Followers

Pages

There was an error in this gadget

Sunday, July 14, 2013

sakit dipertahankan atau dilepaskan?? Allah itu lebih tahu


Assalamualaikum…tajuk kali ini adalah sebuah persoalan tentang hubungan. Kebanyakan hamba Allah didunia ni kalau dah sayang pasti sukar untuk melepaskan orang yang dia rasa sayang. Tapi bagi aku Allah maha mengetahui perancangan hambaNya. Sekuat mana pun cinta kita pada seseorang kalau bukan ditakdirkan bersama tetap bukan jodoh kita. Sayang mana pun kita pada seseorang itu semua Allah yang tetap akan tentukan. Itu semua urusan Allah.

Entry kali ini berbalik pada tajuk yang sebelum ini iaitu “Kesalahan yang Berulang yang Merugikan”.  Itulah diri aku.sentiasa membuat kesalahan berulang. Kadang tu faktor period kadang kala factor lain yang mana aku sentiasa mengikut hati dalam membuat keputusan. Tapi semua itu tidak lama. Nanti akan kembali jernih. Semua ni dek kerana terlalu berhati-hati. Tapi kesalahan yang aku lakukan bukanlah dosa-dosa besar. Kesalahan yang aku lakukan biasa berlaku dalam sesebuah hubungan.

Setiap pasangan dalam mencipta hubungan pasti ada pasang surut. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan warna warni?

Allah itu ada perancanganNya. Kadang kala aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki walhal hanya Allah yang tahu dia tidak akan menjadi yang halal untuk aku. Rupanya Allah nak aku jadi kuat bila aku menempuh dugaan yang sama. Kadang kala juga aku terfikir kenapa Allah tidak hadirkan aku seorang ustaz.Tapi sahabat-sahabat ada nasihat dan terus nasihat. Kalau ustaz dah ckup baik. Ustazah pun dah cukup baik. Nanti kehidupan tak berwarna. Nak carik pahala dalam hubungan pun susah. Sebab semua dah baik, serba perfect dalam hubungan mahupun kekeluargaan. Tapi bagi aku tak semua ustaz itu perfect dan tak semua ustazah itu perfect. Aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki yang bekerjaya, tegas dan sabar. Mungkin Allah nak supaya dia dapat mengawal kesalahan yang dilakukan oleh pasangannya dengan sikap tegas tapi dalam keadaan yang sabar dan berhemah. Tapi adakah Allah teguhkan hati dia untuk terus sabar dan sabar dalam memperbaiki kelemahan aku

Bila kita benar-benar dah berubah Allah akan berikan kita yang lebih baik sebagai hadiah dariNya. Tapi perubahan itu kenalah istiqamah. Kali ini Allah hadiahkan aku sebidang “tanah” untuk aku dirikan masjid diatasnya. Aku cuba juga bina masjid kadang kala tiangnya tidak kukuh dek kerana diri aku sendiri. Aku sentiasa melakukan kesalahan yang sama sehingga dia mula menyatakan yang dia dah tak larat berhadapan dengan semua ini?. Adakah masjid ini akan diteruskan. Sedih rasanya bila perancangan dah dibuat. Tapi penentu segala perancangan hanya Allah sahaja yang tahu. Semuanya ada hikmah.

Tapi kali ini sekuat mana pun cinta aku, seteguh mana pun cinta aku..aku rela dan redha untuk melepaskan kalau itu mendatangkan kebaikan untuk dirinya. Allah itu lebih tahu akan segala perancanganNya. Walaupun ia terlalu menyakitkan hati Mungkin kita bukan menjadi yang terbaik untuknya jadi Allah aturkan sebuah perancangan untuk hadiahkan dia yang lebih baik dari kita. Kerana aku tahu mana silap aku. Ia berulang dan berulang, aku cuba untuk ketepikan bila dinasihat. Kadang aku lupa dan lalai dek kerana terlalu berkeinginan untuk mengetahui sehingga menjadi suatu paksaan.

Untuk awak…

Saya tahu kita hampir membina sebuah masjid. Tapi percayalah jangan dipaksa untuk membina masjid kalau tahu masjid itu awak tak mampu nak teguhkan dengan kekuatan diri awak dalam menjadi imam untuk saya. Jangan paksa untuk membina masjid kalau awak tahu suatu hari ia akan mendatangkan mudarat pada diri saya. Jangan dipaksa untuk membina masjid hanya kerana kita sudah merancang dan awak malu sekiranya masjid ini tidak menjadi mengikut perancangan awak. Masjid yang kita nak bina ni masjid yang yang akan dibawa sehingga syurga kalau awak sentiasa sabar dan pertahankan. Tapi kalau awak tiada kekuatan itu awak binalah masjid dikemudian hari. Sebab Allah nak hadiahkan awak sebidang “tanah” yang mungkin besar untuk awak bina masjid yang lebih baik L.

Untuk diri ku sendiri

Wahai Hafizah bila Allah hadiahkan kamu seorang lelaki yang terbaik cubalah jaga hatinya. Cubalah hormat dirinya yang akan jadi seorang ketua keluarga kelak. Cubalah pelihara pendiriannya dan usah dipaksa. Belajarlah untuk bertolak ansur. Kerana masjid yang hendak dibina bukan memerlukan seorang lelaki sahaja dalam meneguhkan rumahtangga tapi juga memerlukan seorang wanita untuk mempertahankannya. Percayalah wahai Hafizah awak boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik. Berwaspada dengan nafsumu. Ditakuti itu yang akan menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid. 


Sebab saya hanya seorang hamba Allah yang lemah dan perlukan tulang rusuk untuk teguhkan diri saya

Wahai hati sabarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu..

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dalam hidup…Sama-sama kita berusaha mengejar pahala Allah.

6 comments:

Anonymous said...

terlintas dihati ini nak komen fiza, dari sudut ana melihat lelaki ini baik dan sesuai utk fiza..janganlah fiza runtuhkan disebabkan hati kita ini bukan selalu bersih,perlu bykkan berdoa pada Allah dan berzikir supaya hati jadi bersih dan ana doakan supaya kekal hingga akhir hayat...sekian.

Noor Hafizah said...

Salam terima kasih atas nasihat..insyaAllah sy cube utk baiki diri sy..sy x prnh nk meruntuhkan..insyaAllah ada jodo Allah akan smpurnkn hubungn kami hingga akhir hayat.tq skali lg

muzammil arif said...

InsyaAllah, saya doakan hafizah jadi yang terbaik...:P

Noor Hafizah said...

Muzammil arif kuatkn hati awk utk mnerima segala kekurangan sy..insyaAllah sy sedang blajar mnjadi yg trbaik

Anonymous said...

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Noor Hafizah said...

InsyaAllah trima kasih ats nasihat..sy harap sy dpt brubh mnjadi yg trbaek..amin. insyaAllah sy syukuri utk segala pemberianNya dan sabar untuk segala dugaan dan kehilangan

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates