Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, April 1, 2010

Bengkel Kerjaya: Psikologi dalam interview dll

Hari ini Khamis bersamaan dengan 1 April 2010 telah diadakan satu program yang amat bermakna dan program ini ingin sekali dikongikan bersama pembaca blog. Ku kira siapa yang tidak menghadiri bengkel ini amat rugi. Bengkel Kerjaya 10 ini merupakan anjuran Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Kedekanan, PMFPI, dan Kelab Jabatan,
Apa yang menarik bengkel ini terdiri daripada 5 slot. Cuma slot pertama tidak lah dapat ku hadiri atas sebab kuliah dan tutorial. Slot kedua pula adalah slot tentang pembinaan resume. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Ezad Azraai Jamsari. Apa yang menarik menurut beliau resume yang dibuat hendaklah disertakan dengan dokumentasi tentang peribadi kita. Ia dikenali sebagai Laporan Kegiatan Akedemik dan Kokurikulum (LKAK). Menurut Ustaz laporan ini mengandungi semua aktiviti yang kita lakukan sepanjang berada di Universiti ini sebagai bukti aktiviti yang telah kita lakukan. termasuklah pembentangan kertas kerja di kelas-kelas tutorial. Beliau juga menyarankan kepada bakal graduat supaya dapat menyiapkan resume untuk memudahkan pelajar apabila keluar mencari kerja.
Kemudian dua slot seterusnya disampaikan oleh En Rasydan (Tips Consultant). Dua slot ini yang menarik minat ku untuk terus berada di bengkel tersebut. Beliau menyarankan agar mahasiswa menghantar surat sebanyak mungkin ke agensi-agensi yang menawarkan jawatan kosong atau sebaliknya sebelum graduation agar ia memudahkan pelajar mendapat kerja dan tidak mengalami pengangguran ketika keluar daripada universiti ini. Beliau turut menyarankan agar tidak memilih sesuatu pekerjaan yang ditawarkan kepada kita. Kita boleh jadikan ia sebagai pengalaman dan apa yang penting sekiranya anda mendapat peluang tawaran kerja yang lebih baik dan ingi berhenti berkhidmat di tempat kerja anda jangan lupa untuk meminta bos anda supaya memberikan komen bertulis atau sijil sebagai bukti kerja anda.
Tambah beliau sijil yang paling berharga adalah pelajar yang pernah menjadi fasilitator dan ia adalah sijil yang paling tinggi tahapnya berbanding MPP (bukan Ketua MPP). So selagi sempat anda berada di Universiti join la program yang memerlukan fasilitator. Beliau turut menyatakan 2 perbuatan paling senang tetapi tetap sukar untuk diubah iaitu SALAM dan TERIMA KASIH.
Ini adalah antara psikologi yang diajar oleh En. Rasyadan iaitu gengamkan dua tangan anda dan satukan ia (bermaksud masukkan celah jari kanan ke jari kiri). Cuba lihat ibu jari anda berada di atas ibu jari kiri atau sebaliknya. Sekiranya ibu jari kanan anda berada di atas ibu jari kiri bermaksud anda memiliki otak sains dan matematik. Tetapi sekiranya ibu jari kiri anda berada di atas ibu jari kanan anda bermaksud anda memiliki otak sastera. Mungkin secara Psikologi ada benarnya (contohnya saya).
Kemudia dari segi bentuk pula, Antara 4 bentuk segi cuba anda pilih satu sahaja iaitu antara bintang, bulat, tiga segi dan empat segi
Bulat : Secara negatif asik fikirkan tentang seks dan alkohol (jangan marah saya plak). Sebenanrnya mereka yang cenderung untuk melukis bulat maka dia seorang yang fleksibel dan mudah berubah-ubah. Dia sentiasa gembira dan tidak suka dengan keadaan yang membawa tekanan. Dia boleh menyelesaikan semua tugas dengan fleksibel dan dia juga merupakan seorang yang suka memutar belit.
Bintang : Anda yang cenderung dengan bintang pula adalah mereka yang mempunyai sifat kepimpinan semulajadi. Apa yang susah dengan mereka yang meminati bintang adalah dia sukar untuk menjadi orang bawah kerana dia lebih suka berada diatas.
Empat segi : Seorang yang teguh dan saksama. sekiranya anda memilih bentuk ini anda merupakan seorang yang saksama iaitu balance dengan kedudukan atas dan bawah. Anda lebih dikenali dengan jawatan penyelia atau bekerja dibahagian sumber manusia
Tiga segi : Mereka yang memilih bentuk ini adalah mereka yang stabil. Mereka ini hanya boleh membuat satu kerja dalam satu masa sahaja. tahap konsentrasi yang tiggi dan hanya mampu tumpu pada satu kerja sahaja.
Slot seterusnya disampaikan oleh Ustaz Hariri Hj Mohd Daud iaitu Keterampilan dalam kerjaya. Yang paling menarik kata-katanya adalah "Sekiranya anda diberi RM 10 dalam keadaan keronyok dan diludah adakah anda akan mengambilnya? dan sekiranya anda diberi kertas kosong yang keronyok adakah anda mengambilnya??" maksud yang diterangkan cukup mendalam dan menyentuh hati kami sebagai peserta iaitu RM 10 sekiranya dikeronyok ia tetap bernilai dan kita akan memilihnya manakala sehelai kertas kosong sekiranya dikeronyok maka kita tidak akan mengambilnya atau memilihnya bermaksud jadilah kita seorang yang bernilai walaupun dipijak dihina tetapi orang tetap menganggap kita adalah bernilai dan janganlah jadi seorang yang suka memijak orang serta menikam belakang kawan dan malas dalam berusaha kerana ia tidak bernilai dan orang akan membenci kita (kawan saya sendiri jangan terasa)..
Antara lainnya juga adalah......saya penat menaip..tapi cukuplah input hari ini..insyaAllah saya akan tambah lagi sebab banyak yang menarik untuk anda ikuti bersama

1 comments:

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates