Followers

Pages

Tuesday, April 28, 2009

K!@D bilik..KBH BERHANTU....

Hari ini tiba-tiba aku ingin berkongsi sebuah kisah hidup aku yang berlaku semasa aku berada di Sem 3.. Dulu aku ada beritahu kisah ni kepada dua orang teman rapatku. Tapi macam biasa antara percaya dan tak...Aku pernah juga beritahu pada keluarga aku tapi mereka hanya suruh aku lebih mendekatkan diri pada yang Esa. Berdoa dan mohon perlindungannya..Rahsia ni juga aku beritahu pada sahabat aku yang duduk di depan bilikku..Dia amat memahami aku dan situasi aku.. Sedar atau tidak aku dah berada di Sem 4..
So cerita bermula apabila aku ditawarkan ke Flatlet Burhanuddin Helmi K12D..Bilik rahsia..Amat memeranjatkan apabila bilik yang aku dapat adalah berwarna merah..Kelihatan agak seram pada mulanya..Mana mungkin ada bilik yang dicat warna merah sedangkan bilik lain semua berwarna putih.. Pada mulanya aku fikir itu suatu tuah bagi aku...Tapi bukankah merah itu garang, sepi, sunyi dan sebagainya.. Tapi nak buat macammana aku terpaksa duduk di situ selama 2 sem..Hari pertama aku tak nampak agak janggal.. cuma sekali sekala bulu roma aku agak meremang bila aku tidur lewat bermacam bunyi ada diluar tu.. Bila aku kata pada sahabat aku..Mereka hanya menyatakan itu sekadar bunyi binatang..Tapi keadaan makin membimbangkan bila "sesuatu" cuba mengganggu aku..
Malam tu aku sangka hanya sekali sahaja yang bakal menjadi sejarah hidup aku..tapi rupanya ia berulang sehingga tiga malam..Keadaan aku seolah-olah terperangkap dengan dua alam..Aku nampak alam dunia tapi aku tak dapat nak bergerak.. Aku tak nampak siapa makhluk yang cuba ganggu aku... Ayat Kursi, sebahagian ayat Yasiin dan ayat lain, ku baca dengan tabah didalam hati.. Aku kuatkan semangat untuk bergerak...akhirnya aku berjaya menggerakkan diri aku. Tepat jam 1 pagi aku beralih arah lari ke bilik sahabat aku yang duduk di depan bilik aku.. Malam tu air mata jer yang jadi penenang hidup.. Dua malam aku tidur di bilik sahabat aku..Kawan aku rajin membaca lewat malam..Aku taknak kehadiran aku menggaggu study dia..Terus malam ketiga aku berpindah balik ke bilik aku sendiri.
Aku mula fikir siapa yang duduk di bilik aku sebelum kehadiran aku.. Cina ke India? Persoalan bermain di minda aku..Ku sangka aku sahaja yang diganggu rupanya sahabat aku merupakan senior aku pun diganggu..Sahabat aku yang demam akibat menyeberang jalan yang dilarang untuk dilalui akibat ada kematian orang Cina..Malam tu sahabat aku mohon untuk tinggal dibilik aku dan meminta bantuan aku untuk menjaganya.. Alangkah terkejut pada malam itu dia menyatakan bahawa 'makhluk' tu cuba menyakitkannya.. 'Dia' bermain diatas perut sahabatku. Bukan itu sahaja malahan dia memicit micit kepala sahabatku. Malam tu ayat Quran didendangkan..
Aku mula rasa hairan dengan bilik aku...tiba hari peperikasaan final..Seperti biasa aku akan membaca sehingga lewat malam..Kadang kala aku tidur pada jam 4 atau 3 pagi.. Tapi semenjak aku berada di bilik berhantu ni aku hanya mampu bertahan sehingga pukul 1 pagi semua kerana gangguan bunyi yang mustahil bunyinya..
Pernah sekali pada sebelah pagi aku seolah2 berada di alam roh sekali lagi. Mana tidaknya aku mendengar suara makhluk tu berkata-kata sambil menyikat rambutku dengan agak kasar. Jelas terasa sakitnya rambut aku..aku hampir melihat makhluk tu tapi keadaan tak mengizinkan aku kerana ketika itu aku tidak mampu bergerak.. Segala macam ayat suci al-Quran yang ku baca..akhirnya..aku terjaga.. aku sangka itu hanya mimpi biasa terus aku sambung tidur kerana keletihan berjaga disebelah malam. Tapi keadaan yang sama berulang..Kali ketiga aku terjaga terus aku memegang al-Quran dan tidur bersama kitab suci itu..
Banyak lagi perkara pelik yang terjadi.. tapi aku biarkan semua itu berlalu..Sekarang kejadian pelik itu sudah tidak menagganggu jiwa aku lagi.Semenjak sem 2 ni aku berada dalam keadaan yang bahagia..tiada ganggun, agak tenteram dan sebagainya. Akhirnya aku berjaya ditawarkan ke KDO...
SELAMAT TINGGAL BILIK BERHANTU.......

5 comments:

a said...

uiksss

menakutkannnn

apa sebenarnya sejarah bilik ko tu fiza???

alhamdulillah dapat KDO :)

Noor Hafizah said...

Aku tak tahu sejarah hitam apa yang owang sebelum aku tinggalkan..tapi sem 4 ni nasib baik dah takderr gangguan...macam tak percayakan...

Eutakio-rexa89 said...

ee...
bapak rr..
takot!!..
p yg mane jalan tu fizah???
supaya aku dpt elak..
huhu~

Noor Hafizah said...

jalan nak g Port Dikson..aku tak tahu laa plak belah mana...cuma dia bgtahu aku jalan tu ditutup coz bagi laluan untuk hantu kot...lebih kurang laa dia kata macam tue..

Kak Rose said...

Salam Hafizah...

Mula-mula akak nak ucapkan terima kasih sebab sudi lawat blog semak akak tu... hehe

pasal bilik berhantu ni... duk asrama, biasala benda2 camni... lagi pulak kalau bilik tu terpencil dan dah lama ditinggalkan... sebab tu ada istilah tempat jin bertendang/bertandang etc... :)

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates