Mandikan abah
2.08.2015 (Ahad)
Allah jemput abah kembali ke pangkuannya. Ketika itu aku
baru pulang dari rumah terbuka hari raya. Dan ketika itu juga aku baru lepas
berpantang. Sedihnya aku hanya akak berada disisi abah dan ketika aku pulang
dan berada disisi abah nyawa abah sudah mula tersekat. aku melihat sakaratul
maut di hadapan aku. Abah kembali pada Allah dalam keadaan yang tenang. Terima
kasih Allah Kau ambil nyawa ayah aku dan tidak membiarkan dia terseksa lama.
Abah sakit tua. Umur sudah menjangkau 83 tahun. Abah meninggalkan
aku, kakak dan adik. kebun sawit serta rumah pusaka. Kami tidak tahu macam mana
nak uruskan ladang sawit hatta hingga sekarang kebun abah semakin teruk. Pekerja
abah pula mungkin mula mencuri tulang. Kebun abah tidak diracun rumputnya. Tidak
dibersihkan daunnya. Sudah banyak kali dipesan tapi tiada tindakan. Duit bulan-bulan
hasil sawit pula semakin menurun. Abah adik minta maaf adik tak tau nak
uruskan. Abah banyak kali pesan uruskan kebun dengan baik sebab abah takde anak
lelaki.
Saat abah sakit, akak ngan linda yang menguruskan pakai
mandinya. Akak tau mana bahagian yang sakit. Aku buat mana yang terdaya sebab
aku masih berpantang. Kadang kala abah mengaduh sakit di tengah malam. Semakin lama
abah semakin tenat dan suara tidak dapat dikeluarkan sebagaimana sebelumnya. Hanya
isyarat sahaja yang diberikan . kulit belakang abah dah semakin parah. Setiap kali
tukar pampers kulit abah akan mula tertanggal. Bukan itu je, tulang abah dah
tidak boleh digerakkan seolah-olah abah dah lumpuh.
Malam abah meninggal semua berkumpul disisi. Aku lihat semua
nadi abah semakin perlahan. Akhirnya jam 8.30pm abah telah menghembuskan nafas.
Ramai orang mula mengerumuni rumah abah..membacakan
yasin untuk abah. Aku, dan akak tak putus baca al-Quran. Tengah malam tu kami
berbincang untuk mandikan abah sebab kami tak nak abah terseksa. Kami tahu mana
sakit abah.
Esoknya tibalah hari untuk memandikan abah. Bila kain kapan
dibentangkan dan kaum lelaki yang terdekat dengan abah mula dipanggil untuk
membantu memandikan abah, aku mula bersuara “pak cik izinkan saya mandikan abah
saya, kami adik beradik nak mandikan abah” pak cik tu jawab “ takpelah nnti
batal wuduk terkena aurat”. Aku mula gelisah..sekali lagi aku meminta izin
untuk memandikan abah. Dan sekali lagi juga aku ditegah.
Abah adik dah cuba untuk minta izin mandikan abah tapi pak
cik tu menegah wal hal sekiranya terkena aurat antara aku dengan tukang mandi
yang lain itu antara kami takde kene mengena dengan abah. Sebab abah dah takde
nyawa. Di celahan langsir bilik mandi aku melihat cara abah dimandikan. Sangat gopoh.
Tulang temulang abah diangkat kiri dan kanan sedangkan masa hidupnya aku
gerakkan sedikit abah dah menjerit kesakitan. Inikan pula Jemaah yang
memandikan abah dengan gopoh. Ya Allah aku tahu abah terseksa. Aku menitiskan
air mata semahunya. Aku lihat seorang demi seorang menyiram abah dengan air
sehingga air masuk ke dalam hidung abah. Aku lihat luka dipinggangnya yang
tersiat hanya dibersihkan begitu sahaja.
Berbeza mandikan orang luar dengan abah sendiri. Biarlah pak
cik yang memandikan abah aku merasakan nikmat sakit yang abah aku rasa bila dia
nazak. Aku masih marah pada dia. Aku marah pada qariah kampong aku. Walaupun mereka
dan bergotong royong semadikan abah tapi aku tak berpuas hati cara mereka
memandikan abah. Adakah mereka telah menghadiri kursus atau mereka tidur ketika
kursus. Adakah begini cara mereka menguruskan jenazah seolah-olah mengejar
masa. Roh orang yang baru meninggal itu masih dalam jasad dan dia merasakan
perit sakitnya kerana hendak meninggalkan jasadnya. Abah adik kesal sebab adik
tak dapat mandikan abah. Adik kesal sebab adik biarkan orang lain sakiti abah. Tapi
adik percaya abah penghuni syurga Allah. Setiap hari adik doa untuk abah. Setiap
kali adik ingat abah adik akan mula menyesali apa yang dah berlaku
Kepada semua yang masih memiliki abah sekiranya abah kamu dah
tiada mandikan abah sendiri dan dipimpin oleh seorang ketua. Kalau Jemaah luar
yang laksanakan maka nasibnya akan sama seperti arwah abah. Abah semoga abah
tenang dan damai di sana. InsyaAllah hari-hari adik akan titipkan bacaan Quran
dan Fatihah untuk abah supaya kubur abah diterangi dengan Nur Allah.
Al Fatihah untuk abah
0 comments:
Post a Comment