Followers

Pages

There was an error in this gadget

Saturday, March 7, 2009

Bersama mengenali Masyarakat Orang Asli Kuala Koyan, Pahang

Khidmat masyarakat sosial Latihan Amali Dakwah


Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam telah menjalankan sebuah Latihan Amali Dakwah (LAD) di Kampung Kuala Koyan, Pahang selama seminggu iaitu dari 14. Mac 2009 hingga 20 Mac 200.


Ini antara peserta LAD yang excited nak menjadi sebahagian daripada masyarakat Orang Asli Kuala Koyan,..





Banyak aktiviti yang paling menarik..tetapi bukan tujuan kami disini untuk bersuka ria tetapi menjalankan aktiviti dakwah di kalangan orang Asli..tapi bak kata pepatah sambil menyelam minum air..



Ini antara peserta bola jaring UKM yang berentap dalam pertandingan bola jaring bersama masyarakat orang asli..


Inilah antara peserta orang Asli yang berjaya mengalahkan kami...jangan pandang rendah..coz mereka ni pernah mewakili masyarakat orang asli untuk pertandingan bola jaring

Ini antara yang kami belajar di kampung Kuala Koyan, iaitu menganyam daun kelapa..dan ini antara anyaman yang telah siap..antaranya mahkota idaman...dan skirt mini daun kelapa..hehehe Pengalaman yang paling menarik yang tak dapat aku lupakan adalah perayaan sewang masyarakat Orang Asli...disini aku sertai dalam tarian sewang...yang bestnya alatan muzik utama yang digunakan adalah buluh...apa yang menarik perayaan pada hari pertama lampu tidak boleh dipasang...so maknanya kami pergi masa hari ke enam yang merupakan hari terakhir perayaan bersewang...jadi bermakna kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan..menurut abang angkat aku sendiri...kanak-kanak yang telah meninggal dunia akan dikebumikan di bawah rumah..ermm ke dibelakang rumah..tapi yang konform di perkarangan rumah.... Kepada sesiapa yang tak pernah tengok tongkat Ali..haaa...inilah tongkat ali...biasa mesti minum air nescafe tongkat ali...sebenarnya minuman itu dah terlalu banyak bahan pewarna, perisa dan sebagainya...tapi kalau sesiapa yang minum air yang semulajadi..guarantee korang akan tobat...huhuhu..sebab aku pernah rasa..katanya nak bagi kekuatan sebelum pertandingan bola jaring pada sebelah petang...kelat sesangat...


Masyarakat Orang Asli turut percaya tentang kononnya perut busung sekiranya ada orang membuat perkara tidak baik terhadap kita...begitu juga orang asli tidak membenarkan adik beradik kahwin sesama adik beradik atau saudara terdekat..semua ini sama dengan masyarakat melayu Islam..haram...



Ini kawan aku yang paling cool..hehehe menurut orang Asli dialah yang paling hensom dikalangan peserta lelaki LAD. Walaupun dah kahwin tetapi perangainya still maintain..aku dan cicax panggil Min min..sebab dia suka wonderpat..huhuhu..ada tiga panggilan nama samaran untuk dia.. Ranto, Adam, Min min.




Inilah cicax..yang sentiasa hepy sokmo..



Aktiviti lain yanag kami jalankan adalah menanam bunga disepanjang jalan..so yang sedang berdiri tu adalah sebahagian masyarakat orang Asli yang rajin membantu kami....



Dari kiri...hashimi...min min dan aku...


Ini hari terakhir yang sempat aku ambil...tiada apa yang mampu aku bagi untuk dijadikan sebahagian daripada kenangan bersama mereka..so patung spongebob yang aku sayang akan menemani mereka...patung tu hadiah kawan lelaki aku semasa kami menyertai pesta konvo...sekarang ni kawan lelaki aku dah jadi President PMUKM...semoga patung aku selamat bersama mereka...huhuh


Ini laa hari terakhir yang mana sempat aku bergambar bersama keseluruhan ahli keluarga angkat aku...so sweet kenangan ni..







Dan yang last sekali..ini adalah peserta LAD yang amat ku sayangi.....










a

6 comments:

Ibnu AbRaawi said...

Alhamdulillah
niat yang baik

jadi
apakah resolusi dari LAD yg dilaksanakan? :)

hafizah said...

hehehe apa yang seronok jadikan pengalaman dan apa yang diduga dengan cabaran jadikan pengajaran dan input hidup....huhuh

Ibnu AbRaawi said...

maksud saya
niat ingin berdakwah tu
adakah mendapat respons yang baik?~

hafizah said...

Sebenarnya masyarakat orang asli ingat kami masuk sebab nak jalankan khidmat sosial..tapi sebenarnya kami berselindung..depa tahu so depa amik tak kisah..tapi kuarga angkat kita dengar penerangan ttng Islam. Tapi dia kata tunggu hidayah datang..apa-apa pun tanggungjawab dah berjalan..
tapi nak tau tak paling mengejutkan pekerja JHEOA atau tak pasti agensi mana..memang sangat tak ikhlas membantu..bila orang asli ada masalah depa ni wat tak tau jerr..kita dengar daripada kawan cakap.. depa kata "orang asli ni bagi beras sekampit diam laa nanti"..adakah itu pekerja yang jujur..gaji dapat..tapi membuta lebih..baik tido kat umah..terasa geram bila ingat benda macam nie...ada kuarga angkat kita yang hadapi masalah rampasan tanah..benda tu diam macam tue jerr.. so mana peranan owang JHEOA??? :(

safyna monica said...

Biase laa mkn gji buta..dowg pkir bg bras skampit dowg diam gitu jew ..dluw 100% mmg hrpkn jakoa ...tp skg no exuse ..duit ble2 bole dpt ..bia pn lmbt yg pnting usha ..luar ckp bsar ..tp dlm buat derk jew ..

safyna monica said...

bagus laa klau berdakwah dgn niat tnpa memaksa ..yg penting ikhlas menjalani ..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates