Followers

Pages

There was an error in this gadget

Friday, July 17, 2009

Tikam.....??

Perkataan tikam seringkali disinonimkan sebagai membunuh. Tapi apa yang ingin dikupas disini adalah "tikam belakang". Aku telah mengetahui banyak perkara tentang perkataan ini. Tikam ini biasa terjadi bila seseorang tidak berpuas hati dengan diri kita. Maka segala keburukan akan disebarkan, berlaku khianat dan sebagainya. Di dalam kehidupan aku, bentuk tikam yang hadir dalam hidupku sebagai seorang pelajar jabatan (Rahsia UKM) adalah mengumpat. Malam ini merupakan malam dimana Allah cuba buka pintu untuk aku supaya berhati-hati terhadap orang disekeliling kita. Dugaan Allah ada dimana-mana sahaja cuma terpulang pada hambanya untuk terima dengan sebaik mungkin atau menolaknya sekeras-kerasnya.

Malam yang ku maksudkan adalah malam Jumaat bersamaan dengan 17 Julai 09. Malam yang aku tahu tentang sifat semulajadi manusia yang suka memburukkan manusia lain. Tapi itu sifat manusia, manusia tiada yang sempurna dimuka bumi ini. Semuanya mempunyai kelemahan cuma kita sebagai manusia yang tahu berfikir perlulah muhasabah diri kita untuk tahu kelemahan kita.

Tapi input yang aku persembahkan ini adalah untuk semua pembaca blog yang sudi membaca. Tapi sekiranya ada dikalangan mereka yang terasa cubalah muhasabah diri dan mencari kelemahan yang ada. Bukan mencari kelemahan dalam blog yang aku hiaskan. Sepanjang aku digelar mahasiswi sehinggalah ke semester pertama tahun tiga barulah aku tahu apa erti kawan apa erti lawan. Jangan terlalu percaya dengan orang yang berada disekeliling kita. Aku nasihatkan kepada semua pembaca nilailah kawan itu sebelum meneruskan persahabatan yang kukuh. Kerana bagi aku bila ia membelakangkan kita, maka kita akan terasa amat menderita.

Tapi sebenarnya perkataan ini aku dah lama tahu semenjak dia mula memburukkan kawan yang dikenalinya dan orang yang diburukkannya merupakan sahabat terbaik. Semenjak itu aku mula berhati-hati dengan dia. Tapi tak sangka aku sendiri diburukkan. Banyak kelemahan yang aku tahu dari orang lain tentang dirinya tapi aku tidak pernah nak membuka kelemahan yang ada. Mungkin sekali sekala aku mendengar umpatan yang hadir dari mulut-mulut sahabat disekeliling ku. Tapi semua tu ku biarkan ia keluar melalui telinga kiri dan kanan. Bagi aku itu hal orang. Keburukan dan kebaikan diri kita, kita pelihara dan muhasabah sedalam-dalamnya.

Bagi aku biarlah orang memburukkan kita, jangan kita memburukkan sesama manusia yang lain. Tapi persoalan timbul kalau semua manusia berfikiran seperti aku bagaiman dia nak tahu kelemahan diri dia. Mesti hati akan berkata "akulah manusia yang perfect". Sedangkan banyak keburukan yang kita tahu tapi tidak diceritakan secara berhadapan . Persoalan juga mula timbul samaada itu sudah menjadi kes mengumpat atau mengata??. Atau ada tafsiran lain....?. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Pernah juga melakukan kesalahan. Kadang-kadang mengumpat ahli politik, artis dan sebagainya. Tapi itu sekadar meluahkan perkara tidak puas hati yang ditimbulkan oleh sesetengan pihak. Sekiranya aku laksanakan dengan sengaja itu sekadar ingin mengetahui perkara sebenar. Minta perlindungan daripada Allah supaya dijauhi segala kemaksiatan dari sudut zahir mahupun batin. Manusia sentiasa lalai..

Aku tak kisah sekiranya dia cuba menceritakan keburukkan aku dihadapan lelaki dan perempuan. Cuma manusia ini akan mudah berkecil hati sekiranya mengetahui ada kawan yang cuba membelakangkan kita. Aku faham sifat sesetengah lelaki dan wanita ini akan mudah percaya penuh dengan semua cerita yang disampaikan . Tapi aku mohon sahabatku yang sama jabatan denganku khususnya, jangan kamu mendengar kisah dari sebelah pihak. Cubalah cari kebenaran yang hakiki. Carilah sedalam dalamnya dan InsyaAllah kebenaran yang sebenar akan timbul. Tapi sekiranya kebenaran itu dirasai amat membebankan untuk dicari maka keluarkan segala fitnah itu dari telinga kamu. Atau jadikan ia sebagai "kosong".

Dia seringkali menasihatku dan menegur ku "Jangan Mengumpat". Rupanya dalam diam....dia cuba memburukkan ramai sahabat dari jabatanku sendiri. Aku sebagai seorang kawan punya rasa kecewa. Tapi menurut sahabatku yang telah ditikamnya memberitahu, ramai yang telah mengetahui bagaimana sifatnya. Dia terlalu baik bagi aku, seorang pendiam, rajin, aktif dan sebagainya. Tapi dalam pada dia mendekati aku, rupanya hanya sekadar ingin mencari dan mengetahui kelemahan yang ada dalam diri aku. Perkara ini juga turut menimpa sahabat-sahabatku yang lain.

Teringat pula aku kisah sahabat nabi yang berpecah gara-gara kerana fitnah...Sejarah dan Tamadun Islam (STI), fitnah kubra yang menimpa sahabat nabi iaitu Uthman Affan. Tapi betullah kerana fitnah berlakunya perpecahan.

Kepada sesiapa yang terasa apa yang ku katakan ini, aku mohon ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Blog ini aku "utuskan" pada semua pembaca sebagai peringatan. Samaada persahabatan ini diteruskan dengan kebenaran atau dijadikan sebagai kata-kata palsu untuk membalas dendam terpulang pada kamu wahai sahabat ku.. Aku tetap menganggap kamu sebagai sahabat aku dunia dan akhirat. Sebab aku dah lama mengenali kamu sejak aku menduduki Universiti ini. Banyak kenangan manis yang kamu dah palitkan dalam diri aku dan percayalah satu hari nanti apabila perkara ini terjadi pada diri kamu...kamu akan sedar tentang kesakitan yang diterima oleh kamu sama seperti kasakitan yang kamu pernah berikan pada orang lain yang sama seperti aku...(Complicated ke nak faham?)..

Pengajaran :
-Berhati- hati memilih kawan
kerana kawan tidak mustahil menjadi lawan
-Sohihkan segala apa yang didengari.

Nukilan ini sebenarnya aku tujukan kepada seseorang yang telah membuatkan hatiku hampa dan kecewa akan sikapnya yang tidak mencerminkan segala kata-kata. Dan nukilan ini aku telah hiasinya pada jam 1 pagi

1 comments:

mcf2145 said...

Berada dlm phasa matang..matang dgn realiti khdpn ^_^

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates