Followers

Pages

Thursday, October 8, 2009

Jangan salah faham semua..

Hari ni ku dengar-dengar ada yang menyatakan topik yang ku update semua berhubung dengan apa yang telah terjadi pada minggu ini. Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca apa yang ku luahkan adalah apa yang terjadi pada diriku secara berulang kali. Setiap kali ia berulang akan menjadikan diriku ingin berkongsi dengan sahabat pembaca.

Setiap apa yang ku update bukan untuk mengata tapi sekadar untuk memberi nasihat. Ku tahu kalau nasihat itu melalui mulut tak mustahil ramai yang akan terasa dan boleh jadi berlaku permusuhan. Tapi apa yang ku luahkan disini adalah sekadar benda yang harus diperbaiki. Bukanlah ku nak kata diriku perfect. Aku sendiri punya kelemahan yang kalau ada sesiapa nak beritahu kelemahan ku ini dipersilakan. Kerana tak semua manusia ada kelemahan yang orang lain tahu tapi dirinya sendiri tak tahu

Sebenarnya juga ruangan comment tersedia untuk anda semua luahkan sahaja ketidakpuasan hati anda terhadap apa yang saya update terutama sahabat-sahabat seperjuangan tapi nampak gaya luahan tidak saya terima bahkan kritikan daripada belakang yang saya terima. Ada juga menyatakan bahawa apa yang saya update adalah berkenaan dirinya. Sebenarnya tidak. Janganlah salah faham dengan segala yang diupdate. Sekiranya ada yang terasa comment sahaja. Ku akan jawab komen sedaya upaya kalau ku mampu jawab...

Terima kasih sudi membaca..

2 comments:

etuza said...

salam..etuza bukan nak beri nasihat ya. try buat catatan yang berkait dengan kehidupan kita dengan cara selitkan keinsafan dan kesedaran. Lihat sekeliling di mana-mana buat catatan terus kaitkan pula dengan kelemahan diri kita serta secara umum.Pasti besar impaknya pada para sahabat serta pihak umum diluar sana.Nah! dgan cara itu adik usah simpan sedikitpun keraguan pada penulisan adik, kerana langsung tak berkait ngan orang lain. Cuba baca catatan etuza kalau tak silap tajuk "Sakitnya bila disakiti & simboloik daun keladi" moga ada ilmu ye! bye..

Noor Hafizah said...

Saya rasa apa yang saya baca dalam blog warna-warni kehidupan dalam tajuk "Sakitnya bila disakiti & simboloik daun keladi" adalah benar. Hati ni ibarat daun keladi.
Tapi apa yang saya boleh buat sekadar menasihati melalui blog ni. Apa yang saya update adalah berkenaan diri dan apa yang berlaku disekeliling. Tapi ada pula yang terasa hati dengan apa yang saya update. Saya harap kita sebagai mahasiswa tidak kembali kepada alam sekolah menengah yang mana mereka sering salah faham tanpa usul periksa. Bila dah salah faham mulalah membuat puak-puak untuk memulaukan. Kita bukan lagi di tahap pemikiran tersebut. Pemikiran kita ditahap yang matang. Tapi kenapa masih ada lagi yang bersifat sedemikian kerana salah faham yang timbul. Dah banyak penjelasan saya buat dalam blog ini agar tiada yang salah faham dengan isi kandungan. Tapi ada juga yang salah faham sehingga saya nampak perubahan sifatnya terhadap saya. Mungkin apa yang saya update terlalu berterus terang. Ini saya lakukan supaya pembaca mudah merasa apa kesalahan yang mereka dah lakukan termasuk diri saya sendiri. Saya faham nasihat etuza untuk cuba menyelitkan keinsafan. InsyaAllah saya cuba selitkan keinsafan dalam blog nie sedaya mampu. Terima kasih atas ulasa yang diberi

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates