Followers

Pages

Thursday, July 30, 2009

Heppy Birthday to ME

Alhamdullilah dah berlepas sudah hari jadi ku. Genap sudah umur ku 21 tahun. Apa yang menariknya hari jadi yang aku sambut ni berlainan dari hari jadi sebelumnya. Hari jadi ku pada tahun ni jatuh pada hari khamis bulan Syaaban. Dari segi sambutan tiada apa yang ingin diceritakan didalam blog ini. Cuma aku terima wish daripada para sahabat. Aku sangat menghargai setiap apa ucapan hari jadi yang lahir dari bibir mereka.

Antara top 10 yang wish pada aku hari ini:

1) My love sister
2) Abul Faiz (Fakulti Ekonomi)
3) Yun ( Fakulti Sains Nuklear)
4) Mohd Akil
5) Nurul Akma Ramli
6) Nur Khairunnisaa -Cicax-
7) Aqma Rawi
8) Asrul

Malam tu meeting LAD Muslim diadakan dan diakhir mesyuarat tersebutaku terima wish dari sahabat seperjuanganku.

Hadiah yang paling seronok aku terima adalah daripada Celcom. Apa yang menyeronokkan aku menghabiskan masa berbual dengan keluarga aku. Terutama kakak kesayangan aku.

Selain itu aku turut menerima sebuah lagu birthday daripada tubely
http://www.tubely.com/bday.php?id=1520208

Monday, July 27, 2009

Maklum Balas

Tempoh hari aku ada mengutuskan blog bertajuk "Tikam belakang". Pasti ramai yang dah tahu terutama sahabat-sahabat aku yang terdekat. Agak menarik kerana tajuk blog tersebut menerima maklum balas bukan melalui komen yang dipostkan oleh pembaca tetapi melalui mulut ke mulut. Ada yang ingin tahu siapa yang dimaksudkan dengan menikam belakang. Tapi untuk makluman pembaca blog aku tidak akan sesekali memberitahu siapa yang aku maksudkan disebalik blog "tikam belakang" yang aku postkan. Termasuk kawan baik aku sekalipun. Biar ia menjadi rahsia antara aku dan Allah. Biar kecewa aku antara aku dan hati aku.
Ada maklum balas yang aku terima bahawa sesiapa yang membaca post blog ini pasti akan terasa dengan isi kandungannya. Aku tidak tahu samaada itu respon positif atau negatif. Bagi aku kalau ia adalah respon positif bermaksud aku berjaya membawa pembaca blog tersebut memuhasabah diri mereka walaupun untuk seketika. Tetapi kalau nak dilihat dari sudut negatif pula aku telah membuatkan mereka kecewa dengan aku kerana mereka pasti meyangka bahawa post blog yang aku utuskan adalah untuk mereka. Tidak dinafikan kebanyakan manusia mempunyai sifat "tikam belakang".
Apa pun aku harap blog ini bukanlah membawa kepada salah faham samaada antara pembaca yang aku kenali atau sebaliknya. Post ini sekadar untuk aku luahkan perasaan aku.

~Terima Kasih Kerana Sudi Membaca~

Tuesday, July 21, 2009

Stress dengan Laptop

Hari ini sangat stress. Taktahu kenapa laptop banyak sangat problem. Dah rujuk pada Abg Man dia suruh format dua minggu lepas tu tak samapi dua minggu hantar lagi pekerjanya pula suruh format lagi. Aku cuba call abg Man. Hari ini dia kata windows berat so kene tambah ram. Aku tambah 2GB dengan harga RM 90. Aku balik dan sampai di bilik jer aku try buka laptop ni.. Alangkah terkejutnya bila aku mendapati laptop aku takde microsoft. So apa yang aku nak wat bila laptop ada tapi takde microsoft? Pening aku bertambah. Aku mohon sangat diberikan kekuatan dan kesabaran untuk aku hadapi dugaan ini.

Friday, July 17, 2009

Tikam.....??

Perkataan tikam seringkali disinonimkan sebagai membunuh. Tapi apa yang ingin dikupas disini adalah "tikam belakang". Aku telah mengetahui banyak perkara tentang perkataan ini. Tikam ini biasa terjadi bila seseorang tidak berpuas hati dengan diri kita. Maka segala keburukan akan disebarkan, berlaku khianat dan sebagainya. Di dalam kehidupan aku, bentuk tikam yang hadir dalam hidupku sebagai seorang pelajar jabatan (Rahsia UKM) adalah mengumpat. Malam ini merupakan malam dimana Allah cuba buka pintu untuk aku supaya berhati-hati terhadap orang disekeliling kita. Dugaan Allah ada dimana-mana sahaja cuma terpulang pada hambanya untuk terima dengan sebaik mungkin atau menolaknya sekeras-kerasnya.

Malam yang ku maksudkan adalah malam Jumaat bersamaan dengan 17 Julai 09. Malam yang aku tahu tentang sifat semulajadi manusia yang suka memburukkan manusia lain. Tapi itu sifat manusia, manusia tiada yang sempurna dimuka bumi ini. Semuanya mempunyai kelemahan cuma kita sebagai manusia yang tahu berfikir perlulah muhasabah diri kita untuk tahu kelemahan kita.

Tapi input yang aku persembahkan ini adalah untuk semua pembaca blog yang sudi membaca. Tapi sekiranya ada dikalangan mereka yang terasa cubalah muhasabah diri dan mencari kelemahan yang ada. Bukan mencari kelemahan dalam blog yang aku hiaskan. Sepanjang aku digelar mahasiswi sehinggalah ke semester pertama tahun tiga barulah aku tahu apa erti kawan apa erti lawan. Jangan terlalu percaya dengan orang yang berada disekeliling kita. Aku nasihatkan kepada semua pembaca nilailah kawan itu sebelum meneruskan persahabatan yang kukuh. Kerana bagi aku bila ia membelakangkan kita, maka kita akan terasa amat menderita.

Tapi sebenarnya perkataan ini aku dah lama tahu semenjak dia mula memburukkan kawan yang dikenalinya dan orang yang diburukkannya merupakan sahabat terbaik. Semenjak itu aku mula berhati-hati dengan dia. Tapi tak sangka aku sendiri diburukkan. Banyak kelemahan yang aku tahu dari orang lain tentang dirinya tapi aku tidak pernah nak membuka kelemahan yang ada. Mungkin sekali sekala aku mendengar umpatan yang hadir dari mulut-mulut sahabat disekeliling ku. Tapi semua tu ku biarkan ia keluar melalui telinga kiri dan kanan. Bagi aku itu hal orang. Keburukan dan kebaikan diri kita, kita pelihara dan muhasabah sedalam-dalamnya.

Bagi aku biarlah orang memburukkan kita, jangan kita memburukkan sesama manusia yang lain. Tapi persoalan timbul kalau semua manusia berfikiran seperti aku bagaiman dia nak tahu kelemahan diri dia. Mesti hati akan berkata "akulah manusia yang perfect". Sedangkan banyak keburukan yang kita tahu tapi tidak diceritakan secara berhadapan . Persoalan juga mula timbul samaada itu sudah menjadi kes mengumpat atau mengata??. Atau ada tafsiran lain....?. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Pernah juga melakukan kesalahan. Kadang-kadang mengumpat ahli politik, artis dan sebagainya. Tapi itu sekadar meluahkan perkara tidak puas hati yang ditimbulkan oleh sesetengan pihak. Sekiranya aku laksanakan dengan sengaja itu sekadar ingin mengetahui perkara sebenar. Minta perlindungan daripada Allah supaya dijauhi segala kemaksiatan dari sudut zahir mahupun batin. Manusia sentiasa lalai..

Aku tak kisah sekiranya dia cuba menceritakan keburukkan aku dihadapan lelaki dan perempuan. Cuma manusia ini akan mudah berkecil hati sekiranya mengetahui ada kawan yang cuba membelakangkan kita. Aku faham sifat sesetengah lelaki dan wanita ini akan mudah percaya penuh dengan semua cerita yang disampaikan . Tapi aku mohon sahabatku yang sama jabatan denganku khususnya, jangan kamu mendengar kisah dari sebelah pihak. Cubalah cari kebenaran yang hakiki. Carilah sedalam dalamnya dan InsyaAllah kebenaran yang sebenar akan timbul. Tapi sekiranya kebenaran itu dirasai amat membebankan untuk dicari maka keluarkan segala fitnah itu dari telinga kamu. Atau jadikan ia sebagai "kosong".

Dia seringkali menasihatku dan menegur ku "Jangan Mengumpat". Rupanya dalam diam....dia cuba memburukkan ramai sahabat dari jabatanku sendiri. Aku sebagai seorang kawan punya rasa kecewa. Tapi menurut sahabatku yang telah ditikamnya memberitahu, ramai yang telah mengetahui bagaimana sifatnya. Dia terlalu baik bagi aku, seorang pendiam, rajin, aktif dan sebagainya. Tapi dalam pada dia mendekati aku, rupanya hanya sekadar ingin mencari dan mengetahui kelemahan yang ada dalam diri aku. Perkara ini juga turut menimpa sahabat-sahabatku yang lain.

Teringat pula aku kisah sahabat nabi yang berpecah gara-gara kerana fitnah...Sejarah dan Tamadun Islam (STI), fitnah kubra yang menimpa sahabat nabi iaitu Uthman Affan. Tapi betullah kerana fitnah berlakunya perpecahan.

Kepada sesiapa yang terasa apa yang ku katakan ini, aku mohon ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Blog ini aku "utuskan" pada semua pembaca sebagai peringatan. Samaada persahabatan ini diteruskan dengan kebenaran atau dijadikan sebagai kata-kata palsu untuk membalas dendam terpulang pada kamu wahai sahabat ku.. Aku tetap menganggap kamu sebagai sahabat aku dunia dan akhirat. Sebab aku dah lama mengenali kamu sejak aku menduduki Universiti ini. Banyak kenangan manis yang kamu dah palitkan dalam diri aku dan percayalah satu hari nanti apabila perkara ini terjadi pada diri kamu...kamu akan sedar tentang kesakitan yang diterima oleh kamu sama seperti kasakitan yang kamu pernah berikan pada orang lain yang sama seperti aku...(Complicated ke nak faham?)..

Pengajaran :
-Berhati- hati memilih kawan
kerana kawan tidak mustahil menjadi lawan
-Sohihkan segala apa yang didengari.

Nukilan ini sebenarnya aku tujukan kepada seseorang yang telah membuatkan hatiku hampa dan kecewa akan sikapnya yang tidak mencerminkan segala kata-kata. Dan nukilan ini aku telah hiasinya pada jam 1 pagi

Wednesday, July 15, 2009

Krisis antara kami

Krisis....

Buat masa ni aku berada di alam krisis. Banyak yang harus aku lakukan. Kawan, keluarga, assigment, kerja, tugasan dan sebagainya. Mengalahkan tugas Pengurus Besar. Tapi sebenarnya bukan ini yang ingin aku persembahkan di alam maya ni.

Krisis antara aku dengan dia. Siapa "dia"??. Rasanya tak perlu tahu. Yang penting sama jantina..Aku berdoa agar krisis ini hanya pada malam ini sahaja bukan berpanjangan. Sebagai seorang kawan aku harus menegur. Bukanlah kawan sekiranya perbuatan kawan yang tak disenangi ditegur... Lain hari aku tak nak masuk campur kerana kelemahan sudah diketahui....

Selamat mendoakan kesejahteraan kami.

Sunday, July 5, 2009

Ahad..

Hari ini bersamaan 5. Julai.09 adalah hari yang sangat meletihkan.. Tepat jam 11.30 aku bertolak ke Bangi UKM. Selepas itu kami singgah makan bersama Pak Tih dan Mak Tih aku di kedai berdekatan Shell.

Tepat jam 1.30 tengah hari kami sampai ke Kolej Dato Onn. Malangnya kami terpaksa tunggu jam 2 petang untuk pendaftaran. Agak banyak kerenah birokrasi yang ada di kolej tersebut. Pertama pelajar dikehendaki mengisi borang kemudian pelajar diwajibkan membeli baju kolej berharga RM 5, sesudah itu pelajar dikehendaki mendaftar bilik dan seterusnya dikehendaki pergi ke kaunter H1N1 untuk sesi mengenalpasti samaada pelajar yang mempunyai H1N1 atau sebaliknya. Alhmdulillah tiada jangkitan H1N1 pada diri ku ini. Cuma ada jangkitan H1N2 iaitu jangkitan sakit hati gara-gara lama menunggu. Akhir sekali aku berjaya mendapatkan kunci bilik.

Selesai sahaja pendaftaran kami terus ke Masjid UKM untuk menunaikan solat Zuhur. Selesai sahaja kami terus menuju ke KBH untuk mengambil semua barang-barang ku yang mana selama dua tahun barang tersebut tidak dibawa pulang. Gara-gara tidak mahu menyusahkan ibu dan ayah aku, aku terpaksa mengambil kesemua 25 kotak termasuk beg pakaian, kotak buku dan sebagainya. Alahai sangatlah penat.

Mana tidaknya daripada K12D aku membawa kesemua barang ku keluar dan membawanya keatas melalui asrama K12A. Kemudian barang tersebut dibawa ke KDO. Pak Tih dan Mak Tih ku tidak dapat membantuku kerana masalah kesihatan. Semua barang tersebut terpaksa ku pindahkan seorang diri ke aras 4 di asrama K3A. Aku mengambil masa hampir 2 jam untuk memindahkan kesemua barangku itu ke aras 4.


I need someone to help me but who?

Sangat meletihkan. Dugaan daripada Allah aku terima seadanya.

Harap esok dapatlah "bergerak" dengan sempurna.

- :) -

Thursday, July 2, 2009

Bendera Malaysia jadi alas kaki tandas?

Sekarang ni kita sibuk-sibuk berbincang tentang politik di Manek Urai sehingga kita lupa yang kita sedang "diperhati" dan hampir "diburu". Aku ada membaca buku hasil tulisan Yusof al-Qaradhawi tentang politik. Menurut beliau agama tidak boleh dipisahkan daripada politik. Tetapi adakah Malaysia sekarang ini sibuk berpolitik sehinggakan lupa ada rakyat yang tidak berpuas hati dengan Malaysia. Semalam aku baru mendapat tahu ada blog yang memaparkan bencinya Indonesia pada Malaysia. Itupun aku dapat tahu daripada pemilik blog Mazidul Akmal 360. Sesiapa yang membaca blog tersebut pasti terkedu dengan ayat-ayat yang dikeluarkan dan dilontarkan.

Salah satunya menyatakan tentang bendera Malaysia janganlah dibakar kerana ia suatu pembaziran dan mencadangkan agar bendera Malaysia dijual dengan harga RM 1 supaya memudahkan pengguna Indonesia membelinya dan dijadikan alas kaki tandas di Indonesia. Kenapa ada blogger yang berani memperkatakan hal tersebut sedemikian rupa.

Adaka mereka tahu kerajaan dah banyak beri peluang pada mereka bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi peluang pekerjaan juga. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak menjalankan hak asasi manusia terhadap meraka? Cuma kadang kala ada juga rakyat Malaysia yang mengkasari mereka dengan jalan mendera mereka seperti mana yang terjadi baru-baru ini iaitu majikan mendera orang gaji berbangsa Indonesia. Kesihan melihat mangsa yang mana badannya penuh parut, makanan harian pula dihidangkan nasi berlauk babi. Aku tak nafikan majikan tersebut memang tiada perasaan dan boleh juga aku kategorikan majikan tersebut "gila". Beralih pula pada sudut yang lain pula banyak berita yang mana rakyat Malaysia dipukau dan ditipu oleh bangsa Indonesia, kes mencuri, membunuh dan sebagainya yang mana ia telah dilakukan oleh bangsa Indonesia sendiri di bumi Malaysia. Cukup menjejaskan imej Malaysia.

Terfikir pula aku bila kes dera berlaku pada orang gaji Indonesia mulalah nak diwar-warkan ke seluruh dunia yang rakyat Malaysia ni tidak berperikemanusiaan, ganas dan sebagainya. Tapi bila rakyat Indonesia yang membuat keganasan di Malaysia pula bagaimana?

Terlintas pula difikiranku, mungkin kebencian mereka adalah kerana ramai bangsa mereka yang bekerja sebagai buruh di negara Malaysia. Tetapi bila difikirkan kembali adakah mereka dipaksa? Bukankah itu kerana kerelaan mereka sendiri. Mereka lebih menggunakan peribahasa "Hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri," so lebih baik pergi ke negara orang untuk mendapatkan hasil yang lebih mewah daripada dinegara sendiri...Fikir-fikirkan lah

Ini antara website yang aku berjaya bongkarkan

http://www.terataionline.net/2009/06/bangsat-punye-indon.html
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T60FOJQ2QCNTPMNC7/p3
http://rasasayange-malaysia.blogspot.com/

Kesungguhan "dia" membantu Islam

Esok hari terakhir untuk aku menyumbang tenaga pada PPIM. Hari ini aku bekerja tetapi sekadar mengisi sisa-sisa jam aku dengan melayari blog dan website mencari info-info terbaru. Tiba-tiba seorang kakak datang ke PPIM dan ingin mengetahui tentang produk-produk keluaran Islam. Dia ingin membantu pengusaha-pengusaha Islam serta pengguna Islam. Menurut kakak tersebut atau lebih dikenali dengan kak Suhaila, dia menyatakan strategi yang digunakan oleh orang Cina bijak menyebab pasaran mereka lebih terbuka. Kak Suhaila telah banyak menghadiri TC Halal Food Industries dan menurutnya kebanyakan pengusaha terdiri daripada pengusaha Cina yang telah mendapat logo halal daripada JAKIM. Tapi adakah kandungan makanan itu seratus peratus dijamin. Menurutnya kebanyakan bahan mentah diperolehi daripada negara-negara Eropah menyebabkan produk yang dijual itu adalah dengan harga yang agak mahal.

Kak Suhaila cuba sedaya upaya untuk membantu pengusaha Islam dalam memasarkan produknya terutama bahan mentah. Kandungan yang diyakini dan halal yang tidak diragui. Ini hasrat yang cuba untuk dicapai. Aku cuba membantu niat baik kak Suhaila dengan menyarankan untuk pergi ke Sembang-sembang Cafe PPIM yang mana banyak memasarkan produk-produk Islam..

Akhirnya sahabatku sarankan agar dia cuba merujuk pada Dato' Nadzim Johan, Setiausaha Kerja PPIM bagi merialisasikan impian murninya itu. Kepada semua pengusaha Islam yang berminat untuk mendapatkan sumber bahan mentah yang diyakini bagi produk makanan silalah merujuk pada saya. InsyaAllah saya akan cuba menghubungkan anda dengan beliau atau anda bolehlah menghantar email kepada beliau di alamat: candle97@hotmail.com

Wednesday, July 1, 2009

tercapai ke Impian ku?

Tercapai ke?

Lagi 3 hari aku bakal kembali ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Meneruskan perjuanganku sebagai seorang mahasiswa UKM. Agak sukar untuk aku meninggalkan PPIM yang banyak mengajar aku erti kerja yang sebenar. Halal dan haram sesuatu barangan itu bukan dari logonya tapi dari sudut keyakinan tentang kandungan dan keyakinan didalam hati. Banyak makanan telah dicemari dengan kandungan najis oleh pengusaha walaupun logo halal ada didalam suatu sudut pembungkusannya. Itu antara yang penting yang aku pelajari di PPIM.

Tapi apa yang lebih penting yang aku pelajari disini adalah tentang hidup aku yang hanya sekadar belajar tetapi tiada masa dengan dunia semasa. Rupanya baru aku sedar dunia semasa yang mengajar kita hidup sebenar, yang memberikan kita pengajaran, realiti dan pengetahuan umum. Hati aku mula terusik untuk masa depan aku. 28 jun 2009 hari Ahad aku ke Ekspo Mega Beli Barangan malaysia. Di sana ada pameran tentang universiti-universiti Malaysia bukan sahaja kerajaan bahkan swasta dan luar negara. Kebanyakan peluang disediakan untuk mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Master atau PhD. Universiti Utara Malaysia menyediakan master for law hanya setahun tanpa memerlukan pengalaman bekerja. Ini lah satu2nya peluang yang aku ada untuk aku capai cita2 aku. Aku berminat dengan undang-undang dan ia adalah first choice aku sebelum masuk ke UKM. Bila peluang terbentang didepan mata.. Apa yang akan kita lakukan?

Sebelah malam aku menghubungi ibuku. Perasaan gembira aku cuba aku sampaikan dan kongsikan kepada keluarga aku terutama ibuku. Tiba-tiba suara yang keluar daripada ibu aku adalah suara sayu bukan suara yang mengharap. Aku tahu tanggungjawab keluargaku dimasa hadapan terletak di bahu aku. Tapi perasaanku untuk terus belajar dan capai Phd lebih tinggi jika dibandingkan untuk aku bekerja.. Ibu aku hanya menyatakan kerisauannya tentang perjalanan yang jauh yang bakal aku tempuh. Ibu aku sekadar mengharap aku menyambung pelajaran ku sedekat yang mungkin supaya aku dapat menjenguk keluarga aku terutama ayah yang semakin meningkat usianya.

Aku nyatakan pula hasrat aku untuk sambung Master kepada kakak ku. Tapi jawapan yang menyedihkan pula aku terima. Kakak ku minta supaya aku bekerja dahulu untuk ibu dan bapaku. Katanya umur ayah dah tak panjang. Beri dia peluang untuk mendapatkan "hasil kerja" daripada anak kesayangannya. Tidak dinafikan ayah sayang pada aku. Hati aku dirundum resah. Aku ingin tamatkan pelajaranku diusia muda. Aku perlu lanjutkan pelajaran dengan peluang yang dah sedia ada.

Pandangan kakakku disokong pula adikku yang kecil. Sekarang ini dia di tingkatan 5. Tercapai ker cita-citaku?. Adakah aku harus berhenti di peringkat Ijazah sahaja atau aku perlu menyambungnya dengan melepaskan tanggungjawabku terhadap keluarga?. Adakah sekiranya aku menyambung belajar maka aku dikatakan seorang yang pentingkan diri sahaja? persoalan bertalu-talu bermain difikiranku.

Apa yang harus aku lakukan?? satu sahaja impian yang aku ingin kejar iaitu PhD..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates