Followers

Pages

Monday, January 20, 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR


1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar ke Trick Art Museum dan Pre-Historic Adventure Jurassic & Ice Age Exhibition di i-City, Shah Alam, Selangor



2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

      Tarikh             : 27.04.2013 (Sabtu)


3.0  TEMPAT

 i-City Shah Alam, Selangor


 4.0 OBJEKTIF


           2.1       Melengkapkan aktiviti atau takwim tahunan sekolah.

           2.2     Memberi peluang meningkatkan pengetahuan,
                     pengalaman baru dan kemahiran berfikir.

           2.3      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru

           2.4       Memupuk semangat kerjasama semasa lawatan diadakan.


5.0       Sasaran / Bilangan Peserta:

Guru                                : 9  orang

Murid Tahun 1,2dan 3  : 126  Orang

Jumlah                          : 135 Orang


6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat       : Pn. Zuraimah Bt. Mohd Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Setiausaha    : Mohd Hafiz Alias

AJK                 : Pn. Maizura Abd Aziz

                          Pn. Siti Rosni Mugni

                          En. Syed Abd Hadi Mohammad

7.0 IMPAK

a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.


b)    Murid dapat mengetahui lokasi i-City yang terkenal


c)    Murid dapat mengetahui sejarah kewujudan haiwan-haiwan purba iaitu Dinasor, jenis-jenis dan pemakanannya.


d)    Merapatkan hubungan silahturahimantara antara guru dan sesama murid.


8.0 Laporan Program

Bagi melengkapkan takwim dan menyempurnakan perancangan, SK Bukit Jalil telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Shah Alam. Lawatan ini diadakan bagi memberi manfaat kepada murid-murid disamping memberikan pengalaman murid-murid di luar bilik darjah. Lawatan diadakan pada hari sabtu iaitu pada 24 April. 2014


Pada jam 7.30 pagi, seramai 40 orang murid-murid telah berkumpul di Dewan Terbuka SK Bukit Jalil. Pada jam  9.00 pagi bas telah bertolak ke i-City dan kira-kira jam 9.40 pagi bas tiba ke tempat yang dituju. Lawatan pertama yang telah dituju adalah Jurassic dan Ice Age yang merupakan sebuah tempat yang memaparkan model haiwan purba kala. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk murid-murid menimba pengetahuan baru tentang binatang yang telah lama pupus. Model-model dinasor yang dipertontonkan sangat memberikan tarikan kepada murid-murid. Di samping itu juga murid-murid turut didedahkan dan diperkenalkan tentang jenis-jenis dinasor.


Di sini, murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai saiz dinasor, serta makhluk zaman ais yang mana ia dihidupkan menggunakan animatronik disamping mempunyai bunyi khas. Pameran yang berunsurkan pendidikan dan hiburan ini sangat sesuai kerana ia seperti murid-murid berada di alam pengembaraan. Di sini juga murid-murid dipamerkan dengan 25 jenis makhluk animatronik.  Di sepanjang perjalanan, murid-murid akan menghadapi sorotan arkeologi dan belajar bagaimana arkeologi dan iklim global telah berubah daripada tempoh Triassic, kira-kira 230 juta tahun lalu apabila evolusi awal telah berlaku, sehingga era Zaman Ais. Di samping itu murid-murid turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai ciri-ciri anatomi, rantai makanan dan penemuan saintifik tentang penghuni makhluk prasejarah ini.


Habis sahaja lawatan murid-murid diberi peluang untuk membeli cenderahati sebagai kenangan. Murid-murid juga dihidangkan dengan aktiviti pertandingan mewarna.


Setelah selesai, lawatan diteruskan dengan membawa murid-murid ke sebuah tempat yang menjadi tarikan utama di i-City iaitu Muzium Seni Trick yang mempunyai reputasi sebagai satu-satunya wadah seni  lukisan 3 dimensi di Malaysia. Apa yang menarik, seni 3D ini seperti lukisan yang hidup apabila dilihat melalui kanta kamera. Ia juga dapat mewujudkan ilusi kepada murid-murid yang hadir. Muzium seni ini mempunyai lima tema iaitu karya, Mesir, hidupan laut, haiwan purba dan klasik moden. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan berharga buat mereka.


Tepat jam 2.00 petang lawatan pun tamat. Bas tiba diperkarangan sekolah pada jam 2.40 petang.


 9.0      PENUTUP

Dengan adanya lawatan seperti ini, murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah binatang yanag pupus. Murid-murid juga mendapat pengalaman yang berharga dengan lawatan yang seterusnya iaitu ke lukisan 3D di i-City yang mana ia mengaplikasikan kemahiran sentuhan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG PIZZA, TEDDY DAN HANDYCRAFT MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013
 
 

1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar murid-murid tahap satu SK Bukit Jalil 2013
 

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
 
      Tarikh             :     23 Oktober 2013 (Rabu)
 
                                   26 Oktober 2013 (Sabtu)
 
3.0 TEMPAT

Pizza Hut Kajang

Handicraft Centre for Teddy Bear Making Kajang

ARCH, Kuala Lumpur City Gallery
 
 
 4.0 OBJEKTIF
 
      4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.

      4.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan aktiviti praktikal yang dilakukan oleh murid sendiri.

      4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.

      4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.

      4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

 

5.0 KUMPULAN SASARAN

Bilangan Murid        : 279 orang

Guru Pengiring        : 12 Orang

Jumlah                       : 291 orang

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
 

Penasihat      : Pn Zuraimah Bt Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Penyelaras    : En. Hafiz B. Alias

Setiausaha   : Cik Zahidah Helmy Bt Zaberi

Guru Pengiring                        : Pn Maizura Abd Aziz

                                                : En. Mukhlis Ab Khadar

                                                : Noor Diyana Abd Aziz

7.0 IMPAK
 
a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
 
b)    Murid dapat mengetahui lokasi Kilang Teddy dan Pizza Hut, Kajang dan ARCH City Galeri Dataran Kuala Lumpur
 
c)    Murid dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh dengan beberapa aktiviti yang melibatkan hasil kerja tangan murid sendiri seperti membuat pizza dan teddy.
 
d)    Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur di Kuala
 
Lumpur City Gallery.
 
 
8.0 Laporan Program
 
Sk Bukit Jalil telah mengadakan satu lawatan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah berlangsung pada 23.Oktober dan 26 Oktober 2013 iaitu bersamaan hari Rabu dan hari Sabtu. Seramai 279 orang murid dan 12 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ini dan sebanyak tujuh buah bas telah disewa khas bagi membawa murid-murid SK Bukit Jalil termasuk murid pra sekolah pembantu penerangan. Rombongan ini telah diketuai oleh guru-guru SK Bukit Jalil sendiri.
 
Kilang Pizza Hut, Kajang adalah antara destinasi utama yang dipilih untuk lawatan pada kali ini. Ia bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengelaman berharga kepada murid-murid tentang bagaimana cara untuk menghasilkan Pizza secara buatan tangan. Murid-murid juga didedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan semasa membuat pizza. Sebelum memulakan aktiviti menghasilkan pizza murid-murid telah diminta untuk membasuh tangan sebelum mereka dipakaikan sarung tangan khas. Setelah siap murid-murid dihidangkan pizza sebagai sarapan pagi.
 
Kemudian lawatan diteruskan dengan ke Handicraft Centre For Teddy Bear Making, kajang. Ia adalah bertujuan yang sama yang mana untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid bagaimana cara-cara untuk membuat teddy secara buatan tangan. Sebelum memulakan aktiviti, muirid-murid dipertontonkan video tentang bagaimana cara untuk membuat teddy yang ringkas. Kemudian murid-murid dihidangkan dengan alatan khas yang telah disediakan untuk murid-murid. Aktiviti ini telah dilaksanakan didalam kumpulan dan kerjasama yang baik antara murid telah berjaya dipertontonkan dalam usaha untuk menyiapkan teddy masing-masing.
 
Lawatan yang terakhir pula adalah ke ARCH City Gallery Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Disini murid-murid dihidangkan dengan pelbagai koleksi kesenian secara buatan tangan. Bukan itu sahaja, malahan murid-murid diperlihatkan satu binaan yang merupakan gambaran keseluruhan Wilayah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Murid-murid dapat membaca dan melihat artifak mengenai Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat cara pembuatan arca dengan lebih dekat yang mana setiap ukiran arca mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebelum lawatan berakhir, murid-murid telah pergi membeli-belah di kedai cenderahati di City Galeri.
 
Bas tiba diperkarangan sekolah tepat jam 2.30 petang dan lawatan berakhir dengan jayanya. 
 
 9.0      PENUTUP

Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarah kemerdekaan. Begitu juga pengetahuan tentang cara pembuatan Teddy dan Pizza Hut secara buatan tangan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Sunday, January 19, 2014

Antara kekuatan iman dan kekuatan pendirian

Assalamualaikum

Hari ini aku ingin update tentang antara kekuatan iman dan kekuatan pendirian. Kekuatan iman yang aku maksudkan adalah ketinggian pengetahuan agama dan diaplikasikannya dalam kehidupan harian. Maksudnya dalam sehari kita kana menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Walaubagaimana sibuknya kita sebagai hamba Allah kita tetap akan laksanakan solat lima waktu ini walaupun terpaksa qada'. Itu adalah kekuatan iman kerana kita yakin kalau kita tinggalkan solat maka salah satu tiang agama kita akan runtuh. 

Tapi bagaimana dengan kekuatan pendirian. Kalau hari-hari kita lewatkan solat adakah itu kekuatan iman. Bagi aku itu itu bukan kekuatan iman. Itu adalah kejatuhan pendirian sedikit demi sedikit. Dan baikilah ia dengan solat sunat taubat. 

Hari ini secara ringkasnya aku ingin perkatakan sehebat mana pun kita dalam menuntut ilmu agama kalau tidak diaplikasikannya dalam kehidupan harian maka tiada gunanya. dan sehebat mana pun kekuatan iman dan ilmu agama tetapi bila berhadapan dengan fenomena atau trend yang bertentangan dengan agama lalu dia mengikutinya maka dia akan menjadi hamba Allah yang lebih buruk dari mereka yang kurang ilmu agama. Percayalah kerana ia dah banyak terjadi dengan sahabat-sahabat yang berada disekeliling kita. 

Agama yang cukup gah didada sebagai benteng dalam menghadapi kehidupan yang bertentangan akhirnya benteng iman itu roboh kerana tiadanya dia terdedah dengan kehidupan yang lebih mencabar. Cukuplah seorang sahabat yang dulu sentiasa menjadi seorang naqibah dan usrah yang terbaik dikalangan sahabat lain. Akhirnya Allah berikan sahabat ini rezeki melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu New Zealand. Dan sekarang sahabat ini telah melakukan banyak perkara yang melalaikan kehidupannya dek kerana kekuatan iman tidak dapat mempertahankan kekuatan pendiriannya. InsyaAllah harap sahabat ini dapat berubah kearah yang lebih baik. 

Jadi percayalah usah dipandang rendah mereka yang punya ilmu agama yang rendah kerana mungkin mereka adalah yang terbaik disisi Allah. "Kun Fayakun". 

Hiduplah dengan keimanan dan taat pada Allah.Mohon pada Allah semoga hidup kita akan menjadi yang lebih baik disisinya 

Wednesday, January 15, 2014

Rezeki Allah utk yg Sabar

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog ni..semenjak kahwin agak malas rasanya untuk update. tapi kali ini aku update untuk luahkan rasa kecewa dan kurang tenang diri ini pada masyarakat sekeliling. Pernah tak kita dengar soalan. "Bila nak kahwin ni??", "Bila nak dapat anak?"

