Mungkin ini aku boleh catatkan sebagai sejarah hidup aku...Aku tak sangka yang aku berhadapan dengan kekeringan duit. Bukan poket aku yang lubang..Ini aku baru perasan semalam 23.4.09 bilamana aku ingin berbuka puasa sunat khamis tetiba aku melihat duit aku hanya tinggal beberapa kepingan syiling.. Maghrib yang dilaungkan dengan azan membuatkan aku teringat kembali kisah silam...Nasib baik..Hanya kismis dan air putih menjadi santapan berbuka puasa..terus aku pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat maghrib dan bacaan Yasiin..bukan taknak buat air manis cuma masa tu ada perasaan sedikit hampa. Selepas Isyak baru aku berbuka dengan air manis tanpa biskut.. Semua keperluan makanan didalam bilik aku habis.. (Semua student pernah rase apa yang saya rasa.. :( )
Dulu bab-bab makan aku tak kisah sangat..roti dua keping pun dah mencukupi untuk aku ke kuliah seharian..Al-maklum tak selera nak makan kat Kafe..lagi satu asyik busy dengan kehidupan sebagai mahasiswi..Cuma masa sem 2 tetiba aku diberitahu doktor yang aku ada gastrik..masa tu mana taknya nak nangis perut macam dipulas..Semenjak tu kalau tengok muka aku asik ada kat kafe Canselori..Beli makanan ala kadar..Biasa makan sehari sekali untuk tahan daripada kena gastrik..Sekarang ni pun aku macam tak berkemampuan untuk berpuasa sunat..itu pun kadang kala terlaksana juga...bahaya gak gastrik nie...ku dengar-dengar kalau teruk boleh bawa kepada pembedahan..so sebelum aku kener bedah baik laa aku makan walaupun tak selera...(jangan fikir aku nak diet lak) Diet takde dalam istilah kamus hidup aku
Dulu aku ada mengeluarkan sedikit duit daripada Tabung Haji cuma duit tu aku dah guna untuk membeli telifon baru..Aku ingat aku boleh hidup tanpa telifon rupanya tidak sama sekali..Ia seakan keperluan kepada kita pada hari ini..Bukan duit keluarga aku tapi duit aku... :P
Aku bukanlah seperti sesetengah mahasiswa/i yang hanya call ibu bapa mereka supaya bank in duit apabila terdesak..Aku jenis berdikari bukanlah nak berbangga tapi sifat ini dah lama wujud dalam diri aku bilamana yuran tingkatan tiga sudah mula dibayar atas usaha aku sendiri..Sehinggalah aku berada ditahap sekarang..Aku bersyukur mendapat ibu dan bapa yang memberikan keizinan pada aku untuk membina pengalaman hidup berdikari sejak kecil..Sesetengah ibu bapa tidak memberikan anak-anak mereka peluang hidup berdikari (khusus bekerja) Mungkin mereka sangka mereka dah mampu memberikan segala keperluan kepada anak-anak mereka..
Inilah yang boleh aku coretkan sebagai mengisi masa lapang aku disaat aku malas membaca buku Kaedah Penyelidikan untuk prepare Exam....Kepada semua yang membaca ruangan blog nie.. Ana ucap terima kasih dan semoga berjaya dalam peperiksaan.........

2 comments:
aku x sngka fieza aku kwn ngn sorng yg btul2 tbah n pndai brdikari, smoga sgala ksshan yg ko tnggung ari ni akn mnjd pmbkr smangt tuk ko trus brjy pd ms akn dtng...gud luck my frezzzz
hehehe...ada plak puji sampai aku kembang...takder laa aku rasa ramai jerr yang pandai hidup berdikari..cuma aku terawal plak berdikari..InsyaAllah apa yang ko kata harapnya jadi kenyataan
Post a Comment