Followers

Pages

There was an error in this gadget

Friday, January 13, 2012

Virus Sporo atau Sporotrichosis

Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.


Gambar dari internet

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.

Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.

Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.

Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.


Tanda-tanda Sporo pada kucing:


Gambar dari internet


- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.

- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.

- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti

- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.

Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.


Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :

- melihat sampel kudis di bawah microskop

- ujian darah menyeluruh di makmal


Rawatan Sporo :

- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia

- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu

- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole

- pengambilan anti-fungal yang lain

- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut

- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.

- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.


Cara menghalang jangkitan Sporo :

- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar

- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran

*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.

Copy dari

http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/

Sumber :

- http://en.wikipedia.org/wiki/Sporotrichosis

- http://www.petmd.com/cat/conditions/skin/c_ct_fungal_disease_skin

- http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358

- http://honeypetshop.blogspot.com/2010/09/luka-kucing-lambat-baik-deadly-fungus.html


0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates