Followers

Pages

Sunday, January 24, 2010

Tujuan Pemerintahan dalam Islam


Tujuan pemerintahan dalam Islam

Para fukaha’ mengatakan khalifah itu merupakan imamah iaitu untuk menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam memelihara agama dan mengatur urusan dunia. Tujuan yang perlu dicapai dalam pemerintahan terdiri daripada dua perkara iaitu memelihara agama dan mengatur urusan dunia (Abdul Karim Zaidan, 1979:247).

1) Memelihara agama

Memelihara Islam bererti mempertahankan keutuhan ajaran-ajarannya terutama ajaran-ajaran agama dan kesuciannya serta berusaha menyebarkan dan mengembangkannya dalam kalangan umat manusia seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Seseorang pemimpin itu wajib memberikan penjelasan dan menyatakan sesuatu kebenaran dengan disokong oleh dalil-dalil yang kuat, agar kebenaran itu menjadi lebih jelas. Kerana kadang-kadang, terdapat muslim yang tersesat dari ajaran yang sebenar kerana terdapat kesamaran atau mengikut pendapat yang salah dan keliru. Sekiranya seseorang pemimpin itu telah menyeleweng dari tugasnya, maka umat berhak mengemukakan dalil-dalil yang benar untuk meyakinkannya. Jika pemimpin itu masih lagi dengan pendapatnya yang salah itu, maka ia harus diambil tindakan. Hal ini agar agama tetap terpelihara dari kesesatan dan umat akan terhindar dari kehinaan.
Di samping itu juga, dalam usaha menjaga dan memelihara agama, benteng-benteng pertahanan dan persenjataan perlu diperkuatkan serta menyiapkan tentera yang terlatih sehingga musuh tidak akan mampu melanggar kehormatan umat Islam serta tidak akan dapat menumpahkan darah umat Islam serta yang bukan Islam dalam kawasan negara Islam. Sebenarnya menolak musuh itu penting dalam memelihara dan mempertahankan agama. Ini kerana apabila negara Islam dikuasai oleh musuh Islam bererti hancurlah negara Islam dan ini merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat Islam yang mana dapat melemahkan keyakinan umat Islam. Hal ini kerana orang bukan Islam sentiasa berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran sebenar baik secara pujukan, paksaan atau penyesatan (ibid).

2) Pelaksanaan Ajaran Agama

Di dalam kepimpinan atau pemerintahan Islam, haruslah diterapkan peraturan-peraturan Islam dalam semua aspek kehidupan, baik peraturan yang berhubungan dengan sesama manusia, mahupun hubungan dengan negaranya, dan hubungan negara dengan negara yang lain. Selain itu, hendaklah mendorong dan mengajak manusia agar sentiasa berpegang dan mentaati hukum Allah, mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya serta menghukum orang yang sengaja melanggar hukum yang telah digariskan dalam agama Islam (Abdul karim Zaidan,1979:249). Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-An’am ayat 41:
41. Bahkan Dia lah (Allah) Yang kamu seru lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya jika ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).

3) Mengatur Kehidupan Manusia

Urusan keduniaan termasuk bidang yang diatur oleh agama, yang mana agama mengatur negara dan rakyat agar tercapai kemaslahatan dan terhindar dari kerosakan. Ini dapat dilaksanakan apabila pengaturan kehidupan ini diatur oleh hukum-hukum agama yang terdapat di dalamnya syariat yang diperoleh melalui perantaraan ijtihad yang benar. Inilah siyasah syar’iyah untuk mengatur keduniaan yang mana di antara tujuan siasah syar’iyah itu tercakup dalam tujuan pemerintahan dalam Islam yang menjadi tugas pokok para pemimpin untuk mencapainya (ibid).


4) Menegakkan keadilan

Menegakkan keadilan termasuk dalam siyasah syar’iyah yang mana menjadi keharusan dalam mengatur urusan masyarakat dan ini tidak boleh sekali-kali diabaikan. Keadilan merupakan dasar tertegaknya sesebuah negara, tanpa keadilan negara dan bangsa tidak akan kekal. Keadilan bererti memberikan hak kepada setiap orang yang mempunyai hak, dan tidak berlaku zalim terhadap dirinya sendiri. Antara lain bentuk kezaliman ialah membebankan sesuatu yang tidak diwajibkan dalam agama atau mengambil harta orang lain dengan cara bertentangan dengan hukum atau menghalangi hak orang lain. Ibnu Khaldun menerangkan erti kezaliman itu bukan sahaja mengambil harta orang lain tanpa ganti dan tanpa alasan yang dibenarkan bahkan kezaliman itu mempunyai erti yang lebih luas lagi. Oleh yang demikian seseorang pemimpin itu haruslah menegakkan keadilan dan mencegah semua bentuk kezaliman dan ini menjadi tugas utama bagi seorang pemimpin (Abdul Karim Zaidan, 1979:250). Al-quran telah menetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dilaksanakan oleh penguasa dan pemimpin dalam firmanNya menerusi surah Al-Qasas ayat 26:

Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".

Thursday, January 21, 2010

Komunikasi tanpa lisan

Jenis gerak geri badan

Istilah gerak geri badan ialah istilah popular untuk istilah lain iaitu ‘kinesik’. Para pengkaji bidang bahasa badan mengenalpasti terdapat lima jenis gerak geri iaitu:

Emblem

Emblem ialah gerak geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Sebagai contoh, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan untuk menggantikan perkataan “Bagus!” ataupun kita menunjukkan jari telunjuk untuk menggantikan perkataan “satu” ataupun kita membuat bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk untuk menggantikan perkataan “kosong”.

Penggambar

Gerak geri ini kita buat seiring dengan kata-kata yang kita ucapkan. Gerak geri ini betul-betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Sebagai contoh, apabila kita berkata “besar”. Tangan kita bergerak untuk menggambarkan saiz besar itu. Ataupun, apabila kita berkata “mari naik,” kepala kita akan bergerak ke atas.

Pelukis rasa

Muka kita boleh melukiskan bermacam-macam perasaan yang kita rasai, antaranya marah, takut, ragu, geli, sedih, dan tak sabar. Gerak geri jenis ini mungkin timbul di luar kawalan kita, ataupun ia mungkin sengaja kita lakukan, umpamanya apabila kita hendak menunjukkan bahawa kita sangat marah.

Pengawal

Apabila kita mendengar orang-orang lain bercakap dengan kita, kita membuta gerak-geri untuk mengawal mereka bercakap. Adakalanya kita hendak memberitahu dia “Teruskan.”, ataupun “Nanti dulu.”, ataupun “Tolong berhenti bercakap.” Atau “Cepatlah.” Dan lain-lain lagi. Apabila kita hendak memberitahu dia bahawa kita berminat mendengar apa yang diperkatakannya, Kita mungkin mengangguk-anggukkan kepala dan mencondongkan badan kita ke depan.

Penyesuai

Gerak geri kita lakukan kerana ada keperluan untuk melakukannya. Sebagai contoh, apabila kita gatal, kita menggaru-garu, ataupun apabila bibir kita kering, kita jilat bibir kita. Ada sesetengah gerak geri pengawal yang dianggap tidak sopan, umpamanya perbuatan mengorek telinga atau hidung di depan orang lain adalah tidak sopan. Bahasa badan mempunyai enam fungsi utama.

Memberi tekanan

Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan sehari-hari adalah untuk memberi tekanan kepada apa yang sedang kita katakan. Sebagai contoh, sambil berkata sambil senyum, atau menumbuk meja, atau menuding telunjuk, atau sambil mencebik, atau sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Menambah maklumat

Ada kalanya, sambil kita bercakap, sambil kita memberi maklumat tambahan. Maklumat itu tidak kita sebut dalam percakapan kita, tetapi kita ‘ucapkan’ melalui bahasa badan kita. Sebagai contoh, semasa kita menceritakan sesuatu, kita menggeleng-gelengkan kepala kita memberi maklumat tambahan itu. Jadi, walaupun kita bercakap, orang masih boleh tahu apa yang tidak kita ucapkan.

Menafikan

Ada kalanya, mulut kita berkata sesuatu, tetapi kita sendiri tidak setuju dengan apa yang kita ucapkan itu, jadi, bahasa badan kita menafikan apa yang mulut kita ucapkan. Sebagai contoh, mulut kita berkata “ya” tetapi kepala kita berkata “tidak” iaitu apabila sambil kita berkata “ya” tetapi pada masa yang sama kepala kita menggeleng-geleng.

Mengawal

Ada masanya kita menggunakan bahasa badan untuk mengawal aliran percakapan. Sebagai contoh, kita mengangkat tangan untuk memberitahu bahawa kita mahu bercakap atau kita condongkan badan ke depan atau kita pandang orang itu tepat ke matanya. Atau kita angkat tangan untuk memberitahu orang itu kita belum habis bercakap lagi.

Mengulang

Ada masanya mulut kita becakap. Kemudian bahasa badan kita mengatakan perkara yang serupa juga. Sebagai contoh, mulut kita berkata, “Mari kita pergi sekarang” kemudian bahasa badan kita menunjukkan maksud yang serupa. Atau kita berkata, “Awak faham tak?” kemudian kita angkat kening kita.

Menggantikan

Ada kalanya, mulut kita diam. Sebagai gantinya, bahasa badan kita sahaja yang bercakap. Sebagai contoh, kita tidak berkata “Ya” tetapi cuma kepala kita yang mengangguk.

Tuesday, January 19, 2010

KuAsA MatAhARi









Cuba perhatikan gambar-gambar diatas...huhuhu cantikkan kekreatifan yang terhasil...kuasa matahari

Kenangan bersama dalam sesi intervw


Dari kiri sahabatku Abul, Amir, En Khabir Bahtia (Pengarah Nur Kasih), Fza, dan Faizal Ishak (penolong pengarah Nur Kasih

Ini lah antara pengalaman terbaik dalam menginterview. Kita mempelajari sesuatu yang baru yang mana ia sukar diperolehi.

Wednesday, January 13, 2010

Buang ayah tepi jalan??

BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan
Hospital Pulau Pinang.

Assalamualaikum..

Tentu hari ini anda ada membaca sebuah akhbar Metro, tajuk yang terpapar pada hari ini adalah tentang "buang ayah tepi jalan". Apa pendapat anda?. Tentu ramai yang memaki hamun seorang anak yang memang tidak mengenang jasa ayahnya tapi itulah hakikat kehidupan anak-anak zaman sekarang. Tidaklah semua tetapi boleh dikatakan kebanyakannya bersifat sedemikian.

Seorang suami kadang kala mementingkan keputusan isteri sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Apakah kita lebih mementingkan pendapat seorang isteri yang boleh dikatakan hanya merupakan seorang yang baru hadir dalam hidup berbanding seorang ayah yang lahir sahaja kita didunia maka ayah dan ibulah tempat kita bermanja. Adakah ketika kita kecil kita dijaga oleh "isteri" kita.? Jasa yang sangat besar yang telah ditaburkan oleh seorang insan bernama ayah sememangnya tidak boleh kita ketepikan malahan jasa yang ingin kita balas dengan emas bergunung pun tidak mungkin mampu membalas jasa-jasa yang mereka taburkan.

Apa yang ingin dikisahkan disini adalah kejadian yang mneyedihkan berlaku 7 Januari lalu dimana seorang bapa bernama Abdul Rahman Talib, 57 yang baru dibenarkan keluar daripada sebuah Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan jantung dan bertarung dengan maut. Beliau juga mengharapkan anak datang menjenguk di hospital berkenaan tetapi meleset.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu."

Anak lelaki beliau yang berusia 30 tahun bertindak sedemikian apabila dia tidak tahan dan mendapat tekanan serta desakan isterinya yang memaksanya dan enggan menerima kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan.

Dalam alQuran sendiri menjelaskan dimana Allah telah berfirman " Maka janganlah sekali-kali engkau berkata kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya. Dan ucapkanlah kedunya dengan perkataan yang baik (Surah al-Isra:23)

Semasa kita masih bernyawa sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kecil dahulu. Janganlah tangisan insaf mengalir dipipi apabila seruan ilahi tiba menjemput. Tika itu bayaran rasuah pada malaikat Izrail bergunung emas pun tak mungkin sama sekali diterima dan nerakalah tempat anak-anak yang derhaka

Friday, January 8, 2010

Pertemuan bersama En. Kabir Bahtiar (Pengarah drama Nur Kasih) dan Faisal Ishak ..Ikuti interview yang telah dilaksanakan

Pada hari Jumaat date yang ditunggu telah tiba..Perjalanan ke Filmscape Sdn Bhd di Mutiara Damansara mengambil masa yang agak panjang. Ini kerana kami sesat semasa dalam perjalanan menuju kesana. Setiba di sana kami dibawa terus bertemu dengan En Khabir dan beliau sudi meluangkan masa walaupun ketika itu beliau sibuk menguruskan casting dan shooting untuk drama seterusnya yang bakal beliau terbitkan. Beliau seorang yang peramah dan tidak sombong.

Apabila bertanya tentang drama Nur Kasih beliau menyatakan bahawa dia sangat terkejut apabila mendapati drama itu mendapat sambutan yang hangat walaupun pada mulanya beliau tidak merasakan ia drama yang bakal mendapat sambutan kerana hari yang disiarkan adalah hari Jumaat yang sebelum ini tiada drama yang disiarkan. Beliau menyerahkan sesi interview yang khususkan tentang Nur Kasih ini kepada penolongnya iaitu Faisal Ishak yang mana beliau lebih arif tentang jalan ceritanya. Tetapi beberapa soalan sempat dituju pada beliau.

Antara Soalan Interview bersama En. Kabir Bahtia


1) Mr khabir, how long have you been involved with directing moving pictures?
Dah berapa lama teribat dalam mengarah filem ni

2) Is this your first attempt experimenting with religion?
Adakah ini percubaan anda yang pertama dalam agama

a. If yes : what is the biggest impact does it left you in your career?
apa impak yang terbesar yang ditinggalkan dalam kareer anda

b. If no : what is the differences between nurkasih and your previous attempt?
Apakah perbezaan Nur Kasih dengan percubaan sebelum ni

3) Did you expect Nur Kasih to get such an overwhelming rating when you shoot the drama?
Adakah anda menjangkakan Nur Kasih akan mendapat rating penonton tertinggi bila anda
buat shooting drama

4) In your point of view, did Nur Kasih succeed in conveying the virtue of islam as the ideal
way of life?
Pada pandangan anda Adakah Nur Kasih telah berjaya dalam membawa semangat Islam
sebagai satu cara yang ideal

5) What was your main criterion in deciding to cast remy ishak and Tiz zaqyah?
Apakah kriteria utama dalam membuat keputusan pengambilan pelakon utama iaitu remy dan tiz zaqyah.

a. There are few actor and actresses that were considered synonym with Islamic image such as
wardina and wahida, why not chose them instead?
Ada beberapa pelakon lelaki dan wanita yang dianggap sinonim dengan imej Islam seperti
Wardina dan Wahida kenapa tak pilih mereka sebaliknya

b. Do you think they succeed in playing the character you want for this drama?
Adakah anda fikir mereka berjaya membawa karakter dalam memainkan watak seperti
didalam drama yang anda mahu iaitu Nur Kasih

c. What was your line of option?
Apakah pilihan2 anda yang lain

6) In your next attempt in filming nurkasih, what would you add more to it?
Dalam cubaan anda seterusnya dalam memfilemkan Nur Kasih apakah yang akan anda
tambah kedalamnya

7) If you were to compare Syurga Cinta and Muallaf, which one would you prefer to promote
Islam?
Jika anda hndak membandingkan Syurga Cinta dan Muallaf siapa yang lebih anda sukai
untuk mempromosikan Islam

8) As a dedicated director, what is your opinion on the growing number of pop-Islamic-love
story in Malaysia?
Sebagai seorang pengarah yang berdedikasi apakah pandangan anda terhadap
perkembangan jumlah kisah cinta berunsur Islam di Malaysia

a. Has it been too commercialized or do you think it is good effort to promote islam?
Adakah ia telah terlalu dikomersialkan atau adakah anda fikirkan adalah usaha yang bagus
untuk promosikan Islam

9) Why you choose title “Nur Kasih”…
Kenapa anda memilih tajuk Nur Kasih

Antara Soalan Interview bersama Faisal Ishak selaku penolong Pengarah

1) Adakah anda merasakan setiap drama itu mesti mempunyai unsur yang menyalahi syariah Islam bagi mempopularkan sebuah drama



2) Pada pandangan anda adakah Nur Kasih sebuah drama yang berunsur dakwah

3) Semasa diluar produksi adakah anda mengingatkan krew-krew untuk pergi bersembahyang

4) Adakah anda berpendapat di Malaysia kita kekurangan drama berunsur sebegini kerana kebanyakan drama Indonesia dibawa masuk

5) Kenapa ada perbezaan dari sudut pemakaian tudung antara watak Nur Amina dengan Katrina sedangkan Nur Amina dari kecil merupakan anak imam kampung yang sepatutnya memberikan gambaran tudung yang lebih baik berbanding Katrina yang baru bertemu dengan petunjuk Allah

6) Mengapa latar kampung sentiasa diberikan pada penonton sebagai latar yang punya unsur Islam. Kenapa tidak menggunakan latar bandar sebagai tempat yang punya unsur-unsur Islam.

7) Mengapa plot peleraian sentiasa menjadikan jalan insaf sebagai ending sesebuah drama.?

8) Apakah anda tidak merancang untuk mempromosikan drama ini ke luar seperti di Indonesia dan sebagainnya.

Faisal Ishak menyatakan drama ini dibangunkan kerana ingin mengikuti filem ayat-ayat cinta yang mana ayat-ayat cinta lebih kepada cinta yang berunsur Islam. Bukan itu sahaja filem ini mendapat tempat di hati penonton. Tetapi apa yang berlainan dengan Nur Kasih ini adalah ia berdasarkan kepada nilai kekeluargaan. Banyak pertikaian berlaku dan timbul ketidakpuasan hati lebih-lebih lagi sewaktu episod Adam tidak berlaku adil dengan Katrina. Walhal Katrina baru memeluk Islam dan perlukan bimbingan dari suaminya sendiri.

Begitu juga beliau menyatakan aksi mendidik Katrina dengan melemparkan semua botol arak ketika dihidangkan pada Adam. Beliau tidak merasakan itu suatu didikan yang baik yang harus diajar tetapi aksi seperti ini mampu menarik penonton untuk menontonnya.

Saya juga telah membuat sedikit kerjasama dengan AGB AC Nielson Tv rating untuk mengetahui jumlah tepat penonton yang yang telah menonton rancangan drama Nur Kasih. Disamping itu perbandingan juga dijalankan dengan drama yang mempunyai unsur lain iaitu drama Tari Tirana yang bertemakan cinta kontemporarinya serta drama tahyul atau seram iaitu Susuk

Saya mendapati drama cinta berunsur Islam ini mendapat tempat paling tinggi. Walaupun pengarah dan penolongnya menafikan ia adalah sebuah drama dakwah. Mereka juga menyatakan dan beranggapan drama yang disiarkan pada malam Jumaat mungkin mengalami masalah untuk mendapatkan penonton kerana sebelum ini tiada drama lagi disiarkan pada malam Jumaat.


*Nur Kasih : 2.677 Juta iaitu 13.9%
*Tari Tirana : 1.624 Juta iaitu 8.4%
*Susuk : 78000 iaitu 0.4%

* Average number of individuals who have seen a specific programmeor daypart

Drama Nur Kasih yang berjalan selama sebulan itu telah menunjukkan seramai 28 juta penonton mengikuti kisah Nur Kasih secara "Catch up" di laman web www.tv3.com

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abulfaiz dan Amir yang banyak membantu dalam penyelidikan ini...thanks yerr

Jawapan daripada soalan yang dikemukakan akan saya cuba isikan pada hari yang lain..
Selamat mengikuti perkembangan ini....

Menyakitkan ke kejujuran itu..


Terasa hati ini ingin meluahkan sesuatu dalam blog ini. Tentang masalah hati yang aku sendiri tidak tahu siapa yang paling merasakan sakitnya. Samaada hati yang tahu tentang kejujuran atau hati yang sukar menerima putusnya tali silahturahim.

Sukar untuk memahami hati seorang lelaki. Mereka meletakkan perempuan seperti permaisuri dalam diri mereka. Perlukah wujudnya istilah "Kau permaisuri hatiku". Kalau rasa cinta itu menyakitkan jauhkan dirimu dari mendekatinya. Kalau sekadar ingin merasa erti cinta jadikan dia suatu pengalaman untuk dirimu.. Selama ini aku sentiasa menjauhinya atas alasan ingin blajar bersungguh-sungguh dan mencari kerjaya yang terbaik untuk keluarga ku. Pada hal disebalik hati ini merasakan lelaki ini tidak adil, jahat, dan sebagainya. Baru lah aku tahu lelaki ini tak semuanya sama.

Tiba-tiba cinta tiga segi pula yang Allah cuba uji hati hambanya. Untuk melihat kekuatan dan kemampuan menghadapi ujian yang mungkin mudah untuk kaum hawa yang lain menghadapinya. Mungkin jawapan semua ada berdasarkan apa yang telah berada di TV dan sebagainya. Tapi hati lain-lain.

Aku ingin kembali pada jalan dahulu jauh dari erti cinta. Membawa diri ke alam persahabatan yang lebih menjamin hati untuk bahagia. Tapi hari-hari itu tidak akan kembali dan putaran masa yang mematangkan kehidupan kita. Kalau awak ada baca blog ini apa pun yang berlaku saya sentiasa menganggap awak kawan baik saya. Saya minta maaf kalau kejujuran saya ini membuatkan awak sakit. Awak juga sentiasa menasihati saya kalau nak bercinta letakkan Allah pertama dalam jiwa kita. Kalau apa-apa berlaku tidaklah merasa sakit.

Wassalam

Sunday, January 3, 2010

Tahun baru dan azam baru

Tahun baru sudah meletakkan manusia tu didunia yang penuh dengan azam baru.Tapi azam baru yang dibina tu sampai atau tidak ke penghujung yang dikehendakinya. Atau azam baru yang dicipta sekadar terikut-ikut dengan azam yang dilaksanakn oleh sahabat-sahabat kita.

Kalo azam tu hanya setengah jalan biarlah tahun baru ni akhirkan azam lama dengan penuh jaya. Bukan sekadar azam tinggal azam. Ambillah azam lama untuk dijadikan pengajran dan azam baru sebagai penguat dan penyokong kepada azam lama..

Cerita tentang azam ni..
Tahun ni tiada azam yang ku bina untuk menjejakkan kaki ke tahun baru. Macam biasa azam yang lepas tidak sampai ke penghujungnya. So sempena tahun baru ni aku telah berazam untuk capai apa yang telah aku azamkan pada tahun lepas. Ramai juga yang ingin mengetahui apa azam tahun baru ku ini. Tapi terus terang ku katakan..diriku pada tahun ni hanya seorang insan yang menggunakan azam lama untuk terus maju dalam ruang lingkup ku sebagai seorang pelajar tahun akhir UKM.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates