Followers

Pages

Friday, September 11, 2009

Sweeping Malaysia



Sweeping Malaysia atau lebih dikenali dengan maksud halau malaysia telah menjadi suatu isu yang mana ditakuti menjadi senjata bagi Kristian untuk menghancurkan tali hubungan agama Islam yang merupakan persamaan Indonesia dan Malaysia. Sedikit sebanyak punca berlakunya sweeping Malaysia ini adalah kerana kemelut yang menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Balidalam promosi pelancongan. Pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata " Kita (Malaysia) tiada niat untuk mencuri budaya Indonesia atau mengambilnya menjadikan budaya kita, cuma apa yang berlaku selain isu tarian ini kerana penduduk mereka yang berhijrah ke sini membawa bersama adat negara mereka. Dalam hal ini tarian Pendet yang dikatakan berasal dari Bali namun jika diteliti lebih mendalam ia sebenarnya dibawa pengaruh Hindu yang masuk ke negara terbabit. Dengan kata lain tarian Pendet adalah tarian yang diamalkan oleh penganut Hindu termasuklah pengikutnya di negara ini yang dipercayai menyelitkan elemen tarian itu menerusi tarian Klasik India.
Jadi adakah faktor Malaysia meniru tarian Pendet menjadikan rakyat Malaysia di Indonesia dihalau. Dan adakah tarian itu merupakan faktor terbesar rakyat INdonesia hilang sabar.

Provokasi yang cuba ditimbulkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Indonesia bakal menyebabkan berlakunya sejarah konfrontasi yang berlaku pada 20 Januari 1963 Di dalam laman web Detik.com menyatakan bahawa Indonesia merupakan anti produk Malaysia.

Provokasi yang berlaku telah mencetuskan pelbagai tanggapan buruk oleh individu lain. Bahkan ia telah mencetuskan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia sendiri. Apa yang berlaku ketika provokasi itu adalah Bendera Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah diinjak-injak atau dipijak serta dibakar. Tidak kurang juga kenderaan 2 ditahan untuk mencari rakyat Malaysia. Nama Malaysia juga dilaungkan dengan Malaysial, Malingsial dan Semenanjing Malaysial.

Adakah peristiwa seperti Ganyang Malaysia akan berlaku.

Apa pendapat anda??

7 comments:

mae said...

Berkenaan dengan tarian pendet ni. Banyak sudah blog aku baca. Ternyata sentimen org2 Indonesia memang tinggi. Berlaungan mau diajakin perang. Daripada 1/ 10 komentar yg aku baca. 95% komennya dari anak Indonesia yg cetek pemikiran. Yang mereka tahu. ganyang Malaysia. Malaysia dipanggil ‘Malingsia’. Maling = Pencuri. Datang remaja kita pula langsung balas Indonesial. Indonesia + sial. Bergaduh di laman2 web. Walhal klu ditanya khususnya anak Malaysia sebelum ini, tarian pendet, pernah dengar?

Ga pernah

Klu aku nanya 10 org lagi pun ga pernah mungkin sebelum ni mereka pernah dengar jauh sekali mau claim tarian tu sebagai khazanah Negara. Sampai mau berperang. Daftar sukarelawan org2 kebal, Pasukan Benteng Indonesia la papentah. Rakyat Malaysia yg ga tau menau dimaki hamun teruk2. Bila si Rais Yatim ngobrol kita di baling ama telur, batu, bakar bendera kita, kita ga akan balas. Izinkan aku membaca komentar warga muda Indonesia menjawab jawapan yg diberikan Rais Yatim tadi.Jawabnya, “ ya iyalah, klu balas kita perang”. Inilah bangsa yg sangka diri hebat meloncat macam beruk makan belacan, walhal yg memunahkan tamadun bangsa indonesia itu sendiri rakyat mereka yg kononnya patriotisme. Kita ambil contoh soal pendidikan mereka. Jujur aku rasakan pendidikan itu teras pembangaunan bangsa. Dari peringkat akar umbi, dosen2, staff2 sampailah ke produknya pelajar2 pun punyai masalah. Temanku pernah ngobrol, dia udah berapa kali fail dalam satu subjek di kolejnya. Repeat semula. Discuss ama dosen mengenai projek. Dosen itu trus bilang, klu mau lulus subjek sy boleh dan dia minta uang. Klu udah pendidik anak bangsa pun begitu bagaimana anak2 muda ga cepat meloncat? Mau berentam aja. Bergado aja. Goblok. Saudara2 Islam kita di sana sedih pun sedih. “Ganyang malaysia ganyang Malaysia” yg mau ganyang itu siapa dong? Bangsa Islam bertelagah ama sedara Islam juga? Klu ternyata hebat, kuat banget, ayo pergi bunuh Israel itu, merogol bunuh saudara kita di sana. Klu ternyata berani, ayo main sukarelawan2 kebal ke sana. Umpama katanya “Mulut kamu, harimau kamu” buktikan. Ini semua kerja bangang, ga ada pendidikan punya org. Ada pendidikan pun dah core sistem pendidikan punya unsur rasuah gmana mau berkat. Sebab itu ya kita liat Negara saudara kita ini selalu aja ditimpa bencana, gempa bumi ditambahin ekonomi agak mundur berbanding negara2 membangun yg lain. Apa kalian sudah lupa, tikanya berlaku Tsunami di Acheh. Siapa yg bantu? Antara bantuan terawal siapa? Klu bukan negara serumpun mu ini Malingsia ini yg mau ganyang, yg mau ajak perang. Bila Acheh lumpuh negara kamu juga sendiri pun ga mampu mau handle berseorangan, ini mau ajak berperang? Ga ingat tuhan apa? Itu baru datang ombak besar bukan peluru meriam. Klu mau mati yuk syahid bunuh org kafir itu. Kasihan student Malaysia di sana naik takut sampai dressing pun kena ubah. Sudahla cewe2 jakarta itu seksi2, pakai x cukup kain, gadis2 kita yg pakai baju kurung tu disarankan jgn pakai baju kurung semata – mata kerna keangkuhan golongan minority extremist ini. Anak2 Indo di Malaysia lagian dilayan sebagai anak angkat, disayang, asal aja semester break di ajakin ke rumah sebagai tamu kehormat saudara Islam. Apa sudah jadi? Ayo aku titipkan doa buat Indonesia Malaysia, kita bersatu. Aku seru Indonesia juga maju seperti kami. Jalan pandang ke depan bukan belakang. Sejarah juga membuktikan kita ini serumpun, kaya budaya, kake2 kita pun ramai yg berasal dari Indonesia. Kita ini saudara semuanya. Aku sayang Indonesia sebagaimana aku sayangkan Malaysia.

Noor Hafizah said...

mea...saya tabik spring kat awk laa mea...betul2 saya sokong...kenapa sbb benda kecik manusia hilang kewarasan...fikir2kanlah

nazkha said...

Di Melaka ada sisa2 etnik campuran Portugis yang ada budaya mereka sendiri seperti Tarian, Salahkah kalau mereka mewarisi budaya nenek moyang mereka? tak ada pula Portugal bawak isue bodoh ni..Pernah dengar Rakyat Malaysia Bakar Bendera Indonesia? tak pernah? Ya pikir2kanlah Sapa yang akal pendek

Noor Hafizah said...

saya sokong apa yang awk kata...benda kecik nak diperbesar2kan..sampai rakyat kita yang kat sana nak di "sweeping"nya..tapi apa yang mea cakap pun ada betul gak...kita sebagai saudara tak elok bergaduh..pihak yahudi suka tgk menda macam ni berlaku

nazkha said...

Saya Rasa orang melayu Kat Malaysia ni lebih banyak bersabar...buat mcm tak der menda jer, Mereka berdentum berdemtam kita Rilek jer, itu contohnya kita tak Suka bergaduh.Hidup berjiran mesti bermuafakat barulah bertambah berkat bknnya irihati dan berdemdam yang tidak menguntungkan..

Noor Hafizah said...

apa-apa pun masalah sedikit sebanyak telah diselesaikan dengan rundingan damai antara indonesia dan malaysia. Nasib baiklah pemimpin kita ambil tindakan segera kalau tidak media massa indonesia cuba tanamkan api hasutan untuk membenci Malaysia yang didakwa banyak meniru Indonesia dari beberapa aspek...

Seri said...

sebenarnya indonesia tak tahu yang kerajaan malaysia ini terlalu rapuh peraturannya. dan kadang-kadang tindakan yang diambil oleh kerajaan malaysia tidak masuk akal.

di malaysia rakyat indonesia dilayan mengalahkan anak sendiri.
adakah rakyat malaysia yang masuk secara haram di indonesia memiliki harta atau tanah serta rumah seperti di malaysia?

tak percaya? silakan datang kedaerah kinabatangan dan tinjaulah kawasan seri.

soal kebudayaan, tiada satu bangsa pun nak tukar kebudayaan mereka walau telah merantau dan menetap di negara lain.

seri rasa memang mereka sengaja mencari pasal, mungkin kerana malaysia ini negara kecil dan penduduknya tak ramai. tapi kata pepatah melayu, semut jangan dipijak, sarang tebuan jangan dijolok.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates