? macam mak nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr jam 11 a.m sampai jam 12 p.m , ko merayap la kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko ..paham????

Mamat : ok2 ….awk,sy nak no.tepon awk…mane lah tau lau rindu2 t boleh calling2..

Minah : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko ke…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999 mintak no. tepon aku kt dorang..kompem dapat..dapat pelempang..hahahahaha..

Mamat : senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..sabar hati..sabar)



Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la… (dalam kepale sambil memikir apa sebenarye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2 lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu datang..ayah bekenan lah lau dia jadi menantu ayah..

Ibu : ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua..seronok ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?

Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,. GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu dala minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la xkenal sape minah tu..brutal plak tu tetibe je ibu ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt NURUL IMAN tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)



Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : awk..minggu depan ibu ayah sy nak masuk meminang awk..xpe ke awk??

Minah : ko setuju ke mak bapak ko minang aku???

Mamat : setuju

Minah : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la... cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak barg hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko khatam kn je..duit hantaran ikut suke ko nak bg berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. da kite tutup kes ni..

Mamat : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg bukan mahram…selagi ko x lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..ko ade wudu’ x???

Mamat : xde…nak wat pe…?

Minah : ko g amik sekarang..cepat la….

Mamat : merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang cam singe..singe pun xcam dia.)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat pe???

Minah : diam la..banyak bunyi la ko ni…nah amik ni AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jam pun,cium, pelok pun boleh…pahale bergande 1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’ 30..minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : awk ape kate kite tukar panggilan..sy panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..

Minah : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu bukan suami aku lagi..baru tunang nak gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg bukan2,..ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????

Mamat :..emmmmmmm…da..da…nape???

Minah : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..

Mamat : (dengan mulai dgn surah al-fatihah dan seterus ye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis…)

Minah : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2 surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : da macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)

Minah : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..

Mamat : mane ade…awk memang cantik comel..

Minah : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko minang aku kn..

Mamat : tersenyum (dalam hati: ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)



Jumaat (2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite berdua la..setiap kali ingat awk mesti terase yg awk dekat sgt dlm hati sy..

Minah : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2 dlm juzu’ amma tu..

Mamat : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..sabar hati..sabar..)

Minah : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan berangan..cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..dy memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2…

Mamat : xnk la la sy..malu la tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…

Minah : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah la waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok ko senyum je..paham???

Mamat : faham..awk..sy teringin nak tengok awk senyum..senyum la awk..mesti manis..slalu tengok muke garang awk je…senyum la kit wak..

Minah : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..mesti ko xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..

Mamat : emmmmmm..yelaaaaa….



Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : sah..sah..sah..

Minah : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa menghirau kan org sekelilng dy)



(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah..(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : sayang , abang xsangka plak rase ye belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..ajaib betul..

Minah : tu nama ye jodoh..kekusa Allah bang..kite hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalenye..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?

Minah : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg manje)

Mamat : nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? tapi bile ngan orang tua abang n orang tua sayang ckp sopan….?

Minah : maafkan sayang abang..ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat semua tu sebab nk uji sama ada abang sabar x dengan kerena ayang..ayang nak abang terima ayang dengan seadanya..sebab sayang xnk kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang da sentuh ayang sebelum kawin..ni sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan ayang…??

Mamat : subhanallah…terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah ye kenape sayang suruh abang menghafal juzu amma dan membace terjemahan ye..semua nya indah sayang..terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yg lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yg soleh (sambil tangan ye menadah doa). Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPAHRD sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : sayang..anggap la tu hadiah daripada abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,

Minah : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….

Thursday, June 28, 2012

JOZAN pemusnah bahasa MELAYU??

Bahasa Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu, MBMMBI dan banyak lagi cara yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kerajaan telah benyak memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu begitu juga dengan pihak media.

Bukan sahaja melalui slogan tetapi melalui program pendidikan dan sebagainya. Dimana sahaja kerajaan sentiasa serius untuk memperkasakan dan menjunjung bahasa Melayu.

Tetapi sedarkah kita dalam diam bahasa Melayu lebih diancam kemusnahan apabila bahasa ini dipinggirkan dan kerap kali dijadikan bahasa yang bercampur dengan bahasa Inggeris dalam percakapan sehari-harian.

Masyarakat kurang yakin penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. Bukan itu sahaja ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam memilih IPT terbaik untuk anak-anak mereka..UKM yang sentiasa memartabatkan bahasa Melayu kini kurang menjadi pilihan apabila keluaran mahasiswa dan mahasiswi tidak hebat dalam berbahasa Inggeris.

Buktinya apabila aku yang sedang membeli burger tersentap dengan perbualan antara adik aku dengan mak cik yang menjual burger tentang isu bahasa Melayu..anak lelakinya yang layak memasuki IPTA yang bertaraf terpaksa menolak tawaran tersebut kerana cita-citanya yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas membuatkan anak lelakinya memilih kolej swasta sebagai tempat untuk menyambung pengajian. Ini kerana kita sedia maklum kolej swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan dan bakal alam pekerjaan mereka.

Bukan itu sahaja, seorang penulis menulis tentang artikelnya bertajuk “DBP perlu adil haram lirik lagu bercampur”. Artikel tersebut menjelaskan tentang Kementerian Penerangan menghalang lagu Melayu dengan lirik bercampur bahasa Inggeris. Antara lagu tersebut adalah seperti lagu DIVA dendangan Anita Sarawak. Lagu terbaru adalah Jangan Ganggu Pacarku naynyian penyanyi kacak Alif Aziz dari seberang. 

Penulis lirik lagu ini melacurkan dan merosakkan kedua-dua bahasa, bahasa Melayu juga bahasa Inggeris. Antara perkataan tersebut adalah seperti tagging-tagging, liking-liking dan lain-lain dengan menggandakan bahasa tersebut dengan mengganggap dirinya sangat kreatif. Lagu-lagu tersebut sering kali didendangkan di bibir-bibir masyarakat kita sehingga sebahagian masyarakat menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan harian.

Lagi 1 yang aku kira dah terlepas pandang oleh kerajaan adalah himpunan Juara RAJA LAWAK yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Penggunaan bahasa Melayu yang jelas dirosakkan sama sekali oleh pelawak terkenal JOZAN. Antaranya

“Takpe-takpe saya kefahaman”,
“Pak cik jangan buat laka-laka”,
"Banyak kawasan yang saya menjagainya pun adui terber,"
"Saya mendapat keputusan yang hamat hebat"

dan banyak lagi. ( tak caya tgk kat you Tube korang akan tegelak dengan lawak dowang yang memperlekehkan bahasa Melayu)
Penonton pun bergelak sakan melihat gelagat pelawak tersebut memperlekehkan bahasa Malayu..aku kira memang lawak mereka sampai tak kering gusi..sampai tergolek2..

Kalau dari sudut nyanyian pihak menteri yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan maka apakah tindakan yang sesuai untuk mereka??

Penggunaan bahasa yang dibawa oleh JOZAN sangat mempengaruhi kehidupan harian masyarakat. Buktinya adik aku sendiri yang seronok melihat gelagat mereka sehingga mampu menghafaz bait-bait yang disampaikan oleh mereka..Ni baru adik aku yg belajar tinggi2  kat U..habis yang tak belajar kat U..lagi2 student sekolah rendah n menengah..impak yang besar bakal dihadapi rakyat Malaysia kalau mereka berterusan dengan lawak mereka yang menggunakan bahasa ntah apa2 ntah..

Tak kisah pun kalau mereka nak berlawak..tapi jangan sampai menjejaskan bahasa Melayu..

Aku kira kalau kerajaan tak buat program memartabatkan bahasa Melayu..1 hari nanti bahasa Melayu akan jadi bahasa ALIEN, bahasa Lawak Antarabangsa dan bahasa sampah..aku rasa bahasa aku sangat kasar tapi ini lah realiti yang akan terjadi kalau kita orang melayu pun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pinggiran sahaja..