Soalan itu sering kali bermain dalam pemikiran aku bila mana ada sahabat yang bertanya tentang hal sebegini. Dahulu bila aku tak kahwin ramai yang cakap "bila nak kahwin ni, jual mahal sangat nanti jadi anak dara tua?" bila soalan ini diajukan aku hanya senyum. Bab jodoh takkan kita nak tangkap muat. Kalau nak tangkap muat pun kalau itu bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Dulu soalan itu yang buat aku sedikit tertekan. Tapi aku tidak mengambil berat bagi aku kalau ada jodoh Allah akan berikan kita jodoh. Yang penting jangan putus berdoa. Akhirnya aku bertemu dengan jodoh. 

Percayalah Allah dengar doa kita. Cuma lambat atau cepat kerana Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Bila dah kahwin aku dihimpit dengan soalan "Bila nak dapat anak?" aku tau manusia takkan berhenti dari bertanya sesuatu. Tapi sedarkah mereka soalan mereka kadang kala menyebabkan seseorang itu terguris hatinya. Kalau aku tau jawapan aku akan jawab dengan yakin. Tapi aku tak tau jawapan bila Allah nak berikan kami rezeki anak. Hendak sahaja aku cakap "Cuba tanya Allah bila aku nak dapat anak?" tapi aku hanya mampu senyum je dan jawab "InsyaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi". Tapi lebih menghiris bila ditanya soalan yang sama didepan sahabat-sahabat yang lain dalam kumpulan...
Allahu Akhbar. Sungguh Allah je yang tahu betapa tergurisnya aku. Walhal aku bukan seorang yang mudah terasa..tapi bila ditekan dengan soalan macamni tetiba aku jadi tak kuat. 

Mungkin Allah nak aku rasa bagaimana perasaan mereka yang tidak punya anak yang telah bertahun-tahun lama menunggu. Seketika itu mula aku berfikir kenapa mereka yang berzina mudah untuk mendapat zuriat. dan kenapa mereka dengan mudah membuang zuriat mereka seperti sampah. Kamu tidak merasa apa yang kami rasa. Sekalipun ia zuriat yang tidak sah taraf peliharalah sebaiknya kerana kita tidak tahu bila lagi Allah akan berikan kita rezeki anak. 

Seketika bila ditanya soalan yang sama "kenapa tak dapat-dapat lagi?" aku akan cuba berfikiran positif. Allah itu lebih tahu. "INNALLAHA MA'A SOBIRIN" Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Aku yakin rezeki zuriat untuk kami akan ada cuma lambat atau cepat kerana Allah tahu tentang aku. Allah tahu tentang suami aku. Mungkin kalau Allah tibakan seorang anak dengan cepat Allah tahu aku tidak dapat menumpukan tesis aku. Mungkin aku akan tinggalkan tesis aku kerana komitmen pada kerja dan anak. Mungkin suami aku bertambah komitmen kerana hubungan kami PJJ. Allah maha tahu keupayaan seseorang nak memikul beban. Setiap menusia ada bebanan tersendiri. Mungkin jarak yang jauh akan memberikan rasa tertekan bila si isteri hanya menghadapi kesakitan keseorangan tanpa suami disisi. Siapa tahu??

So kepada manusia sebegini tolonglah berhenti bertanya soalan sebegini. Kita hanya tahu senyuman seseorang yang lahir bila ditanya soalan sebegini tetapi kita tidak tahu betapa sakitnya hati mengahadapi tekanan kata-kata sebegini. Tidak perlu bertanya bila tapi hulurkanlah doa supaya dipercepatkan dan dipermudahkan. moga-moga doa kalian itu lebih baik dari bertanya. 

Thanks Allah kerana kau masih berikan aku kekuatan dalam mengejar cita-cita ke menara gading yang lebih tinggi. Thanks kerana masih memberikan aku nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini. Thanks kerana menjadikan aku seorang guru yang dikelilingi murid-murid yang comel. (walaupun aku garang masa mengajar tapi aku sayang sangat kat anak murid aku). Thanks untuk segalanya

Thanks for my husband awak faham keadaan saya..dan awak sentiasa menyokong saya. Thanks kerana awak la tulang belakang saya. Awak la imam saya..awak la pendengar setia saya..awak la segalanya untuk saya. Walaupun kita jauh tp insyaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita...

Always smile walaupun ia melukakan  ^____^

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates