Followers

Pages

There was an error in this gadget

Friday, May 1, 2009

Aku ada instinct...Macam tak percaya hahaha

Hari ini Jumaat 1 Mei 2009..aku baru sedar aku macam ada instinct..peristiwa ini terjadi semasa aku hendak pergi ke Kuala Lumpur bersama Akma dan Jamilah Husin.. kami dari jabatan yang sama. Tujuan nak pergi Kl atau Jelatik khususnya adalah untuk mencari rumah sewa.. pagi itu aku bersiap dengan lemah semangat..aku tak tahu kenapa hari itu aku rasa malas sangat nak pergi.. Dalam hati ingin sahaja aku menelifon mereka untuk menyatakan bahawa aku cancel untuk pergi ke KL. Tapi ku tabahkan hati menuju ke destinasi yang telah dipersetujui pada semalamnya.

Sampai ke KTM UKM aku dan Jamilah pergi ke kafe yang berhampiran KTM untuk sarapan pagi. Aku rasa tak gembira pada hari tersebut. Seakan sesuatu peristiwa bakal terjadi. Al-maklum sebelah malamnya aku telah bermimpi aneh tentang "shuffle". Di dalam mimpi tersebut kawan ku pesan supaya belajar shuffle dalam taekwando.. Sesudah habis sarapan dijamah aku bersama dua orang sahabat ku lagi terus menuju stesen KTM dan membeli tiket untuk terus ke KL Sentral. Sedang kami duduk2 menunggu ketibaan keretapi aku cuba luahkan perasaan tidak senang hati ku pada Akma sahabatku. Kerana instinct sebegini pernah terjadi sebelum peristiwa ragut terjadi. Aku takut sekiranya sejarah berulang lagi..
Disini laa klimaks cerita aku sedar yang aku ada instinct. Mana tidaknya Akma memandang ke bawah lalu menegur aku "Fizah selipar kau ni memang fesyen ker". Jamilah turut memandang ke arah kedua belah kaki aku.. tersenyum dan hampir tergelak besar melihat kedua belah kaki ku...Tiba-tiba aku terjerit "Arghhhhh..Ya Allah Jam, Akma patutlaa aku berat hati nak pergi rupanya kedua belah selipar yang aku pakai adalah berlainan bentuk. Camner nak buat." Aku cadangkan untuk membatalkan perjalanan ini. Tapi tidak diterima. Aku terpaksa meneruskan perjalanan aku..Di sepanjang perjalanan aku diapit oleh sahabatku untuk mengelakkan daripada kaki ku dilihat oleh penumpang KTM yang lain. Didalam KTM kami sambung dengan gelak kami seakan tidak percaya peristiwa pahit ini boleh terjadi..
Tiba di KL Sentral aku terus membeli selipar baru. Akma hanya memujuk dan menyedapkan hati aku. Menurutnya fesyen sebegini dan banyak di pasaran. Orang tidak akan perasan dan tidak akan gelak sekiranya kita memakai selipar yang berlainan bentuk..
Itulah peristiwa aku menyedari aku mempunyai instinct.. Nasihat ku kepada pembaca blog hati-hati semasa menyarung selipar terutama wanita2...hehehe

6 comments:

arrabe' said...

selagi tak pakai kasut sebelah dan selipar sebelah udahle..

takpe, orang tak perasan, melainkan ditayang2..

hafizah said...

hehehe...tapi ada laa dua tiga owang duk pandang jer..tak sangka sangat boleh tak perasan...malu pun ada

Salman At-Tawawi said...

isk2. lain kali jangan kalut. Baca bismillah. huhuhu. gurau jer. jgan marah no

hafizah said...

memang betul pun tgh kalut masa tue..mana taknya tetiba dia bgtahu bas dah dekat depan ibu zain...owang ada kat bilik lagi...so apa lagi sarung jerr laaa..hahaha.. tak ley tahan laaa malu besar

jeffry azizi jaafar said...

haha.hati2 lain kali.beli kasut je sng.x risau tukar2 lagi.haha.

hafizah said...

haahaha...pakai kasut nampak skema plak..tapi ada betul gak kasutt..hehehe kasut roda..senang sikit nak perasan...heheh

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates