Perjalanan kami bermula pada hari khamis jam 8.00 malam iaitu lawatan ke perkampungan Patau Patau.ia merupakan perkampungan air yang mana jambatan yang dibina untuk menghubungkan darat dengan setiap rumah di sepanjang perairan itu menelan belanja hampir 2.2 juta (kalau salah fakta maaf).. Ketibaan kami disambut dengan mesra oleh penduduk kampung Patau-Patau. Kami dihidangkan dengan beberapa persembahan terbaik dari penduduk di situ. Bukan itu sahaja malahan kami dihidangkan dengan makanan tradisional penduduk di sana iaitu Ambuyat. Nyum3 sedap sangat. Bahan utamanya hanya menggunakan tepung kanji erkk ke tepung beras?? (Lupa laa plak).korang kene laa g sana untuk merasainya sendiri.
Antara peserta Lawatan Integrasi yang terlibat bergambar bersama dengan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pn.Norihan Ali (yg pakai baju merah tu)
Inilah AMBUYAT makanan traditional penduduk kampung Labuan..
Buah kat bawah ni aku ada rasa tapi bagi aku sedap lagi duyan n rambutan. (dalam erti kata lain kurang sedap)
alamak salah upload gambar...hahaha malas nak betulkan..
Jumaat (29.11.2013)Bermulalah lawatan kami di sekitar Labuan. Lawatan pertama kami adalah ke Muzium Chimney. Ada banyak artifak dalam muzium ni..Apa yang terbaik disini disediakan tentang sejaran tentang Bristish semasa menguasai lombong2 ini. Kalau nak tau dengan lebih lanjut bolehlah melawat sendiri ke Muzium tersebut..
Cuma secara ringkasnya muzium ini mempunyai banyak fungsi. Antaranya sebagai rumah api dan juga sebagai tempat untuk memantau pekerja dalam perusahaan lombong tersebut.
So setiap lawatan kami akan ada sesi bergambar sebagai kenangan yang terindah.
Perjalanan kami diteruskan lagi dengan muzium laut.. fuhhh banyak ikan2 di sana termasuk rangka ikan paus terbesar..
Masa kat sini banyak gambar selfie diambil kerana masing-masing buat hal sendiri. Ada yang pergi ke medan selera dan ada pula yang duduk sahaja..aku pulak buat hal sendiri laaa...yeahhh.
Lepas tu kami singgah makan dan kaum lelaki pula meneruskan perjalanan ke masjid Allah..
Sebelah petang pula lawatan diteruskan dengan lawatan ke Innospace..Iaitu sebuah tempat yang mencari potensi individu dalam menjana minda kreatif membangunkan apa-apa sahaja benda yang dikira kreatif. Ini termasuklah mesin menegringkan Mee Mat Salleh, kertas daripada bahan makanan terbuang yang mana ilham ini datang apabila seorang pembantu guru tadika kerap membuang makanan-makanan dan sisa-sisa murid2nya. Akhirnya timbullah ilham tersebut. Memang berkualiti mesin-mesin yang dicipta oleh penduduk labuan.
Lawatan diteruskan dengan ke Kilang Mee Mat Salleh dimana tujuannya ingin menunjukkan mesin yang dicipta untuk mnegringkan mee tersebut. Harga mee tersebut murah tetapi kalau dah berada di pasaran mungkin mahal.
Pak cik yang berada di tengah itulah pak cik yang kreatif yang daat membina sebuah mesin pengering mee hasil ilham dan kretif daripada pemikiran tentang mesin untuk menetaskan telur ayam ...Tahniah utk Pak Cik. Dengan tercipta mesin ini maka pak cik tak perlu nak jemur mee lama2 kat luar...lagi2 musin tengkujuh ni kan3
Pn.Mimie memberikan penerangan tentang pemprosesan Minyak Kelapa Dara
Inilah bahan kreatif hasil daripada pembunagn sisa makanan
Inilah dia dua hari yang sangat pack dengan lawatan-lawatan integrasi. Mankala sebelah malam kami ada Dinner di Tiger (ala yg banyak minuman keras tu..) rupanya ia adalah restoran yang halal...fuhhh selama ini aku ingat kalau retsoran cina mesti tak halal. Agak sedap makanan -makanan yang dihidangkan sehingga menjilat jari. Sambil peserta menikmati jamuan makan. kami dihidangkan dengan persembahan karoke...Yang ini aku tengok dowang main nyanyi je sampai pitching pun lari..huhu..apa-apa pun banyak persembahan spontan yang dihidangkan oleh orang Labuan dan peserta kami juga membalas dengan persembahan yang turit spontan yang mendapat tepukan hangat dari peserta2 kami dan Labuan sendiri. Habis sahaja program dinner kami pun balik ke hotel BETA APARTMEN untuk merehatkan badan..kerana hari esoknya kami akan memulakan perjalanan ke Brunei..Sebuah negara yang bakal mengamalkan hukum hudud bermula 2014. Tahniah Brunei..
Disebabkan terlalu penat menaip disamping mencari bahan tesis so sampai disini je laa cerita aku tentang cuti-cuti halal2. Semoga terhibur dan membuatkan korang ingin pergi ke Labuan dan mengenali budaya disana...^__^
0 comments:
Post a Comment