Pikir pikirkan..^_^


Wednesday, June 27, 2012

Skop Temuduga SPP

Salam bahagia semua..erkk tajuk yang ni saya copy dari fb saya sendiri yang mana ia dipost oleh pelajar-pelajar yang menunggu bila tarikh temuduga SPP..sementara nak tinggu dowang akan fokus tajuk2 ni supaya kaki tak menggeletar ketika masuk bilik temuduga...cepat2 carik maklumatnya...selamat menghadapi temuduga SPP..semoga kita sentiasa dibawah keberkatanNya

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP:
TERAS PENDIDIKAN NEGARA

- Rukun Negara

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- Wawasan 2020

- Islam Hadhari



KEMENTERIAN

- Kementerian Pelajaran Malaysia

- Kementerian Pengajian Tinggi



SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

- Perkembangan Pelajaran Masa Kini



SISTEM PELAJARAN MASA KINI

- Pendidikan Pra Sekolah

- Pendidikan Rendah

- Pendidikan Menengah

- Pendidikan Khas

- Program Pendidikan Khas

- Sekolah Sukan

- Sekolah Seni

- Pembestarian Sekolah

- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi

- Pendidikan Swasta

- Pelan Induk Pendidikan



KURIKULUM

- Teori Pendidikan

- Kurikulum Prasekolah

- Kurikulum Baru Sekolah Rendah

- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

- Pengurusan Kurikulum

- Program JQAF

- Kia2M



PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

- Asrama

- Skim Pinjaman Buku Teks

- Biasiswa dan Pinjaman

- Program Bersepadu Sekolah Sihat

- Program Pemakanan Sekolah

- Bimbingan dan Kaunseling

- Malaysia Teacher Standard

- PIBG

- Skim Baucer Tuisyen



PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

- Gerak Kerja Kokurikulum

- Sekolah Harapan Negara

- Hari Guru

- Projek Nilam

- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

- Malaysian Teacher Standard MTS



URUSAN PERKHIDMATAN

- Perintah-Perintah Am

- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993

- Arahan Perbendaharaan

- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

- Arahan Perkhidmatan

- Akta Acara Kewangan

- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Anda mungkin juga meminati:

Panduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Semakan Keputusan Temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH 41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 2010

Semakan Keputusan Temuduga Jawatan PPPT GRED DH41 (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) 2010



Sunday, June 24, 2012

Tanam Anggur

Anggur adalah buah yang baik untuk kesihatan..tapi anggur disini besar maksudnya untuk aku..hmmm..aku mengganggur..aku masih menunggu tarikh keputusan temuduga aku..lamanya...

Hmm duit semakin lama semakin menyusut..nak minta duit kat mak ayah pun malu sebab downg pun takder duit..lagipun aku jenis bukan reti minta duit dari mak ayah..almaklum aku memang jenis berdikari...hehehe (bukan riak)

Tapi keadaan dah terlampau mendesak..akhirnya aku terjerumus kat 1 part time job yang berkaitan dengan MLM gak..ayyark..dah laa duit takder pastu nak g tempat jauh2..nek kete plak tu..arghhh duit minyak (>_<) nampak sangat dah kering duit aku ni..

Aku bukan jenis berkira tapi bila dah takder duit kene berhati2 gak dalam berbelanja ni..

Owh yer MLM aku tu dikira dipercayai kot..ZHULIAN..rasanya 1 Malaysia tau benda ni..skunk ZHULIAN bukan lagi berdasarkan emas ntah2 apa ntah tapi sekarang ada banyak produk kesihatan..tu yang aku masuk.,.hahaha aku mungkin akan jadi ahli mati..mana ada modal nak beli barang...adoiii...

Dah laa tu, mak cik kat sana asyik paksa beli barang je..kalo takat RM20 ke 30 takper ni RM 300..dalam hati nak jer aku jerit..siap suh pakai duit mak bapak..banyak cengkadak..ingat aku ni owang kaya ker..last2 aku berterus terang..

"Mak Cik sy ni belajar lagi..tengah tunggu temuduga SPP..kira sy masih mengganggur..insyaAllah kalo ada duit saya guna untuk modal..saya minta maaf saya tak blh nak susahkan kuarga"..

Hehehe kene cakap sopan2..akhirnya mak cik tu faham keadaan aku..pastu makcik tu kata kalo takder duit adik carik laa orang..yuran ahli RM 68..masalahnya skunk ni saper yang nak percaya MLM..aku sebagai guru pun samapi skunk tak caya..

Tapi aku masuk ni sebab ada jual produk kesihatan..dan ia mmng dipercayai..aku sendiri dengar..bukan kerana emas palsu dowang tu,..so kalo ada sesiap yang rasa nak masuk call laa..erkkk bukan call..ermm comment jekat blog ni..(hahaha ni bukan nak iklan kan k)  kalo korang rasa kesihatan tu penting korang boleh laa join..aku pun tak harapnak masuk pun..cuma sekadar nak beli untuk diri aku jer..ala2 avon haha..

Erkk dah melalot plak..so ni laa cerita perjalanan tanam anggur aku...hehehe

Friday, June 22, 2012

Jangan bersangka buruk

Hari ini antara percaya dan tidak..aku rasa aku dah sedar yang aku terlalu bersangka buruk dengan orang yang baik sangat kat aku..

Jadi aku buat keputusan untuk turunkan ego aku dengan menghubungi dia..aku rsa dah malas nak bermonolog dalam hati tentang diri dia..akhirnya aku dapat jawapan yang aku tak pernah sangka selama ni...

" Awak saya tak nak hubungi awak sebab saya rasa ada kemaksiatan yang akan timbul. Melalui suara. Saya tengok awak yang banyak bawa saya jalan kemaksiatan jadi saya kene cegah.. lagipun awak belum sah jadi isteri saya" dengar je ayat aku bawak kemaksiatan pada dia aku dah mula rasa lain..yer laa aku cuma nak dia ambik berat kat aku..

"Lagipun saya bz. awak kene memahami keadaan saya. kalo saya tak kerja saya nak dapat duit kat mana.lagi satu sy memang mendiamkan diri.. sebab saya nak awak pk apa kesalahan awak." dia teruskan perbualan dan bla..bla..blaa...

Tapi yang paling menguja aku bila dia kata dia tak nak terus berhubung sebab akan timbulkan maksiat...mak aiii adakah aku orang bertuah tu...awkk saya minta maaf sebab terlalu bersangka buruk pada awak masa saya post kat blog yang lepas..arghhh jahatnya..adakah aku layak dapat dia ni..

Hurmm kene istikharah...(^_^)

Yahhh lagi satu aku rasa dah mula nak terima dia seadanya..dan aku kene berubah..almaklum aku anak kedua..kalo baca horoskop pun memang kene ngan batang hidung aku..anak kedua adalah degil, tukar keputusan last minutes, banyak lagi laa..

Hurmm tapi adakah dia akan terima aku yang degil ni. kene rujuk kat Allah ni..

Ya Allah aku percaya pada jodohMu. Sesungguhnya Kau maha Mengetahui tentang baik dan buruk ttng yang ada pada diri hambaMu.. Ya Allah aku sentiasa mohon pada Mu agar kau kurniakan jodoh yang terbaik didunia dan akhirat..aminn

Tuesday, June 19, 2012

Maaf saya tolak pinangan kamu..

Perkenalan kami bermula di Tagged..agak bertuah juga rasanya bila berjumpa dengan seorang lelaki yang ada kekuatan agamanya, kaya pula tu..ada kete besar..tapi dalam hati selalu fikir..

"Takkan lelaki sebaik ini jodoh aku"..hmmm..almaklum diri ini bukan bagus sangat..

Ingat lagi perkenalan kami bertarikh 15.3.2012..niat dia taknak berkawan tapi nak jadikan aku sebagai isterinya.. latar belakang keluarganya agak baik dan sempurna..tapi aku minta 3 bulan untuk mengenalinya dan akan memberikan jawapan pada 15.6.2012..baru 2 bulan kenal dia dh jadi lain.. lama kelamaan dia jadi macam chips more sekejap ada sekejap takder. kadang seminggu baru mesej..


" Maaf bizi ada ceramah.. nnti malam saya call"..ni baru mesej. Tunggu time malam telefon tak berbunyi.. Call dah jarang sangat..kalau dulu selalu call tanya khabar, "dah makan ke lum".n selalu tanya "hari ni macam ner?"..

Yang penting cara dia menyelesaikan masalah agak kurang profesional..dia lebih suka mendiamkan diri..bagi aku mendiamkan diri bukan benda yang boleh selesaikan masalah..bila ada salah faham aku call balik langsung dia tak nak angkat..hmm..

Sebab lain juga bila difikir balik kerana kebizian dia.. membuatkan aku terpinggir..takut nanti kerana kesibukan urusan kerja dia membuatkan aku hidup keseorangan macam janda anak dua..huh tak patut aku fikir yang bukan-bukan..

Jodoh kan dah ditetapkan..Hmm aku tidak mencari lelaki yang ada rupa..aku juga tidak mencari lelaki yang kaya. senang kata taste aku sederhana je..tiba-tiba Allah pertemukan aku pakej yang lengap..kaya, dan ada kekuata agama,.

Akhirnya aku mengerti bahawa kekayaan bukan membawa kita kepada kebahagiaan..rupa pula bukan hingga akhir hayat..dan agama?? nak carik jodo kene tengok pada agama..tapi bagi aku cukuplah lelaki itu tidak pernah meninggalkan yang wajib..

Awak.. kalo awak baca blog ini saya minta maaf..saya tolak awak bukan kerana awak kurang hensem tetapi kerana awak terlalu bizi hingga lupa orang yang sayang kat awak dulu..saya dah jatuh hati pada awak..tetapi hati saya semakin jauh bila awak jadi chips more..mungkin kerana kerja Engineer sentiasa sibuk.. tetapi takkan tak bole luangkan 2 minit masa awak daripada 24 jam untuk mesej saya n bagitau kenapa awak diam..atleast awak balas mesej saya coz saya bimbangkan awak..

Saya juga minta maaf sebab ego saya terlalu tinggi untuk menghubungi awak..saya yakin Allah nak renggangkan kita sebab nak berikan laluan pada saya untuk mengajar saya tentang hidup dunia ni..dan Allah nak bagi awak laluan untuk bertemu dengan perempuan yang lebih baik dari saya..

Thanks Allah..saya sayang sangat kat Allah..thanks bagi kekuatan (^_^)

Pengorbanan ibu


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut.





Thursday, May 31, 2012

Exam final bakal menjelma

Assalamualaikum..
Lama tak menyinggah dekat blog sendiri..Entri hari ni sy nak bubuh tajuk PEPERIKSAAN BAKAL MENJELMA LAGI..takutnya rasa bila dah lama tak exam..tetiba kene hadapi exm final..so kat sini nak minta jasa baik semua sahabat2 untuk mendoakan kejayaan saya menghadapi peperiksaan KPLI j-QAF yang bakal berlangsung pada 5 Jun 2012 bersamaan hari selasa dan berturut-turut hingga hari khamis (^_^). Harap sangat supaya kami mudah untuk dipostingkan..after exam ada plak Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Then terus ngan exm KISSM..Pastu kami terus dengan temuduga SPP..waahh, bulan yang sangat mencabar!! rasa takut sentiasa menyelubungi diri bila exam dah nak menjelma tapi tugasan masih lagi diberi untuk disempurnakan dalam masa yang terdekat. Bukan itu sahaja malahan kami dikehendaki membentang INOVASI iaitu BBM yang direka untuk membantu murid supaya lebih seronok dalam pelajaran..Ya Allah padaMu aku memohon agar segala kerja dipermudahkan. berikanlah kesabaran untuk aku menempuh ujian-ujianMu dan berikanlah kejayaan pada sahabat-sahabat ku jua..Aminn

Sampai sini je entri untuk hari ni..yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan diri...thanks sudi singgah blok ni,..wassalam

Friday, February 10, 2012

Digeus Registry Cleaner

Digeus Registry Cleaner speeds up your computer by cleaning errors in your Windows. It removes the junk that accumulates in your Windows Registry, fixes Windows errors which results in speeding up your computer. With Digeus Registry Cleaner you just need a few mouse clicks and your computer will become as good as a brand new one.

Key features:

* Removes unused and invalid entries
* Speeds up boot up time
* Fixes Windows errors which results in speeding up your computer
* Eliminates BSOD (Blue Screen of Death)
* Invaluable when your system starts crashing, hangs, freezes and works slow
* This is one of the most popular registry cleaners on the Internet

Here are links to screenshots of Digeus Registry Cleaner:
http://www.digeus.com/products/regcleaner/images/regcleaner.jpg
http://www.digeus.com/products/regcleaner/images/registrycleaner01.jpg
http://www.digeus.com/products/regcleaner/images/registrycleaner02.jpg
http://www.digeus.com/products/regcleaner/images/registrycleaner03.jpg
http://www.digeus.com/products/regcleaner/images/registrycleaner04.jpg

For more information please visit:
http://www.digeus.com/products/regcleaner/registry-cleaner.html

Tuesday, January 17, 2012

Kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang Tuhan


Baqarah [258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.

Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)

Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258]


Nabi Ibrahim dibakar

Akhirnya Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.

Al Anbiyaa[69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud.


Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates