Followers

Pages

Friday, April 9, 2010

Kisah lawak petang hari

Prof yang Kasihan

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya,
"Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum.Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata:
"Oooh..Jadi awak mengakulah diri awak ni bodoh?"
Pelajar: "Bukan prof, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang mengaku bodoh dan berdiri disini!"

-------------------------------------------------------------
Kaunselor dan Penjual Ikan

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:
"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"
"Tentu saja!" jawab pakar konselor...
Penjual Ikan bersorak kegembiraan
"Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya:
"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

--------------------------------------------------------------------------------

Kekasih Buruk Siku

si kekasih acident teruk....banyak darah hilang....disebbkan terlampau CINTA...si boyprenz pun derma lah darah.....Selepas setahun, kekasih curang dan putuskan hubungan...lalu si boyprenz pon berkata: "tak kenang budi!..bagi balik darah yg aku derma dulu!!!!!!!!!!!!" .
Si kekasih yg sedang datang bulan membaling kotexnya ke arah boyprenz & berkata "nah! aku bayar ansur tiap2 bulan!"

-----------------------------------------------------------------------------

Chot dan Tiket Wayang

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dengan isterinya.
Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya.
Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket..
Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya,
"Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"
Chot menjawab,
"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer!!"

Thursday, April 8, 2010

Budak 14 tahun hina arwah (DIN BERAMBOI)

Salam Singgah..

Hari ni aku buka inbox ..macam biasa email paling seronok aku terima adalah daripada kakak aku yang telah berkhidmat di Malaysia Airport Berhad (MAB). Email ini hanya dari sahabat-sahabatnya yang telah forward kepada kakak ku. Mari kita renungkan dendam seorang kanak-kanak (dah baligh ker belum ea tapi rase dah mumayyiz) yang membenci arwah gara-gara lawak seorang seni..Berikut juga disiarkan petikan kata-kata kanakkanak tersebut yang amat kurang ajar dan mengaibkan orang yang telah tiada.








Bagi aku mereka yang telah pergi maafkanlah segala dosa yang telah dilakukan mungkin. Mungkin lawak arwah sekadar digunakan untuk mencari rezeki.
Al-Fatihah untuk Din Beramboi










Hari ni aku bukak

Thursday, April 1, 2010

Bengkel Kerjaya: Psikologi dalam interview dll

Hari ini Khamis bersamaan dengan 1 April 2010 telah diadakan satu program yang amat bermakna dan program ini ingin sekali dikongikan bersama pembaca blog. Ku kira siapa yang tidak menghadiri bengkel ini amat rugi. Bengkel Kerjaya 10 ini merupakan anjuran Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Kedekanan, PMFPI, dan Kelab Jabatan,
Apa yang menarik bengkel ini terdiri daripada 5 slot. Cuma slot pertama tidak lah dapat ku hadiri atas sebab kuliah dan tutorial. Slot kedua pula adalah slot tentang pembinaan resume. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Ezad Azraai Jamsari. Apa yang menarik menurut beliau resume yang dibuat hendaklah disertakan dengan dokumentasi tentang peribadi kita. Ia dikenali sebagai Laporan Kegiatan Akedemik dan Kokurikulum (LKAK). Menurut Ustaz laporan ini mengandungi semua aktiviti yang kita lakukan sepanjang berada di Universiti ini sebagai bukti aktiviti yang telah kita lakukan. termasuklah pembentangan kertas kerja di kelas-kelas tutorial. Beliau juga menyarankan kepada bakal graduat supaya dapat menyiapkan resume untuk memudahkan pelajar apabila keluar mencari kerja.
Kemudian dua slot seterusnya disampaikan oleh En Rasydan (Tips Consultant). Dua slot ini yang menarik minat ku untuk terus berada di bengkel tersebut. Beliau menyarankan agar mahasiswa menghantar surat sebanyak mungkin ke agensi-agensi yang menawarkan jawatan kosong atau sebaliknya sebelum graduation agar ia memudahkan pelajar mendapat kerja dan tidak mengalami pengangguran ketika keluar daripada universiti ini. Beliau turut menyarankan agar tidak memilih sesuatu pekerjaan yang ditawarkan kepada kita. Kita boleh jadikan ia sebagai pengalaman dan apa yang penting sekiranya anda mendapat peluang tawaran kerja yang lebih baik dan ingi berhenti berkhidmat di tempat kerja anda jangan lupa untuk meminta bos anda supaya memberikan komen bertulis atau sijil sebagai bukti kerja anda.
Tambah beliau sijil yang paling berharga adalah pelajar yang pernah menjadi fasilitator dan ia adalah sijil yang paling tinggi tahapnya berbanding MPP (bukan Ketua MPP). So selagi sempat anda berada di Universiti join la program yang memerlukan fasilitator. Beliau turut menyatakan 2 perbuatan paling senang tetapi tetap sukar untuk diubah iaitu SALAM dan TERIMA KASIH.
Ini adalah antara psikologi yang diajar oleh En. Rasyadan iaitu gengamkan dua tangan anda dan satukan ia (bermaksud masukkan celah jari kanan ke jari kiri). Cuba lihat ibu jari anda berada di atas ibu jari kiri atau sebaliknya. Sekiranya ibu jari kanan anda berada di atas ibu jari kiri bermaksud anda memiliki otak sains dan matematik. Tetapi sekiranya ibu jari kiri anda berada di atas ibu jari kanan anda bermaksud anda memiliki otak sastera. Mungkin secara Psikologi ada benarnya (contohnya saya).
Kemudia dari segi bentuk pula, Antara 4 bentuk segi cuba anda pilih satu sahaja iaitu antara bintang, bulat, tiga segi dan empat segi
Bulat : Secara negatif asik fikirkan tentang seks dan alkohol (jangan marah saya plak). Sebenanrnya mereka yang cenderung untuk melukis bulat maka dia seorang yang fleksibel dan mudah berubah-ubah. Dia sentiasa gembira dan tidak suka dengan keadaan yang membawa tekanan. Dia boleh menyelesaikan semua tugas dengan fleksibel dan dia juga merupakan seorang yang suka memutar belit.
Bintang : Anda yang cenderung dengan bintang pula adalah mereka yang mempunyai sifat kepimpinan semulajadi. Apa yang susah dengan mereka yang meminati bintang adalah dia sukar untuk menjadi orang bawah kerana dia lebih suka berada diatas.
Empat segi : Seorang yang teguh dan saksama. sekiranya anda memilih bentuk ini anda merupakan seorang yang saksama iaitu balance dengan kedudukan atas dan bawah. Anda lebih dikenali dengan jawatan penyelia atau bekerja dibahagian sumber manusia
Tiga segi : Mereka yang memilih bentuk ini adalah mereka yang stabil. Mereka ini hanya boleh membuat satu kerja dalam satu masa sahaja. tahap konsentrasi yang tiggi dan hanya mampu tumpu pada satu kerja sahaja.
Slot seterusnya disampaikan oleh Ustaz Hariri Hj Mohd Daud iaitu Keterampilan dalam kerjaya. Yang paling menarik kata-katanya adalah "Sekiranya anda diberi RM 10 dalam keadaan keronyok dan diludah adakah anda akan mengambilnya? dan sekiranya anda diberi kertas kosong yang keronyok adakah anda mengambilnya??" maksud yang diterangkan cukup mendalam dan menyentuh hati kami sebagai peserta iaitu RM 10 sekiranya dikeronyok ia tetap bernilai dan kita akan memilihnya manakala sehelai kertas kosong sekiranya dikeronyok maka kita tidak akan mengambilnya atau memilihnya bermaksud jadilah kita seorang yang bernilai walaupun dipijak dihina tetapi orang tetap menganggap kita adalah bernilai dan janganlah jadi seorang yang suka memijak orang serta menikam belakang kawan dan malas dalam berusaha kerana ia tidak bernilai dan orang akan membenci kita (kawan saya sendiri jangan terasa)..
Antara lainnya juga adalah......saya penat menaip..tapi cukuplah input hari ini..insyaAllah saya akan tambah lagi sebab banyak yang menarik untuk anda ikuti bersama

Wednesday, March 31, 2010

Tangan yang boleh dimakan

Assalamualaikum...

Agak lama saya mendiamkan diri tanpa apa-apa nukilan pada blog ni. Tapi hari ni saya rasa nak post sesuatu benda yang mana ia boleh menghilangkan selera buat korang yang membacanya. Sifat kreatif manusia yang kadang kala takde batas...Mungkin di luar sana ada yang tertanya-tanya apa lah rasenya daging manusia ni?? macam sedap...nak makan tangan diowang takut nanti digelar cacat so apa lagi terciptalah tangan untuk dimakan.....


Kalau anda rasa anda pencinta barangan eksotik, sila baca artikel ini lagi sebab ada lagi gambar daging tangan @ meathand untuk tatapan anda. Kami tak bertanggungjawap sekiranya anda muntah secara tiba-tiba. P.S: Kalau tengok elok-elok, korang akan perasan ada bawang kat tangan dia. Weeeee ~~


Apa pendapat korang kalo pergi ke restoran ni lalu dia menghidangkan makanan sedemikian rupa??

Paling tidak kita akan fikir yang kita sedang menjamah tangan kita sendiri...Walaupun penggunaan bahan dia bukan menggunakan daging tangan manusia yang sebenar tapi bentuk tangan itu menyebabkan kita hilang selera







Kreatif (ke tak ada kerja) sungguh pencipta makanan “daging tangan” nie. Kat Malaysia nie ada begedil jer (betul ke eja camtue). Cuba korang bayangkan tetiba kat food court ada jual daging tangan macam nie. Mahu hilang selera nak makan tengah hari. Geli gile nie.

Friday, March 19, 2010

Kucing yang teraniaya..

Kadang kala ini lah yang terjadi pada kita. Bukan salah kita tetapi kita dituduh tanpa usul periksa. Marilah kita hayati kisah kucing yang teraniaya.



Di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya.. ish mula lah rase terganggu lak tdo ni. Mimpi hari ni tgh makan ikan tenggiri bakar...kacaulahh


kendian, benda tu bergerak ke badan..ish berani betul laa benda ni..nak makan ikan tenggiri dalam mimpi pun susah..tapi takper kener tdo gak untuk menikmati makanan sedap..


rasa cam kena patuk kat perut..... tenggiri beracun ker...adoii...takkan kutu kot?



bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm..eiii geramnya ijou ni..ganggu tul laaa saya nak tdo


saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni ..tak tahan..almaklum letih sangat semalam main ngan umi


tapi dia xmau, and masih patuk2 saya . Adoii kepala rase macam nak pecah jer..ni yang buat saya hangin ni. tapi takper kata tuan saya sabar separuh daripada Iman...huhuhu



Pastu tetibe ijou naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni. Ingat saya alat penimbang ker.."ijou turun laaa..main jauh2 ley tak !!".


tak lama kemudian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya. Ini tak ley jadi. kener selamatkan hp tuan saya.


saya pun jerit "Oi!rosak nanti, tuan marah lah". saya halau dia dari mendekati hp tuan saya..pehh degil jugak si ijou ni. makin dihalau makin melawan..tak padan dengan kecik dia. Ini tak ley jadi...



dia melawan lg lak tu. Berani betul ijou ni. saya ada batas kesabaran jugak..ni wat saya bertambah hangin..dia tak tgk lagi kehebatan saya

Disebabkan dia kecik saya cuma luku dia jer .. masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak..ish mesti tuan saya salah faham ngan apa yang terjadi..

akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri. Si ijou pula sibuk dek mengejek saya dari atas penjara. Ijou kata "tu laa tadi ajak main tak moh kan dah kener"..


oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~ hahahahahahahaha
Comel tak lakonan mantap kucing kecik ngan ijou ni..selamat membaca

Saya dapat special award..


Hari ini saya menerima eward dari seorang cikgu yang mengajar di Sabah. Tak sangka juga blog saya terpilih. Huhuhu..bukan senang nak terima special award dari cikgu ni. Blog Etuza Warna-warni Kehidupan sangat-sangat berinformasi. So kepada pengunjung blog datang la untuk melayari blog cikgu ni.

Thursday, March 18, 2010

The turtle eggs are stolen to be sold.

See the 2nd picture too, where the female cannot cover up her own eggs, before the
intruder steals away what Nature has given her to protect her young. These people have unfortunately, taught their children nothing for the future generation to cherish. Look at these children and they do not know anything about conservation of Marine Life Protection and look at the disastrous road their parents are taking too......... .....


What have they all gained for the future of Costa Rica's Marine Life protection?



































Monday, March 15, 2010

Indahnya Pulau Tioman.




Pada hari Jumaat sehingga hari Ahad yang lepas iaitu 12-14.3.2010 telah bermulanya sebuah pengalaman baru yang belum pernah ada dalam hidup ini. banyak aktiviti yang telah dijalankan dan dirancang. Tujuannya untuk merapatkan kami ajk Konvo 36.




Inilah feri yang menjadi kenderaan fobia dalam diri ini.


Perjalanan bermula dengan menaiki sebuah feri dari Jeti Mersing. Pengalaman ini cukup tidak dapat ku lupakan. Mana tidaknya sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam 45 minit ini diduga dengan ujian pening kepala dan muntah. Muntah di sepanjang perjalanan. Alunan ombak menjadikan feri bergerak dengan terombang ambing. Rase seperti menaiki Roller Coaster. Terus feri menjadi kenderaan fobia dalam hidup ini. Sepanjang perjalanan melalui lautan dalam menjadikan aku mengingati antara kiamat yang akan berlaku adalah air laut akan menenggelamkan bumi ini. Kata abg Dino yang merupakan Tour Guide kami air laut ditengah lautan ini adalah antara 100 kaki berbanding air laut ditepian pantai yang hanya 1 kaki dalam.




Inilah family Pesta ke 36


Setiba di Pulau Tioman tidaklah dapat untuk aku hayati sepenuhnya ciptaan agung yang Maha Besar. Kepala dirasakan masih berada dalam feri. Pemandangan indah yang dilihat terasa seperti terombang ambing. Pening teramat sekali. Nasi lemak dijadikan hidangan sarapan pagi. Tetapi sedikit sekali dapat ku jamah akibat hilang selera kerana pening dan mual masih menguasai diri.


Selepas itu kunci bilik diagihkan aku terus masuk ke dalam bilik dan merehatkan diri tapi agak sukar kerana bilik pun ku rasakan sedang dibuai ombak. Aduhh, terus ku keluar berjalan-jalan. Kaum adam terus bermain di tepian pantai. Kaum hawa pula sibuk mengambil gambar.
Pertandingan akhir tarik tali kat dalam air..Huhuhu kumpulan kuat pun blh kalah..well apa-apa pun tahniah untuk kedu-dua kumpulan.
Membina istana pasir tamadun mesopotamia...hehehe




Antara aktiviti yang berlangsung adalah pecah belon lawan dan kumpul belon dalam timba. Kumpulan Sea Lion kalah..Pingu2 kot yang memang. Tapi ikan buntal menang ke kalah ea..huhuhu..siput sedut camner lak??



Petang itu diadakan pelbagai aktiviti. Diri ini terasa gembira sekali. Mungkin dah lama meninggalkan aktiviti bersama seperti ini antara lelaki dan wanita. Selesai sahaja pertandingan terus diadakan test snorkling. Almaklum perjalanan untuk snorkling esok berlangsung di tiga buah tempat. inilah pengalaman pertama yang terbaik aku lalui.


Esok harinya bermulalah perjalanan untuk snorkling. Perjalanan sekali lagi ditempuh dengan kenderaan laut. kali ini agak bernasib baik kerana bot ini membenarkan kami berada diluar. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi pertama untuk snorkling.

Inilah yang membuatkan aku teruja. Keindahan lautan dengan isi dalamnya seperti coral atau terumbu karang dengan warna yang pelbagai, serta ikan kecil yang menjadikan aku teruja dengan kebesaran Allah. Sehingga aku lupa bahawa kamera digital ku berada di poket. Antara 10 ke 15 minit baru ku perasan. lautan masin yang beralkali mungkin menjadikan kamera ku hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Inilah Marine Park..Muzium dan snorkling yang menjadi destinasi kedua kami


Destinasi kedua adalah di Merine Park. Setibanya di Marine Park aku terus muntah. Kali ini keinginan untuk snorkling menjadi nipis. Almaklum sedih dengan keadaan kamera dan pening pula bertambah teruk. Selepas melawat muzium ikan aku terus melakukan aktiviti snorkling. Sekali lagi aku teruja dengan ikan yang cantik. Berbeza dengan destinasi pertama, destinasi kedua mempunyai ikan yang agak besar dan menggelikan kami. Takut juga kalau jari kami digigit. Aku tidak berada lama di lautan itu. Pening dan terasa ingin muntah bertambah teruk. Terus ku naik ke jeti dan sekali lagi aku muntah. Untuk perjalanan ke destinasi ketiga aku menaiki speed bot agak menarik. Singgahan seterusnya adalah di Pulau Tekek. Di Pulau Tekek ada barangan duty free. banyak juga barang yang diborong kalau kaum adam dan hawa. Ada juga yang memborong rokok. Almaklum duty free. selepas itu kami ke destinasi snorkling seterusnya. Yang ini langsung aku tidak sertakan diri. Sepanjang berada di speed bot aku sentiasa muntah dan muntah dan muntah...fuhhhh


Pulang sahaja ke destinasi asal aku terus melakukan solat jamak takhir. Kali ini kiblat terasa seperti berombak tsunami. Selesai sahaja aku membaringkan diri untuk rehat. Tidak dapat aku memejamkan mata kerana katil pula ku rasekan ombak yang agak kuat. hampir keluar air mata ini menahan pening dan muntah.


Sebelah malam diadakan baber Q. banyak juga hidangan makanan. Selepas itu sesi karoke diadakan. Aktiviti ini memberikan aku ruang masa untuk aku berkemas pulang pada esoknya. Keesokan pagi bermulalah perjalanan pulang dan sekali lagi ia menggunakan feri. Mungkin feri telah menjadi fobia dalam hidup aku. Belum lagi masuk aku telah merasakan diri aku seperti nyawa di hujung tanduk. Sekali lagi dunia pening menguasi aku. Nasib baik Tour Guide memberikan aku kelonggaran untuk berada di atas feri. Mungkin pening ku kurang kerana angin memberikan aku keredaan. Katanya kalau polis marine nampak penumpang diatas feri akan dikenakan denda RM 300. Pening kepala agak berkurangan. Sepanjang perjalanan balik Tour Guide tu menceritakan pengalamannya berada di merata pulau di Semenanjung ni.

Itulah pengalaman agak pahit bagi aku. Untuk pengetahuan sepanjang aku menceritakan pengalaman ini didalam blog terasa aku bagaikan berada di ombak tioman. Terasa pening dan sekali lagi ingin muntah. Mungkin perkataan feri itu menjadikan aku ingin muntah. Huhuhu inilah fobia paling teruk pernah aku lalui dan ini juga pengalaman paling manis pernah aku lalui
Thanks kepada MT yang sudi membawa kami ke sini..kepada Abg Dol thanks sudi belanja Air kelapa untuk tahan muntah tapi akhirnya muntah juga...huhuhu..Thanks Juga kepada Tour Guide Abg Dino yang sentiasa sabar dengan kerenah kami terutama saya yang asik muntah dan kepada semua yang berjaya menjadikan perjalanan ini happy sokmo..Family pesta ke 36 is the best in my life..thanks a lot

Sunday, March 7, 2010

Misteri kereta WVolkswagen



Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.



Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler


Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, yang bermaksud “strength through joy car”).Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.



Misteri Logo Volkswagen


Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan. This e-mail and any attachments may contain confidential and privileged information. If you are not the intended recipient, please notify the sender immediately by return e-mail, delete this e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this information by a person other than the intended recipient is unauthorized and may be illegal.

Thursday, March 4, 2010

Apa orang Barat kata tentang wanita Islam

Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tida orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.
Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita.
Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatau budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam!."

Monday, March 1, 2010

Kita dan kartun

Dikala kita membaca lawak-lawak antarabangsa di majalah atau di mana-mana buku pasti kita tersenyum. Paling tidak kita akan ketawa berdekah-dekah..Tetapi adakah kita sedar kebanyakan lukisan kartun adalah gambaran dari masyarakat kita sendiri. Kalau dapat kita menilai banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada lawak tersebut disamping kita merehatkan minda....

So selamat membaca dan menghayati



Antara gosip dan agama

Kes lengahkan solat





Kisah kartun yang meniru "nilai murni" remaja muda mudi kita
Bila Mr. Bean jadi AVATAR

Sekadar hiburan dikala anda stress dalam menyiapkan assgmnent dan kerja-kerja harian


Thursday, February 25, 2010

Rekabentuk Berarahan


Teknologi semakin penting dalam kehidupan harian kita. Di alam pekerjaan juga tidak terlepas dengan keperluan pemahaman tentang teknologi. Apa kata pada hari ini kita mengenali dunia teknologi iaitu rekabentuk berarahan.

Rekabentuk berarahan adalah sebuah courseware yang banyak digunakan dalam sistem pendidikan terutamanya. Spesifik courseware yang ingin dibincangkan secara teori adalah courseware tayammum.



Pernyataan masalah


'Terdapat beberapa masalah yang terdapat dalam pembelajaran bertayammum berbanding dengan penggunaan kursus interaktif pembelajaran tayammum. Kebanyakan pendekatan pembelajaran bertayammum melalui buku teks iaitu ia lebih berbentuk teori. Manakala pembelajaran dalam bentuk web, blog dan sebagainya tidak sepenuhnya dapat melatih pelajar dengan cepat dan berkesan. Melalui buku teks pula pelajar mudah bosan kerana pelajar tidak dapat berinteraksi dengan buku teks.



Manakala pembelajaran melalui internet samaada melalui video seperti you tube, tutorial dalam web secara percuma dan sebagainya. Pelajar boleh belajar secara terus menerus menerusi talian. Tetapi kelemahan yang ada di sini tidak semua pengguna komputer atau pelajar mempunyai talian internet di rumah bahkan pembelajaran tayammum melalui online ini terlalu bergantung pada talian internet.


Tenaga pengajar yang mengajar tayammum disekolah mengikut silibus pembelajaran mempunyai masa yang terhad untuk mengajar. Ini menyebabkan pelajar susah untuk mengikuti praktikal yang diajar oleh tenaga pengajar dan menjadikan pelajar mudah lupa kerana pembelajaran secara praktikal bukan dilakukan secara berterusan.



TAKSIRAN KEPERLUAN

Taksiran keperluan sangat penting jika kita ingin memperbaiki program yang sedia ada atau ingin membuat program baru. Maka, tafsiran keperluan pengajaran cara bertayamum amat perlu dilakukan, agar pelajar dapat mengaplikasikan cara ini dalam kehidupan mereka pada situasi tertentu.

Langkah pertama kepada reka bentuk kurikulum ialah dengan melaksanakan tafsiran keperluan. Tyler (1949) percaya keperluan ialah perbezaan antara pengetahuan masa kini atau kemahiran individu dan norma yang telah dikenalpasti. Kaufman (1994, 1995) mendefinisikan taksiran keperluan sebagai proses mengenal pasti keperluan dan meletakkan keperluan dalam susunan keutamaan. Melalui taksiran keperluan penguasaan bertayamum, para guru dapat mengenal pasti jurang (jurang antara keadaan sekarang dan keadaan yang diperlukan) di dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cara bertayamum yang betul.

Taksiran keperluan ini bertujuan untuk mengetahui masalah pengajaran dan pembelajaran tayamum kepada muris-murid sekolah di Malaysia. Aspek-aspek utama yang ditumpukan dalam kajian ini ialah cara-cara bertayamum yang sukar diajarkan, pengetahuan pelajar tentang bertayamum, masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat, masalah pengajaran dan pembelajaran tentang tayamum, dan masalah pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek yang terangkum dalam hal yang berkaitan dengan tayamum seperti cara bertayamum, alat-alat bertayamun dan sebagainya. Selain itu, pemilihan media yang sesuai juga diambilkira untuk memudahkan pelajar-pelajar mempelajari seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini melibatkan satu sampel populasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Kajian ini dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu pelajar tidak dapat mengaplikasikan dengan baik cara bertayamum, guru hanya memberikan teori semata-mata kepada pelajar dan pelajar tidak didedahkan dengan situasi yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan agar guru dapat mengatur strategi pengajaran supaya pelajar mendapat pengetahuan yang mendalam, penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat penting agar pelajar tidak terdedah kepada buku teks semata-mata. Penggunaa teknologi dalam pembelajaran akan meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Hal ini kerana penggunaan teknologi dalam pembelajaran bukan sahaja terdedah kepada teks tulisan tetapi mengandungi animasi dan gambar-gambar yang dapat memberi ingatan jangka panjang kepada pelajar.


MEREKABENTUK PROJEK


Dalam membangunkan sesuatu perisian kursus ataupun pakej pembelajaran, reka bentuk sesebuah pakej pembelajaran tersebut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pakej yang hendak dibangunkan. Oleh itu, reka bentuk yang dihasilkan hendaklah berkonsep mesra pengguna, tidak terlalu kompleks, mudah di gunakan dan tidak menimbulkan kebosanan pengguna semasa menggunakannya.

Reka bentuk Antara muka



Antara muka merupakan paparan utama yang dilihat dan digunakan oleh pengguna. Dalam pembangunan sesebuah kursus, langkah pembangunan antar muka adalah sangat penting kerana konsep perisian kursus yang disampaikan mestilah menarik supaya pengguna berminat untuk meneruskan penggunaan pakej perisian kursus ini di samping meningkatkan pemahaman pengguna mengenai maklumat yang hendak disampaikan.
Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan antara muka adalah penggunaan warna latarbelakang dan teks serta susun atur grafik dan teks yang sesuai supaya tidak terlalau kompleks, penggunaan yang mesra pengguna serta masa capaian maklumat interaktif pengguna dan pakej perisian kursus pantas.


REKA BENTUK MULTIMEDIA YANG DIGUNAKAN


Dalam sesebuah perisian kursus multimedia, penggabungan dalam mengintegrasikan elemen yang digunakan perlu direkabentuk dengan teliti. Hal ini bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik, kreatif, dan juga keberkesanan kepada pengguna.


1) Reka bentuk Teks dan Fon


Penggunaan teks dan font adalah elemen grafik yang terpenting untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan lebih berkesan. Perisian kursus pembelajaran ini menggunakan Bahasa Melayu.
Dari segi reka bentuk fizikal teks iaitu pemilihan saiz, gaya, tulisan dan padanan warna yang tepat dapat menarik perhatian pengguna dan memudahkan pengguna apakah maklumat yang disampaikan. Dalam projek ini, pembangun telah memilih jenis tulisan Calibri bagi maklumat teks. Tulisan ini berbentuk ringkas dan mudah dibaca untuk pengguna dari pelbagai peringkat umur terutamanya golongan remaja.


2) Reka bentuk Warna


Selain daripada penggunaan teks yang sesuai, warna juga memainkan peranan yang penting bagi sesuatu antaramuka. Penggunaan warna yang sesuai amat mempengaruhi perasaan seseorang pengguna apabila pengguna melihat sesuatu pakej perisian kursus. Penggunaan warna yang terlalu kompleks mengelirukan pengguna manakala penggunaan warna yang kurang menyebabkan pengguna berasa bosan dalam pembelajaran.


3) Reka Bentuk Audio



Sesuatu pakej pembelajaran yang akan disampaikan kepada pengguna lebih berkesan sekiranya ada penggunaan elemen audio. Peggunaan audio bukan sahaja dapat menyampaikan sesuatu maklumat tetapi ia dapat menarik minat pengguna mendengar iaitu salah satu penyampaian maklumat. Pembangun menggunakan perisian sound forge untuk mengedit audio. Dalam projek ini, audio digunakan untuk muzik latar belakang dan juga semasa menyampaikan sesuatu maklumat semasa dalam modul pembelajaran, soalan dan aktiviti.
Reka bentuk Animasi Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.


4) Reka bentuk Animasi


Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.

Metodologi Pembanguan


Metodologi pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian

Fasa Analisis
Peringkat analisis, beberapa keperluan perlu dikenalpasti seperti menilai sasaran pengguna, permasalahan dan kebaikan kepada pengguna, analisi teknologi dan sebagainya.

Fasa Rekabentuk
Dalam reka bentuk perisian, papan cerita perlu dilengkapkan dengan jelas. Antaramuka yang direka adalah sesuai dengan peringkat umur sasaran. Selain itu memasukkan grafik, animasi, audio, dan video yang sesuai

Fasa Pembangunan
Semua elemen multimedia digabungkan menjadi perisian interaktif


Fasa Implementasi
Fasa ini pula melaksanakan perisian yang telah dibangunkan


Fasa Pengujian
Fasa ini menjalankan pengujian keatas perisian dengan menggunakan responden daripada 50 pelajar sekolah menengah bestari yang mempunyai pelbagai peringkat umur dan jantina.

Inilah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama pembaca blog...Selamat menyambut maulidur Rasul

Sunday, February 21, 2010

Zina dan hasilnya (Subhanallah)

Apakah dosa anak ini.......



Seorang bayi yang dibakar





Kebanyakan wanita mudah sekali menyerahkan maruah diri kepada lelaki sebagai bukti cinta dan taat pada jejaka tersebut. Adakah patut saya gunakan perkataan "sesetengah" atau "kebanyakan". Tetapi dunia moden tanpa sempadan menyebabkan saya menggunakan perkataan kebanyakan dan bukti adalah berdasarkan kenyataan dibawah. Hanya dengan nafsu kita hilang iman dan pegangan agama. Kesan daripada perbuatan ini langsung ditolak tepi atau lebih baik dibuang sahaja ke dalam "tong sampah" kerana nafsu seringkali menang dalam menguasai perkara-perkara negatif. Terus kita lupa bahawa maruah diri itu bukan sekadar memelihara diri tetapi ibu dan bapa serta agama. Kerana cinta "ku sanggup korbankan apa sahaja". Ayat yang biasa digunakan oleh pasangan tetapi bila dah terlanjur hilang entah kemana. Maka berlakulah pembuangan bayi dan sebagainya. Kita sebagai wanita melayu yang beragama Islam bercintalah mengikut kehendak Islam bukan bercinta menurut nafsu.


Hari kekasih atau hari v-days adalah satu hari yang dilihat sebagai tempoh "tempoh mengawan" muda mdi kita zaman sekarang

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Sumber Berita harian




My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates