Pulangnya aku ke kampung telah disambut dengan nazaknya anak kucingku. Aku teringat pada bulan lepas dia dibuli oleh beberapa ekor kucing. Ketika itu aku hanya memerhati. Kasihan ku lihat anak kucing tersebut maklumlah ibunya seakan tidak bertanggungjawab. Aku dengar ibu kucing tersebut tersalah mengambil anaknya. Ibuku cuba memisahkan dan mengembalikan anak kucing tersebut kepada ibu kandung kucing. Tetapi ibu kucing yang tersalah sangka tentang anaknya terus menerus memindahkan anak kucing tersebut ke atas.
Pada hari jumaat aku pulang ke kampung. Hajat ingin berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga tercapai tetapi ujian dari Allah yang cuba menguji diri ini ku cuba lalui dengan sabar. Anak kucing yang sebulan lepas ku lihat dibuli akhirnya berakhir dengan kematiannya. Aku telah melihat anak kucing tersebut lebih suka termenung sambil mencari ruang dicelahan baju untuk waktu tidurnya. Matanya seakan tidak dapat melihat dunia rumahku. Pada mulanya ku anggap kucingku akan terus hidup. Semakin lama ku lihat dia semakin longlai. Perjalanan yang dilakukannya hanya sekadar 2 ke 3 meter. Mungkin tidak mampu lagi mencari ruang yanag baik untuk tidur buat selamanya.
Setiap malam aku cuba mendekatinya. Aku fikir bagaimana anak kucing ini merasai kesakitannya. Sedikit demi sedikit najis keluar dari punggungnya. Aku tidak tahu kenapa air mata aku seringkali jatuh bila aku melihat rintihan anak kucing itu.
Pada hari sebelum kematiannya aku memerhatikan lagi keadaan anak kucingku. Mungkin ini malam yang terakhir. Aku usap dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba air mataku berderai lagi Nasib baik semua seisi keluarga aku ada di bilik tidur. Tiba-tiba kedengaran suara mengerang kesakitan dari anak kucing tersebut. Bertambah sayu aku melihatnya. Mana tidaknya ibunya tiada disisi anak kucing tersebut. Semasa bersahur ku lihat lagi keadaan anak kucing tersebut. Sedikit demi sedikit najis keluar dari punggungnya. Aku hanya mampu membaca al-Fatihah dan beberapa zikir lain untuknya. Aku harap anak kucing tersebut dipermudahkan jalan kematiannya. Aku cuba membayangi saat-saat kematian ku yang entah bila akan terjadi. Mukanya semakin cengkung.
Pada hari Isnin bersamaan nuzul al-Quran pada jam 9.30 pagi kucingku menarik nafasnya yang terakhir. Ibu kucing datang mengusapnya. Aku cuba membungkusnya dengan surat khabar dan mencari tanah perkuburan yang sesuai untuknya. Aku cuba menggali lubang. Walaupun hati ini berat untuk mengebumikan anak kucing tersebut tapi aku lalui dengan tabah. Aku meletakkannya dengan cermat dan sedikit demi sedikit tanah ku kambuskan kembali. Tiba-tiba ibu kucing mencari anaknya. Mengiow dia meminta simpati agar memulangkan anaknya.
Itulah kisah anak kucingku yang mana kepulanganku disambut nazak dan pemergian ku ke UKM disambut dengan kematiannya. Aku harap anak kucingku dialam lain akan bahagia selamanya...

1 comments:
:'(
Post a Comment