Followers

Pages

Saturday, October 24, 2009

Ada harapan ke untuk aku??Tolonglah ya Allah

Jalan menuju kejayaan ni banyak antaranya mengejar ilmu dan cita-cita. Tapi apa yang ingin dikongsikan disini adalah beberapa ujian yang yang bakal ditempuh dan permainan "kemungkinan" sentiasa bermain didalam fikiran. Cita-cita yang ditanam adalah belajar sehingga peringkat kedoktoran tetapi ujian dari Allah tiba apabila diberitahu JPA akan menaja mereka yang punya CGPA 3.75 untuk sambung ke peringkat Master. Malangnya. Aku hanya ada satu tahun lagi untuk mendapatkan pointer yang diperlukan. So apa yang perlu dilakukan adalah bersabar, bertawakkal dan berusaha. Aku akan cuba sedaya mampu mengejar CGPA tersebut. Tapi aku terima seadanya sekiranya ilmu yang ingin ku cari berhenti sekadar Ijazah Sarjana Muda. Tapi sekiranya aku diberikan rezeki untuk menyambung Master dengan tajaan JPA. Ku panjatkan kesyukuran ku pada yang Maha mendengar dan Maha mengetahui.


Sekiranya tiadalah harapan ku untuk menyambung belajar ke peringkat Master. InsyaAllah aku akan buat secara jarak jauh. Seperti yang sedia maklum pelajar lepasan JPA dikehendaki bekerja dibawah kerajaan selama 4 tahun. So kemungkinan besar dalam aku bekerja aku akan mengambil Master jarak jauh. Bukan ku tak mahu mengambil tajaan Kementerian pendidikan. Tunku Abdul Rahman dan sebagainya cuma masalahnya sekarang aku sudah terikat dengan perjanjian JPA. Aku akur dengan apa yang diberikan.


Tapi aku tak tahu kenapa hati ini ingin benar menyambung pelajaran. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa luruhnya hati bila dapat tahu CGPA yang dikehendaki JPA terlalu tinggi permintaannya. Tidak boleh membuat rayuan.


Tapi InsyaAllah juga aku ada plan yang lain untuk cuba mencapai menara gading yang puncak sekali. InsyaAllah plan ni yang akan ku guna untuk sambung belajar. Bagi aku Master PJJ terlalu lama untuk tamat. AKu cuba untuk tamatkan dalam masa yang muda.


Pada semua pembaca doakan kejayaan aku untuk capai ilmu dan cita2 ini.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...

salam ziarah..akak nak bgi pandangan je...akak dulu pun under biasiswa jpa..tapi x smestinyer after grad akan keja under jpa..akak x de pun d panggil utk keje under jpa itu...n kwn2 akak pun cmtu juga...cume if ada kekosongan keje barulah jpa akan panggil kita utk keje under mereka...

maaf itu pengalaman akak yang lalu...so...buatla yang terbaik..moga kejayaan d tangan adik...slamat berjaya....

Noor Hafizah said...

Terima kasih memberikan sedikit ulasan utk saya. Sebenarnya JPA memberikan masa setahun supaya dalam masa setahun kita tidak terikat dengan mana2 organisasi swasta. Kalau sudah melebihi setahun maka kita boleh terikat dengan mana2 perjanjian kerja. Tapi sekarang ni saya tak terfikir tentang kerja apa yang saya fikirkan saya ingin ke peringkat seterusnya. Walau apa pun rezeki di tangan Allah...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates